Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

MCA atau DAP yang harbi?

May 2, 2011



MCA melalui presidennya, Chua Soi Lek menegaskan bahawa pintu BN tertutup untuk PAS jika dasar negara Islam yang diperjuangkannya tidak digugurkan. Kenyataan itu dikeluarkan setelah DS Najib mengulangi keluhannya agar PAS menyertai BN atau kalaupun tidak mahu, keluar dari PR. Telah jelas bahawa semua pimpinan PAS telah menolak pelawaan tersebut dan menegaskan istiqamah dengan PR.

Apa yang menjadi bahan renungan dalam tulisan ini adalah kenyataan presiden MCA tersebut. Terdapat manifestasi anti Islam dalam kenyataannya. Sementara DAP melonggarkan penderiam agresifnya terhadap dasar perjuangan PAS untuk mendirikan daulah Islam, MCA pula tampil menjadi juru penentang cita-cita Islam PAS. 

Ada seorang ahli parlimen yang disingkirkan daripada parti yang memenangkannya untuk kerusi yang sedang didudukinya, seringkali mengeluarkan kenyataan bertulis dalam blognya bahawa DAP adalah harbi. Berkali-kali dia menggesa PAS keluar dari Pakatan jika ada DAP di sana. Secara khusus pula dia melebelkan Lim Guang Eng sebagai seorang kafir harbi. Padahal, kenyataan yang terjadi, Lim Guang Eng tidak pernah mengeluarkan kenyataan pedas menolak idea fundemental politik Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Chua Soi Lek.

Sekarang, siapa yang harbi? Siapa pula yang bersahabat dengan harbi?

Buat sang pencela zimmi, berawaslah dengan sabda nabi SAW:


من عادى ذمياً فأنا خصيمه يوم القيامة

" siapa yang menyakiti seorang zimmi, maka akulah penentangnya di hari khiamat".
(Hadis Riwayat Bukhari)

Chua Soi Lek memperlihatkan kebencian kepada Islam. Kalau selama ini dia berkompromi dengan UMNO dalam BN melalui program-program yang dikaitkan dengan Islam, itu kerana ia bukanlah Islam yang dikehendaki Allah. Islam yang dikehendaki Allah adalah "ya'lu" dan bukan diinjak. Apabila Islam hendak diya'lukan dan dijadikan perlembagaan dalam bernegara, maka akan melatahlah mereka yang di hatinya ada kebencian kepada Islam. 

Rupanya persahabatan berdekad dengan MCA dalam BN hanya menyaksikan kegagalan UMNO mentarbiah MCA. Kita mengharapkan persahabatan dengan DAP akan menjadikan PAS sebagai murabbi kepada DAP. Mentarbiah budak nakal bukan boleh dilangsaikan dalam tempoh 5 tahun. Namun, kegagalan mentarbiah selama 50 tahun lebih, tidak boleh dimaafkan.


0 comments:

Post a Comment