Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Berilah sedekah kepada anakmu!

March 18, 2011

Bila sebut sedekah, jangan hanya terbayang makan, minum, wang ringgit dan harta-harta yang boleh dicapai dengan pancaindera. Ada lagi sedekah yang lebih mahal dari harta benda dunia yang merupakan barang tidak kekal itu. Itulah sedakah ilmu. Antara ilmu dan harta, ilmu mempunyai darjat yang berlipatganda lebihnya. Diriwayatkan bahawa Saidina Ali R.A ketika ditanya tentang apa lebihnya ilmu berbanding harta, belia telah menyebutkannya dan menegaskan bahawa jika datang 10 orang bertanya soalan yang sama, akan dijawabnya jawapan yang berbeza. 

Sedekah, sebagaimana dinyatakan dalam hadis, boleh memadamkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW:

وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ؛ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ
"Dan sedekah itu memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api".
(Riwayat Tarmizi)

Sedekahlah kepada anak-anak kita ilmu yang dijelmakan dalam bentuk tarbiah. Anak-anak yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita merupakan amanah yang menuntut penjagaan yang lestari dengan perintah Allah SWT. Apabila seorang ayah memberikan ilmu kepada anaknya, itulah sedekah yang paling mahal diberikan ayah buat anaknya. Dengan memberi sedekah ilmu kepada anak, ayah itu telah menjemput kasih sayang Allah SWT untuknya. Selain itu, ayah juga bakal mendapat ganjaran penghapusan kesalahan-kesalahan yang dilakukannya.


Apa yang perlu diberi perhatian berat oleh ayah untuk anak-anak adalah ilmu solat serta didikan menegakkannya. Sabda nabi SAW:

مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ لِسَبْعٍ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا لِعَشْرٍ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ
 
" Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika umur mereka mencapai 7 tahun. Pukullah mereka sewaktu berumur 10 tahun (jika tidak mahu mengerjakan solat), dan hendaklah mula dipisah-pisahkan tempat tidur mereka". 

(Riwayat Ahmad dan Abu Daud- Hasan Saheh menurut Albani)

Berapa ramai bapa yang melakukan perintah Rasul ini terhadap anak-anak mereka. Apakah solat menjadi agenda utama dalam pendidikan anak-anak atau ia dibiarkan berlaku secara kebetulan cuma. Ramai bapa menyerahkan tanggungjawab mengajar anak solat kepada guru agama di sekolah. Sementelahan, bapa itu pula bukan dari kalangan penegak solat.

Mengajar anak solat bukan tugas orang lain. Bapalah orang yang pertama akan dipersoalkan atas pengabaian tanggungjawab solat oleh anak-anak. Ibu? bukan tanggungjawabnya menyuruh anak solat malah menjadi tanggungjawab suami memerintahkan isterinya solat. Isteri yang tidak solat, suami yang menggung akibat (jika tidak menyuruhnya). Anak yang tidak solat, bapa yang menanggung akibat (jika tidak memerintahkannya).Suami atau bapa adalah ketua dalam sebuah rumahtangga. Saat seorang isteri sudah kematian suaminya, ketika itulah tanggungjawab mendidik anak-anak berpindah kepadanya.

Pendidikan yang diberikan kepada anak-anak oleh bapa dan kemudiannya ibu akan menjadi sedekah yang berfungsi memadamkan kesalahan yang ibu bapa lakukan. Berbahagialah ibu bapa yang sering memperhatikan perihal solat anak-anak!

0 comments:

Post a Comment