Aku syaitan kau malaikat!
Jerit seorang pelacur yang berputus asa
Lantaran dicela manusia sekitarnya
kerana terasa diri dosanya sudah berjela.
Alang-alangnya menempah dosa
biarlah habis bergelumang noda
Aku syaitan kau malaikat!
tempelak seorang pencuri
ketika dirinya ditangkap warga
Aku syaitan kau malaikat!
Seorang ahli maksiat
yang gagal menemui jalan hidayat
membuat kesimpulan singkat
setelah rasa diri sangat bejat
Di antara manusia ada syaitan!
Di antara manusia ada malaikat !
Siapa berkawan dengan syaitan
Hidup menjadi tidak keruan
buah bicara semacam igauan
Amal dan kata tidak dipandu iman
Siapa berkawan dengan malaikat
harga diri memanjat harakat
Mengenal bermacam hakikat makrifat
Amal kerja selalu ingat akhirat.
Jika berkawan dengan syaitan.
Maka syaitanlah yang dikenal.
Kasih dan cinta terpaku di sana
Budi malaikat tidak kelihatan.
Namun...
jika berkawan dengan malaikat
Barulah mengenai bahaya mudarat
jalan syaitan dapat disisihkan
jalan malaikat dijadikan panduan
Aneh sekali....
jika ada orang mengenal syaitan
tapi tidak kenal malaikat!
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMAT
-
Aku menjadi guru sejak tahun 2004. Sekolah yang mula-mula aku menabur bakti
mendidik anak bangsa adalah Sk. Tanjong Batu, Sandakan. Setelah lima tahun...
4 days ago
2 comments:
As'salam.. nk share sajak ni boleh x usataz??
ok..
Post a Comment