Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

NAJIS FALSAFAH-PERCAYA TANASUKH AL-ARWAH

June 5, 2022

Perkataan bahawa roh berpindah dari satu jasad ke jasad yang lain dalam kehidupan yang berbeza dikenali sebagai "tanasukh al-arwah". Dalam agama Hindu ia diimani dan dikenali sebagai reinkarnasi. Islam sekali-kali tidah menerima pemikiran ini dan ia adalah satu bentuk barah kekufuran terhadap hari kebangkitan. Itulah kemuncak kepada pemikiran perpindahan roh ini.




Amat disayangkan jika ada kalangan orang Islam yang mempercayai proses yang dicetuskan oleh pemikiran falsafah ini. Ini adalah antara kenajisan pemikiran falsafah yang mencabar dhawabit dalam agama Islam. Tidak layak seorang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya serta Hari Akhirat menyimpan dalam fikirannya kecenderungan sedikitpun untuk percaya proses tanasukh al-al-arwah.

Sesiapa yang punya pemikiran seperti ini dari kalangan agamawan, maka dia tidak lebih daripada lelaki falsafi. Jauh sekali untuk dibilangkan sebagai ustaz, tok guru dan apatah lagi seorang ulama.

وقد سئلت اللجنة الدائمة : لقد قال لنا أستاذ الفلسفة‏:‏ أن الروح تنتقل من إنسان إلى آخر فهل هذا صحيح، وإن كان صحيحا فكيف أن الروح هي التي تعذب وتحاسب وإن انتقلت فيحاسب الإنسان الآخر‏؟‏

فأجابت

ما ذكره لكم أستاذ الفلسفة ، من أن الروح تنتقل من إنسان إلى آخر ليس بصحيح، والأصل في ذلك قوله تعالى‏:‏ سورة الأعراف الآية 172

‏‏وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ‏

وجاء تفسير هذه الآية فيما رواه مالك في موطئه أن عمر بن الخطاب رضي الله عنه سئل عن هذه الآية‏:‏ سورة الأعراف الآية 172

‏‏وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ‏‏ فقال عمر رضي الله عنه‏:‏ سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يسأل عنها، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏: ( إن الله تعالى خلق آدم ثم مسح ظهره بيمينه فاستخرج منه ذريته، فقال‏:‏ خلقت هؤلاء للجنة وبعمل أهل الجنة يعملون، ثم مسح ظهره فاستخرج منه ذرية فقال‏:‏ خلقت هؤلاء للنار وبعمل أهل النار يعملون ) . الحديث‏.‏

قال ابن عبد البر‏:‏ معنى هذا الحديث، قد صح عن النبي صلى الله عليه وسلم ، من وجوه ثابتة كثيرة من حديث عمر بن الخطاب رضي الله عنه وعبد الله بن مسعود وعلي بن أبي طالب وأبي هريرة رضي الله عنهم أجمعين وغيرهم‏.‏

وقد أجمع أهل السنة والجماعة على ذلك ، وذكروا‏:‏ أن القول بانتقال الروح من جسم إلى آخر هو قول أهل التناسخ ، وهم من أكفر الناس، وقولهم هذا من أبطل الباطل‏.‏" انتهى من 

"فتاوى اللجنة" (2/435) .


Fatwa Lajnah menyebutkan bahawa perkataan bahawa berlakuknya tanasukh al-arwah adalah cetusan pemikiran paling kufur daripada kaum kuffar. 

Pada perhatianku, ia adalah sebuah ibtila' pemikiran jika ada orang Islam yang menganutnya. Dikatakan ibtila' kerana ia ditimpakan ke atas orang Islam yang menganutnya lantaran kecerobohannya dalam perkara-perkara lain. Apabila berlaku maksiat pemikiran yang menggelincirkan jalannya dari garis yang ditunjukki oleh Nabi dan ulama mutaqaddimin di kalangan ummat ini, maka akibatnya datanglah ibtila' Allah SWT. Sebagaimana Allah menimpakan bencana fizikal atas kemaksiatan fizikal (seperti dikisahkan mengenai ummat nabi-nabi terdahulu), maka demikianlah juga maksiat pemikiran. Maka balasannya juga adalah dalam pemikiran. Pemikiran yang songsang akan masuk ke dalam pemikiran para pendosanya lalu membawa kehinaan atas diri sendiri.

Allahul musta'an...Kita hendaklah istiqamah dan berpada dengan ilmu yang diwariskan oleh ulama-ulama rabbani sepanjangh zaman. Kalau mahu direnangi apa yang dikatakan ilmu itu, memang banyak tokohnya dalam sejarah. Para ahli falsafah seawal Aristotales, Socrates, Plato dan kemudian diikuti pula oleh ahli falsafah Islam seumpama Al-Farabi, Ibn Rusydi, Ibn Sina, Ibnu Tufail, Al-Rawandi dan lain-lain termasuk tokoh-tokoh besar ahli sufi falsafi, seperti Ibn Al-Faridh, Hallaj, Ibn Arabi, Al-Jili dan ramai lagi adalah khazanah bercampur dalam dunia ilmu. Jika kita jenis "hatibullail" kita akan sauk semuanya. Kita akan berta'alluq dengan ilmu-ilmu yang rencam itu atas kepercayaan bahawa ilmu itu baik. Padahal ia adalah racun yang merosakam urat-urat pemikiran.

Renungkanlah apa yang pernah diungkapkan oleh Imam Az-Zahabi  dalam Linasul Mizan: 


فوالله لأن يعيش المسلم جاهلاً خلف البقر، لا يعرف من العلم شيئاً سوى سور من القرآن يصلي بها الصلوات ويؤمن بالله واليوم الآخر خير له بكثير من هذا العرفان وهذه الحقائق، ولو قرأ مائة كتاب أو عمل مائة خلوة. 

" Demi Allah, seorang muslim yang hidup jahil di belakang lembu, tidak mengerti apa-apa ilmukecuali beberapa surah yang meungkinkannya solat dengannya serta dia beriman dnegan Allah SWT dan hari akhirat, itu sanagt lebih baik buatnya daripada mengetahui ilmu dan hakikat yang diperkatakan ini (merujuk ilmu Ibn Arabi dalam Al-Fusus), walau dia membaca 100 kitab atau melakukan 100 khulwah!"




Mengaku jadi imam Mahdi

April 25, 2022

Sejak nabi Muhammad SAW wafat hinggalah ke masa kini, sangat banyak orang yang mengaku atau didakwa sebagai Imam Al-Mahdi. Bahkan, tidak kurang yang mengaku atau didakwa menjadi nabi Allah. Bagi yang tidak berani mendakwa sebagai imam al-Mahdi atau nabi Allah SWT, timbul pula pengakuan sebagai wali Allah. Ada yang mengaku jadi wali Qutub, Ghauth dan sebagainya. Mahu dilebihkan daripada orang lain, mengakulah sebagai khatimul auliyaa dan jawatan-jawatan besar dalam dunia kewalian. Dakwa dakwi dan pengakuan sebegini, semuanya bertitik tolak dari kemahuan fitrah manusia yang ingin" taraffu' " di atas orang lain.

Selagi ada dunia, selagi itu ada orang sebegini. Orang yang mahu memposisikan diri di atas orang lain. Jika tidak dapat di alam realiti, guna alam khayal. Kalau tidak bertempat di alam maya, dia bina tahta di alam malakut. Alam jabarut namanya bukan kepalang! Kalau tidak boleh dalam bidang dunia, guna bidang agama.

Bidang agamalah paling menguntungkan. Kata orang, tunggang agama lebih menguntungkan daripada tunggang unta!

Pada 20 November tahun 1979, di Kota Mekah, dalam Masjidil Haram, tampil seorang bernama Juhaiman Al-Otaibi mendakwa seorang bernama Muhammad bin Abdullah Al-Qohtan sebagai Imam Mahdi. Plot cerita yang membawanya hingga kepada dakwaan itu dibina agar menyamai apa yang dinyatakan dalam hadis. Apa yang didakwa oleh Juhaiman Al-Otaibi ini mempunyai tasyabbuh dengan riwayat mengenai Imam Al-Mahdi dalam Nas lebih tepat berbanding ratusan kes lain seumpamanya yang mengaku jadi Imam Al-Mahdi. Ada orang mengaku Imam Mahdi, sedangkan dakwaan itu berlaku di negerinya yang jauh dari Kota Makkah. Mengaku jadi Imam Mahdi, sedang dia tinggal di benua India, di Maghribi, Pulau Jawa, Malaysia dan lain-lain. Dakwaan itu dibuat bukan depan Kaabah sebagaimana nas menyebutkan tentang pertama kalinya kemunculan Al-Mahdi.
Juhaiman Al-Otaibi


Kalau mahu terpedaya, dakwaan seperti dakwaan dalam kes Juhaiman inilah yang dapat memperdayakan. Namun, sejarah mencatatkan Syeikh Bin Baz yang pada saat itu menjadi guru yang mengajar di Kota Madinah dengan tegas menolak keimaman Muhammad bin Abdullah Al-Qohtan. Bahkan beliau menyifatkan kelompok yang bersamanya itu adalah kelompok syaitan yang cuba merobek kesucian Tanah Suci.

Kerajaan para wali

April 22, 2022




Mulanya dalam sejarah Islam, puak Syiah yang menciptakan khayalan ini untuk dianut oleh para pendokongnya. Disebabkan ada tekanan pihak kerajaan yang berkuasa, dan gagal meraih tampuk kuasa, para alawiyyin yang kemudiannya tumbuh sebagai Syiah dengan segala cabangnya, mencampakkan ke dalam minda para pengikutnya kepercayaan bahawa para pemimpin mereka memerintah di alam yang lain. Alam tak kasat mata. Alam ghaib. Alam yang mana para imam mereka  hidup dengan kehidupan yang istemewa.

Sebab itu kaum Syiah 12 percaya bahawa Imam Al-Mahdi telah ada dan berada di alam yang lain. Kelak akan keluar ke alam nyata ini dari Sirdab yang dia hilang di dalamnya. Al-Mahdi Al-Muntazor yang dinantikan itu akan menegakkan hal untuk ahli bait dan mengangkat para Syiah  ke tampok kuasa.

Fahaman sebeginilah yang mempengaruhi aliran tasawwuf yang membawa kepada wujudnya wali-wali yang berkuasa tasarruf atas alam ini. Diberilah nama wali-wali itu dengan nama tertentu seperti Ghauth, Kutub, Abdal, Nujabaa, Nuqabaa dan sebagainya. Mereka itu hidup dan mentadbir alam. Mereka wali dan bertemu dengan wali-wali yang sedang hidup di alam nyata. Mereka melantik wali-wali baru agar wali di muka bumi terus ada. 

Wali yang dipercayai itu menjadi satu kasta tinggi orang-orang suci yang tidak akan dicapai oleh orang awam termasuk para ulama Syariat Nabi Muhammad SAW sepanjang zaman!

Kepercayaan seperti ini pada asalnya lahir dari sifat putus asa orang yang gagal dalam mencapai matlamat dunia. Gagal mencapai sasaran kuasa, kemuliaan ilmu dan rif'ah di mata manusia, maka dibentuklah lingkaran kuasa baru di alam ruhiyyah yang tidak dapat direbutkan kuasa itu dan dibentuklah kemuliaan ilmu baru yang dilebelkan sebagai hakikat dan makrifat yang tidak tergapai oleh para ulama Islam serta diciptalah segala macam dogma meninggi diri yang tidak mampu dicapai oleh sesiapapun.

Itulah mula asalnya sebelum ia berkembang menjadi satu teologi yang mengental dalam otak sehingga membodohkan sekian banyak manusia!

BELASUNGKAWA KEMATIAN AYAH MENTUA-YAHYA SAUD

March 31, 2022




Selama lebih kurang 15 tahun, setelah aku kehilangan bapa, aku dikurniakan Allah SWT seorang ayah. Ayah mentua yang baik dan penuh perhatian. Yahya Saud nama diberi. Ramai orang kenal Yahya Saud. Beliau seorang penggerak politik Pas awal dan pernah menjawat jawatan penting dalam parti di peringkat kawasan dan daerah. Kenalannya luas. Bukan sahaja pimpinan Pas, dia juga punya hubungan rapat dengan pimpinan parti lain seperti UMNO dan PKR serta Amanah. Kalau mahu disifatkan tentang politiknya, ayah mentuaku ini adalah seorang yang punya wawasan dan keterbukaan dalam politik. Politiknya bukan politik permusuhan. Semua aliran politik menjadi temannya. Namun politik Islam menjadi makanannya. Cuma dia tidak setia membabi buta. Dia ada citranya yang tersendiri dan aku bangga dengan citra merdekanya itu.

Seawal perkahwinanku dan anak gadisnya yang kedua, aku ikut-ikutan bersamanya menghadiri acara dan program Pas. Sementelahan saat itu aku sendiri merupakan Ketua Pemuda Pas di sebuah kawasan di Sabah. Melaluinya, aku kenal orang-orang yang menjadi aktivis dalam pelbagai parti. 

Ayah mentuaku juga rajin merekomendasi kepadaku tanah-tanah yang sesuai dibeli. Dua keping tanah yang aku beli sebagai hobi berbakti kepada tanah untukku di kampung Barokhas adalah hasil rekomendasinya. Dia banyak membantuku membangunkan tanahku tersebut.

Banyak sekali yang boleh aku riwayatkan, namun apa yang bersenandung dalam fikirku itu bercempera oleh rasa sedih. Hayatnya berakhir semalam. Jam 11.57 malam  , hari Rabu, dia menghembuskan nafas terakhir. Kiira-kira 2 minggu sebelum itu dia telah mendapat serangan jantung dan masuk wad Hospital Kuala Nerang. Ketika itu hampir semua ahli keluarga mentuaku dijangkiti Covid19. Keluar daripada wad , dia dikuarantinkan di rumah kami di Taman Akasia. Isteriku ambil cuti balik jaga ayahnya. Kata anakku Zamila, itulah petanda yang Allah berikan bahawa tokwan akan dijemput Tuhan. Allah sudah merancang lama, cuma kita tak perasan. Kami berdua memuji ummi atas pengorbanannya. Moga Allah berikan ganjaran baik buatnya.

Itu sebelum cuti break penggal 1. Bila sekolah hendak dibuka semula , kami semua balik ke lokasi bertugas kami. Malangnya kami sekeluarga dijangkiti Covid. Tidak boleh balik jenguk ayah hujung minggu. Namun, minggu lalu , hari Sabtu kami sempat bersua. Itulah kali terakhir. Hari Selasa dia jatuh pingsan di pondok kebun jagung. Itulah pingsan yang bawa kepada berpulangnya ayahke hadrat Tuhan. Dari pagi selasa hinggalah malam Khamis, dia sakarat dengan bantuan oksigen. Dari Hospital Kuala Nerang Ke Hospital Sultanah Bahiyyah. Kemudian disuruh pihak hospital bawa balik. Ayah tidak lagi buka mata dan tiada lagi pesanan dan wasiat yang dititipkan.

Allah telah menamatkan semuanya. Kepadamu ya Allah kami serahkan nasibnya. Peliharalah dia di alam sana dan tempatkan dia kalangan orang-orang mulia dan soleh. Ameen.

Riwayat hidup Yahya Saud yang dapat aku titipkan cuma sekelumit. Jika mahu riwayat panjang dan kenal siapa dia, silalah selak lembaran orang lain. Selak riwayat anak-anaknya, Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah serta ahli-ahli politik seperti Mat Sabu, Saifuddin Nasutian, pemimpin itu dan ini di pelbagai peringkat. Tidak daya aku mengutip semuanya.