Cara kibarkan bendera putih itu adalah kreativiti semasa bencana Covid melanda dan rakyat berada dalam suasana PKP yang menekan kehidupan mereka. Melalui kibar bendera putih, orang dapat mengetahui kesusahannya. Tidak ada alasan untuk mempertikaikan kaedah ini. Ini adalah satu kreativiti yang terbit daripada humanity.
Pada zaman dahulu, di Delhi India, antara tahun 1211 hingga 1229, ada seorang Sultan memerintah. Namanya Sultan Syamsuddin Al-Tutmish. Beliau seorang Sultan yang adil dan mahu mebela dan menjaga kebajikan rakyatnya. Baginda mencetuskan satu cara memudahkan bantuan terhadap rakyat yang dizalimi. Oleh kerana waktu itu kebiasaan rakyat di Delhi memakai pakaian bewarna putih, maka baginda memberi cara kepada orang yang sedang dizalimi memaklumkan dia mangsa kezaliman. Orang yang dizalimi hendaklah memakai pakaian yang bewarna ketika berada dalam pehimpunan atau ketika datang solat dimasjid. Jika Sultan atau pemgawai-pegawainya melihat ada rakyat yang memakai pakaian bewarna, maka tahulah mereka bahawa orang itu sedang dizalimi dan perlu dibantu.
Syamsudin el-Tutmish, Sulan Delhi: 1211-1229 |
Cara itulah yang telah digunakan oleh puteri Sultan Syamsuddin Al-Tutmish sendiri, Radhiah binti Al-Tutmish. Selepas ayahnya mangkat, dan tahta diteruskan oleh abangnya Ruknuddin Fairuz Syah, abangnya itu berlaku zalim dan membunuh Izzuddin adiknya. Dia juga mahu membunuh Radhiah. Tapi Radhiah telah melarikan diri ke masjid besar Delhi dan memakai pakaian bewarna sehingga orang ramai pun sedar yang dia dizalimi. Mereka membantunya dan mengalahkan Ruknuddin Fairuz Syah. Akhirnya Radhiah sendiri jadi Sultanah yang memerintah di Delhi dan memerintah selama 4 tahun antara tahun 1236-1240.
Apa yang dilihat lebih cepat menarik perhatian berbanding daripada apa yang didengar. Kata orang, sebuah gambar menceritakan seribu bahasa sedangkan lidah hanya menceritakan dalam satu bahasa sahaja dalam satu masa.
0 comments:
Post a Comment