Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Kempen kibar bendera kurang sambutan.

August 13, 2011

Media massa lidah kerajaan, boleh dikatakan saban hari mewar-warkan agar rakyat mengibarkan bendera Malaysia sempena bulan kemerdekaan yang sedang berlangsung.  Rakyat diminta kibarkan bendera Malaysia di premis sendiri dan juga kenderaan. Itu adalah tanda cinta kepada negara. Demikian media massa lidah kerajaan yang memerintah berfatwa.



Beberapa tahun sudah kempen seumpama itu diprogramkan saban tibanya bulan Ogos. Untuk beberapa tahun sebelum ini, rakyat diberikan bendera percuma. Tanggungjawab menginfaqkan bendera percuma itu ada yang dipikul oleh syarikat-syarikat besar.  Namun, sungguhpun berarus-ratus ribu bendera percuma diedarkan, kibaran bendera Malaysia tidak meriah. Baik di premis maupun di kenderaan.

Tahun ini, kerajaan tidak lagi menawarkan bendera percuma kepada rakyat. Mungkin banyak wang terpaksa dibelanjakan untuk itu. Kerajaan tidak sanggup membazirkannya, apatah lagi untuk rakyat kecil yang sepatutnya memberikan pendapatan mereka kepada kerajaan. Ekonomi negara bukan berada pada tahap terbaik untuk kerajaan bantu rakyat memiliki bendera negaranya sendiri.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini, sekalipun telah menjelang pertengahan bulan Ogos, jumlah premis yang mengibarkan bendera Malaysia masih boleh dibilang dengan jari. Sekali sekala sahaja boleh kelihatan kereta, teksi atau bas yang mengibarkan bendera Malaysia.

Mengapa kempen kerajaan itu tidak disambut ghairah oleh rakyat?

Kalau tanya aku kenapa tak kibarkan bendera, tidak cinta dan sayangkah kepada negara ini, maka jawapanku ialah aku tidak teringin menyahut kempen tersebut kerana faktor sejarah dan tujuan kempen itu. Bagi yang pernah mengamati fenomena politik negara yang meletus pada tahun 1998, akan mengerti bahawa pencetus kepada kempen seumpama ini adalah pemerintahan zaman Dr. Mahathir Muhammad. Pada saat dia menghadapi kemeruduman pengaruh, dia mengusahakan pelbagai kaedah mengembalikan sokongan rakyat kepadanya. Sekalipun tidak dapat, biarlah dunia tahu bahawa rakyat sedang menyokongnya.  Kempen kibar bendera Malaysia adalah mekanisma bagaimana pemerintahan mahu memaklumkan kepada dunia dan juga lawan politik bahawa "silent majority" adalah bersamanya.



Kerajaan yang memerintah sekarang juga menghadapi krisis yang sama. Krisis kepercayaan rakyat dan reputasi global. Serangkai kata mudah "perpaduan" adalah jalan penyelesaiannya. Namun, mencipta perpaduan bukanlah mudah, terutama dalam sebuah negara demokrasi. Lebih-lebih lagi jika demokrasi itu menimbulkan ketidakpuasan hati sebahagian rakyat.

Meletusnya kempen "Bersih 2.0" tentunya banyak mencalar pengaruh kerajaan sebagai pengamal demokrasi. Dunia memandang Malaysia dengan memicing mata. Rupanya demokrasi di Malaysia berbaur penipuan dan berat sebelah. Miski pelbagai hujah telah dinyatakan oleh pihak pemerintah, ia tidak semudah kata-kata untuk meyakinkan rakyat dan dunia. Rakyat yang sudah mencapai tingkat pendidikan dan pengetahuan mengenai dunia luar yang luas serta dunia yang menyatu dalam kepantasan maklumat, tidak lagi mudah ditipu.

Kempen kibar jalur gemilang berlatarbelakang sejarah sebuah kerajaan yang dicemuh rakyat satu ketika. Ia bertujuan mencipta kanvas indah buat menutup kemelut di belakangnya. Agak sukar rakyat untuk menyahutnya. Pengibaran bendera Malaysia akan dilakukan rakyat jika hati mereka sayang kepada kerajaan yang memerintah.

0 comments:

Post a Comment