Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

SABAR ITU BESAR GANJARANNYA

June 13, 2013

Pada saat anda marah, ingatlah sabar. Ketika dihimpit derita, kesabaran adalah penawar. Dalam meneggapai kehidupan mulia terhormat, sabarlah menjalani kehidupan ahlinya. Sabarlah dalam taat untuk mendapat keramat kehidupan. Sabarlah menyingkirkan maksiat agar terungkai segala karat yang melekat. Demi kehidupan yang bertambah berkat. Anda miskin? Sabarlah dengan kemiskinan itu. Kalau gelisah resah pun, bukan boleh jadi kaya dengan keresahan dan kegelisahan. Biarlah miskin harta jangan miskin jiwa.  Kalau banyak sangat tugasan yang dibebankan, sabarlah. Jangan merasa dirilah yang paling teruk. Seteruk-teruk bebanan yang menimpamu, ada lagi orang lain yang lebih sengsara terbeban.

Memang sukar untuk sabar. Ramai juga orang melepasi ujian demi ujian. Namun, orang sabar akan sampai ke hujung. Hilang sabar, separuh jalan akan bersenandung. Harap cerah sampai petang, rupanya di tengahari dilanda mendung.  Orang Sabar sangat beruntung. Sebab itu, dalam Al-Quran, Allah memuji orang sabar sebagaimana firmannya:


إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب

Sesungguhnya Hanya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan pahala mereka tanpa batas.
(Surah Az-Zumar: Ayat 10)



Mungkin mudah untuk sabar demi harta. Tetapi lebih sukar sabar di kala harta hilang dari genggaman sendiri. MUngkin soal dunia boleh disabar dengan mudah. Soal akhirat lebih sukar. Sabar derita kerana dunia tidak sehebat sabar derita demi agama untuk kebahagian akhirat. Sabar orang dulu demi agama, rela diri dicincang mati, rela dipenggal leher, daging digaru sikat, dilempar hidup-hidup dalam api dan disiksa segenap segi. Kesabaran mereka dipuji oleh Allah SWT dan nabi. Sebab itu, orang soleh zaman dulu yang mengerti erti sabar menghadapi siksaan demi agama, menyimpan cinta-cita untuk tergolong sebagai ahli bala.

Ahli bala mendapat tabsyir. Pahalanya melimpah ruah tidak terhitung. Disebutkan sebuah hadis oleh Imam Al Qurtubi dalam kitab tafsirnya ketika mentafsirkan ayat 10 surah Az-Zumar di atas:


Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW yelah bersabda:


تنصب الموازين فيؤتى بأهل الصدقة فيوفون أجورهم بالموازين وكذلك الصلاة والحج ويؤتى بأهل البلاء فلا ينصب لهم ميزان ولا ينشر لهم ديوان ويصب عليهم الأجر بغير حساب


 " Pada hari akhirat, timbangan amal akan ditegakkan lalu dibawa datang orang yang suka bersedekah. Pahala-pahala mereka ditimbang dan diganjari secukupnya. Demikianlah pahala orang yang solat dan orang melaksanakan haji. Kemudian dibawa orang yang sabar menanggung bala bencana. Untuk mereka tidak ditegakkan timbangan amal dan tidak disidangkan. Sebaliknya dicurahkan buat mereka pahala yang tidak terhitung".
( Hadis dengan sanad yang Daif  Jiddan)


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ * الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ * أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka Itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Surah Al-Baqarah: 155-157)


Ayuhlah kita bersabar. Siapa pun kita dan dimana serta kes apa pun, biarlah sabar menjadi selogan. Sabar kalah dalam perjuangan bukan bermakna rela musuh menang. Perjuangan untuk memenangkan ISlam perlu diteruskan. Namun kalah dalam perjuangan hendaklah ditanggapi dengan sabar. Sabarlah sebagaimana para pendahulu kita telah sabar. Kita tidak lebih baik dari mereka untuk layak mengaut segala habuan yang diimpikan dalam perjuangan.





MENEGAKKAN KETAUHIDAN

June 12, 2013

Tauhid yang jelas dan pasti hendaklah mensucikan Allah dari sebarang sekutu. Tidak perlu bahasakan tauhid jenis apa. Tauhid sifat dua puluh atau atau Tauhid Tiga sebagaimana yang dipolimikkan sesetengah pihak. Usah dihabiskan masa untuk bersengketa dalam penghujahan mengenai manhaj mana yang betul dalam menegakkan tauhid. Apakah manhaj Ashairah Maturidiyyah yang memproklamasikan sifat dua puluh dan ilmu kalamnya, atau manhaj aliran Salafi yang dikepali tokoh-tokoh tajdid yang memproklamasikan Tauhid Rububiyyah, Uluhuyyih dan Asma' wassifat. Biarkan hal itu menjadi pertembungan ilmu yang berpaksikan hujah dan bukan pokok dalam pencarian kita. Kita mahu menegakkan tauhi kepada Allah yang sejati. Jalan mana yang boleh membuktikan kesuciannya, pilihlah ia. Sudah tentu pertimbangan kita yang mendasarinya adalah apa yang telah dicapai oleh generasi awal yang selamat. 

Tidak ada guna bicara soal tauhid yang rumit kalau tidak faham bagaimana mensucikan Allah dari sekutu. Dalam memperkatakan keesaan Allah SWT, masih lagi memuja keramat dan mengharapkan perantara antara diri sendiri dengan Allah. Lalu memurnikannya dengan jenama tawassul. Wali Allah yang sudah meninggal ratusan tahun lampau diminta pertolongan dalam doa. Lidah begitu fasih mengepilkan nama Syeikh Abd Qadir Jailani dalam doa tetapi tidak demikian pula nama sahabat agung Rasulullah SAW seperti Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Uthman dan lain-lainnya yang beratus tingkat lebih mulia daripada wali Allah yang datang kemudiannya. Berilah nama apa pun dan dasarilah dengan hujah apapun untuk menghalalkannya, kalau ibadat kepada Allah sudah bercabang, pergantungan kepada Allah sudah berbelah bagi, tidak muktamad dan tidak objektif, itulah najis kesyirikan namanya.

Cakap soal tauhidkan Allah bukan main. Tapi tangkal azimat menempel di badan, rumah, kenderaan dan di mana-mana. Yakin kepada Allah tapi bergantung dengan tangkal azimat. Kononnya dikatakan bahawa Allah yang berkuasa tetapi tangkal azimat itu hanya sebab. Macam ubat panadol sebagai sebab sembuhnya penyakit. Syaitan memang bijak menghiaskan dalam fikiran manusia agar dapat menutup mata hati mereka dari melihat ketempangan tauhid bikinan khayalan sendiri. Memang itu pun matlamat Iblis. Iblis mahu mentazyinkan sesuatu yang salah agar dilihat benar oleh pandangan mata manusia. Iblis sering menjenamakan sesuatu amalan buruk dengan jenama yang baik. Sekali nampak memang macam berdalilkan agama. Tetapi, iblis telah mentakwilnya dan mentahrif hakikat sesuatu nas.

Percuma juga bicara pasal tauhid apapun kalau masih percaya pilihan lain selain Islam. Dari aspek perundangan, pandangan mata dipicingkan terhadap perundangan Islam tetapi terhadap perundangan Barat, terbeliak kagum. Bukankah Allah sahaja Al-Hakim? Mana ketauhidan Allah dalam namanya sebagai Al-Hakim? Apakah ada yang lebih bijak menghukum selain Allah ? Memilih satu sistem lain berbanding sistem yang telah pun ditetapkan oleh Islam berdasarkan dalil-dalil yang Qat'iyyu Thubut  adalah syirik.

Mungkin prinsip ini akan digunakan pula oleh setengah golongan yang sangat skeptik dengan demokrasi yang dianggap sebagai sistem kufur.  Sama ada demokrasi itu kufur atau tidak, ia tidak disepakati. Maka ia bukan Qatiyyu Thubut. Sekurang-kurangnya, ia diletakkan dalam masalah persepsi dan khilaf. Aku pernah menghujahkan hal ini dalam beberapa tulisan terdahulu. Bagi penentang demokrasi, jangan pula jadi pembela teokrasi, autokrasi, dinasti dan lain-lainnya. Kalau demokrasi itu kufur, maka kufur juga sistem lain yang dibikin manusia itu. Allah SWT tidak menurunkan wahyu yang muktamad menerusi nabi mengenai bagaimana hendak memilih seorang pemimpin. Sebab itu pemilihan Abu Bakar tidak sama dengan pemilihan  Umar Al-Khatab. Pemilihan Uthman dan Ali pula saling tidak sama antara satu sama lain. Zaman berubah, cara memilih pemimpin berubah. Namun, ada prinsip yang ditunjangi.  Mari kita pelajari tanpa bayangan perasangka.

Maka jika ada pilihan lain selain sistem Allah, itulah syirik namanya. Hukum Allah hendaklah ditegakkan dan hukum lain dilihat dan dipertimbangkan. Jika tiada hukum Allah  mengenainya, jadilah  hukum bikinan manusia itu Wad'i. Barulah boleh diguna pakai. Namun, ingatlah juga bahawa hukum Allah memerlukan manusia yang beriman untuk ditegakkan. Ia tidak tegak hanya semata-mata dengan idealisma murni walau idealisma itu menjangkau langit yang tinggi hingga menyapu Sidratul Muntaha. Islam itu praktikal dan bukan angan-angan.

Maka, ingatlah para pejuang Tauhid sekalian. Sucikan tauhid dari sebarang cemar. Allah SWT telah berfirman menjelaskan kebobrokan keyakinan kafir musyrikin terhadap tauhid kepada Allah melalui firmanNya:



والذين اتخذوا من دونه أولياء ما نعبدهم إلا ليقربونا إلى الله زلفى إن الله يحكم بينهم فيما هم فيه يختلفون


Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya". Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya.
(Surah Az-Zumar: Ayat 3)



Bandingkan dengan penyembahan kita kepada Allah. Jangan sampai ada kemiripan sedikit pun dengan penyembahan kafir musyrikin zaman nabi Muhammad  kepada Allah!

Islam Bukan Muhammadanisme

June 8, 2013

Agama Islam bukan sebagaimana yang dicuba gambarkan oleh orang kafir dari kalangan orientalis. Mereka menyandarkan agama Islam kepada Muhammad dengan maksud ia adalah agama bikinan Muhammad. Sebab itu, kita mendapati istilah yang dijenamakan terhadap teks perundangan Islam  di zaman dulu sebagai "Mohammadan Law". Padahal, ia bukan "Muhammadan Law", tetapi ia adalah Islamic Law. Persepsi mereka alah untuk menyempitkan Islam dalam ruang lingkup individu sebagaimana agama-agama lain yang pernah lahir di dunia. Agama Budha mendapat nama daripada Sidarta Gautama Budha. Agama Yahudi juga terbit daripada nama Yahuda, seorang  lelaki dari kalangan Bani Israil. Agama Kristian bersandarkan nama Jesus Christ. Sebagaimana mereka melihat agama-agama lain, demikian mereka cuba melihat agama Islam. Padahal Islam bukan seperti mana-mana pun agama yang pernah lahir dan dibawa oleh manusia  selain nabi Muhammad SAW.


Memberikan nama agama bersandarkan pembawanya adalah wajar untuk agama selain yang diikuti oleh ummat Muhammad SAW. Allah sendiri memberikan jenama berdasakan nama nabi yang mendakwah sesuatu kaum. Allah SWT berfirman:

سلام على إل ياسين


" Selamatlah ke atas pengikut nabi Ilyas".


Para pengikut nabi Ilyas dinama "Ilyasin".Maka setiap pengikut para nabi boleh dipanggil berdasarkan nama nabi mereka. Umpamanya pengikut nabi Nuh boleh disebut Nuhin. Pengikut nabi Hud disebut Hudin dan begitulah seterusnya.Ia sesuai kerana agama Islam yang mereka dakwahkan hanya untuk kaum mereka sahaja. Ianya eksklusif dan keluar dari kemlompok kaum yang diperintahkan mereka sampaikan dakwah. 


Namun, nabi Muhammad SAW bukan diutuskan kepada satu kaum sahaja. Baginda diutuskan kepada seluruh  alam. Maka tidak wajar sama sekali menyebutkan pengikut banginda sebagai Muhammadin. Orang Barat yang menamakan jurisprudence Islam sebagai Muhammadan Lawa adalah satu penghinaan kepada kesejagatan Islam.