Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Jangan tanggalkan pakaian itu

February 14, 2009

Kisah bahawa Datuk Sri Nizar tidak mahu meletakkan jawatan dari kedudukannya sebagai MB perak telah hangat diperkatakan. Paling rancak adalah media masa yang tidak jemu-jemu mengulas isu tersebut dari pelbagai dimensi. Dimensi derhaka kepada sultan nampaknya paling menarik untuk ditempelkan kepada Datuk Sri Nizar. Dalam artikal yang lalu, aku sebagai satu generasi melayu telah menyatakan sikapku tentang istilah derhaka kepada sultan tersebut. Bahawa, aku tidak beriman dengan khurafat pantang derhaka. Telah aku katakan bahawa istilah "pantang derhaka" mungkin idea juak-juak istana zaman dahulu untuk menindas pemikiran masyarakat Melayu.
Kisah datuk Sri Nizar enggan meletakkan jawatan mengingatkan aku kepada kisah Khalifah Saidina Uthman bin Affan yang bertegas tidak mahu meletakkan jawatannya sebagai khalifah apabila didesak oleh gerombolan pemberontak yang datang dari Mesir. Kata-kata masyhurnya bahawa beliau tidak akan menanggalkan pakaian yang telah dipakaikan kepadanya cukup jelas mengambarkan sikapnya. Sesungguhnya jauh sekali kalau hendak didakwa beliau tamakkan kuasa. Itu menggambarkan sikap pemimpin yang berprinsip.
Aku mencari nas mengenainya. Terima kasih kepada pengendali laman Saifulislam yang telah memasukkan riwayat mengenai kata-kata tersebut dalam laman webnya.Kini aku dapat mewajarkan tindakan MB perak itu bersandarkan nas.
Bahawa Rasulullah telah bersabda kepada Saidina Uthman bin Affan:
Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!”
[riwayat Ibn Majah]
Kepimpinan umpama pakaian. Manusia memakai pakai mengikut tertib dan cara tertentu dan seharusnya ia ditanggalkan dengan tertib dan cara tertentu juga. Mana mungkin ia boleh direnggut sesuka hati.
Allah yang memakaikan pakaian kepimpinan kepada seseorang, dan bukan raja atau sultan.
Kepada Datuk Sri Nizar, jangan tanggalkan pakaian itu.

Kampung Pampang, Sandakan.

Hari ini aku masuk berjaulah dengan motosikalku ke kampung Pampang. Ia kulakukan sepulang dari sekolah selepas selesai Kem Bestari Solat yang diadakan buat kali pertama tahun 2009 di sekolah tempat aku bertugas.
Jalan masuk ke kampung Pampang
"Ustaz pernah jumpa balam-balam?", seorang warga Sibugal Besar pernah melontarkan persoalan itu kepadaku tidak lama dulu.
"Belum pernah...", aku menjawab ringkas.
Sememangnya cerita mengenai balam-balam, sejenis makhluk mainan ilmu hitam itu banyak diperkatakan orang. Ia masyhur di beberapa tempat. Kononnya, kalau di Kota Belud, masih ramai orang di sana mengamalkan ilmu tersebut. Wallahu 'alam. Orang Kota Belud mungkin boleh ceritakan kebenarannya.
"Kalau ustaz mahu tengok, di Pampang ada orang mengamalkan ilmu balam-balam...", warga itu memberitahuku.
Aku hanya mendengar dan tidak bermaksud untuk mempercayai khabar itu. Sudah banyak aku dengar orang menyebutkan tentang balam-balam itu. Di Pulau Tanjong Batu, tempat aku berkhidmat dahulu, ada juga cerita itu aku dengar, tetapi ia sekadar cerita. Cerita yang didengar dari orang tua-tua, diceritakan oleh anak-anak.
Beberapa muridku adalah dari kampung Pampang. Mereka tidak pula pernah bercerita di sekolah mengenainya.
Cuma, menurut seorang pemimpin masyarakat Sibugal Besar, Pampang adalah kawasan yang dihuni ramai pendatang. Pernah terjadi pembunuhan sadis di mana mayat dibuang ke paya nipah di sana.

Aku menjelajah kampung Pampang sehingga ke hujung jalan. Di sebuah jeti pangkal sungai air masim yang kehijauan, aku berhenti dan menghayati alam semula jadi indah di Pampang.
Paya nipah memang banyak di kampung Pampang. Kiri kanan jalan tumbuh pohon-pohon nipah dalam paya bakau. Sesetengah rumah warga Pampang dibina dalam kawasan paya nipah.
Di hujung jalan,di pinggir jeti, dua remaja Pampang baru pulang dari laut menunjukkan ikan hasil tangkapan mereka.
Penulis di kuala Pampang.

"Sampan kami karam...ada bot melintas laju...hanya ini yang tinggal...", dua remaja itu mengeluhkan musibah mereka hari itu.
Dua remaja Pampang pulang membawa ikan.
Aku tidak tahu apakah cerita-cerita yang kudengar mengenai kampung Pampang berasas. Kelihatan jalan masuk ke kampung pampang berturap hingga ke hujung jalan. Dalam hal ini, ia lebih baik daripada kampung Sibugal Besar. Tanah Pampang luas dan rumah berhalaman luas dan jauh antara satu sama lain. Penduduk Pampang belum cukup padat.
Ini hanya sekilas pandang dalam jaulah singkatku. Tidak aku tahu cerita-cerita desa di sebaliknya. Mungkin satu masa yang lain, aku akan datang lagi.

Sedutan Khutbah-Haram Menyambut Hari Valentine

February 13, 2009

Pada hari ini, aku menyampaikan Khutbah di masjid Jannatun Na'im, Sri Taman Sandakan. Tajuk yang kubawakan adalah "Haram Menyambut Valentine's Day". Aku meletakkan sedutan khutbah di sini sebagai rujukan bagi yang memerlukan.
Ummat Islam pada masa ini berada dalam krisis keyakinan diri. Ramai yang tidak merasa kehebatan Islam sedangkan Islam itu hebat. Kadang-kadang, orang islam malu mengaku dirinya Islam. Sedangkan Rasulullah telah menegaskan dalam sepotong hadisnya:
الإسلام يعلو ولا يعلى عليه
“Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya”.
(Hadis Riwayat Baihaqi-dihasankan oleh Albani)
Umat Islam dewasa ini memuja Barat. Budaya dan kehidupan Barat ditiru dan ditinggalkan budaya dan kehirupan Timur dan Islam. Bahasa dari Barat diangkat dan disanjung tinggi sedangkan bahasa Arab ditinggalkan dan dijahili.
Negara yang mendakwa negara Islam gerun dengan Amerika Syarikat dengan kekuatan ekonomi dan persenjataan yang dimilikinya sehingga sanggup menjadi tunggangan kuasa besar dunia tersebut. Lalu kita menyaksikan bagaimana rakyat Gaza seolah-olah sendirian dalam menentang hujanan bom berangkai Yahudi tanpa bantuan negara-negara jirannya sekalipun. Arab Saudi yang dianugerahkan kekayaan minyak, tidak mampu berbuat apa-apa. Mesir yang berbangga dengan dakwaan “sebaik-baik tentera adalah tentera Mesir”, juga tak berbuat apa-apa. Malah dengan teganya menutup sempadannya kepada rakyat Gaza.
Maka benarlah apa yang diamarankan oleh baginda dalam hadis yang diriwayatkan Tsaubah r.a:

يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ ، كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا ، فَقَالَ قَائِلٌ : وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ ، قَالَ : بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ ، وَلَيَنزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ ، وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ ، فَقَالَ قَائِلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ ؟ قَالَ : حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَة الآخرة
“Nyaris-nyaris orang-orang kafir menyerbu ke atas kalian seperti kalian menyerbu makanan dalam piring”.Maka bertanya satu orang: “Apakah kerana kami sedikit pada masa itu ya Rasulullah?”. Jawab baginda: “Tidak, bahkan kamu pada hari itu ramai sekali. Tetapi kamu adalah seperti buih di atas air. Allah mencabut rasa takut musuh-musuh terhadap kalian dan menjangkitkan dalam hati kalian penyakit wahnu”. Lalu bertanya satu orang: “Apakah wahnu itu ya Rasulullah?Jawab baginda: Itulah cinta dunia dan takut mati”.
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Kelemahan dan kemunduran muslimin ini telah menyebabkan bukan ummat Islam menanggung kerugian, malam alam seluruhnya menanggung krugian akibat kemunduran umat Islam. Inilah yang diungkapkan oleh Abu Ali Hasan An Nadwi dalam bukunya, ma za khasiral ‘alam bit tadhuril muslimin.
Ketahuilah bahawa kemuliaan dan keagungan adalah milik Allah swt.

Dalam Al-Quran,Allah berfirman:


مَن كَانَ يُرِيدُالْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا


“Barang siapa yang mahukan kemuliaan, maka ketahuilah bahawa kemuliaan itu milik Allah semuanya”.

(Surah Fatir:Ayat 10)
Ummat Islam tidak harus meniru dan mencontohi gaya hidup ummat yang lain kerana perbuatan tersebut melambangkan rendahnya jatidiri sebagai muslim. Umat Islam adalah ummat yang terbaik dan meniru ummat yang lain menunjukkan kita tidak menghargai anugerah sebagai ummat terbaik yang Allh kurniakan kepada ummat Islam.
Walau bagaimanapun, perbuatan meniru gaya hidup Yahudi dan Nasara ini merebak mempengaruhi generasi Islam tanpa di sedari.

Salah satu bentuk peniruan tersebut ialah hari Valentine yang disambut pada tanggal 14 Februari sebilangan pemuda-pemudi beragama Islam. Sama ada sedar itu tidak disedari oleh anak-anak muda ini, hari velentine mempunyai latarbelakang sejarah, tradisi dan ajaran kristian.

Terdapat 3 pandangan mengenai asal usul velentine’s day:
1. Ia adalah perayaan yang disambut orang-orang Rom bagi meraikan dewa dewi pujaan mereka. Ia disambut pada 14 Februari saban tahun. Pada 15 Februari mereka mereka merayakan pula Pesta Lupercalia di mana nama-nama gadis ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam satu bekas. Ia dicabut oleh setiap pemuda dan nama gadis yang diperolehinya akan menjadi pasangannya sepanjang pesta berlangsung.
2. Pendapat kedua pula mengatakan ia ada hubungan peristiwa pada zaman pemerintahan Claudius II, raja Romawi yang memerintah dari tahun 268-270M. semasa pemerintahannya, Rom terlibat dalam banyakpeperangan dan oleh itu beliau telah membatalkan semua pertunangan dan perkahwinan. Seorang paderi bernama St. Velentine telah mengahwinkan pasangan-pasangan secara rahsia dan apabila aktiviti ini terbongkar, paderi tersebut telah disiksa dan dihukum bunuh pada 14 Februari 270M. Sebagai mengenang ketabahan dan pengorbanan St. Velentine tersebut, ia disambut oleh masyarakat kristian awal sebagai hari keagamaan.
3. Pendapat ketiga mengatakan ia berkaitan dengan peristiwa pada zaman ratu Isabella yang telah menghancurkan kerajaan Islam di Andalusia. Seorang paderi yang berkedudukan tinggi selepas Pope, bernama St Velentine yang bermaszhab katolik telah bercadang untukberkahwin dengan seorang wanita dari kelompok Protesten.Ratu Isabella murka dengan hasrat paderi tersebut dan memenjarakannya. Ratu tersebut menetapkan 14 Februari sebagai hari kekasih untuk St Velentine.


Mana-mana tiga pendapat di atas, menyambut hari velentine jelas tidak lari daripada sejarah, tradisi dan ajaran Kristian.
Adalah tidak wajar hari ini disambut.Tidak wajar rancangan telivisyen memaparkan iklan di bawah tajuk "Velentine’s special” dengan penampilan watak pasangan kekasih yang romantik. Umat Islam tidak harus melayan lambakan kad ucapan velentine yang dijual di mana-mana kerana ia buka budaya kita. Pada hari tersebut, tidak wajar pemuda Islam memberikan jambangan bunga atau keluar makan malam bersama kekasihnya. Tidak wajar juga suami isteri sekalipun merayakan hari tersebut atas nama kononnya mengembalikan keromantikan hubungan suami isteri. Terdapat lebih 300 hari dalam setahun, suami isteri boleh pilih hari yang lain untuk menyatakan cinta kepada pasangannya!


Umat Islam wajib mengelakkan diri dari meniru upacara berkaitan keagamaan selain Islam.

Oleh sebab sambutan hari velentine tersebut mempunyai latarbelakang keagamaan kristian, ia adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Pusat Kebahagiaan wanita dan remaja (KEWAJA) yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Ini kerana Sebahagian besar remaja lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”


Disebutkan dalam hadis, Rasulullah saw telah bersabda:

لتتبعن سنن من كان قبلكم شبرا شبرا وذراعا بذراع حتى لو دخلوا جحر ضب تبعتموهم قلنا يا رسول الله اليهود والنصارى قال فمن !!


“ Demi sesungguhnya kamu akan menjejaki kebiasaan ummat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak, kamu akan mengikuti mereka. Kami bertanya: Ya rasulullah, apakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Jawab baginda: Siapa lagi.”
(Riwayat Bukhari)


Ternyata pada hari ini apayang diingatkan oleh Rasululullah itu sedang menjadi kenyataan. Menyambut Velentine adalah satu contoh daripadanya. Banyak lagi amalan tradisi keagamaan dan cara hidup yahudi dan nasrani yang menjadi menjadi anutan dan ikutan sebagahagian ummat
Islam. Ekonomi riba menjadi sumber razeki. Budaya kuning menjadi kegilaan remaja. Politik Machieveli menjadi budaya para politikus. Makanan, cara pergaulan, cara mendidik anak-anak dan sebagainya, banyak yang dicedok daripada sumber yahudi dan nasrani.
Subhanallah…Masya Allah…La haula Quwwata Illa Billah….inilah dilemma umat Islam hari ini.
Marilah kita selamatkan generasi kita dari menelan racun Yahudi dan Nasrani. Wahai para pemuda,anda adalah pemikul amanah mempertahankan kehidupan Islam di akhir zaman. Wahai para bapa, setiap kegelinciran anak-anak,anda tidak akan terlepas dari dipersoalkan di akhirat.
Oleh itu marilah kita pelihara diri dan kaum keluarga dari mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani. Kita tegaskan bawa kita adalah orang Islam dan kemudian kita beritiqamah atas jalan Islam.

KHALID MISY'AL

February 8, 2009

Syeikh Ahmed Yasin mengasaskan Hamas dan pemimpin pertamanya. Beliau syahid dibunuh regim Yahudi dengan ditembak dengan peluru berpandu dari helikopter. Abdul Azizi Rantisi menggantikannya. Beliau juga mencapai syahid apabila ditembak beluru berpandu dari helikopter apache regim ganas tersebut.
Kini, Khalid Misy'al pula mengganti. Sesungguhnya perjuangan membela agama Allah tidak pernah ketandusan pemimpin terbaik. Allah sentiasa memberikan pemimpin bagi orang yang memperjuangkan agamanya. Semoga Allah memberkahi Hamas dalam perjuangannya.
Israel boleh membunuh pemimpin-pemimpin para pejuang. Ia tidak akan mematikan perjuangan. Kehilangan seorang pemimpin akan digantikan dengan puluhan pemimpin yang lain. Antara mereka akan muncul yang terbaik. Siapa tahu...jika Khalid Misy'al juga menuruti jejak dua pendahulunya, antara anak-anak Palestin yang ada kini sedang menunggu giliran masing-masing, akan lahir memimpin perjuangan. Di tangan salah satu mereka, terbukanya al-Fatah buat Palastin.
Artikal mengenai biografi Khalid Misy'al ini aku petik dari laman eramuslim agar kita dapat sama-sama mengenali pemimpin berani berjiwa kental ini.Oleh itu bahasa asalnya dikekalkan.
Beliau bernama Khalid Misy'al. Sebuah nama yang cocok untuk mencirikan semangat perjuangannya memimpin Harakah Al-Muqaawamah Al-Islamiyah atau Hamas. Arti dari nama Khalid Misy'al adalah nyala api yang tidak pernah padam. Inilah seorang pemimpin gerakan Islam abad ini yang sangat ditakuti Amerika dan Israel.
Khalid lahir pada tahun 1956 di Silwad, sebuah wilayah dekat Ramallah yang kemudian menjadi wilayah Yordan. Ia menamatkan pendidikan sekolah dasarnya di Silwad pada 1967, kemudian pindah ke Kuwait karena perang.
Di Kuwait, Khalid kuliah di Universitas Kuwait, dan lulus sebagai sarjana muda bidang fisika. Semasa kuliah, Khalid Misy'al menjadi ketua himpunan mahasiswa Palestina dan menentang pemerintahan Yasser Arafat dan PLO-nya. Sejak masih belia, Khalid sudah tergabung dalam Islamic Haqq Bloc, yang bersaing dengan Fatah dalam merangkul masa mahasiswa.
Tahun 1980, ia mendirikan Liga Islam Mahasiswa Palestina, yang merupakan bagian dari Ikhwan. Tapi tidak lama, karena dibubarkan oleh pemerintah. Namun, segera Khalid pun mendirikan Liga Islam Mahasiswa Palestina (al-Rabita al-Islamiyya li Talabat Filastin) tahun 1980.
Setelah lulus, antara tahun 1978 hingga1983, Khalid Misy'al mengajar di berbagai kampus di Kuwait. Tahun 1983, gerakan Islam Palestina mengadakan pertemuan tertutup dan pesertanya berasal dari berbagai wilayah Palestina seperti Tepi Barat, Jalur Gaza, juga luar Palestina.
Pertemuan inilah yang kemudian menjadi cikal-bakal berdirinya Hamas dan Khalid Misy'al adalah proyeksi masa depan kepemimpinan Hamas. Setelah itu Khalid tinggal di Kuwait. Ia menikah tahun 1981 dan dikarunia 7 orang anak.
Ketika Iraq menginvasi Kuwait, Khalid pindah ke Yordan dan mulai mencurahkan kosentrasinya secara penuh untuk Hamas. Ia kemudian menjadi ketua Biro Politik Hamas. Dari sinilah, mungkin, bisa terjawab siapa di balik invasi Irak ke Kuwait dan apa motif sesungguhnya.
Mossad, badan rahasia intelijen Israel, sudah lama mengincar Khalid Misy'al sebagai target operasi. Pada 25 September 1997, Mossad, atas perintah Perdana menteri Benjamin Netanyahu dan kabinetnya, mencoba melakukan pembunuhan terhadap Khalid.
Sepuluh agen Mossad yang paling terlatih ditugaskan untuk itu. Mereka menyamar sebagai turis Kanada dan memasuki Yordan dengan leluasa. Agen-agen Mossad ini sudah hampir dekat dengan sasarannya. Mereka bahkan sudah memasuki rumah Khalid Misy'al dan menyuntikan racun melalui leher Khalid ketika dia tidur.
Setengah mati, setengah hidup. Seperti itulah kira-kira yang dirasakan Khalid Misy'al setelah syaraf di leher dekat telinganya disuntikkan gas racun. Walaupun dua agen berhasil ditaklukkan oleh satu orang pengawal Misy'al, tapi racun sudah terlanjur disuntikkan.
Kedua agen Mossad yang dibekuk itu lalu ditukar dengan antidote (penawar racun), dan pembebasan Asy-Syahid Syaikh Ahmad Yassin.
Alih-alih berhasil membunuh Misy'al, Israel malah terpaksa melepas ulama mujahid besar itu dari hukuman penjara seumur hidup waktu itu. Allaahu Akbar
Di tahun 2004, seorang pemimpin tertinggi Hamas tewas diroket Israel dalam mobilnya. Dialah Abdul Aziz al-Rantisi. Dan sejak itu, Khalid Misy'al terpilih sebagai pengganti Rantisi untuk memimpin Hamas.
Khalid Misy'al sangat kritis terhadap Yaser Arafat. Ia menolak ide gencatan senjata dengan Israel. Ia ditengarai sebagai kunci dari kebijakan Palestina. Ketika Syeikh Ahmad Yassin dibunuh Israel tahun 2004, ia mengatakan, "Kami tak akan pernah melakukan gencatan senjata dengan Israel jika rakyat Palestina terus diperlakukan seperti ini oleh Israel."
Ketika Hamas menang pemilu sah di Palestina, Khalid mengatakan, "Kita semua harus menyatukan diri, dan segera menyatakan kemerdekan kita. Kita harus punya angkatan bersenjata yang bisa melindungi kita dari agresi Israel."
Sebagai salah satu pemegang saham kemenangan Hamas dalam pemilu, Khalid Misy'al tidak mentang-mentang. Dia tidak seperti umumnya politisi yang minta dibalas dengan 'sanjungan' kekuasaan. Atau, mungkin 'proyek' kompensasi kekuasaan lain. Justru, Khalid memberi jalan bagi Ismail Haniyah untuk menjadi perdana menteri. Dan Khalid Misy'al kembali meneruskan kehidupannya di Suriah yang selalu di bawah bayang-bayang ancaman pembunuhan untuk konsisten memimpin organisasi jihad terbesar dewasa ini.
Dalam sebuah wawancara dengan harian Rusia, Nezavisimaya Gazeta, tanggal 13 November 2006, Khalid Misy'al mengatakan bahwa Hamas akan sudi melakukan gencatan senjata dengan Israel jika Yahudi itu mau menghormati perbatasan Palestina yang sudah ada sebelum tahun 1967, dan Israel menarik diri dari wilayah Palestina. Sebuah syarat yang tidak mungkin akan disetujui Israel.
September tahun 2008, Israel dan media Barat menyebarkan isu bahwa Khalid Misy'al tewas terbunuh di Damaskus, Suriah. Hal ini langsung dibantah anggota Biro Politik Hamas, Muhammad Nazal.
Intaian dan ancaman pembunuhan inilah yang menjadikan Khalid Misy'al tergolong orang yang tidak mudah untuk ditemui.
Selain konsistensinya, Khalid Misy'al juga dikenal begitu tawadhu. Ia tidak besar hati dalam memposisi dirinya di hadapan publik. Ketika pada Muktamar Internasional di Damaskus November lalu, ada seorang peserta yang berdiri dan membacakan sebuah syair dalam bahasa Arab yang artinya, “Sesungguhnya Hamaslah pembawa panji jihad dan perlawanan yang sesungguhnya!”
Di hadapan dua ribuan peserta muktamirin, Khalid Misy'al menyempatkan diri untuk menjawab syair itu, “Bukan cuma Hamas. Hamas hanya bagian dari dunia Arab dan dunia Islam yang semuanya melakukan perlawanan.”
Kepada faksi Fatah yang disebut oleh Khalid sebagai “saudara-saudaraku yang mulia”, dia menyampaikan bahwa persoalan yang penting bagi Hamas bukanlah Fatah. “Persoalan kita bersama adalah bagaimana memperbanyak orang baik yang akan bangkit membebaskan Al-Quds dan Palestina, darimanapun asal mereka,” tegas Khalid Misy'al penuh semangat.
Pada muktamar itu, Khalid Misy'al menyampaikan gugatan kepada negara-negara sekitar Palestina. Dia mengajak negara-negara tersebut untuk selalu membantu perjuangan Islam di Palestina.
“Jika boleh dianalogkan, maka kelak di Akhirat, rakyat Palestina akan mengadukan kepada Allah kenapa bangsa-bangsa tetangganya membiarkan mereka ditindas dan dizalimi oleh Israel yang dibantu Amerika dan Inggris,” tukas Khalid.
Kapal-kapal kecil dari laut yang jauh, dari Inggris dan Cyprus telah dengan berani menerobos blokade Zionis Israel dan masuk ke Gaza.
“Kenapa sampai hari ini tidak ada satu kapal pun yang berasal dari negara-negara tetangga Palestina menolong rakyat Palestina?” tanya Khalid Misy'al.
Dalam empat bulan terakhir, sudah ada tiga kapal misi perdamaian yang berhasil menembus blokade laut Israel sampai berhasil merapat di pelabuhan Gaza.
Khalid Misy'al juga mengajak seluruh rakyat Palestina mempertanyakan, kenapa dalam berbagai perundingan yang di dalamnya terlibat Amerika, Israel dan Otoritas Palestina, “tidak pernah sekalipun dibicarakan mengenai Hak Kembali ke Palestina bagi bangsa yang sedang terjajah dan terusir ini?”
Ajakan itu disampaikan dalam pidatonya di depan Muktamar Internasional untuk Hak Kembali ke Palestina.
Menurut Khalid, jika benar perundingan-perundingan itu dilakukan untuk kepentingan dan kesejahteraan bangsa Palestina, hal pertama yang harus dibicarakan adalah Hak Kembali.
Kini, jihad sedang berkobar di Gaza, Palestina. Dan, Hamas telah berhasil membuktikan bahwa Amerika dan Israel tak lebih dari sebuah bangsa yang pengecut, tidak seperti yang selama ini digembar-gemborkan media massa mereka.