Sempena Ramadhan pada tahun ini, Masjid Al-Fajr yang terletak di kawasan kejiranan Taman Fajar Sandakan telah melancarkan kempen infaq Ramadhan dengan jenama "Jaryah 'Isyrin". "Jaryah 'Isyrin bermaksud sumbangan untuk amal jaryah sebanyak dua puluh. Dua puluh itu nilai matawang RM20. Setiap penderma disasarkan menyumbang sebanyak RM20 untuk kerja-kerja penambahbaikan masjid bagi menampung jemaah yang sentiasa bertambah. Dua puluh juga boleh bermaksud 20 orang. Seorang akan mencari 20 orang kawannya untuk mendapat sumbangan. Dua puluh juga mungkin bilangan tahun. Semua orang 20 tahun ke atas digalakkan menyumbang. Dua puluh juga adalah faedah dan ganjaran. Kalau kita mahu senaraikan fadhilat bersedekah dan infaq di bulan Ramadhan, tentu tidak kurang daripada dua puluh kelebihannya. Pendeknya, nama 'isyrin yang bermaksud dua puluh itu boleh diertikan dengan berbagai perlambangan positif
Namun, apa yang penting, kesempatan Ramadhan ini hendaklah kita ambil peluang seoptima yang mungkin untuk mendapat gandaan pahala sedekah. Bagi kalangan rakyat alam maya yang ingin menyalurkan sumbangan di bawah program "Jaryah 'Isyrin" ini, dapatlah terus berurusan dengan nombor akaun masjid iaitu: 560027000108 (Maybank)

0 comments:
Post a Comment