Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Tarian shuffle kegilaan terbaru

April 11, 2009

Hari ini, beberapa murid perempuan yang bertugas sebagai pengawas sekolah melaporkan kepadaku bahawa beberapa murid lelaki dari tahun 4 menari tarian shuffle dalam kelas. Aku melayani aduan tersebut dan pergi ke kelas tahun 4. Beberapa murid yang dikenalpasti telah melakukan tarian shuffle aku panggil ke hadapan. Aku memikirkan apakah bentuk hukuman yang sesuai untuk mereka. Aku sudah bosan mendenda dengan 'enjut'. Aku juga jemu sudah mencubit perut. Lalu aku suruh mereka persembahkan tarian shuffle tersebut. Setiap orang aku perintahkan menari tarian shuffle selama lima minit dan tidak boleh berhenti. Aku sengaja melambatkan kiraan minit sehingga mereka keletihan. Apabila tarian mereka menjadi lambat aku beri amaran bahawa siapa yang berhenti akan aku cubit perutnya.
Antara yang kudenda itu, ada dua orang yang begita bersemangat menari. Begitu confident sekali dia menari. Tanpa segan silu. Malah dia kelihatan gembira dan bangga.
Aku menggeleng kepala. Buntu.
Budaya tarian shuffle benar-benar menakluknya. Tak cukup dengan rentak kakinya, dua tangannya turus menari-nari.
Dalam perhimpunan pulang, aku memperingatkan murid-murid bahawa tarian shuffle adalah tarian yang menjadi kegilaan remaja yang rosak akhlak dan berasal dari Australia. Itulah maklumat yang aku tahu. Tidak banyak yang aku tahu mengenai asal usul tarian shuffle ini. Aku buat cerita dengan mengaitkan tarian shuffle dengan tarian orang asli di Australia yang dilakukan sambil berpusing mengelilingi api.
"Itu tarian penyembah api!", aku mengancam murid-muridku.
Mereka diam.
"Anda semua mahu jadi penyembah api?", aku melontarkan pertanyaan.
"Tak mahu, ustaz!", murid-murid yang ramai menjawab.
"Maka, jangan meniru tarian shuffle....orang yang meniru tarian shuffle adalah orang yang rendah akalnya separas ini....", aku mengisyaratkan ke paras lututku.
Memang sukar menepis serangan budaya kuning yang melanda generasi ini. Ini benar-benar menguji kebijaksanaan para ibu bapa dan para guru. Anak bangsa kita, tiada jati diri dan suka meniru. Malangnya yang ditiru bukan nilai baik dari barat tetapi nilai buruknya

Football is my religion?

April 8, 2009

Prolog
"Mengapa anda tega mengambil bola sepak sebagai Tuhan?", soalan itu aku lontarkan kepada seseorang.
"Aku tidak mengambilnya sebagai Tuhan!", cepat-cepat dia menafikan.
"Tuhanku hanya satu...Dialah Allah!", ungkapan indah berbunga ketauhidan itu menjadi penghias bibirnya.


Itu biasa. Siapakah yang mengatakan " Allah!" bila ditanyakan tentang penciptaan langit dan bumi? Aku bermonolog sambil teringat sepotong firman:




"Dan sungguh jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?", niscaya mereka akan menjawab: "Semuanya diciptakan oleh yang Maha Perkasa lagi Maha
Mengetahui".

(Surah Az-Zukhruf: Ayat 9)


"Bukankah anda pencintanya?",


"Mungkin...",


"Bukankah anda penyembahnya...",


"Err..itu tuduhan tak berasas",


"Anda menjadikannya sebagai agama..."


"Itu tak benar!",


"Anda menjadikannya sebagai anutan!",


"Itu tuduhan melulu!"


"Anda sanggup bersengkang mata demi bola sepak...tapi anda tak sanggup bersengkang mata demi Allah yang anda dakwa sebagai Tuhanmu...",


"Itu kerana minat...bukan kerana apa-apa".


"Anda sanggup mengorbankan harta benda demi bola sepak tapi tak sanggup korbankan harta demi agama...", aku melontar hujjah.


"Anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam depan kaca tv demi bola sepak...tapi tak sanggup duduk biarpun 1 jam dalam masjid...", aku meneruskan.


"Anda tega tak hadir solat jema'ah menyahut azan di surau dan masjid demi melampiaskan minat menonton bola sepak...", aku melanjutkan


"Kalau begitu...apa lagi yang harus dikatakan kalau bukan anda beragama dengan agama bola sepak dan anda mengambil bola sepak kepada Tuhan...", aku menyimpulkan.
Berita hari ini memperlihatkan bagaimana para ubbad bola sepak menunjukkan ketaksuban mereka terhadap agama baru itu. Di stadium Sultan IV, Kota Bharu Kelantan, para penyokong Kelantan bergaduh dengan para penyokong negeri Sembilan dan membakar sebuah trak polis dan beberapa biji kereta. Ini berikutan skuad Wira Merah dari Kelantan tewas kepada negeri Sembilan dalam perlawanan separuh akhir pertama piala FA dengan kedudukan 0-1.

Sumber berita: Utusan.

Aku menamakan mereka ini sebagai golongan ubbad bola sepak. Atau lebih sedap aku namakan sebagai ubbadul kurrah. Golongan penyembah bola sepak. Tindak tanduk mereka adalah memalukan umat nabi Muhammad. Hanya kerana persoalan sepele bola sepak, mereka merusuh dan memperlihatkan emosi dan semangat tak bertempat.

Wahai para ubbad bola sepak...gunakan semangat itu untuk perjuangan demi agama ini. Atau sekurang-kurangnya gunakan semangat itu demi idealisma murni dalam sebuah negara merdeka bernama Malaysia. Semangat dan emosi memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu, menyingkirkan perasuah dari pentadbiran negara, menegakkan hak dan keadilan untuk rakyat dan pembahagian kekayaan negara untuk rakyat adalah sederet idealisma yang masih boleh diperjuangkan.
Kalaulah tidak mampu memperjuangkan kedaulatan agama Allah di bumi Malaysia!
Bukan memperjuangkan sebiji bola sepak yang tidak boleh memberimu makan, minum dan tidak pula boleh berkata-kata.

Apakah tidak betul kalau dikatakan mereka adalah penyembah bola sepak? Yang mengambil bola sepak sebagai Tuhan!

Di sesetengah negara, para ubbad bola sepak tanpa segan sila mengibarkan bendera bola sepak. Malah memakai baju yang tertulis "Football is my religion". Ada yang pasang sticker di keretanya kalimah "Football is my religion". Ini realiti...bukan dongengan. Di negara Brazil, lantaran fanatiknya mereka dalam menganut agama bola sepak, bendera brazil menggunakan gambar bola sepak.
Bendera negara Brazil
Apa hendak dikatakan untuk orang yang telah berwalikan bola sepak selain Allah ini? Amat malangnya sekalinya jika mereka ini mendakwa beragama Islam, tetapi dalam masa yang sama mempertuhankan bola sepak!

Renungkan sebuah Firman Allah SWT:


قالَ أَفتعبُدُوْنَ مِنْ دُونِ اللهِ ما لا يَنْفَعُكُمْ شيئاً وَلا يَضُرُّكُمْ , أُفٍّ لَكُمْ ولمِاْ تَعْبُدُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ أَفَلاْ تَعقِلُوْنَ

Ibrahim berkata: Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikitpun dan tidak (pula) memberi mudharat kepada kamu?" Ah (celakalah) kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahami?


(Surah Al-Ambiyaa: Ayat 66-67)

Buat sahabat-sahabat yang addicted kepada bola sepak...aku serukan...tinggalkan kelompok yang menjadikan bola sepak sebagai Tuhan. Jangan asiosasikan diri dengan kelompok yang sedang mempertuhankan bola sepak. Jika anda berbuat begitu, anda adalah dari kalangan mereka.

Allah berfirman dalam Al-Quran:


وقد نَّزل عليكم فى الكتاب أن إذا سمعتم آيات الله يكفر بها ويستهزأ بها فلا تقعدوا معهم حتى يخوضوا فى حديث غيره إنكم إذا مثلهم

Dan sungguh Allah Telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), Maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena Sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka.

(Surah An-Nisaa: Ayat 140)
Syukurlah...Allah tidak memberikan aku rasa minat kepada bola sepak.

Kerana bola sepak bukan agamaku. Jauh sekali Tuhanku. Semoga bukan juga agama dan Tuhan buat kita semua.

Orang kafir membaca quran-apa kata mufti itu?

April 6, 2009

Apakah hukumnya orang bukan Islam membaca Al-Quran?


Seorang mufti, tidak perlu sebut namanya pun ramai sudah tahu, tidak berapa lama dahulu telah berfatwa mengenai derhaka kepada raja. Beliau menggunakan firman Allah SWT:


يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu".
(Surah An-Nisaa: Ayat 59)
Secara simplistik, beliau mentafsirkan "ulil amri sebagai sultan". Tujuan dan maksudnya adalah untuk menyimpulkan perbuatan setengah pihak yang tidak menerima keputusan sultan sebagai derhaka. Perbuatan derhaka kepada sultan adalah derhaka kepada "ulil amri".
Sememangnya ulil amri mengikut tafsiran sebahagian ulama adalah merujuk kepada pemerintah. Namun, Syeikul Islam Ibnu Taimiyyah dalam 'Al-Jawabus Soheh Liman Badala Dinal Masih', mengatakan bahawa "ulil amri" juga adalah ulama dan 'umara'. Mereka dinamakan ulil amri selagi mana mereka mengikut petunjuk Allah dan Rasul. Jika mereka mengikut runtunan hawa nafsu, mereka bukan lagi 'ulil amri'. 'Ulil amri' adalah orang yang memiliki urusan. Urusan yang selari dengan kehendak Allah dan rasulnya, bukan urusan untuk kepentingan diri sendiri.
Ibn Qayyim di dalam 'Mu'amalatul ulamaa', menyebutkan bahawa pemerintah itu wajib ditaati jika dia memerintah berdasarkan ilmu. Oleh itu, ketaatan kepada pemimpin adalah sejauh mana mereka taat kepada ulama. Sebagaimana taatkan ulama tertakluk kepada sejauh mana taatnya kepada Rasul, maka taatkan pemerintah adalah sejauh mana mereka taatkan ulama.
Dalam satu tulisan terdahulu aku menyifatkan bahawa orang yang mewar-warkan selogan pantang derhaka adalah mendokong satu khurafat warisan masyarakat melayu silam. Adalah tidak selayaknya seorang mufti menjuarai isu ini. Lebih-lebih lagi ia menjadi isu politik yang penuh dengan kemelut dan pelbagai kepentingan.
Terbaru, mufti yang sama mengulas isu mengenai orang bukan Islam membacakan ayat Al-Quran. Katanya, adalah tidak patut orang bukan Islam membacakan ayat Al-Quran, lebih-lebih lagi dalam kempen politik. Tambahan, katanya, membacakan ayat Al-Quran kepada pendengar dari kalangan Melayu Islam adalah satu penginaan terhadap bangsa melayu Islam.
Pandangan seperti ini bukan pandangan seorang mufti melainkan pandangan orang yang ingin meneguhkan sesuatu agenda pihak tertentu.
Aku membaca satu berita daripada akhbar Sabq menyebutkan bahawa Tony Blair ketika ditanya wartawan memberitahu bahawa beliau membaca Al-Quran setiap hari dan beliau amat mengambil berat mengenai Islam(Rujuk berita Sabq). Mungkin ada mengatakan bahawa Tony Blair membaca al-Quran dalam bahasa Inggeris, tetapi cina yang berkempen itu membaca ayat al-Quran dalam bahasa Arab. Itu yang dilarang oleh mufti tersebut.
Mengapa dibezakan orang kafir yang membaca Al-Quran dalam bahasa Inggeris dan yang membaca dalam bahasa Arab. Soalan mudah buat renungan, apakah orang kafir Arab membaca Al-Quran dalam bahasa Inggeris?
Sebenarnya orang kafir membaca ayat al-Quran bukan hal baru. Jika kita masih segar mengingati sirah pengislaman Umar Al-Khattab, antara sebab beliau masuk Islam ialah kerana tertarik apabila membaca satu surah Al-Quran yang dirampas daripada adiknya. Orang-orang kafir musyrikin pada zaman Rasulullah SAW, mereka juga membacakan ayat quran selain mendengarnya. Mereka bacakan kepada kaum mereka untuk memberitahu mereka ayat-ayat baru yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.
Dari segi hukum, apa masalahnya orang kafir membaca Al-Quran? Jika hendak dikatakan haram, apa dalilnya? Seorang mufti, apabila melarang sesuatu perbuatan, perlu tampil dengan dalilnya. Jika tidak, samalah dengan cakap-cakap kedai kopi.
Aku, secara peribadai kagum dengan seorang bekas mufti yang pernah bercakap tentang prinsip. Pendapat berani yang tidak partisan adalah ciri seorang mufti yang berwibawa. Mufti yang mudahanah hanya akan mencemarkan kredebilitinya.

Singkirkan keraguan dan tetapkan pendirian

April 3, 2009

Syaitan suka menebarkan keraguan. Demikian juga mereka yang berwalikan syaitan. Keraguan yang ditebarkan syaitan akan diberikan nama-nama canggih seperti kebebasan berfikir, persamaan hak, kebenaran semua agama dan berbagai-bagai selogan yang kekadang boleh memikat hati manusia. Sesungguhnya syaitan dan pendukungnya ramai dan punyajentera yang yang ampuh.

Demikianlah iktibar sepanjang sejarah. Namun, kemenangan sentiasa berpihak kepada hamba Allah yang membela agamanya. Cuma, kemenangan itu bukan mee segera yang boleh dicapai dengan mudah. ia memerlukan kesabaran dan perjuangan. Allah memberikan jalan panjang ke arah kemenangan agar hamba-hambanya dapat meraih sebanyak mungkin ganjaran dalam perjuangan.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW telah bersabda:
يأتي الشيطان أحدكم يقول من خلق كذا من خلق كذا، حتى يقول من خلق الله، فإذا وجد ذلك فليقل آمنت بالله ورسوله ولينتهي
"Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan dia akan berkata: Siapa menjadikan demikian itu? Siapa menjadikan demikian itu? Sehinggalah dia akan berkata siapa yang menjadikan Allah?Apabila kamu mendapati sehingga ke tahap itu, hendaklah berkata, aku beriman dengan Allah dan rasulNya dan cukuplah (usah melayani keraguan itu lagi)."
(Hadis Bukhari)
Sebab itu, kita perlu tetap pendirian. Kita berpegang dengan prinsip dan tidak akan goyah biar apapun yang melanda. Allah berfirman dalam Al-Quran:
الذين قالوا ربنا الله ثم استقاموا تتنزل عليهم الملائكة أل تخافوا ولا تحزنوا وأبشروا بالجنة التي كنتم توعدون
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang Telah dijanjikan Allah kepadamu".
(Surah Fussilat: Ayat 30)