Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Suara bingit dari masjid

August 14, 2011


Pekelliling terbitan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kepada masjid-masjid di Pulau Pinang melarang bacaan Quran menggunakan pembesar suara sebelum subuh adalah  berasaskan kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri itu yang menyifatkannya bertentangan dengan syarak. Alasannya adalah kerana ia mengganggu orang ramai. Di waktu hening sebelum Subuh, ada orang yang sedang tidur, orang sakit yang perlu ketenangan dan bayi kecil yang sukar ditidurkan. Biasanya, tempoh masa pemasangan bacaan Quran maupun Tarahim sebelum Subuh itu lebih panjang berbanding laungan azan. Sebab itu, risiko menimbulkan kacauganggu kepada masyarakat adalah besar.

Kini, perkara ini menjadi isu. Ada pihak yang menuding jari kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sebagai pihak yang bertanggungjawab. Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai DAP tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam. Demikianlah dakwaan yang cuba dijadikan mileage untuk pamrih politik.

Pada mulanya isu ini adalah isu hukum. Apakah hukumnya memperdengarkan bacaan Quran melalui pembesar suara di masjid. Disebutkan pada waktu Subuh kerana waktu itulah yang banyak dipasangkan oleh para pengurus masjid. Sebab itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang membuat satu ketetapan bahawa ia adalah bertentangan dengan hukum syarak. Bunyinya agak lembut. Sebenarnya, hukumnya adalah haram. 

Ada pengurus masjid yang tidak boleh menerima arahan tersebut kerana selama ini dia telah biasa memasangkan bacaan Quran melalui pembesar suara di menara masjid ketika sebelum Subuh. Selama itulah dia menyangka bahawa kebiasaannya itu baik dan berpahala. Melarang orang memperdengarkan bacaan Quran tentulah salah menurut hematnya kerana membaca Quran  adalah kerja baik. Kerja baik pula hendaklah disebarluaskan. Lagi pula, bukankah kita berada dalam "Negara Islam"? Sudah tentu orang Islam punya wewenang untuk melantunkan syiar agamanya. Atas anggapan tersebut itulah perihal larangan ini kemudiannya didedahkan kepada media melaui antik-antik politik dunggu agama yang sentiasa menunggu kesempatan.

Melaungkan azan itu memang ada dasarnya dalam sunnah. Sememangnya tujuan azan itu sendiri adalah untuk memanggil orang solat. Maka, melantunkan suara azan melalaui pembesar suara untuk melebarkan jarak capaian frekunsinya adalah selarah dengan perintah agama. Namun, melantunkan suara bacaan Quran melalui pembesar suara tiada dasar dalam agama. Lagipun, apa tujuannya? 

Lebih-lebih lagi lagu-lagu Tarhim. Senikatanya walaupun baik, ia bukan datang daripada Hadis maupun Al-Quran. Ia adalah ciptaan seseorang. Ia bernada munajat. Kenapa munajat dilaungkan sehingga kedengaran satu kampung atau satu bandar? Bukankah munajat itu antara si pemunajat dengan Allah sahaja? Bertarhim, biarpun dengan nada melankolik yang penuh sayu dan sendu, ia bukanlah bacaan ibadat. Ia tidak sedarjat dengan Quran. Quran pun tidak disuruh baca kuat, maka apatah lagi Tarhim.

Kebanyakan pengurus masjid bukan orang yang berilmu. Apa yang mereka buat banyak berdasarkan warisan turun temurun. Kerana demikianlah orang sebelum mereka buat, maka mereka buat. Bagi masjid yang mengamalkan bacaan surah Yasin malam Jumaat, jika ditanya kepada pengurusnya, mereka akan kata sudah menjadi amalan turun menurun masjidnya melaksanakan amalan tersebut. Tidak timbul persoalan baginya apakah ia suruhan agama tau tidak.Walau pun masjid menjadi medan semarak ilmu, tetapi ilmunya tidak berkembang. Ilmunya dikepung dalam tradisi dan kebiasaan yang tidak pernah ditanya asal muasalnya.

Di kampungku, suara bacaan Quran itu dipasangkan pada pagi Jumuat. Setiap hari sebelum subuh pun ada. Rumahku dengan masjid di kampung hanya sepelaungan. Bayangkanlah betapa terganggunya penduduk yang tinggal berdekatan masjid. Apa yang aku alami amat menyakitkan hati. Di pagi Jumuat, ada tetamu bertandang ke rumah dan hendak bualkan sesuatu pun susah. Suara pembesar suara mengatasi suara kami. Bingit. Bising dan memekak.  Aku telah tegurkan hal ini kepada siaknya. Tetapi, oleh kerana ada beberapa siak, siak yang tidak kutegur itu masih "ketegar" dan meneruskan tradisi jahil itu. 

Dia menyangka dia berbuat baik, sedangkan dosa yang disemai!

Orang-orang yang mebantah keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang itu tidak lain hanya mereka yang tipis faqihnya dalam agama. Agama anutannya adalah warisan dan ikutan. Agama Islam panutan leluhur  bangsa kita masih banyak yang kurang dan perlukan pembetulan tetapi mereka  yang kurang ilmunya akan mempertahankan. Melanggar amalan lelauhur itu akan didefinisikan sebagai menghina Islam, mencabar kesuciannya dan perlu dilawan habis-habisan.

Tahniah buat pentadbir agama di Pulau Pinang. Anda telah berusaha mewajahkan Islam kepada fitrahnya sebagai agama rahmat untuk seluruh manusia.Semoga Allah memberkati usaha kalian.

1 comments:

Anonymous said...

Bukan waktu subuh shj tp di waktu-waktu yg lain juga sprt ketika solat maghrib dan isya, ceramah-ceramah dsb. Klu x ada sandaran daripada quran dan hadith, patut dihentikan dgn serta merta. Memang mengganggu lebih2 lg di kawasan perumahan yang turut didiami oleh orang2 bukan islam. Perkara ini hanya menyebabkan mereka benci kepada islam atas perkara2 yg bukan ajaran islam itu sendiri

Post a Comment