Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Khutbah Jumuat: Solat Subuh berjemaah dan kemenangan Islam

May 20, 2011


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ….

.فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah…

Marilah kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertakwa. Bertakwa dalam ertikata sentiasa mematuhi perintah Allah dan sedaya upaya menjauhi larangannya. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan untuk kita bawa mengadap Allah di akhirat kelak adalah taqwa.

Kedudukan, ras, rupa paras, darah keturunan dan sebagainya tidak membezakan seseorang di sisi Allah. Yang paling mulia adalah mereka yang bertakwa.

Khutbah hari ini berkisar “Hubungkait Solat Subuh berjemaah dengan kemenangan Islam”.

Muslimin yang dirahmati Allah...

Allah telah menciptakan malam untuk kita beristirehat. Kemudian diciptakan untuk kita tidur. Tidur merupakan salah satu bentuk kematian sementara yang mana kemudiannya Allah jugalah yang mengembalikan semula ruhu raihan ke dalam jasad kita sehingga kita mampu untuk kembali hidup dan menjalani hari kita. Demikian, Allah memberikan kita nikmat yang sungguh besar.

Lalu, di kala Subuh telah hampir, kita pun bangun memulakan hari baru kita. Permulaan, walaupun bukan penentu kepada pengakhiran, ia amatlah penting untuk diperhatikan. Maka, apakah permulaan hari kita itu kita lakarkan dengan baik atau ianya kita mulakan dengan coretan bernoda dan lengkah yang tempang?

Di sini lah membar Jumuat hari ini mengajak sidang jumuat sekalian untuk merenung sejenak satu amalan mulia lagi terpuji untuk kita lakukan di awal pagi iaitu solat Subuh berjemaah.

Sesungguhnya mengamalkan budaya hidup bangun awal pagi itu adalah warisan pada nabi dan “da’bul ulama wassolihin” (kemegahan para ulama dan orang soleh). Ia mempunyai pelbagai kelebihan dan merupakan antara teras penting anjakan paradigma. Kerajaan sering melaungkan pelan transformasi untuk membawa Negara menjadi Negara maju. Tranformasi fizikal hanya akan bermakna jika ia didasari oleh tranformasi spiritual yang mantap. Membar hari ini menekankan mengenai kepentingan bangun solat Subuh dan melakukannya berjemaah di masjid sebagai ramuan tranformasi diri yang menjana tranformasi peringkat Negara.

Di antara kelebihan solat Subuh berjemaah ialah:

a) Dianugerahkan cahaya sempurna di akhirat.

Di hari akhirat, bukan ada cahaya terang sebagaimana di dunia. Di dunia kita boleh bercahaya di bawah matahari dan bulan. Kita boleh bersuluh dengan lampu dan pelita. Namun di akhirat, kita hanya mengharap cahaya anugerah Allah SWT. Firman Allah SWT:

يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


(yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (Dikatakan kepada meraka): "Pada hari Ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar".
(Surah Al-Hadid: Ayat 12)

Cahaya itu adalah anuegrah Allah kepada hambanya yang menhadapi susah payah semasa hidup menerobos gelap untuk fi sabilillah. Siapa yang sudi meraba gelap dini untuk ke masjid, bagi mereka anugerah cahaya. Sabda nabi SAW:

بشر المشائين في الظلم إلى المساجد بالنور التام يوم القيامة

“ Berikan khabar gembira buat mereka yang berjalan dalam gelap menuju ke masjid, bahwa untuk mereka cahaya yang sempurna di hari kahirat”.
(Hadis Riwayat Abu Daud &a Turmizi-Disahehkan oleh Albani)


b) Mendapat pahala qiamullail sepanjang malam

Bukan senang untuk bangun solat tahajjud di sepertiga malam. Namun, pahala tahajjud malahan qiamullail sepanjang malam dianugerahkan kepada mereka yang solat Subuh berjemaah di masjid. Tertipulah orang yang yang rajin qiamullail di malam sunyi tapi tidak datang solat subuh berjemaah. Sabda Rasulullah SAW:

من صلى العشاء في جماعة فكانما قام نصف الليل ومن صلى الصبح في جماعة فكانما قام الليل كله


“ Sesiapa yang solat insya berjama’ah, maka sesungguhnya ia seperti seorang yang mendirikan malam dengan ibadat separuhnya. Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, maka ia seperti seorang yang bangun beribadat sepanjang malam”.
(Hadis Riwayat Muslim)

c) Dapat solat sunat sebelum Subuh yang amat besar fadhilatnya.

Daripada Saidatina A’ishah R.A meriwayatkan :


لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ

” Tidak ada solat sunat yang lebih diutamakan oleh nabi SAW melainkan solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh”.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Kalau demikian nabi SAW mementingkan solat sunat sebelum Subuh, maka apatah lagi yang fardhunya?

d) Membebaskan diri dari sifat munafiq



Solat Subuh berjemaah menjadi kayu ukur generasi Sahabat untuk mengenali golongan munafiq sebagaimana ungkapan Ibn Umar:

كنا إذا فقدنا الرجل في الفجر والعشاء أسأنا الظن به

” Adalah kami, apabila tidak melihat seorang lelaki solat Subuh di masjid, kami bersangka buruk kepadanya”.
(Riwayat Tabrani dan Ibn Khuzaimah)


Orang munafiq memang sukar dikenali. Baik di zaman Rasulullah SAW maupun di zaman kini. Golongan ini wujud dan ia bukan cerita zaman nabi. Zaman nabi mereka berkeliaran dalam masyarakat mempesonakan orang Islam dengan ucapan-ucapan bersemangat dan penampilan menarik mereka. Zaman kini pun demikian dan tentunya jumlahnya makin banyak dan madah berhelahnya makin berliku-liku. Kita semua patut merasa bimbang jika kita termasuk ke dalam golongan itu kerana sedahsyat siksaan neraka buat orang-orang kafir, dahsyat lagi balasan buat orang munafiq. Merekalah isi neraka yang terbawah.

Namun, para sahabat tahu bahawa orang munafiq amat berat untuk solat Subuh berjemaah. Hal inilah yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW:

ليس صلاة أثقل على المنافقين من الفجر والعشاء ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبوا

”Solat yang paling berat ke atas orang-orang munafiq ialah solat Subuh dan Insya. Jikalah mereka tahu kelebihan kedua-duanya, sudah tentu mereka yang datang ke masjid untuk melaksanakannya walau dalam keadaan merangkak”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Dengan mengekalkan solat Subuh berjemaah, kita meledeni tradisi para sahabat dalam menyaring mukmin sejati dari mereka yang berpura-pura. Kita hanya berusaha dan Allah yang menetukan.

e) Yahudi takut muslim solat Subuh berjemaah.

Kita telah lama mengahadapi penindasan kaum Yahudi, khususnya saudara-saudara kita di bumi Palestin. Yahudi bukan sahaja merampas dan menceroboh kehormatan Islam di bumi suci tersebut, tetapi mereka sendtiasa melebarkan pengaruh mereka ke serata dunia dengan pelbagai cara. Untuk menceritakan mengenai penguasaan yahudi ini, seseungguhnya ia satu yang panjang dan menyakitkan hati kita.


Namun, sebagaimana yang diungkapkan oleh Golda Meir, Perdana Menteri Negara haram Israil (1969-1974):

kami tidak takut kepada orang-orang Islam sehinggalah mereka solat subuh di masjid sebagaimana mereka solat Jumuat”.

Seorang ektremis Yahudi pernah berkata: "Kami tahu bahawa kesudahan kami adalah di tangan kaum muslimin.Kami juga tahu bahawa batu dan pokok-pokok akan memberitahu orang Islam di mana kami berada. Tetapi orang Islam itu bukanlah orang Islam di zaman ini kerana mereka dilalaikan oleh permainan dan hiburan daripada solat mereka”.

Yahudi melepaskan tembakan melalui Apache ke atas pemimpin HAMAS, Syeikh Ahmad Yasin ketika beliau dalam perjalanan pualang dari masjid setelah solat subuh. Sementara Dr. Abd Aziz Rantisi penggantinya, menemui kesyahidan dibunuh Yahudi setelah selesai solat maghrib di sebuah masjid. Yahudi memang takut kepada muslim yang solat berjemaah.

Hari ini, jika kita berat kaki untuk melangkah ke masjid untuk solat berjemaah, apatah lagi solat Subuh berjemaah, maka bagaimana kita sanggup berimpian untuk menewaskan kebejatan Yahudi. Orang Islam ramai yang tidak solat kerana leka dengan hiburan. Malah, kerana berjaga menyaksikan permainan bola sepak, seorang muslim ditewaskan rasa mengantuknya sehingga tidak mampu untuk hadir solat Subuh berjemaah menjelang paginya

Adakah setelah kita menyedari kesedaran kaum Yahudi ini tentang bahaya solat Subuh berjemaah buat survival mereka, masih patut kita bermalas-malasan. Kalau begitu, jangan bermimpi untuk menewaskan kaum Yahudi. Janji tewasnya Yahudi di tangan orang Islam itu telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis
:

 لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون ‏‏ اليهود ‏ ‏فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر فيقول الحجر أو الشجر يا مسلم يا عبد الله هذا يهودي خلفي فتعال فاقتله إلا ‏‏ الغرقد ‏ ‏فإنه من شجر ‏‏ اليهود

Tidak akan berlaku Qiamat sehingga orang-orang Islam akan memerangi Yahudi lalu orang-orang Islam akan membunuh Yahudi sehingga apabila seorang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok maka batu dan pokok itu akan berkata: Wahai orang Islam, wahai hamba Allah! Ini dia Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia melainkan pohon gharqad (yang akan melindungi Yahudi), maka sesungguhnya ia adalah pohon Yahudi”.
(Hadis Riwayat Syaikhan)

Namun, persoalan yang perlu kita tanya, apakah kita orang Islam yang bertuah itu? Kitakah...padahal di kala azan Subuh dilaungkan, kita masih menarik selimut membalut badan? Kitakah...padahal di kala qamat dilafazkan kita masih payah meninggalkan pembaringan? Lalu setelah salam imam kedua kalinya, baru kita melungsur turun dari katil. Kita bangun kerana di sana ada tuntutan dunia sedang berbisik. Kita perlu datang bekerja di awal pagi. Panggilan dunia kita sahut walau payah. Namun, panggilan dini hari daripada Allah swt kita biarkan kabur pecah berpuing bersama sirnanya fajar Sadik.

Kitakah muslim yang bakal membunuh Yahudi durjana, kalau demikian keadaan kita?

Marilah kita menjadi generasi penegak Subuh kerana merekalah generasi yang berjaya di dunia dan akhirat.


أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآَنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآَنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا

Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula shalat) subuh. Sesungguhnya shalat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).
(Surah Al-Israk: Ayat 78)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

0 comments:

Post a Comment