Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

LELAKI HARURI ITU

February 27, 2014

Pada satu ketika, Saidatina A'ishah radiallahu anha telah didatangi oleh seorang perempuan dan bertanyakan tentang mengapa wanita yang berhaid diwajibkan mengqadha puasa Ramadhan tetapi tidak pula diwajibkan mengqadha solatnya. Lantas, pertanyaan Saidatina A'isyah kepadanya ialah:

"Apakah anda seorang wanita Haruriyah?",

Lantas, wanita menafikannya dan mengatakan beliau hanya bertanya.

Di Kufah ada satu daerah bernama Harura'. Pada zaman pemerintahan Saidina Ali, dari daerah tersebutlah mula keluarnya kelompok Khawarij yang menentang Saidina Ali. Mereka punya satu selogan iaitu "La Hukma Illa Lillah". Mereka hanya menerima apa yang ada dalam Quran dan tidak menerima apa yang diriwayatkan menerusi hadis.

Pengecualian bagi wanita berhaid daripada solat tiada dalam Quran. Kalau mengikut hukum umum perintah mendirikan solat, maka wanita berhaid adalah wajib mengqadhakan solat. Malah adalah kalangan yang pendokong pendapat Haruri mewajibkan solat bagi wanita yang berhaid. Hanya menerusi hadis hukum pengecualian qadha solat bagi wanita berhaid boleh didapati.

Para Haruri itu tidak mahu menerima hadis sebagai sumber hukum. Mereka berlagak pembela Al-Quran. Sebenarnya Quran yang mereka baca tidak lebih dari dengkur di halkum mereka sahaja.

Membaca jalan pemikiran Haruri bukan sukar. Sebagaimana dalam kes wanita berhaid itu, mereka juga mempertikaikan kewajaran hukum rejam bagi penzina yang muhson. Ini kerana hukum sedemikian tidak ada dalam Quran. Dalam Quran hanya ada hukum sebat 100 kali bagi penzina.

Maka, dalam sebuah tulisan di Blog Tun Dr. Mahathir, beliau menyifatkan hukum rejam tiada dalam Quran. Merujuk kepada kenyataannya yang terdahulu, beliau menyifatkannya sebagai rekaan para fuqaha. Sebenarnya, kalau kita mempercayai Hadis sebagai sumber hukum Islam, kita tidak akan lancang menuduh hukum rejam sebagai rekaan para fuqaha. Ia wujud dalam hadis dan para ulama berijmak mengenainya.

Sebagai pengkagum Kasim Ahmad yang selamat bertahun-tahun memproklamasikan pendapatnya yang menolak keabsahan hadis, tidak menghairankan jika bekas Perdana menteri itu menganut sebahagian dari ajaran "anti hadis" Kasim Ahmad. Ia sangat malang untuk ornag yang diberikan Allah kemegahan dalam pemerintahan dan kebijaksanaan dalam berfikir, untuk memilih jalan pemikiran para Haruri.

Manusia Haruri telah pun muncul zaman para sahabat masih hidup. Idealisma mereka kononnya membela Al-Quran. Sebenarnya mereka tidak pun memahami Al-Quran. Bertanyalah kepada para Haruri itu, berapa banyak ayat Quran yang dihafal mereka? Ia tidak melewati sejengkal pun dari hafalan para ulama pembela hadis Rasulullah SAW. Mereka sering menjadikan laungan merujuk Quran sebagai panduan sebagai modal ketulinan Islam mereka, tetapi...Percayalah bahawa mereka hanya berdusta.

Sesungguhnya, zuriat Haruriyyin itulah sebenarnya Khawarij ummat ini.

Dalil keabsahan kekhalifahan Abu Bakar dan Umar.

February 26, 2014

Abu Bakar dan Umar digelar sebagai syaikhan( dua orang tua). Gelaran Syaikan juga digunakan merujuk kepada Bukhari dan Muslim. Namun, para Rawafid menuduh kedua-dua mereka sebagai perampas kepada kepimpinan yang sepatutnya menjadi milik Ali bin Abi Talib. Mereka mendatangkan pelbagai dalil untuk menjustifikasikan hak Ali bin Abi Tali sebagai pengganti kepada Rasulullah sebaik sahaja baginda wafat.

Kita punya dalil yang banyak untuk meletakkan Abu Bakar dan Umar sebagai pilihan yang sah untuk jabatan khalifah sesudah Rasulullah SAW. Dalam kesempatan ini, mari kita lihat satu dalil yang datang dari Al-Quran sendiri. Ini kerana, apa yang sering kita dengar ialah perlantikan Abu Bakar sebagai imam solat di kala baginda Rasulullah sakit, itulah isyarat jelas bahawa Rasulullah memberikan kredit sebagai pengganti baginda buat Abu Bakar.

Dalam Al-Quran, Allah telah menyatakan secara tersirat keabsahan kepimpinan Abu Bakar sebagaimana yang difirmankan:

قُل لّلْمُخَلّفِينَ مِنَ الأعْرَابِ سَتُدْعَوْنَ إِلَىَ قَوْمٍ أُوْلِي بَأْسٍ شَدِيدٍ تُقَاتِلُونَهُمْ أَوْ يُسْلِمُونَ فَإِن تُطِيعُواْ يُؤْتِكُمُ اللّهُ أَجْراً حَسَناً وَإِن تَتَوَلّوْاْ كَمَا تَوَلّيْتُمْ مّن قَبْلُ يُعَذّبْكُمْ عَذَاباً أَلِيماً

Katakanlah kepada orang-orang Badwi yang tertinggal: "Kamu akan diajak untuk (memerangi) kaum yang mempunyai kekuatan yang besar, kamu akan memerangi mereka atau mereka menyerah (masuk Islam). Maka jika kamu patuhi (ajakan itu) niscaya Allah akan memberikan kepadamu pahala yang baik dan jika kamu berpaling sebagaimana kamu Telah berpaling sebelumnya, niscaya dia akan mengazab kamu dengan azab yang pedih".
(Surah Al-Fathu: Ayat 16)

Para mufassirin punya tanggapan yang berbagai mengenai maksud " kamu akan diajak untuk memerangi kaum yang mempunyai kekuatan yang besar".

Pertama sekali, ajakan untuk berperang untuk menunjukkan ia datang dari seorang pemimpin. Untuk mengatakan pemimpin itu Rasulullah SAW, ia sudah dinafikan menerusi satu ayat lain. Ayat itu yang menegaskan bahawa golongan a'rab (badawi yang menyimpan nifaq) yang tidak ikut serta dalam misi perang Tabuk tidak akan dibenarkan mengikut misi peperangan Rasulullah selamanya.

Allah berfirman:

فَإِنْ رَجَعَكَ اللَّهُ إِلَىٰ طَائِفَةٍ مِنْهُمْ فَاسْتَأْذَنُوكَ لِلْخُرُوجِ فَقُلْ لَنْ تَخْرُجُوا مَعِيَ أَبَدًا وَلَنْ تُقَاتِلُوا مَعِيَ عَدُوًّا ۖ إِنَّكُمْ رَضِيتُمْ بِالْقُعُودِ أَوَّلَ مَرَّةٍ فَاقْعُدُوا مَعَ الْخَالِفِينَ

Maka jika Allah mengembalikanmu kepada suatu golongan dari mereka, Kemudian mereka minta izin kepadamu untuk keluar (pergi berperang), Maka Katakanlah: "Kamu tidak boleh keluar bersamaku selama-lamanya dan tidak boleh memerangi musuh bersamaku. Sesungguhnya kamu Telah rela tidak pergi berperang kali yang pertama. Karena itu duduklah bersama orang-orang yang tidak ikut berperang."
(Surah At-Taubah: Ayat 83)

Sebab itu pemimpin yang yang akan mengajak para A'rab yang tidak ikut misi Rasulullah SAW dalam peristiwa perjanjian Hudaibiah, bukan Rasulullah. Ia tentunya pemimpin yang lain sesudah Rasulullah SAW. Sejarah mencatatkan mereka dalah Abu Bakar dan kemudiannya Umar. Kedua pemimpin inilah yang telah mengajak rakyat melaksanakan misi-misi penting memerangi musuh yang mengancam kedaulatan Islam. pada zaman Abu Bakar, tentera Islam digerakkan memerangi Bani Hanifah dari Yamamah yang dipimpin oleh Musailamah Al-Kazzab.

Mufassirin seperti Az-Zuhri dan Muqatil menafsirkan kaum yang mempunyai kekuatan yang besar itu adalah tentera Musailamah Al-Kazzab. Dalam peperangan tersebut, golongan A'rab yang dulunya sering bertakhalluf dari misi Rasulullah SAW telah diajak ikut serta dalam memerangi penderhaka dari Yamamah.

Ada juga menafsirkan maksud "kaum yang mempunyai kekuatan yang besar" itu adalah Parsi sebagaimana pandangan yang dilontarkan oleh Ibn Abbas, 'Ata' bin Abi Rabah, Mujahid, Ibn Abi Laila dan 'Ata' Al-Khurasani. Sahabat Rasulullah bernama Ka'ab mengatakan mereka adalah tentera Romawi. Ibnu Jubair mengatakan mereka itu ialah golongan Hawazin.

Walau bagaimanapun berdasarkan penegasan daripada ayat 83 Surah At-Taubah tersebut, ajakan memerangi "kaum yang punya kekuatan itu" lebih tepat dibuat oleh seorang pemimpin yang bukan Rasulullah. Maka, pendapat yang mengatakan mereka mungkin puak Hawazin dan Tsaqif sebagaimana pandangan Qatadah tidak boleh diterima. Inilah yang dirumuskan oleh Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya. Jika dikatakan mereka adalah puak Yamamah, ia adalah mungkin. Jika dikatakan mereka itu tentera Parsi atau Romawi, ia juga adalah mungkin. Bahkan, ada pandangan mengatakan mereka adalah pasukan musuh yang menetang Islam sehingga ke hari qiamat.

Apa yang jelas, ayat tersebut mengiktiraf kepimpinan yang melancarkan seruan peperangan itu. Sejarah mencatatkan bahawa Abu Bakar dan Umar Al-Khattab adalah pemimpin yang gencar mengirim misi menundukkan musuh dan membuka wilayah baru baik sebelah Parsi maupun Romawi. Jika dimasukkan Uthman bin Affan sekalipun, ia wajar kerana pada zamannya juga banyak wilayah baru Islam dilewarkan dan musuh-musuh yang gagah ditewaskan.

Cintailah sahabat khalifah Rasulullah SAW. Sesungguhnya kredit mereka terhadap Islam lebih besar dan mereka mendapat manaqib yang besar. Kita hanya meraba-raba taburan mutiara yang mereka telah taburkan dan tidak ada sekelumit pun kerdit jaminan keselamatan dari Rasulullah SAW buat kita. Di manalah kita mahu dibandingkan dengan Syaikhan....

Faya Ayyuhar Rawafidin...!

AYAT-AYAT SAKINAH

February 25, 2014

Kita sering mendengar adanya ayat-ayat Syifa. Susunan ayat-ayat Syifa itu adalah pengalaman tajarrub oleh para ulama. Tetapi pernahkah kita mendengar ayat-ayat Sakinah. Sebagaimana ayat-ayat Syifa untuk menyembuhkan penyakit samada lahiriah maupun batiniah, maka demikianlah pulak ayat-ayat sakinah. Ia memberikan ketenangan jiwa sebagaimana namanya. Jiwa yang tidak tenteram perlu ditenangkan dengan ayat-ayat sakinah. Melalui ketenangan jiwa, barulah seseorang yang beriman itu akan memanjat tangga taqarrub kepada Allah serta merentasi jalan hidup dengan sentosa dan bergaya.

Ayat-ayat sakinah itu ialah:


الأولى : قوله تعالى : وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ آيَةَ مُلْكِهِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ التَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ


Dan nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan[156] dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman.
(Surah Al-Baqarah: Ayat 248)

الثاني : قوله تعالى : ثُمَّ أَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَى رَسُولِهِ وَعَلَى الْمُؤْمِنِين

Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan bala tentara yang kamu tiada melihatnya, dan Allah menimpakan bencana kepada orang- orang yang kafir, dan Demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir.
(Surah At-Taubah: Ayat 26)

الثالث : قوله تعالى : ( إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا)



Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) Maka Sesungguhnya Allah Telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia Berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, Sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir Itulah yang rendah. dan kalimat Allah Itulah yang Tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Surah At-Taubah:Ayat 40)

الرابع : قوله تعالى : هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ


Dia-lah yang Telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang Telah ada). dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana,
(Surah Al-Fathu: Ayat 4)

الخامس : قوله تعالى : لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا


Sesungguhnya Allah Telah ridha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, Maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya).
(Surah Al-Fathu: Ayat 18)

السادس : قوله تعالى : إِذْ جَعَلَ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي قُلُوبِهِمُ الْحَمِيَّةَ حَمِيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَى رَسُولِهِ وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ


Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (iaitu) kesombongan Jahiliyah lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang mukmin dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat-takwa dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya dan adalah Allah Maha mengetahui segala sesuatu.
(Surah Al-Fathu: Ayat 26)

Membaca ayat-ayat sakinah bukan sebuah wirid yang warad. Tetapi ia adalah tajarrubat yang diamalkan oleh ulama. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah diriwayatkan pernah mengatakan bahawa di kala beliau dihimpit masalah dengan beban yang menyesakkan, dia membacanya dan menurutnya ia memberikan kesan kepada jiwanya. Muridnya Ibn Qayyim melaporkan hal yang serupa.

Maka, sesiapa yang mahu mengamalkan, maka beramallah sebagai sebuah mujarrabat. Ia bukan sunnat dan jauh sekali kewajipan. Sama halnya dengan apa yang kita panggil sebagai ayat-ayat Syifa.

Rujuk : Madarijus Salikin; (2/502-504)

ALQURAN DAN HADIS DIKAWAL LAPIS-LAPIS PEPRTAHANAN.

February 24, 2014

As-Sayuthi dalam kitabnya "Al-Itqan" menyebutkan bahawa yang masyhur dalam ilmu tafsir dari kalangan sahabat ada 10 orang iaitu:
a) 4 orang Khalifah Ar-Rasyidin
b) Ibn Mas'ud
c) Ibn Abbas
d) Ubai bin Ka'ab
e) Zaid bin Tsabit
f) Abu Musa Al-Asy'ari
g) Ibn Zubair

Terdapat juga riwayat-riwayat tafsir Al-Quran dalam dalam jumlah yang sedikit dari kalangan sahabat lain seperti Anas bin Malik, Abu Hurairah, Abdullah bin Umar, Jabir bin Abdullah, Abdullah bin Amru bin Al-'As dan Ai'shah radiallahu anhum ajma'in.

Di atas semua, yang paling cemerlang dalam menafsirkan Al-Quran adalah Ibn Abbas. Beliaulah yang digelar sebagai "Turjumanul Quran", Hibrul Ummah dan Bahrul Ummah kerana penguasaannya yang hebat dana seni ilmu menafsirkan Al-Quran.

Goldziher pernah cuba mendiskreditkan Ibn Abbas dengan membawakan bukti-bukti bahawa Ibn Abbas itu telah menciplak perkataan Ahlil Kitab dalam menafsirkan Al-Quran dan bukan dari sumber Islam sendiri. Dakwaan tersebut tidak lain adalah cubaan untuk meruntuhkan keutuhan Al-Quran melalui fitnah terhadap para penafsir Al-Quran yang berotoriti di mata ummat. Namun, dakwaan Goldziher tersebut tidaklah menjejaskan reputasi Ibn Abbas sedikit pun. Kedudukannya telah dimuliakan Allah dan seluruh ummat mengakuinya sebagaimana generasi sahabat terawal mengakui keupayaannya.

Justeru, kalangan yang dalam hati mereka ada penyakit sering melemparkan panah beracun agar mengenai dua sumber Islam yang diperakui sebagai teras keaslian agama iaitu Al-Quran dan Hadis. Namun, sejauh ini, lemparan serangan mereka sering bertabrakan sebelum sempat mengenai tubuh Al-Quran maupun hadis. Ada banyak pengawal yang menjaganya. Banyak juwara yang mendidndinginya.

Untuk itu, mereka yang memusuhi Islam mengikut runtunan penyakit dalam jiwanya telah mengalihkan serangan kepada juara-juara yang membentengi dua sumber Islam tersebut. Goldziher tidak mampu menyerang keutuhan Al-Quran. Lalu diserangnya para penafsirnya.

Demikianlah juga dengan apa yang cuba dilakukan Kasim Ahmad yang sefikrah dengannya. Mereka cuba merobek hadis tetapi kudrat tidak tergapai. Lantas mahu diserang ahli dalam bidang Hadis seperti Bukhari dan Muslim. Juga tidak tergapai kerana kesarjanaanya jauh lebih rendah dari Goldziher yang melontarkan peluru terhadap tokoh-tokoh penafsir Al-Quran.Maka, yang mampu dicubanya adalah menembak benteng-benteng jauh yang memagari Hadis iaitu para ulama.

Dia pun mencipta satu tanggapan bahawa kemunduran Islam adalah kerana kawalan "kasta Padri" yang disebut ulama. Padahal dia mahu meruntuhkan Istitusi Ulama supaya dengan itu dia mampu menembakki dinding-dinding utama Al-Hadis seperti Imam Bukhari dan Muslim serta lainnya. Setelah itu, barulah dapat dipugar pergantungan ummat kepada hadis. Pasti sesudah itu, sasarannya adalah sepertimana sasaran Goldziher.

Sayang sekali umurnya tidak cukup untuk itu. Kini sudah mencapai 80 tahun. Umur 80 tahun adalah umur yang penuh kebosanan sebagaimana disyairkan oleh seorang penyair zaman Jahiliah, Zuhair bin Abi Salma. Dalam kebosanan itulah dia kembali mendagangkan apa yang selama ini gagal dilaksanakannya. Sayang sekali jiga lantunan kebosanan itu yang diambil orang dan diseminarkan.

سئمت تكاليف الحيـاة ومن يعش*****ثمانين حولا لا أبـا لك يسأم

" Aku telah jemu denga bebanan hidup dan siapapun yang hidup sepanjang 80 tahun sudah tentu akan dihimpit rasa kejemuan"

Para ilmuan logika yang bertempel dengan Islam di Malaysia sangat suka memetik buah kebosanan lelaki tua di hujung usia seperti itu. Siapakah para ilmuan penasaran tersebut?