Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Di mana solat subuhmu?

March 7, 2009

Konklusi penting usrah pemuda-pemuda perjuangan malam tadi adalah pentingnya menegakkan kehiduapan solat berjema'ah. Persoalan hukum hakam solat jema'ah tidak lagi perlu diperdebatkan. Apakah ia wajib,fardhu kifayah atau sunnah muakkadah? Apa yang jelas, ia adalah sunnah Rasulullah yang tidak pernah baginda tinggalkan. Justeru, bagi sesiapa yang mendakwa mencintai Rasulullah, tetapi tidak menegakkan solat berjema'ah di masjid dan surau, mereka bukan pencinta Rasulullah yang sebenarnya.
Bagi para pemuda perjuangan, menegakkan solat berjema'ah adalah tauladan penting yang mereka tebarkan dalam masyarakat. Mata-mata masyarakat akan memerhati bagaimanakah rupanya cara hidup para pemuda perjuangan itu. Apakah mereka golongan yang jauh dari masjid atau golongan yang paling dekat dengan masjid.
Biar masyarakat melihat pemuda perjuangan sambil berkata;
"Kalau mahu bertemu dia, temuilah di masjid itu....",
Alangkah indahnya kalau para pemuda perjuangan mengimarahkan masjid-masjid Allah. Rasanya, semarak dakwah akan lebih pantas dengan penonjolan diri para pemuda perjuangan dalam bentuk ini. Beramai-ramai mengunjungi rumah Allah dan istiqamah dengannya. Biar bergerak laksana sekelompok margastua terbang senja.
Tidak akan menang Islam sehinggalah solat subuh berjema'ah seperti solat Juma'at!
Penegasan ini telah berkali-kali diwar-warkan. Namun, sejauh mana kita bersedia untuk menjadi batu bata kemenangan Islam? Biarpun kita bukan kalangan pejuang barisan hadapan, namun dengan bangun pagi lalu pergi solat subuh berjema'ah di masjid dan surau, kita telah menyumbang sebagai batu bata kemenangan Islam.
Esok dinihari, kita bangun dengan kesedaran bahawa kita sedang memikul amanah kemenangan Islam. Ayuhlah solat subuh berjema'ah.
Jika anda kelihatan solat subuh berjema'ah di masjid dan surau, andalah pejuang Islam maupun pendokongnya. Jika tidak, tiada bahagian buat anda untuk digelar batu bata kemenangan Islam.
Jawab soalanku....di mana solat subuhmu pagi tadi?

Mari Menapak Atas Manhaj Salafi

March 6, 2009

Generasi terbaik ummat ini adalah dalam tempoh 300 tahun pertama sejak Islam dibawa oleh baginda Rasulullah saw. Mereka itu kita panggil sebagai salaf. Berakhirnya zaman tersebut, bukan bermakna hilanglah salaf. Manhaj generasi terbaik tersebut dalam beragama terus hidup subur dalam bentuk pemikiran dan praktikal yang selari dengan mereka sepanjang zaman. Maka lahirlah istilah salafi, iaitu mereka yang menyandarkan diri kepada golongan salaf,
Seharusnya semua orang Islam jelas dalam hal ini. Bahawa kita hendaklah berusaha mengikut jejak langkah generasi 300 tahun pertama itu dalam agama sedaya mungkin. Kita hendaklah menyisih diri daripada kekarutan yang lahir pada zaman-zaman sesudah mereka akibat silih ganti masa yang telah terjadi.
Apa yang dinamakan manhaj salaf tersebut adalah dirumuskan dalam prinsip-prinsip berikut:-
1. Berpegang pada nash-nash yang ma'shum (suci), bukan kepada pendapat para ahli atau tokoh.
2. Mengembalikan masalah-masalah "mutasyabihat" (yang kurang jelas) kepada masalah "muhkamat" (yang pasti dan tegas). Dan mengembalikan masalah yang zhanni kepada yang qath'i.
3. Memahami kes-kes furu' (kecil) dan juz'i (bukan prinsip), dalam kerangka prinsip dan masalah fundamental.
4. Menyerukan "Ijtihad" dan pembaharuan. Memerangi "Taqlid" dan kebekuan.
5. Mengajak untuk ber-iltizam (memegang teguh) akhlak Islamiah, bukan meniru trend.
6. Dalam masalah fiqh, berorientasi pada "kemudahan" bukan "mempersulit".
7. Dalam hal bimbingan dan dakwah, lebih memberikan tabsyir, bukan menakut-nakuti.
8. Dalam bidang aqidah, lebih menekankan penanaman keyakinan, bukan dengan perdebatan.
9. Dalam masalah Ibadah, lebih mementingkan jiwa ibadah, bukan ritualnya
10. Menekankan sikap "ittiba'" (mengikuti) dalam masalah agama. Dan menanamkan semangat "ikhtira'" (kreatif dan daya cipta) dalam masalah kehidupan duniawi.

Kes Perebutan Mayat Saudara Baru

March 3, 2009

Prakata
Aku mulakan posting kali ini dengan ajakan. Anda dijemput untuk menyertai siri Dauratul Quran yang kami bangunkan di surau Al-Fajar. Ia adalah satu teknik pengajian melibatkan pelbagai hala dengan berpandukan tafsiran Al-Quran. Jika anda berilmu, anda adalah penyumbang ilmu anda. Jika anda ingin mendengar atau bertanya, di sana adalah medan anda. Dengan meluangkan masa antara maghrib dan insya, anda akan merasai makna bergaul dengan al-Quran dan menikmati perbincangan yang saling sokong menyokong antara satu sama lain. Anda boleh pilih untuk berprogram seperti ini atau berada di rumah bercanda bersama anak isteri, ataupun menyembah setia kepada skrin tv di rumah. Tiada yang menghalang anda untuk satu kebersamaan ini, biarpun anda jauh beribu batu. Kami catatkan secara ringkas kenangan perbincangan itu dalam blog Dauratul Quran.
.
Isu: Kes Perebutan Mayat Saudara Baru
Dalam satu sesi Dauratul Quran di Surau Al-Fajar yang diadakan pada setiap malam Ahad, Isnin dan Selasa, seorang telah melontarkan isu bagaimana status mayat muallaf yang meninggal dan mayatnya dituntut oleh keluarganya yang bukan Islam. 
Isu ini sebenarnya adalah isu yang pernah menjadi kontroversi berikutan beberapa kes yang telah berlaku. Pihak berkuasa agama nampaknya mengambil pendekatan menyokong mayat tersebut diuruskan oleh orang Islam biarpun ditentang oleh keluarganya kerana mereka mendakwa si mati masih kekal dengan agama mereka. Perselisihan ini kekadang telah merebak sehingga menimbulkan prasangka yang tidak sihat terhadap Islam.
Aku suka menjadikan kisah kematian Najasyi, raja negeri Habsyah yang memeluk Islam secara senyap. Apabila dia meninggal, nabi Muhamamd SAW berkata kepada para sahabatnya:

إن أخاكم قد مات بأرض الحبشة
"Sesungguhnya saudara kamu di Habsyah sudah meninggal".
Nabi dan para sahabat telah keluar ke padang pasir dan baginda menysun saf mereka lalu solat ghaib bagi jenazah Najasyi.(hadis Muttafaq Alaih)
Kisah Sirah ini memberi pelajaran berguna kepada kita bahawa jenazah saudara baru yang meninggal dan ia didakwa oleh keluarganya dari kelompok mereka tidak perlu direbuti. Kalaulah merebut mayat untuk diuruskan secara Islam itu perlu dan utama, tentu rasulullah adalah orang pertama yang akan menuntut mayat Najasyi tersebut. Baginda boleh menghantar utusan menuntut mayat tersebut untuk diuruskan secara Islam. Namun, itu tidak berlaku.
Mengapa pada hari ini, perkara ini menjadi isu hangat yang menimbulkan konflik?
Perlu diingat, kita tidak perlu emosional dalam agama. Kita juga tidak perlu terikut-ikut dengan golongan yang mendakwa ia adalah demi mempertahankan kesucian Islam. Kita perlu meneliti pokok permasalahan ini dengan tenang dan merujuk kepada peristiwa sirah sebagai tauladan.
Andaikan, kita sentiasa berjaya merebuti mayat saudara baru yang meninggal dari tangan keluarganya. Apa yang kita dapat? Adakah Islam meningkat dengan cara tersebut? Apakah kehormatan Islam di mata bukan Islam bertambah dengan cara tersebut?
Ulasan Hafiz Firdaus mengenai isu ini boleh dirujuk sebagai renungan.Sila Klik.

Sajak Saat Bujangan

March 1, 2009

Dahulu, sewaktu aku menghitung hari bujangan, kulakarkan sajakku ini . Baik kuabadikan ia di sini agar aku kembali merenungnya saat yang telah berlalu itu...lalu memanjatkan segumpal syukur kepada Allah Swt yang telah menganugerahkan aku keluarga dan keturunan.

Aku Berjalan Di Lorong Taman Ini
Taman ini..
Diberi nama taman bujangan
Taman sunyi berpohon daun merah berguguran
Banyak keridau dan siulan margastua
Bunga-bunga harum dan juga berduri
Arnab putih dan tedung serta sawa
Rumput alfalfa juga kerikil tajam
Taman ini...
Aku berjalan sendirian
Melintasi lorong dengan langkah waspada
Dalam keterasingan aku menghitung
Mana bunga harum?
Mana burung putih nan jinak?
Mana sungai jernih tempat ikan berenang?
Mana persada terbaik?
Buat membagun pondok kehidupan...


Dari Koleksi PerenungLangit
Sk Tanjong Batu Sandakan
2004