Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

CERAMAH ISRAK MIKRAJ-SMK SANDAKAN

August 10, 2008

Kelmarin, jam 8.30 pagi, saya dijemput menyampaikan ceramah di SMK Sandakan. Ceramah sempena Israk dan Mikraj kepada para pelajar dan sebahagian guru muslim. Hadir bersama ialah pengetua SMK Sandakan, En. Murukesu A/L M. Margapandu. Pengetua SMK Sandakan tersebut, dalam ucapan aluannya menyatakan peristiwa Israk dan Mikraj adalah peristiwa ajaib yang benar-benar berlaku kepada nabi Muhammad.
Ucapannya sungguh mengharukan. Dalam keadaan segelintir umat Islam meragui Israk dan Mikraj, seorang non-muslim mempercayainya. Sesungguhnya peristiwa Israk dan Mikraj yang mustahil pada akal manusia di zaman Rasulullah telah menjadi logik pada zaman sains dan teknologi ini.
Untuk meyakini Israk dan Mikraj, tidak lagi perlukan iman semata-mata, malah boleh diperakui oleh akal logik!
Subhanallah...subhanallah...subhanallah...

5 comments:

Anonymous said...

Apa komen ustaz pasal israk mikraj dan cerita hollywood yang murukesu ulas tu? adakan dikira non-muslim lebih memahami?

Anonymous said...

Untuk maklumat teks yang dibacakan yang mengandungi perkataan hollywood adalah daripada teks penulisan samsu adabi Mamat Universiti Kebangsaan Malaysia. jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam http://w.w.w.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=1868. Sila rujuk m/s 2, perenggan kedua akhir.

Anonymous said...

ustaz perlu bertanggungjawab,kerana kami guru2 juga mendengar ucapan beliau, betul ada dlm teks jakim, tapi beliau pusing kata2 beliau, dengan menyamakan perjalanan rasulullah seperti cerita Hollywood, bukannya memuji rasulullah...tetapi menyatakan peristiwa itu samalah seperti cerita Hollywood...beliau bukan memuji tetapi mempersenda2kan. tambahan pula banyak perkara lain kenyataan yg beliau buat di smk sandakan berkaitan islam amat melukakan hati guru2 muslim. tegas saya katakan beliau ambil kesempatan atas kelemahan ustaz . kesimpulan ustaz membanggakannya keterlaluan. Ruj. TEKS PETIKAN VIDEO BELIAU DIYOUTUBE...'PENGETUA MELAMPAU' Dengar berulangkali, beliau memang berniat jahat membinggungkan guru2 muslim n pelajar. Bukannya beliau memuji islam. Dusta. wasalam

Anonymous said...

Betul tu...kalau nak glamour pun jangan lah nak puji dia lebih2..agak2 lah. Nampak sepanjang ucapan Murukesu tak tengok teks pun...lagi pun setau saya beliau tak dijemput pun ke majlis tu. Tiba2 je mintak dijemput untuk 'kuit' kita umat Islam...seperti yg selalu beliau lakukan dua tiga bulan sebelum tu atas beberapa isu. Tapi kali ni beliau silap. Semuanya telah dirakam. Boleh dengar berulang kali...beliau 'puji' ke 'perlekeh'.Ada tengok teks atau tidak? Sedarlah...Silap lah kalau sampai terharu...pulak...Baru sekali kena jemput. Masya Allah.KE YOUTUBE> http://www.youtube.com/watch?v=LVIwHWDEeRA

Anonymous said...

nampaknya melalui kritikan yang telah dipaparkan oleh para pembaca saudara, sememangnya pemikiran dan 'mindset' mereka adalah sempit dan juga tidak releven. saya sebagai rakyat malaysia menghormati semua agama,setelah menonton video yang disiar siarkan dengan tujuan memalukan individu yang dikritik serta menconteng arang ke muka beliau, pada pendapat saya, bukannya beliau yang memutar belit mahupun mempersendakan peristiwa ini, sebaliknya orang lain yang tiday berpuas hati telah memutarbelit dan memperbesarkan masalah ini. pandangan yang tertera di atas menunjukan bahawa anda semua sungguh sungguh sensitive. terdapat banyak lagi hal hal yang berkaitan perkauman dan penghinaan agama yang berlaku lebih teruk daripada ini. mengapakah kes kes tersebut tidak mendapat keadilan? Sebagai contoh pengetua di sebuah sekolah menengah di johor menimbulkan perkara perkauman semasa perhimpinan sempena SATU MALAYSIA.. ironinya, beliau menghina dengan seteruk mungkin kaum cina dan india. mengapakah tindakan yang sewajarnya tidak diambil oleh pihak berkuasa? beliau seorang yang beragama islam dan menghina agama lain. adakah anda memberikan kritikan yang sama? jika dibandingkan, pengetua ini tidak mempunyai objektif untuk menghina agama islam. mustahil beliau 'menjemput diri sendiri' dengan objektif mempersendakan agama islam. BUKA PEMIKIRAN dan jangan menggunakan insiden sebegini untuk menyelesaikan masalah-masalah tersembunyi.

Post a Comment