Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

KE MANA ARAH QASIDAH?

February 8, 2014

Terpulanglah kalau ada orang mahu mendekatkan diri kepada agama melalui jalan berqasidah dan berkumpul bersama-sama ahli qasidah. Lagu-lagu qasidah tidak setanding dengan lagu tarannum tilawah Al-Quran. Membaca Al-Quran itu telah pasti menjadi ibadah berdasarkan sokongan dari dalil hadis dan Al-Quran. Malah, membaca Al-Quran itu merupakan zikir yang pasti dan diganjari pahala bermula dari satu huruf sehinggalah kalimat dan ayat.

Namun, berqasidah, apakah ada dalil untuk mengatakan huruf, kalimat dan ayat dalamnya diganjari pahala. Agak melampau kalau dikatakan tiada pahala langsung dengan cara berqasidah. Namun, perlu dilihat apakah senikata dalam qasidah. Apakah senikata itu menjulang kebenaran atau menebar khayal yang tidak berasas. Dalam lantunan Qasidah, ada macam-macam. Sejarah Qasidah tidak harus dipisahkan daripada perkembangan syair zaman Arab Jahiliyyah dahulu kala.

Kita pernah baca Syair Nabighah Az-Zubyani yang membodek penguasa. Namun, kita juga membaca Syair Zuhair Ibn Salma yang mengandungi siraman kerahonaian yang lemas dikepung himpitan zaman jahiliyyah. Kita patut bersifat terbuka dalam menilai syair-syair tokoh pada zaman Jahiliyyah. Syair yang baik kita jadikan khazanah kesusasteraan yang berharga. Namun, membaca Syair itu tidak lebih baik daripada membaca Al-Quran.

Sama sekali tidak. Ada Syair yang baik dan ada yang buruk. Ada yang membangkitkan semangat dan ada yang mengkhayalkan dan melemahkan semangat juang. Yang membangkitkan semangat dan menyedarkan manusia lalai, ia menjadi saham buat pengarangnya kerana mengungkapkan kata-kata baik. Memang berkata baik itu berpahala sebagaimana sebaliknya berkata nista itu adalah dosa.

Di zaman Pasca Islam, kesusasteraan yang pernah memberanakkan syair di zaman jahiliyyah, menembahkan zuriatnya dengan memberanakkan beraneka ragam seni termasuklah apa yang sebut sebagai Qasidah. Qasidah itu istilah Arab. Ia semacam lagu-lagu. Lagu penyanyi-penyanyi kaum bangsa kita pun banyak. Ada lagu yang sangat baik senikatanya. Macam lagu M.Nasir seperti "Tanya sama burung hud-hud". Senikatanya baik dan membawa mesej ketuhanan. 

Sebenarnya, qasidah yang digilai orang dewasa ini tidak berbeza dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh para penyanyi yang menjunjung citra seni mulia dalam karya mereka. Cuma, oleh kerana Qasidah itu dipelopori oleh golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Habaib', ia dilihat sebagai bahagian dari agama. Ia dirasakan cabang dari zikir sehingga ia dilagukan dalam semua keadaan. Ia dikumandangkan dalam masjid dan diiringi paluan gendang dan rebana.

Cuba kalau lagu-lagu Mahir Zain dinyanyikan dalam masjid dan diringi dengan alatan muziknya. Barangkali gempitalah masyarakat pendokong agama dan melebelkannya sebagai salah dan pencemaran kepada agama. Penghinaan kepada masjid dan menyalahgunakan masjid.

Cuba bawa M.Nasir dengan lagu-lagu ketuhanannya untuk dikumandangkan dalam masjid. Apakah ia boleh diterima sebagaimana para pengkagum Qasidah menerima qasidah dilagukan dalam masjid?Kiranya, pecahlah heboh seantero negara mendakwa bahawa para penyanyi telah menyebarkan hedonisme dalam masjid.

Andainya M.Nasir mengenakan serban dan jubah. Andainya Maher Zain meletakkan gelaran Syeikh atau Sayyid di awal namanya. Barangkali itu boleh mengubah persepsi orang lalu membenarkan pula mereka mempromosikan lagu-lagu mereka dalam masjid. Sungguh...penampilan luaran sering mempesonakan manusia!

Para pengkagum manhaj qasidah...cubalah bermenung sejenuk. Apakah keghairahan sebahagian orang kepada qasidah itu boleh membantu kebangkitan Islam atau sebaliknya? Apakah ia boleh memacu lincah perjuangan atau menambahkan gemalai asyiq makhsyuk? Jangan terpesona dengan perasaan damai dan syahdu yang diteguk semasa tenggelam dalam qasidah, akan tetapi sesudah itu tidak mampu pula bingkas bangkit menjulang harakat diri sebagai muslim yang bermaruah. Dunia Islam dan negara kian dicengkam oleh permainan musuh Islam yang berseni ribu-ribu. Padahal kita masih melenggok tari dalam alunan dan khayal dalam pujian lampau yang tidak mendorong tindakan yang berpijak di bumi nyata.

Saya tidak menyimpan amarah...tetapi menyimpan bimbang. Kecenderungan lewat terakhir ini agak membimbangkan. Saya rasa Islam tidak perlu dilukiskan  di kanvas hidup dengan lakaran abstrak yang mengkagumkan mata. Islam juga tidak perlu dilagukan dengan instrumental lagu albaladi, padang pasir, petikan gambus, paluan kompang dan "pitching" irama Qasidah.

Demikianlah yang bersenandung dalam kalbuku di masa ini....

Lelaki 40 tahun itu adalah Abu Bakar

February 5, 2014

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَاناً حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهاً وَوَضَعَتْهُ كُرْهاً وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْراً حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). mengandungnya sampai menyusukannya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia Telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah Aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang Telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya Aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepada Engkau dan Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang berserah diri".
(Surah Al-Ahqaf: Ayat 15)

Ketika Rasulullah menerima wahyu dan dilantik menjadi Rasul Allah, umur baginda adalah 40 tahun. Waktu itu umur Abu Bakar adalah 38 tahun. Sejak muda belia lagi, Abu Bakar telah bersahabat dengan Rasulullah SAW. Mereka sering berpergian bersama. Malah, mereka juga melakukan perjalanan "business" ke negeri Syam bersama.

Ibn Abbas telah meceritakan bahawa pada satu ketika, ketika umur nabi SAW 20 tahun dan Abu Bakar pula 18 tahun, mereka telah bersama-sama pergi berdagang di Syam. Rasulullah telah berteduh di bawah sepohon kayu sementara Abu Bakar bertandang belajar agama dari seorang Rahib di sana. Rahib tersebut nampak nabi SAW yang berteduh di bawah pohon kayu itu.

"Siapakah yang lelaki yang duduk di bawah pokok itu?" Rahib bertanya kepada Abu Bakar.

" Dia adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutollib", Abu Bakar memberitahu nama sahabatnya itu.

" Demi Allah, dia adalah nabi. Selepas Isa A.S, belum pernah ada orang yang berteduh di bawah pohon tersebut", dengan penuh yakin sang Rahib itu berkata kepada Abu Bakar.

Itulah yang menyemai keyakinan Abu Bakar terhadap nabi Muhammad sehingga beliau sering berdamping dengan nabi SAW dan kemudiannya membenarkan kerasulan nabi SAW.

Dari sekian banyak sahabat nabi SAW, Abu Bakarlah sahabat yang menjadi Islam kedua ibu bapanya dan semua anak-anaknya. Sebab itu, pada usia 40 tahun, telah telah mendapat semuanya yang diperlukan oleh seornag lelaki yang berbahagia. Dia mendapat petunjuk agama yang benar. Dia juga dapat mengislamkan kedua orang tuanya. Dia dapat mengislamkan anak-anaknya juga. Di samping itu dia dianugerahkan amal soleh yang tiada tertanding oleh sahabat Islam yang lain. Dialah yang telah dipermudahkan Allah untuk menjadi pemerdeka 9 orang hamba yang disiksa di kota Makkah. Antaranya adalah Bilal bin Rabah dan 'Amir bin Fuhairah.

Abu Bakar juga dikatakan seorang yang dikatakan berjaya merangkul amal soleh kecintaan Allah kerana pada satu ketika Rasulullah telah bertanya beberapa soalah kepada sahabat-sahabatnya:

"Siapakah antara kalian yang datang pagi ini dalam keadaan berpuasa".
Abu Bakar berkata: "Saya!".
"Siapakah antara kalian yang hari ini ada mengiringi jenazah ke perkuburan?".
Abu Bakar berkata: "Saya!".
"Siapakah antara kalian yang hari ini memberi makan kepada orang miskin?".
Abu Bakar berkata: "Saya!".
"Siapakah antara kalian yang hari ini ada menziarahi orang sakit?".
Abu Bakar berkata: "Saya!".
Nabi bersabda:" Apabila berhimpun semua amalan itu pada seseorang, dia akan masuk syurga".

Abu Bakar memang unggul antara semua sahabat baginda. Dialah lelaki yang disebut dalam ayat 15 surah Al-Ahqaf. Dialah anak yang taat. Dialah anak yang dikandung ibunya selama 6 bulan dan disusukan selama 2 tahun. Dialah yang mencapai umur "asyuddah" pada usia 18 tahun (menurut tafsiran Ibn Abbas) di mana dia mendapat keyakinan bahawa sahabat baiknya bakal menjadi nabi. Dia lelaki yang bila mencapai usia 40 tahun, tampil sebagai hamba yang sarat dengan syukur. Diberi keluarga yang sakinah dan amal soleh. Zuriatnya diselamatkan Allah dari kekufuran.

Marilah merasa cinta kepada Abu Bakar r.a.

PRK KAJANG BUKAN SATU PEMBAZIRAN WANG NEGARA.

February 1, 2014

Melakukan proses pemilihan pemimpin, sekalipun menuntut dana yang besar, tidak boleh ditafsirkan sebagai pembaziran. Keutamaan melantik pemimpin adalah lebih daripada menjimatkan sejumlah wang.Pemimpin pergi dan datang. Apabila seorang pemimpin telah pergi, kewajipan melantik pemimpin baru tidak boleh diabaikan. Jauh sekali untuk tidak dilantik memimpin atas alasan mahu menjimatkan wang negara.

Oleh kerana dalam sistem negara kita ada pelbagai pemimpin dalam pelbagai peringkat, maka semuanya itu perlu dilantik mengikut "syurut" yang telah dipersutujui. Nabi SAW telah menegaskan bahawa orang Islam bediri di atas "syurut" mereka. Tatkala berlaku kelompongan kepimpinan dalam peringkat DUN, pejamkan mata soal perbelanjaan wang negara demi untuk melaksanakannya. Jika ia satu pembaziran, menjimatkannya tidak lebih aula daripada melantik semula pemimpin di kawasan DUN tersebut.

Justeru, keluhan-keluhan sesetengah orang bahawa pilihanraya kecil DUN Kajang membazirkan wang negara, sesungguhnya tidak meraikan keutamaan dalam hidup. Tidak mempertimbangkan aulawiyyat dalam bernegara. Merisaukan hal yang kurang aula berbanding yang lebih aula.

Soal kenapa pemimpin DUN tersebut meletak jawatan, itu terpulanglah kepadanya. Jangan pula berperasangka buruk bahawa dia disogok atau ada agenda tertentu. Sangka buruk itu adalah dosa. Orang tidak menyimpan sangka melainkan apa yang dia sendiri mampu lakukan. Sementara memiliki agenda pula bukanlah satu dosa selama mana bukan agenda yang yang jahat. Bahkan tidak mempunya agenda itulah yang menjadi dosa. Masakan melepaskan jawatan kepimpinan tidak punya sebab. Hanya suka-suka.

Jika pemimpin yang melepaskan jawatannya itu merasakan perletakkan jawatannya akan menatijahkan kebaikan yang lebih besar, maka jangan disalahkannya. Apa yang dilepaskannya adalah beban amanahnya. Mengapa pemimpin kawasan lain pula mengeluh kecewa. Apakah mereka akan menanggung dosa kegagalannya memikul amanah pada saatnya dia tidak lagi mampu memikulnya dan mahu memulangkan amanah kepada rakyat. Justeru, pemimpin yang melepaskan jawatan itu kerana tidak sannggup pikul amanah atau demi kebaikan yang lebih besar, itulah pemimpin yang mulia dan patut dipuji.

Justeru, jangan disebut lagi soal membazir duit rakyat. Perbelanjaan untuk PRK Kajang adalah halal dan diperakui oleh undang-undang negara yang menjadi "syurut" orang-orang yang berbai'ah untuk setia buat negara ini. Jangan yang benar-benar membazir wang negara itu tidak disebut-sebut tetapi yang dibelanjakan demi kepentingan rakyat itu pula dikatakan membazir.

Kalau mahu dikira membazir, memberikan BRIM kepada rakyat itu lebih membazir kerana ia tidak menyelesaikan masalah rakyat. Membelanjakan wang negara untuk menyelesaikan masalah rakyat tetapi ia tidak menyelesaikan masalah rakyat, itulah pembaziran. Apakah anda kira dengan RM600 setahun itu boleh menyelesaikan masalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang kian menghimpit rakyat?

RESAH WARGA KARAMUNTING LAUT

November 11, 2013

"Kenapa dia dibantu sedangkan dia bukannya ada IC?", Junaidi, seorang warga kampung Karamunting Laut yang kutemui menyatakan rasa tidak puas hatinya. Beberapa kaum ibu yang melepak bersamanya di beranda rumah tepian jambatan kampung itu turut mengiyakan persoalannya. 

" Itu bukan bantuan untuknya, tetapi untuk anak-anak di sini", aku menjelaskan. 

" Kau lihat rumah saya, sudah mahu roboh, itu hari masa pilihanraya YB Hamzah janji mahu bina rumah baru untuk saya, tapi dia pun tak menang...", Junaidi mengeluh. 

" Kami dah semak keputusan pilihanraya baru-baru ini, orang kampung lebih memilih Linda Tsen, sekarang di mana dia? Hanya penduduk kawasan perumahan yang banyak menyokong YB Hamzah. Kenapa tidak minta bantuan daripada Datin Linda?", aku menempelak.

" Huh, apa diminta bantuannya, menang sahaja dia sudah pergi luar negara, tidak nampak mukannya lagi", Junaidi mencebir.

Seorang lelaki separuh baya pula masuk mencelah perbualan kami.  Namanya Rumal. katanya dia bekas tentera yang berhenti awal daripada profesion tentera. Dia mengaku penyokong kuat pembangkang dan turut menyuarakan harapan agar rumahnya dibaiki. 

Aku menjelaskan bahawa membaiki rumah orang kampung bukan tugas kami. Kedatangan kami pada hari itu hanyalah untuk kerja kebajikan mengecat dinding sekolah rakyat yang disebut "Madraza Untuk Kanak-kanak " yang dibangunkan oleh Hj. Yasin, warga tanpa IC di situ.

" Kalau tidak banyak pun, sedikit jadilah...", Rumala masih tidak berputus asa dan menyatakan hasratnya sambil menunjukkan sekeping kad calon kepunyaan Hj. Hamzah yang disimpannya  sewaktu pilihanraya lalu.

" Insya Allah, lain kali kita bantu...", aku melemparkan senyum pahit. 

Warga kampung yang hanya memikirkan isi perut sendiri.  Minta bantuan baiki rumah sendiri. Merekalah yang menjual undi senilai RM50 atau RM100 pada musim pilihanraya. Kini, ketika mereka diabaikan sesudah pilihanraya, kembali menggenggam amarah dan menyimpul tekad untuk menghukum penguasa leka bila pilihanraya ke-14 tiba kelak.

Aku mendengar sahaja azam mereka itu tanpa menyimpan harapan. Generasi mereka sudah lemah untuk menginjakkan tindakan. Hanya sekadar menggetap bibir menyata dendam dan tekad yang kemudiannya bakal sirna dengan bau not-not  yang ditabur di malam pilihanraya.


Add caption

Hj. Yasin, pemilik Madraza.

Sukarelawan bersama Hj. Yasin
Generasi baru berpalit tahi judi