Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

RAHMAT DI SEBALIK KERJASAMA POLITIK

May 17, 2019



Biarkanlah orang yang berkerjaya politik peringkat pimpinan berenggut. Siapa pandai dan bijak berpolitik, dialah yang memenangi sayembara itu. Aku percaya bahawa kemahiran politik adalah anugerah Allah yang tidak diberikan kepada semua orang secara sama rata. Siapa yang cemerlang,  Allah taala jua yang berikan kemahiran itu sehingga dapat mengatasi orang lain. Lantas, dengan kemahiran itu, kuasa kepimpinan dan dominasi berada di tangannya. Keupayaan politik yang terhasil daripada pembelajaran dan latihan ada peratusannya yang kecil  dalam membentuk  keunggulan berpolitik.

Ini merupakan rahsia Tuhan dalam penciptaan yang kita belum cukup menggali rahsiaNya.

Parti PAS yang dulunya bermusuh dengan UMNO-BN, aku menjadi saksi sejarah akibat negatifnya. Ungkitan yang dimomokkan, bahawa berlaku anasir takfiri bukanlah satu yang mitos. Sebab kemunculan anasir tersebut, aku tidak mahu mengambil sikap muktamad sebagaimana perkataan sesetengah orang yang marah kepada pemimpin PAS tertentu. Mereka mengatakan ia berawal daripada Amanat Hj. Hadi. Untuk berlaku adil, kita perlu memungkinkan ramuan lain yang rencam dan kompleks yang menjadikan fenomena itu muncul.

Mungkin politik kalau berada di tangan orang agama, tendency untuk dijangkiti takfiri sangat besar. Bukan sahaja arena politik, khilaf agama kalangan agamawan juga banyak menatijahkan "takfiri". Kita telah saksikan hal ini berlaku depan mata kita.Khilaf mazhab (soal agama/kalangan agamawan) pun menyebabkan berlaku kafir mengkafir dan "tabdi'. Mungkin inilah antara ramuan yang boleh direnung dan dikaji selainkan menuding kepada "Amanat".

Anasir takfiri itu begitu terjelma di kalangan orang-orang Melayu di kampung-kampung. Waktu aku masih lagi kecil, memang berlaku syak wasangka di kalangan orang PAS mengenai keimanan  orang-orang UMNO. Kerana sokong parti sekular dan asobiyyah UMNO, imam UMNO tidak mahu diikuti, kenduri kendara ornag UMNO tidak dijengah, sembelihan orang UMNO tidak sudi dijamah oleh orang PAS. Ini bukan dongeng, bahkan ia benar-benar terjadi di peringkat  akar rumput. Aku adalah generasi yang menjadi saksi sejarah ini.

Aku menyaksi simpang siur sejarah perjuangan PAS secara umum. Pas masuk Barisan Alternatif dan kemudian pecah. Pas membentuk Pakatan Rakyat bersama parti lain emlawan UMNO-BN dan kemudian pecah. Pas membentuk Gagasan Sejahtera dan kemudian senyap hilang khabar berita. PAS bersama UMNO membentukan gabungan atas nama Perpaduan Ummah dengan UMNO menentang kerajaan Pakatan Harapan. Ini merupakan simpang siur politik dan ia adalah satu yang normal. Politik memang sifatnya begitu.

Bukan siasah politik itu yang menjadi perhatianku dalam tulisan pendek ini. Apa yang yang aku suka catatkan di sini adalah "Rahmat Allah di sebalik sepak terajang politik".

Biar aku jelaskan agar ia jelas dan menjadi bahan fikir kita. Lalu kita bersyukur dan memandang positif tentang perkembangan politik yang terjadi.

Dulu, waktu Pas bermusuh dengan UMNO, alangkah pecah ranahnya kesatuan orang Melayu-Islam di kampung-kampung. Di kampungku sendiri,  berlaku satu kejadian, bila orang  UMNO diangkat jadi imam masjid kampung, ramailah orang kuat Pas "lari" meninggalkan masjid. Mereka bercempera pergi berjumaat di masjid luar kariah kerana tidak mahu berimamkan imam UMNO itu. Para bapa bolehlah buat hal tersebut. Anak-anak, banyak yang kecundang. Mahu ikut bapa solat di masjid yang jauh, mereka bukan larat sangat. Lalu, ramailah yang tidak datang solat jumaat. Tidak di masjid kampung dan tidak pula cari masjid luar kariah.

Sekarang, pada waktu Pas dan UMNO sudah berpadu atas nama Perpaduan Ummah walaupun belum secara rasmi, kerumitan masalah yang berlaku di kampungku itu nampaknya kian terurai. Satu ketika, aku pulang ke kampung dan orang kampung bercerita. Si"polan" dan "siyanu" yang dulunya lari tinggalkan masjid telah kembali solat di masjid kampung. Hubungan yang panas dengan imam masjid sudah menjadi kendur. Soal sah atau tidak berimamkan imam UMNO sudah tidak  timbul lagi. Aku gembira melihat hal ini. Perkembangan ini adalah positif. Tanpa disuruh, perkembangan politik yang berlaku telah menyebabkan pelarian politik kampungan  telah berubah arah. Mereka tidak "berlari" lagi. Mereka telah berhenti dan hinggap dengan tenang. Alhamdulillah!

Inilah rahmat di sebalik penggabungan. Apapun pandangan kita terhadap kerjasama politik Pas dan UMNO, sisi baiknya perlu kita syukuri. Masalah yang berkulat di kalangan orang Melayu di kampung-kampung dapat dirungkai. Lumut-lumut lama yang mencacatkan rasa dan nurani dapat dikikis. Inilah sudut positif yang akan aku kenang dan ceritakan kepada anak cucu. Bahawa sesunguhnya, Allah maha bijaksana. Ombak politik yang terjadi, pada akhirnya memperlihatkan hikmah yang tersimpan.

Sungguhpun hikmah itu bukan dalam senarai agenda orang yang berpolitik gabungan!

MAKAR KEJI MENELAN DIRI

May 14, 2019

Gembira dengan musibah menimpa lain, akan menatijahkan diri sendiri menanggung musibah itu atau yang seumpamanya.  Ketika orang lain difitnah, kita juga tumpang sekaki meniup api fitnah itu, lambat bangat kita juga akan disambar jilatan api fitnah itu atau yang seumpamanya. Kerana itu, setiap  yang meyalahi syariat hendaklah ditentang dan dibangkang dengan ikhlas. Sekalipun bangkangan dan tentangan itu seperti memberi nafas dan kekuatan kepada musuh. jangan kerana kebencian kepadanya dalam soal-soala lain menyebabkan rasa adil kita terhadapnya turut sirna.

Orang yang menyimpan makar dalam hatinya kepada orang lain, akan membenihkan makar itu dalam lengkaran hidupnya.  Firman Allah SWT:

وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ

"Makar jahat itu tidak akan menimpa kecualinya orang yang terlibat dalam makar itu".

Imam Qurtubi menyebutkan riwayat Ibn Abbas dalam tafsirnya bahawa Kaab Al-Ahbar telah berkata: Sesungguhnya akan dapatui dalam taurat ada tertulis:

من حفر لأخيه حفرة وقع فيها  

" Siapa yang gali lubang untuk saudaranya, dia sendiri akan jatuh ke dalamnya".

Perhatikan dalam hidup ini. Ketika ada orang dan keluarga mereka ditimpa musibah, ada pula orang lain yang bersorak. Padahal orang lain itu juga ada keluarga. Keluarganya juga tidak tertulis secara pasrti di Lauh mahfuz sebagai selamat daripada ujian dan musibah yang menimpa keluarga orang lain itu. Contohnya, buat lebih memahamkan konsep ini, ada orang, anaknya ditangkap polis kerana ketagihan dadah. Lantas, orang lain cela si bapa dengan mengatakan bapa itu gagal dalam mendidik anak. Bagaimana anak sendiri pun jadi penagih dadah dan bagaimana pula si bapa  itu mau mendidik orang lain! Orang yang mengungkit hal ini , lambat laun akan dapat hasilnya. Apakah tidak mungkin bahawa satu masa anaknya sendiri akan berbuat hal yang sama.

Menghina orang atas musibah yang menimpanya di luar kudratnya untuk mengelak, samalah seperti membuat makar atasnya. Menyimbah minyak atas reba menyala agar tambah marak. Orang yang sebegini , hakikatnya dia menyalakan api dalam rebanya sendiri. Orang sebegini membuat makar jahat yang akan menelannya sendiri.

Setiap kali melihat orang dizalimi, kita perlu rasa benci kezaliman yang menimpanya. Siapapun dia. Bermusuh biarlah dalam lingkungannya . Jangan mengabaikan prinsip keadilan dan ketetapan yang syariat mahukan.

Perhatikan hal-hal ini dalam kalangan orang politik yang bermusuh. Juga orang agama yang bersengketa. Anda akan dapati kebenarannya.

GENCATAN SENGKETA TIDAK DIKOTA

May 13, 2019

Bulan Ramadhan ini, atas semangat puasa yang ada, kita sepatutnya hentikan sengketa. Biar gencatan sengketa itu jadi latihan untuk menghentikan sengketa selamanya. Biar juga masa-masa yang ada di bulan mulia ini dapat digunakan untuk mentazkiah diri, melatih kesabaran dan bersikap memaafkan orang. Namun, lantaran capaian mudah yang ada hari ini, gencatan sengketa TIDAK berlaku. Malah, sengketa baru dimarakkan. Api permusuhan dan dendam lama ditiup. Akhirnya, bulan Ramadhan kelihatannya lebih panas berkelahi berbanding bulan tidak Ramadhan.

Apa erti Ramadhan buat kalian??

Persoalan ini kutanyakan buat pengamal medsos. Kenapa bila masuk Ramadhan, semangat buruk itu semakin galak bergenta. Mengapa ia tidak layu lesu selesu dan selonglai jasmani yang tidak makan dan minum?

Semua mengaku ikut ajaran nabi. Tapi bila nabi ajar satu kalimah di bulan puasa. "inni So-im!" (Sesungguhnya aku berpuasa!) kenapa ajaran itu tak masuk menancap dalam hati?

Apa yang bergentayangan dalam akal fikiran dan tercerna ke medsos adalah serang dan balas. Kata mengata dan tajrih mentajrih. Bagaimana hendak kita katakan bahawa politik itu  membawa rahmat? Rahmat atau musibat? Kekadang bukan masalah politik yang diperdebatkan. Masalah pandangan agama pun termasuk sekali. BUlan Ramadhan jadi rancak dan gesit diperdebatkan. Kalau perdebatan harmoni yang menjana nilai tambah ilmu pengetahuan, tak mengapalah. Ini tidak, ia sebaliknya meminyakki bara senketa.

Syaitan telah dirantai...tetapi nafsu ammarah sebenarnya telah menjadi otai.

JIKA KAU BUKAN BANDUAN

May 11, 2019

 
 
 
 
 
 Tahukan engkau?

Nabi Danial seorang banduan!
Dipenjara di Babilon


Nabi Yusuf seorang banduan!
Dipenjara di Mesir

Iman Abu Hanifah pernah jadi banduan!
Iman Syafie pernah jadi banduan!
Iman Ahmad bin Hambal seorang banduan!
Imam Ibn Taimiyyah pernah jadi banduan!
Imam Ibn Qayyim pernah jadi banduan!
Imam Hasan Al-Banna pernah jadi banduan!
Sayyed Qutub pernah jadi banduan!
Prof Hamka pernah jadi banduan!
Adenan Menderes pun banduan!
Presiden Mursi pun Banduan!
Salman Odah ulama Arab pun masuk penjara jadi banduan!
Ramai sekali ulama dan pemimpin ummat jadi banduan
Tak mampu dihitung dengan sepuluh jadi
Sepanjang zaman, mereka seperti rantaian mutiara yang bersambung
Berjuang ditangkap, difitnah dan dipenjara
adalah sunnah kehidupan mereka

Menjadi banduan
bukan satu kehinaan dalam berjuang
tapi kelecehan bagi yang berjuang dan tidak pernah menjadi banduan.

Yang mengaku sebagai pejuang
tidak pernah merasa jeriji penjara
malulah mengakui diri sebaris pejuang yang mencipta nama
di kanvas sejarah!

Yang tidak pernah ditulis nama sebagai banduan
jangan merasa diri mulia terhormat

Jika seorang yang berjuang
tanpa nama banduan
ia cacat dalam episod perjuangan!

Allah tidak anugerah kepada semua orang
gelaran banduan walau ramai yang meniti kerikil perjuangan
Kerana Allah tahu niat masing-masing
juga kudrat jiwa yang tidak mampan.

Bezakan....
banduan bukan semuanya cela
Bukan golongan aysqiyaa
bahkan ada yang mulia
maqam ambiya dan auliya.

Jika kau bukan banduan
kau belum menjadi rantaian perjuang terkanan.