Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Berpulangnya Ust Md Salleh bin Ahmad

March 27, 2022


Ustaz Md Saleh bin Ahmad adalah pensyarah yang menjadi rujukan saya dalam agama semas di Univeristi Malaya. Saya mempunyai rasa kagum dan percaya dengan ilmunya. Kerana itu , biarpun saya telah tamat belajar, ada beberapa kali saya mengunjunginya di pejabatnya di Universitu untuk bertanya soalan dan pandangan. Aku masih ingat, ketika aku telah bersenandung ke Kuantan dan bekerja di sana, satu kali aku turun ke Kuala Lumpur. Aku mencari Ust Md Salleh bin Ahmad, guru yang besar di hatiku itu. Aku bawa sebuah pertanyaan yang bermain dalam fikiranku ketika itu. Pertanyaanku adalah apakah boleh sorang mengkafirkan seornag muslim yang lain. Aku ingat jawapan Ust Md Saleh kepadaku. Dia mengatakan ada dua keadaan yang perlu dinilai. Apakah sebab-sebab kekufuran itu jelas atau kabur. Jika jelas, ya, bolehlah dihukumkan kafir. Jika kabur, maka tidak boleh! 

Itulah jawapan ringkas yang diberikannya. Dia berikan ku sebuah kita untuk dibaca dan dibawa balik ke Kuantan. Kitab itu aku baca dan kemudian bila datang KL aku pulangkan kepadanya.

Dalam kuliah terakhir di Dewan Kuliah AI, aku masih ingat dia pesankan kepada kami para mahasiswa yang bakal graduan. Katanya , carilah pasangan sesama sendiri sebelum meninggalkan universiti dan kahwinlah. Jangan pulang tanpa pasangan. Ketika disoalkan kenapa dia sendiri kahwin lambat, dia katakan bahawa dia "baisun faqir". Aku juga mengatakan demikian kepada kawan-kawan seuniversitiku bila mereka mengoceh agar aku melakukan nasihat Ust Md Saleh itu. Aku adalah "Baisun Faqir". Kalangan sahabat satu Lajnah Syariah denganku, seingatku hanya Ahmad Shukri Muhammad sahaja yang melaksanakan nasihat akhir Ust Md Saleh itu. Ahmad Shukri atau dipanggil Mat Tolang, menikahi Wan Suhairan dan mereka hidup berumahtangga hingga kini. Kelihatan bahagia dan rukun. Berikutnya adalah beberapa orang yang juga memetik rakan sekuliah sebagai pasangan. Seperti Ahmad Najmi dan Asri Sapar . Lain-lain aku tidak ingat. Tapi banyak.

Hari ini, tanggal 27 mac 2022, Ust Md Salleh bin Ahmad menghembuskan nafas terakhir. Dia adalah salah seorang guruku. Seorang ulama yang mendidikku di universiti. Mudah-mudahan ilmunya menjadi bahagian buatku. Kuliah-kuliah mengajar di Masjid Ar-Rahman , mengajar kitab matan Jauharatut Tauhid jadi memori ilmu yang berharga buatku.

Sanggup berubah adalah payah.

February 27, 2022

 Berapa ramai yang sanggup berubah? Berapa ramai pula yang mencari hujjah untuk tidak berubah?

Manusia mempunyai tabiat untuk tidka berubah. Apabila dia berpegang dengan satu perkara, dia akan mencari alasan mewajarkan pegangannya. Dia tidka meletakkan kebenaran di depan tetapi yang diletak di depannya adalah pegangan sedia adanya. Sebab itu, ramai orang bila dibawakan kepadanya hujjah, sehingga dia tidak mampu mematahkan hujjah itu, dia akan berandalkan amalan dan pegangannya sekian lama.

Alangkah baiknya jalan yang diikuti oleh mereka yang convert kepada Islam dijadikan contoh oleh ummat Islam. Mereka yang convert itu, menjadi perubahan kepada kebenaran sebaia pencarian mereka.

Malangnya. ramai orang Islam yang mengamalkan khurafat, bidaah, tahyul dan syirik , bila dibentangkan hujjah nas atas mereka, perkataan sebahagian mereka, masakan nenek moyang kita dahulu dalam kesesatan? Mereka tidak mahu berubah kerana berubah bermakna mereka meninggalkan rantaian dengan leluhur. Mereka tidak meletakkan kebenaran sebagai barometer. Mereka meletakkan apa yang telah lama diamalkan sebagai barometer. 

Ubah cara berfikir. Semua orang perlu ikhlaskan hati dan letakkan mencari kebenaran sebagai parameter tertinggi. Letakkan kesanggupan untuk merubah diri sebagai harganya.

Mencipta isyarat membantu orang

February 11, 2022

Cara kibarkan bendera putih itu adalah kreativiti semasa bencana Covid melanda dan rakyat berada dalam suasana PKP yang menekan kehidupan mereka. Melalui kibar bendera putih, orang  dapat mengetahui kesusahannya. Tidak ada alasan untuk mempertikaikan kaedah ini. Ini adalah satu kreativiti yang terbit daripada humanity.

Pada zaman dahulu, di Delhi India, antara tahun 1211 hingga 1229, ada seorang Sultan memerintah. Namanya Sultan Syamsuddin Al-Tutmish. Beliau seorang Sultan yang adil dan mahu mebela dan menjaga kebajikan rakyatnya. Baginda mencetuskan satu cara memudahkan bantuan terhadap rakyat yang dizalimi. Oleh kerana waktu itu kebiasaan rakyat di Delhi memakai pakaian bewarna putih, maka baginda memberi cara kepada orang yang sedang dizalimi memaklumkan dia mangsa kezaliman. Orang yang dizalimi hendaklah memakai pakaian yang bewarna ketika berada dalam pehimpunan atau ketika datang solat dimasjid. Jika Sultan atau pemgawai-pegawainya melihat ada rakyat yang memakai pakaian bewarna, maka tahulah mereka bahawa orang itu sedang dizalimi dan perlu dibantu.


Syamsudin el-Tutmish, Sulan Delhi: 1211-1229


Cara itulah yang telah digunakan oleh puteri Sultan Syamsuddin Al-Tutmish sendiri, Radhiah binti Al-Tutmish. Selepas ayahnya mangkat, dan tahta diteruskan oleh abangnya Ruknuddin Fairuz Syah, abangnya itu berlaku zalim dan membunuh Izzuddin adiknya. Dia juga mahu membunuh Radhiah. Tapi Radhiah telah melarikan diri ke masjid besar Delhi dan memakai pakaian bewarna sehingga orang ramai pun sedar yang dia dizalimi. Mereka membantunya dan mengalahkan Ruknuddin Fairuz Syah. Akhirnya Radhiah sendiri jadi Sultanah yang memerintah di Delhi dan  memerintah selama 4 tahun antara tahun 1236-1240.

Apa yang dilihat lebih cepat menarik perhatian berbanding daripada  apa yang didengar. Kata orang, sebuah gambar menceritakan seribu bahasa sedangkan lidah hanya menceritakan dalam satu bahasa sahaja dalam satu masa.

MANUSIA UMPAMA GALIAN.

February 8, 2022

Seperti emas yang digali dari dalam bumi, ia bercampur dengan selut dan tanah. Ketika ditemui, ia tiada beza dengan ketulan-ketulan tanah yang tidak berharga. Namun, setelah ketulan emas itu melalui proses yang ekstrim, dibakar, ditapis dan disukil, barulah zahir sifat kemasannya. Barulah emas itu mencapai darjat dan nilai tingginya. Melonjaklah emas meninggalkan jauh di bawah nilai yang ada pada tanah!


Demikian, pepatah Arab ada menyebutkan:

الناس سواء فإذا جاءت المحن تباينوا وتمايزوا

"Manusia itu sama sahaja, namun di kala ditimpa ujian, nyatalah perbezaan di antar mereka".


Kerana itu, hanya ketika berdepan dengan kesusahan sahaja kita akan mengenai siapa kawan sejati dan siapa kawan palsu. Kata pepatah Melayu, kawan ketawa senang di cari, kawan menangis sukar ditemui. Masa emas keliling pingang, ramai orang datang bertandang. Bila emas sudah hilang, sanak saudara pun jadi rengang. Semua kata-kata ini membayangkan bagaimana mehnah, ujian, bala dan kesusahan menjadi proses menapis manusia. Kerana manusia itu dari segi sifat perangainya sama macam galian dalam bumi. Untuk menadapat sifat asli yang sejati, galian dalam bumi perlu dipanaskan dan dileburkan, maka demikianlah pula manusia. Peleburan untuk manusia bagi menemui sifat aslinya adalah melaui ujian dan bala bencana.

Pada satu ketika, kita akan lihat ada orang kelihatan penyabar, tenang dan berhemah. Namun, apakah itu sifat aslinya atau sifat yang palsu. Apakah dia hanya berpura-pura memakai sifat itu sedangkan sifat aslinya berlainan? Untuk mengetahuinya, tunggulah pada saat dia timpa kesusahan, tekanan, perlecehan dan penghinaan. Apakah masih mampu dia bersabar dan waqar? Ramai orang berubah wataknya. Itulah ertinya mehnah dna ujian telah membonggar sifat aslinya.

Berapa ramai orang yang disangka alim lagi kuat beramal. Disebabkan satu keadaan yang menekan, sifatnya berubah. Umpamanya ditekan pemerintah atau dilimpahkan tawaran kesenangan oleh pihak pemerintah. Maka akibatnya tindak tanduknya pun  tidak lagi bergerak atas landasan ilmu dan tidak lagi mengikut jalan oorang soleh terdahulu. 

Kita nampak seseorang ahli politik. Mulanya nampak macam pemimpin pembela rakyat atau pejuang agama. Idealisme memang amat mulut dan suci. Masa berjuang menapak kuasa, dia bak Saidina Umar bin Abdul Aziz. Namun, pada saat sudah memegang tampuk kuasa, limpahan dunia pun datang, keadaannya berubah. Watak asalnya yang selama ini disembunyikan pun dapat dilihat dengan jelas.

Inilah...

Inilah apa yang dikatakn bahawa manusia itu laksana galian.

Aku katakan...asal sabut timbul, asal batu tenggelam. Kalau sabut dibuat bola, sabut aka timbul. Kalau sabut dijadikan bantal,  ia akan timbul. Tapi kalau batu, dibuat bola, tetap teggelamlah ia. Kalau dibuat bantal, pun tenggelamlah ia.