Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI


Waktu Malaysia

TUKAR PASWORD YES

Sinar Harian

LOGIN AKAUN YES

Sinar Harian

e-Operasi

Sinar Harian

LOGIN SPLG

Sinar Harian

SAPS NKRA

Sinar Harian

HRMIS

Sinar Harian

APDM

Sinar Harian

PAJSK

Sinar Harian

LOG IN FROG VLE

Sinar Harian

E-FILING LHDN

Sinar Harian

e-Penyata Gaji

Sinar Harian

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket

Rujukan

Catatan Safar Haji 1

January 10, 2009

Kembaraku ke Tanah Suci pada musim haji tahun ini merupakan satu kembara kerohanian yang amat bermakna dalam hidupku. Selain sebagai melaksanakan tuntutan agama bagi rukun Islam yang kelima, ia juga merupakan kebaktianku sebagai seorang anak kepada seorang bonda yang tercinta. Aku memang sudah lama berazam untuk membawa ibuku melaksanakan ibadah haji. Azam itu bertambah kukuh dan sentiasa menghantuiku setelah bapaku meninggal tahun 2003 sebelum sempat melaksanakan ibadah haji. Justeru, aku tak sempat memberikan kegembiraan kepada bapaku untuk membawanya ke tanah suci, aku bertekad secepatnya membawa ibuku. 
 Ibuku...
Alhamdulillah...Allah kabulkan hasratku. Semoga aku telah berbuat baik kepada ibuku.
Sememangnya aku selalu berbuat baik kepada ibuku. Aku telah terdidik untuk itu dan aku sedang mengotakan segala yang aku tahu tentang cinta kasih seorang anak kepada ibu. Setiap orang hanya punya seorang ibu dan jika hilang ibu yang seorang itu, tiada lagi gantinya. Dengan penuh keyakinan, aku ingin berbakti sebaiknya kepada ibuku kerana jika sebaliknya yang aku lakukan, anak-anakku juga akan berbuat sebaliknya. 
Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

بروا آباءكم تبركم أبناؤكم
Maksudnya: "Berbuat baiklah kepada ibu bapamu, nescaya anak-anakmu akan berbuat baik kepadamu"
Aku mendaftarkan diriku dan ibuku untuk melakukan ibadah haji dengan Tabung Haji pada penghujung tahun 2005. Mengikut giliran  yang dikeluarkan oleh pihak Tabung Haji, kami dijadualkan akan melaksanakan haji pada tahun 2011. Aku merasakan tahun itu amat lama dan mengharapkan lebih cepat dari itu. Oleh sebab itu, pada awal tahun 2007 aku memanjangkan satu surat rayuan kepada pihak Tabung Haji, memohon agar dipercepatkan giliran itu ke tahun 2008 dengan alasan usia ibuku telah menjangkau 60 tahun dan aku ingin merebut peluang musim cuti persekolahan.
Apabila mendapat surat tawaran melaksanakan haji pada awal 2008, aku rasa amat bersyukur dan berfikir bahawa Allah sentiasa melunaskan kehendakku.Terasa betapa besarnya rahmat Allah kepadaku selama ini. Syukur buatMu ya Allah...!
Safar hajiku bermula pada tanggal 19 hb November 2008. Bermula dengan urusan melapor diri di Kompleks Haji Kelana Jaya pada jam 9.30 malam, kemudian bertolak ke KLIA menjelang tangah malam, seterusnya menaiki penerbangan Arab Saudi menuju ke Jeddah. Para bakal jemaah haji telah siap berpakaian ihram semenjak di Kelana Jaya lagi. Penerbangan memakan masa sekitar 8 jam sebelum sampai di Lapangan Terbang Jeddah menjelang subuh iaitu kira-kira jam 5.30 pagi waktu Arab Saudi.
Tempat menginap sementara di Kompleks Haji Kelana Jaya
Jam 5.30 di Arab Saudi menyamai jam 10.30 pagi waktu Malaysia.

0 comments:

Post a Comment