Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

BELASUNGKAWA KEMATIAN AYAH MENTUA-YAHYA SAUD

March 31, 2022




Selama lebih kurang 15 tahun, setelah aku kehilangan bapa, aku dikurniakan Allah SWT seorang ayah. Ayah mentua yang baik dan penuh perhatian. Yahya Saud nama diberi. Ramai orang kenal Yahya Saud. Beliau seorang penggerak politik Pas awal dan pernah menjawat jawatan penting dalam parti di peringkat kawasan dan daerah. Kenalannya luas. Bukan sahaja pimpinan Pas, dia juga punya hubungan rapat dengan pimpinan parti lain seperti UMNO dan PKR serta Amanah. Kalau mahu disifatkan tentang politiknya, ayah mentuaku ini adalah seorang yang punya wawasan dan keterbukaan dalam politik. Politiknya bukan politik permusuhan. Semua aliran politik menjadi temannya. Namun politik Islam menjadi makanannya. Cuma dia tidak setia membabi buta. Dia ada citranya yang tersendiri dan aku bangga dengan citra merdekanya itu.

Seawal perkahwinanku dan anak gadisnya yang kedua, aku ikut-ikutan bersamanya menghadiri acara dan program Pas. Sementelahan saat itu aku sendiri merupakan Ketua Pemuda Pas di sebuah kawasan di Sabah. Melaluinya, aku kenal orang-orang yang menjadi aktivis dalam pelbagai parti. 

Ayah mentuaku juga rajin merekomendasi kepadaku tanah-tanah yang sesuai dibeli. Dua keping tanah yang aku beli sebagai hobi berbakti kepada tanah untukku di kampung Barokhas adalah hasil rekomendasinya. Dia banyak membantuku membangunkan tanahku tersebut.

Banyak sekali yang boleh aku riwayatkan, namun apa yang bersenandung dalam fikirku itu bercempera oleh rasa sedih. Hayatnya berakhir semalam. Jam 11.57 malam  , hari Rabu, dia menghembuskan nafas terakhir. Kiira-kira 2 minggu sebelum itu dia telah mendapat serangan jantung dan masuk wad Hospital Kuala Nerang. Ketika itu hampir semua ahli keluarga mentuaku dijangkiti Covid19. Keluar daripada wad , dia dikuarantinkan di rumah kami di Taman Akasia. Isteriku ambil cuti balik jaga ayahnya. Kata anakku Zamila, itulah petanda yang Allah berikan bahawa tokwan akan dijemput Tuhan. Allah sudah merancang lama, cuma kita tak perasan. Kami berdua memuji ummi atas pengorbanannya. Moga Allah berikan ganjaran baik buatnya.

Itu sebelum cuti break penggal 1. Bila sekolah hendak dibuka semula , kami semua balik ke lokasi bertugas kami. Malangnya kami sekeluarga dijangkiti Covid. Tidak boleh balik jenguk ayah hujung minggu. Namun, minggu lalu , hari Sabtu kami sempat bersua. Itulah kali terakhir. Hari Selasa dia jatuh pingsan di pondok kebun jagung. Itulah pingsan yang bawa kepada berpulangnya ayahke hadrat Tuhan. Dari pagi selasa hinggalah malam Khamis, dia sakarat dengan bantuan oksigen. Dari Hospital Kuala Nerang Ke Hospital Sultanah Bahiyyah. Kemudian disuruh pihak hospital bawa balik. Ayah tidak lagi buka mata dan tiada lagi pesanan dan wasiat yang dititipkan.

Allah telah menamatkan semuanya. Kepadamu ya Allah kami serahkan nasibnya. Peliharalah dia di alam sana dan tempatkan dia kalangan orang-orang mulia dan soleh. Ameen.

Riwayat hidup Yahya Saud yang dapat aku titipkan cuma sekelumit. Jika mahu riwayat panjang dan kenal siapa dia, silalah selak lembaran orang lain. Selak riwayat anak-anaknya, Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah serta ahli-ahli politik seperti Mat Sabu, Saifuddin Nasutian, pemimpin itu dan ini di pelbagai peringkat. Tidak daya aku mengutip semuanya.



0 comments:

Post a Comment