Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Khutbah Jumaat hari ini: Muhasabah sesudah Ramadhan

October 10, 2008

Muhasabah sesudah Ramadhan, tajuk khutbah Jumaat hari ini. Aku menyampaikannya di Masjid Jannatun Naim, Sri Taman, Sandakan.
وَلاَ تَكُونُواْ كَالّتِي نَقَضَتْ غَزْلَهَا مِن بَعْدِ قُوّةٍ أَنكَاثاً

Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai berai kembali. aku memetik maksud firman Allah dalam ayat 92 surah An-Nahlu.
Aku juga menyebutkan bahawa para lulusan Ramadhan tidak harus menjadi hamba Ramadhan tetapi biarlah menjadi hamba Allah yang sejati. Siapa yang beribadat kerana Allah, maka Allah itu hidup dan tidak mati. Namun, siapa yang beribadat kerana Ramadhan, sesungguhnya Ramadhan itu akan sirna.
Perhatian: Teks Khutbah boleh dicapai dari pilihan SUMBER PERIBADI-pilihan-khutbah 2

Akan kuceritakan tapi bukan sekarang....

October 9, 2008

Tujuan aku bangunkan blog ini adalah untuk berkarya di samping menempatkan pendapat dan pandangan terhadap sesuatu perkara. Itulah asas kepada blog ini. Blog ini yang telah aku mulakan semenjak tahun 2005 dengan hanya 6 posting, telah hampir aku tinggalkan sebagai sampah dalam dunia maya. Aku mengabaikannya dan tidak berminat untuk memposting apa-apa bahan di dalamnya. Mungkin sibuk dengan kehidupan harian menyebabkan aku tidak mempedulikan dunia blog. 
Walau bagaimanapun, mulai Julai 2008, aku kembali membuat posting baru. Blog yang telah aku tinggalkan itu aku aktifkan kembali dengan membuat penambahbaikan dalam bentuk design dan tambahan beberapa gadget baru. Aku kembali mendalami ilmu blog dan sampai kini masih cuba mendalami ilmu blog agar lebih menguasainya. 
Sebenarnya ada peristiwa penting mengapa aku terdorong untuk kembali mempedulikan blog yang hampir aku lupakan ini. Dahulu, aku merasakan blog sekadar melakarkan idea dan pandangan dan tidak lebih dari itu. Justeru, aku menhairani gempak dunia blogger yang berdepan dengan tangkapan dan berbagai tekanan. Kalau blog-blog politik, ia dikatakan telah memberi impak besar kepada perkembangan politik tanah air.
Tak perlu diceritakan apa peristiwa penting yang aku maksudkan berhubung dengan blog ini. Cukup aku katakan bahawa blog, biar sekecil manapun, ia tetap punya kesannya. Bagiku, ada rahmat di sebalik peristiwa yang terjadi. Dari minat memblogging seawal 2005, aku mendapat rahmat daripadanya. 
Akan kuceritakan mengenainya tapi bukan sekarang...
Kini aku berkhidmat di sebuah sekolah baru. Aku akan terus memblogging kerana aku merasakan menulis adalah cebisan kebebasan yang menjadi milik sejatiku.
Kepada sahabat-sahabat dan kenalan yang menjengak ke laman blog ini, aku mengajak...marilah kita miliki blog sendiri. Insya Allah...lepas ini aku akan perkatakan tentang beberapa faedah dan keajaiban zaman moden hasil daripada blog. Ia sungguh ajaib dan saya sedang dalam proses mendalaminya. Ia adalah pelajaran baru bagi saya dan belum pernah ada universiti yang memberi kuliah khusus mengenai keajaiban yang aku maksudkan.

CEPAT KAYA DAN MUDAH KAYA


Sampai bila pun orang suka kalau ada jalan untuk cepat kaya dan jalan itu pun dapat dicapai dengan mudah.

Setelah berkhirnya zaman orang ramai ghairah melabur dalam internet, setelah pelaburan tersebut diharamkan oleh kerajaan dan diharamkan pula oleh Majlis Fatwa Kebangsaan,kini terdapat kecenderungan baru dalam pelaburan. Beberapa syarikat yang menawarkan pengambilan deposit daripada orang ramai dengan pulangan keuntungan yang memikat, mula mengambil tempat. Ramai yang terpikat dan membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat berkenaan. Antara syarikat yang begitu popular menawarkan skim ini adalah syarikat Noradz dan Mirza .

Kononnya, pelaburan dalam syarikat ini bukan sebagaimana pelaburan internet dahulu kerana terdapat buku-buku penerangan yang mendetailkan bentuk perniagaan yang dijalankan.

Walau apapun alasannya, buat masa ini saya menegaskan bahawa pelaburan seumpama itu adalah meragukan daripada dua aspek:

1. Kebolehpercayaan menunaikan janji keuntungan untuk semua orang yang melabur
2. Keesahan dari segi syarak

Siapa boleh mendakwa bahawa penipuan tidak akan mungkin berlaku?
Siapa pula berani mendakwa bahawa cara pembahagian keuntungan tersebut bersesuaian dengan konsep Mudhrabah dan tidak ada unsur riba dan gharar?

Sekadar melontarkan dua persoalan pemula itu, saya akan menyusul dengan ulasan lengkap dan rujukan berautoriti mengenainya sedikit masa lagi.

Pohon tinggi melayut ke awan

October 4, 2008

"Para ulama dahulu mengarang kitab dengan ikhlas hati...niat mereka menyebar ilmu untuk mengeluarkan manusia daripada kejahilan kepada ilmu...", aku teringat kata-kata seorang hamba Allah yang menuturkan kata-kata itu.
"Mereka mengarang kitab dan meletakkan nama mereka si muqaddimah kitab dengan gelaran seperti al-faqir ilallah, al-muznibu, al-mujrimu, yang jahil lagi serba kekurangan dan berbagai-bagai gelaran lekeh yang lain", lanjut si hamba Allah yang memberi pandangannya itu.
"Ya, amat berbeza dengan pengarang buku-buku dewasa ini...tujuan kebanyakannya adalah untuk mendapat keuntungan dari royalti, mendapat nama, kesarjanaan dan berbagai-bagai tujuan duniawi..."aku menambah dan meyetujui pendapat hamba Allah tersebut.
"Sebab itu...mereka meletakkan di pangkal nama mereka di kulit buku maupun dalam prakata gelaran-gelaran yang menunjukkan pencapaian mereka dan kesarjanaan mereka...",lanjutku.
"Benar..mereka meletakkan gelaran prof, dr,syeikh, tuan haji, maulana dan sebagainya", sambut si hamba Allah.
Masya Allah...alangkah berbeza orang berilmu zaman lampau dengan zaman ini.Aku menginsafi hakikat ini.
Sesungguhnya, dalam kerendahan hati ulama terdahulu mengarang kitab, mereka telah menebarkan islah sepanjang zaman. Ramai manusia mendapat manfaat daripada kitab mereka. Ulama dalam pelbagai bidang telah meninggalkan khazanah berharga buat ummat ini.Dari kitab mereka, para sarjana yang mencari habuan dunia mencedok isinya. 
Sesungguhnya,  kita amat kerdil di depan pohon tinggi yang melayut ke awan mengakar ke bumi seperti para ulama silam. Mereka menjadi legeh yang mengalirkan sungai yang tak pernah kering!