Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Keutamaan Ijtihad dalam Dakwah

June 2, 2010

"Kita memerlukan ijtihad dalam dakwah melebihi ijtihad dalam fatwa", demikian penegasan Dr Yusuf Al-Qaradhawi ketika berucap merasmikan seminar yang diadakan di Universiti Qatar bertajuk " Ijtihad menurut perspektif Islam".

Dakwah melibatkan manusia dan masyarakat yang berbagai rupa dan sentiasa berubah dengan berubahnya masa dan tempat,  manakala fatwa pula berkaitan dengan nas-nas syarak yang tetap dan tidak berubah. Oleh kerana dakwah menyentuh persoalan manusia dan masyarakat yang sentiasa berubah berdasarkan masa dan tempat, maka ijtihad dalam dakwah lebih diperlukan berbanding ijtihad dalam fatwa.


Oleh itu, menurt Dr. Yusuf Al-Qaradhawi,  ijtihad dalam fatwa menuntut tajdid agar dapat memenuhi tuntutan ijtihad dalam dakwah. Tajdid bukanlah membawa maksud meruntuhkan dan membina yang baru. Tetapi tajdid adalah mengembalikan sesuatu kepada kedudukannya yang asal. Maka Tajdid dalam Islam ialah mengembalikan Islam kepada apa yang difahami dan dilaksanakan pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabatnya ridwanullahu anhum.

Perbuatan meruntuhkan sesuatu dan mencabutnya dari akarnya bukanlah tajdid tetapi tabdid. Lebih-lebih lagi jika ia datang daripada tekanan luar.Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memetik kata-kata penyair Islam Mohd Iqbal yang mengatakan bawa Kaabah itu tidak boleh ditajdidkan. Bukanlah tajdid dengan meruntuhkannya dan membina semula dengan batu dari Eropah.

Ulasanku:

Pada hari ini kita diberitahu oleh sesetengah orang bahawa ulama yang sebenar ialah para mufti yang memberi fatwa. Sedangkan cerdik pandai Islam yang terjun meladeni politik diistilahkan sebagai ahli politik biar setinggi dan sedalam manapun ilmunya. Ada kalangan ahli politik yang jahil tentang sejarah perjuangan ulama, mengatakan bahawa mereka bukan ulama tetapi adalah ahli politik sepertinya juga.

Politik adalah salah satu daripada medan dakwah sebab politik berkaitan dengan manusia dan masyarakat.  Malah politiklah paling banyak mempengaruhi kehidupan manusia. Apa sahaja yang berkaitan manusia dan masyarakat, ia tidak dapat lari daripada dakwah. Justeru, ulama tidak dapat lari daripada politik sebab ulama kerajanya berdakwah. Apalah ada pada ulama kalau tidak berdakwah. Kalau mahu berdakwah, persoalan politik tak dapat dielakkan.

Di antara ulama yang menerjuni dunia politik dengan ulama yang menjadi mufti, maka ulama yang menerjuni politik itu lebih memberi manfaat kepada masyarakat. Sebagaimana lebihnya ijtihad dalam dakwah berbanding ijtihad dalam fatwa sebagaimana ditegaskan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, maka demikianlah aku katakan bahawa lebihnya ulama yang berperanan dalam politik berbanding ulama yang bergelut dengan fatwa dan akademik.

Allah jadikan hidup ini untuk melihat siapa yang lebih baik amalannya dan bukan siapa yang lebih baik hujah dan ilmunya. Firman Allah SWT:

لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً
"Supaya (dengan kejadian langit dan bumi) dia dapat menguji kamu siapa yang lebih baik amalannya"
(Surah Hud: Ayat 7)


Bahasa yang hilang

Bukan sekali Yahudi-Zionis itu membuat angkara. Bukan juga dua atau tiga. Sudah berpuluh-puluh kali. Malah  ratusan. Sudah bersimbah darah rakyat Palestin di Tebing Barat maupun Gaza. Air mata sudah tidak mampu dialirkan. Rintihan sudah lemah sakarat. Namun,setiap kali bangsa nakal tanpa adab itu berbuat angkara, setiap kali itulah datangnya kecaman antarabangsa. Liga Arab bermesyuarat.OIC bermesyuarat. PBB bersidang. Demonstrasi diadakan di kedutaan-keduataan Israil dan US. Memorandum bantahan juga dihantar.

Kemudian, setelah keadaan menjadi reda, jenayah Yahudi-Zionis itu pun seolah-olah dilupakan. Apabila Yahudi-Zionis buat hal lagi, maka berulang kembali apa yang telah berulangkali sebelumnya.

Mesyuarat tergempar, kecaman antarabangsa, demonstrasi di kedutaan-kedutaan, cemuhan ke atas Yahudi-Zionis, bakar bendera, penyataan rasa kesal pemimpin-pemimpin Islam  dan bukan Islam dan banyak lagi bahasa-bahasa yang tidak difahami Yahudi-Zionis menjadi ucapan ramai. Bahasa-bahasa itu diulang dan terus diulang.

Sedangkan, Yahudi-Zionis hanya faham satu bahasa. Bahasa yang disebut sebagai 'perang'.

Sayangnya bahasa itu hampir pupus daripada dunia muslimin. Universiti tak mengajar bahasa itu. Bahasa itu cuma dibualkan oleh sekelompok kecil orang yang dilihat masyarakat antarabangsa sebagai tidak bertamadun. Bahasa itu dibualkan oleh Taliban di Afghanistan kepada tentera penjajah dan boneka. Bahasa itu dibualkan oleh gerakan-gerakan Islam terpinggir dan lokal seperti di Mindanau dan Selatan Thailand secara terhad. Beberapa gerakan Islam serata dunia seperti Hamas dan Hizbullah masih mampu berbicara bahasa itu pada masa-masa tertentu biarpun agak gagap. 

Biar gagap asal jangan tak tahu langsung untuk berbicara.

Hanya satu bahasa yang dimengerti Yahudi-Zionis. Bahasa lain ia tak mengerti. Bahasa lain itu cukup sekadar untuk memberhentikannya seketika untuk memasang telinga. Kemudian ia akan menggeleng kerana tidak faham dan terus bertindak sesuka hatinya.

Bahasa 'perang'lah sahaja yang Yahudi-Zionis mengerti. Tetapi bahasa itu kini hampir hilang dan kurang penuturnya. 

Wahai pensyarah-pensyarah bahasa di seluruh dunia Islam. Ajarkan kami bahasa itu kerana kami merindui bahasa itu.


Mati bersama dosa

June 1, 2010



Ketika mendengar berita terbunuhnya seorang anggota Yayasan Amal Malaysia yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan Gaza lantaran diserang oleh soldadu zionis, aku mengatakan dalam hati kecilku:

"Subhanallah...dia mendapat syahid...Allah telah memilihnya...", 

Syahidlah sebaik-baik kematian. Marilah kita azamkan sebuah kesyahidan biarpun jalan kepadanya sukar. Namun, jika Allah mahu, Allah galurkan satu jalan buat kita sebagaimana telah Dia galurkan buat anggota Yayasan Amal Malaysia itu. Dia datang daripada sebuah negeri yang beribu batu jauhnya daripada Gaza, lalu gugur dibunuh soldadu Yahudi itu.

(Pembetulan: Berita yang saya dengar mengenai terbunuhnya seorang anggota Yayasan Amal Malaysia rupanya tidak benar. Saya cuma dimaklumkan oleh seseorang dan mempercayainya. Pengumuman Menteri Luar  melalui berita jam 8 malam ini memakllumkan bahawa semua warganegara Malaysia yang menyertai misi itu kini dalam tahanan Israil dan tiada kemalangan yang berlaku). 
 

Berkata Imam As-Syatibi dalam Al-Muwafaqat:
وطوبى لمن مات وماتت معه ذنوبه ،والويل الطويـــــــــــل  لمن يموت وتبقى ذنوبه مائة سنة ومائتي سنة  يعذب بها في قبره ويسال عنهاالى انقراضها
"Beruntunglah mereka yang mati lalu mati bersamanya dosanya. Celakalah secelakanya bagi mereka yang mati lalu kekal dosanya (di dunia) 100-200 tahun kemudian. Dia disiksa dalam kubur kerananya dan dia disoal tentangnya sehingga dosa itu sirna". 
Qabil yang membunuh Habil akan berkongsi dosa para pembunuh sepanjang zaman sehingga hari kiamat. Dialah yang merintis dosa pembunuhan. Demikianlah, siapa yang menanam badai, dialah yang akan menuai taufan.
Mereka yang mecipta bid'ah akan berkongsi dosa pelaku bid'ah yang mencontohinya sehingga bid'ah itu terpadam.
Mereka yang meneroka tauladan maksiat dalam satu masyarakat, akan berkongsi dosa semua pelaku maksiat yang dia mulakan.
Mereka yang merangka perlembagaan yang menafikan hak Allah dan Rasulnya dalam sebuah negara, akan berkongsi dosa semua pendokong perlembagaan kufur itu sehinggalah ia disirnakan.
Semua kejahatan ada pemulanya. Pemula itu akan berkongsi dosa kejahatan pelakunya sehingga pengakhirnya.
Demikian nestapa buat perintis kejahatan, demikianlah pula bahagia buat perintis kebaikan!

Bila Istidraj menjadi ihanah

"Ekonomi Malaysia Terlalu Kukuh Untuk Gagal", demikian kata-kata Datuk Dr Norraesah Mohamad, seorang pakar ekonomi dari Sorbonne University dan juga merupakan anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Tidak tahulah sama ada kata-kata itu benar-benar terbit daripada keyakinannya atau kata-kata yang bertujuan menenangkan hati sendiri atau bertujuan menghapus kebimbangan masyarakat.

Kemakmuran ekonomi bukan untuk dibanggakan. Kemakmuran tanpa ketakwaan dan sifat bersyukur adalah sebuah istidraj. Apabila Allah menginginkan kebaikan kepada sesebuah negara, ditimpakan kemelsetan buat negara tersebut. Jika penguasanya dan elitnya masih lalai dan leka, Allah akan gantikan kemelesetan dengan kemakmuran sehingga mereka menyangka bahawa pencapaian tersebut adalah kerana kehebatan dan kepandaian mereka mengurus.

Allah berfirman:


وإذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, Maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, Maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan kami), Kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.
(Surah Al-Isra’: Ayat 16)

Istidraj akhirnya bertukar menjadi ihanah. Firman Allah SWT:

فَلَمَّا نَسُواْ مَا ذُكِّرُواْ بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُواْ بِمَا أُوتُواْ أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ

Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang Telah diberikan kepada mereka, kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang Telah diberikan kepada mereka, kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, Maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.
(Surah Al-An’am: Ayat 44)

Mereka yang merasakan amat bijak menguruskan ekonomi tidak nampak perancangan Allah di sebalik istidraj yang diberikan.


والذين كذبوا بآياتنا سنستدرجهم من حيث لا يعلمون  وأملي لهم إن كيدي متين
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, nanti kami akan menarik mereka dengan berangaur-angsur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui. Dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya rencana-Ku amat teguh.
(Surah Al-A’raf: Ayat 182-183)
20 tahun dahulu, ketika kerajaan negeri Kelantan jatuh ke tangan pembangkang, mereka berkata ekonomi Kelantan hanya boleh bertahan selama 6 bulan. Ekonomi Kelantan bertahan melepasi tempoh yang mereka ramalkan. Lalu mereka andaikan kerajaan pembangkang di Kelantan hanya mampu bertahan setahun sahaja. Tetapi, Allah mentakdirkan kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS boleh bertahan melepasi tempoh andaian mereka. Kini, setelah 20 tahun, kerajaan negeri Kelantan terus berdiri dengan kestabilan ekonominya.  Kejatuhan yang diramalkan tidak berlaku. Tetapi yang tidak mereka ramalkan pula dikatakan akan berlaku. Negeri Kedah, Penang, Selangor dan Perak hilang daripada genggaman.

Sementara, tahun 2019 negara Malaysia akan bangkrap. Allah menunjukkan kuasaNya dan memberi malu kepada siapa yang dikehendakiNya!