Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Jangan dikecewakan dengan bicara sendiri.

April 3, 2017

Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah SAW:


إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَرْفَعُهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَاتٍ ، وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ


(Hadis Riwayat Bukhari)

Maksudnya: Sesungguhnya sesorang hamba itu akan bercakap dengan satu kalimah yang Allah redhai, tidak terlintas dalam benaknya bahawa dengan sebab kalimah itu Allah akan mengangkat darjatnya. Dan sesunguhnya ada pula seorang hamba itu yang bercakap dengan kalimah yang dimurkai Allah, tidak terlintas dalam benaknya bahawa ankara kalimah itu dia dihumbankan ke dalam neraka.


Kalimah yang Allah redha, kecil di mata kita. Namun dengan sebab kalimah itu, Allah kurniakan darjat berganda-ganda kepada yang mengucapkannya di akhirat kelak. Bagaimana boleh terjadi demikian?


Demikian pula, kalimah yang ringan, remeh dan mudah meluncur keluar daripada lidah kita.Kita anggap ia tiada apa-apa. Kita rasa ia biasa sahaja, kecil dan tidak berikan apa-apa makna buat kehidupan kita di dunia maupun akhirat. Tapi, di sisi Allah ia besar dan kelak menjadi penyebab kita dihumbankan ke dalam neraka.


Renung dan fikirkanlah. Ambil contoh mudah. Kita menulis dalam FB, Blog, wahatsapp dan berbagai-bagai media sosial. Kita tulis yang baik-baik lalu dengan sebab tulisan orang mendapat hidayah atau berubah menjadi baik.Tulisan itu mungkin kita rasa kecil. Tetapi ia telah disambungkan dan dirantaikan orang serta ramai mendapat manfaat daripadannya. Akhirnya ia melimpahkan ganjaran pahala luar biasa dan meninggikan darjat di akhirat kelak. Kita pun terkejut pada saat itu. Tidak sangka tulisan sepele itu menjadi sebab ganjaran luar biasa.


Tetapi bagaimana pula jika kita biasa menulis umpatan, cacian, kejian dan kutukan. Diadunkan pula fitnah sengketa yang tidak pernah kering daripada tinta yang kita lakarkan. Banyak pemain media sosial membawa tabiat ini. Tulisan itu kalau diterjemahkan ke dalam bentuk kata-kata yang diucap, akan bertambahlah beratnya kejian sehingga telinga pun tak sanggup mendengarnya. Ia kemudian dirantaikan orang dengan, 'like' dan 'share' sehingga 'viral' dan mencecah ufuk timur dan barat. Juga Utara dan selatan. bahkan melonjak ke alam tinggi hingga ke atas langit ke tujuh.. Bagaimana dengan ucapan sedemikian di akhirat kelak. Disangka kecil dan biasa masa bermain di media sosial. Tetapi, kelak ia sangat besar kerugiannya.


Kerana tinta nista dan umpatan cerca, pahala solat dan puasa jadi sirna. Pahala jihad dan derma buat bayar denda. Anda kita pelakunya, kita pun akan terkejut amat sangat dengan kesan daripada tinta mudah yang kita pernah hamburkan dulu.


Terlalu banyak yang bersiponggang dalam hati kita. Mahu mengkritik orang itu dan ini. Marahkan si folan bin si folan. Sungguh meruntun dalam jiwa kita. Tapi...sabarlah. tahanlah! Benamkan ia di dasar lubuk hati. Tidak bermanfaat jika diseranahkan. Bahkan akan menjadi gunung besar yang akan menghempap kita pada hari yang rugi apa dulunya yang disangka untung.


Diam mendepani kemelut 'fitan' itu tanda bijaksana!

Gigitan nyamuk tidak perlu dibalas

January 13, 2017

Kita berharap kalau orang yang menghina Allah atau Rasulullah itu akan mendapat balasan. Kalau ikut kita, biar orang itu mendapat hukuman segera atas kelancangannya. Biar lidah yang mencela itu jadi kelu dan bisu hilang kudrat bicara. Kalau tangan yang menulis atau kaki yang memijak Quran, biar si pelakunya terkena tulah anggota itu jadi bengkak untut atau kemalanan sampai putus. Biar petir dari langit menyambarnya. 

Tapi itu tidak berlaku?

Seolah-olah Allah lemah dan tidak mampu membalasnya.

Sejenak, mari kita bandingkan dengan kita. Sewaktu kita digigit nyamuk dan nyamuk berjaya menghisap darah kita lalu terbang pergi, apakah kita menyimpan dendam kepadanya hingga memburu nyamuk itu hingga ke sarangnya? Tidak bukan?

Kita anggap gigitan nyamuk itu hal kecil dan kita lebih besar dariapada nyamuk itu. Padahal nyamuk anggap dirinya menang, hebat dan pintar. Kalau kita dapat mendengar ejekkan nyamuk kepada kita, kita akan tersengeh. Apalah nilainya kemenangan sang nyamuk itu?

Demikian Allah ke atas musuh-musuhnya. Dia maha besar dan tidak terjejas dengan penghinaan mereka ke atasNya.

ORANG BERAKAL BUKAN PENGIKUT BUTA LELUHUR



بَلْ قَالُوا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَىٰ أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَىٰ آثَارِهِم مُّهْتَدُونَ


Bahkan mereka berkata: "Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama, dan Sesungguhnya kami orang-orang yang mendapat petunjuk dengan (mengikuti) jejak mereka".(Surah Az-Zukhruf: Ayat 22)



Orang-orang bodoh seperti sekumpulan monyet yang mewarisi tradisi pendahulu tanpa bertanya.

" Apa sebabnya anda berbuat demikian?"
" Kami tidak tahu, kami hanya mendapat tahu orang-orang sebelum kamu berbuat hal itu, dan kami hanya meneruskannya!", demikian jawapan kelompok orang bodoh yang telah memandulkan akalnya.



Satu ekperimen telah dibuat oleh sekumpulan saintis untuk mengkaji tabiat monyet. 5 ekor monyet telah dimasukkan ke dalam sebuah sangkar besar yang di tengah-tengahnya dibuat satu tangga untuk naik ke atas.  Di atas itu di simpan setandan pisang yang masak ranum sedap dan menarik pandangan mata para monyet itu. Lalu, monyet berlima itu berlumba-lumba untuk memanjat tanggat bagi mendapatkan pisang itu. 

namun, saintis yang membuat pemerhatian itu segera menyimbah monyet dengan air sejuk sehingga mereka berlarian turun tangga dan menyelamatkan diri. Mereka cemas dan ketakutan sehingga tiada yang berani mengulangkannya. Jika ada monyet yang cuba serakah naik tangga, kawan-kawannya sendiri akan memukulnya dan menghalangnya. 

Lalu, seekor monyet baru dimasukkan dan seekor monyet lama dikeluarkan. Monyet baru yang tidak tahu apa kisah di sebalik tangga ke atas itu, bila ternampak pisang   di atasnya, dia pun segera mahu naik ke atas. Tetapi, monyet-monyet lain menghalangnya dan memukulnya sehingga dia tidak jadi naik. Monyet yang baru di masukkan lagi menggantikan monyet veteran. Demikianlah yang berlaku . Monyet baru akan cuba naik tetapi dihalang dan dipukul oleh monyet yang lebi lama. Hinggalah monyet yang dalam sangkar itu semuanya diganti dengan monyet baru dan tiada lagi monyet kumpulan pertama.  

Akan tetapi, semua monyet itu mengulangkan hal sama. Bila ada monyet yang cuba naik tangga, ia dipukul dan dihalang. Semua monyet baru tidka pernah kena simbah air sejuk tetapi mereka hanya mengikut perbuatan pendahulu mereka. 

Demikianlah akal monyet. Demikianlah pula akal manusia dunggu yang mempusakai amalan nenek moyang tanpa bertanya sebab musababnya. Sebab itu Islam datang dengan menegakkan prinsip berhujjah. Melalui hujjah, akal digunakan dan tidak dimandulkan. Tanyalah sekian banyak amalan dalam masyarakat yang anda warisi daripada nenek moyang. Kenapa dan atas dasar apa ia diamalkan. Apakah nas dan dalil yang telah dipakai.

Dengan itu berbezalah kita dari tabiat monyet-monyet bodoh itu.



Ibn Jauzi dengan jawapan aras tinggi

October 25, 2016

Ibnu Jauzi, nama sebenarnya adalah Abu Al-Faraj Abdul Rahman bin Abi Al-Hasan bin Ali bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Hummadi bin Ahmad bin Jaafar Al-Jauzi Al-Qursyi At-Tayyimi Al-Bakri Al-Baghdadi, Faqih Hambali dan sasterawan dengan nama pena Jamaluddin.

Pada zaman Ibn Jauzi telah berlaku satu perbalahan antara kelompok Syiah dengan kelompok Sunni. Isunya ialah siapa yang lebih afdhal? Abu Bakar atau Ali bin Abi Talib. Ibn Jauzi telah menjawab dengan satu jawapan yang membuatkan kedua-dua pihak boleh menerima jawapan tersebut. Baik kelompok Syiah maupun kelompok sunni.
Katanya:
أفضلهما من كانت إبنته تحته
" Yang paling afdhal antara keduanya ialah siapa yang anak perempuanya di bawahnya".
Ibn Jauzi tidak menunggu pertanyaan susulan. Dia terus tinggalkan majlis itu selepas mengungkapkan jawapannya. Puak Syiah kata jawapan Ibn Jauzi bermaksud Ali yang lebih Afdhal kerana anak perempuan Rasulullah SAW iaitu Fatimah Az-Zahraa berada di bawah Ali bgin Abi Tali, iaitu sebagai isterinya. Tetapi kalangan Sunni pula berkata bahawa jawapan Ibn Jauzi itu bermaksud Abu Bakar yang lebi Afdhal kerana ana perempuan Abu Bakar iaitu Aisyah ummul mukminin yang berada di bawah Rasulullah SAW, iaitu sebagai isteri baginda.
Maka, jawapan Ibn jauzi tersebut mengandungi dua kemungkinan. Dan kemungkinan itu dipulangkan kepada yang bertanya untuk memahaminya. Jika dia menjawab secara terus, sudah tentulah akan ada pihak yang tidka berpuas hati. Sebuah pertikaian klasik yang tidak menampakkan hujungnya, tidak guna dijawab. Jawapan tidak akan menyelesaikan.

Namun, jika dinilai daripada aspek bahawa, iaitu dhomir "ha" dalam jawapan itu, tentulah Ibn jauzi bermaksud Abu Bakar As-Siddiq yang lebih afdhol kerana pertanyaan adalah antara Abu Bakar dan Ali dan bukan Rasulullullah SAW. Dalam jawapan tersebut ada dua dua kali ulangan dhomir "ha". Dhomir "ha' yang pertamalah merujuk kepada kepada maksud "siapa yang" yang menjadi pokok kepada jawapan yang dikehendaki.

Namun, kerana orang Syiah adalah kelompok bodoh yang otak fikiran mereka telah masuk ketaasuban melampau terhadap Ali, aspek ini tidka terlihat oleh pemikiran mereka.

Berlaku satu peristiwa yang lain, sebagaimana disebutkan oleh Ibn Khalikan. Satu pertanyaan dilontarkan kepada Ibn Jauzi.

" Manakah yang afdhol? Tasbih atau Istighfar?

Maka dijawab oleh Ibn Jauzi: " Pakaian kotor  lebih memerlukan sabun daripada wap!(strika lah tu)

Di samping kepintaran menjawab soalan-soalan dengan jawapan yang luar biasa, Ibn jauzi diriwayatkan ada satu kelemahan. Kata Ibn Rajab, itulah satu keaibannya. Dia seorang yang suka puji diri, angkat bakul sendiri dan memuliakan diri. Pun begitu, kata Ibn Rajab, dia memang ada apa yang dia banggakan itu bukan mengada-ada.

Antara ungkapan Syairnya yang mengandungi pujian terhadap diri ialah:
لو كان هذا  العلم شخصا  ناطقا....وسألته هل زار مثلى؟ قال : لا

" Kalaulah ilmu itu seorang yang dapat bercakap....lalu aku tanya diapernahkah dia dilawati orang sepertiku? Akan dia jawab: tidak pernah!