Berhari raya di rumah keluarga Bugis pada hari raya, aku berkenalan dengan beberapa jenis makanan tradisi kaum tersebut.
Buras, sejenis makanan tradisi hari raya bagi orang Bugis, rupanya menyerupai lemang. Cuma ia tidak dibuat dengan buluh. Berbalut daun pisang dan berbuntuk bulat dengan isinya nasi pulut, ia lebih enak dicecah dengan daging rendang. Dari luar ia kelihatan panjang, namun ia sebenarnya dibuat berkatan-katan dan boleh dimakan mengikut kemampuan.
Satu lagi ialah "tumbuk". Aku mendengar mereka menyebutnya begitu. Aku tak pasti. Mungkin pendengaranku silap. Rupanya macam lepat, dibuat daripada nasi.
"Lihat...duit RM50 dua keping...seratus...!", seorang sahabat jemaah surau Al-Fajar menunjukkan kepadaku dua keping duit RM50 yang dilipat bersama.
"Orang ini derma seratus ringgit...", tambah sahabat ahli jemaah tersebut.
"Subhanallah...Yubaarik fihillah....", aku melahirkan keterkejutanku."Allah meberkatinya...", lanjutku.
"Nah..orang ini ikhlas mendermakan wangnya...", ustaz Mohd Syahran mencelah dengan nada bergurau sambil menunjukkan wang sepuluh ringgit yang dilipat halus.
Abdul Muda, Hj. Jaidin, Suradi, Ust Mohd Shahran, Ust. Mohd Syukri, Aizat dan aku...berada dalam surau Al-Fajar pada malam ini.
Kami sedang membilang duit tabung surau Al-Fajar setelah berakhirnya Ramadhan dan hari raya puasa. Selonggok duit kertas yang berbagai nilai dengan syiling berada di depan kami untuk dihitung jumlahnya.Longgokan tersebut membayangkan dermawan para pengunjung yang bertaraweh dan solat eidul fitri pada tahun ini.Semua itu menjadi derma yang punya ganjaran masing-masing di sisi Allah swt.
Sekoyong aku terkenang Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah, ayat 274:
Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
Mereka yang telah membuktikan infaq mereka di Surau Al-Fajar, mudahan termasuk dalam janji Allah tersebut.
Hitungan pada malam ini berkesudahan dengan keputusan kutipan sebanyak RM2796.00., lebih kurang sama dengan kutipan tahun lalu. Ia adalah kutipan yang memberangsangkan. Hj. Ayung, pengerusi surau Al-Fajar pernah memaklumkan kepadaku bahawa kutipan sebanyak itu adalah terbanyak dalam rekod surau Al-Fajar pada tahun lalu.
Maksudnya: Sesiapa yang puasa Ramadhan, kemudian diikuti enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah berpuasa setahun. (Hadis Riwayat Muslim)
Bulan Ramadhan telah berlalu, kini Syawal menjelma. Setelah habis merayakan Eidul Fitri, marilah sama-sama kita mencari ruang fadhilat untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal. Puasa enam hari di bulan Syawal amat besar kelebihannya.
Satu persoalan yang sering berlegar di kalangan orang ramai berhubung puasa enam hari di bulan Syawal ini ialah mana yang hendak didahulukan, puasa qada ramadhan atau sunat enam hari dalam bulan Syawal? Apakah seseorang yang ada qada Ramadhan perlu gantikan dahulu Ramadhannya itu sebelum mendapat fadhilat berpuasa enam hari sunat bulan Syawal?Apakah boleh puasa qada dan sunat serentak?
Beberapa pandangan:
1. Syeikh Atiah Saqar (Ketua Majlis Fatwa Tertinggi Al-Azhar)-Memadai seseorang yang masih mempunyai qada Ramadan dengan berniat puasa Ramadhan dan dengan itu terhasillah pahala sunat Syawal. Tetapi adalah afdal jika melakukannya secara berasingan.
2. Syeikh Usaimin rahimahullah mengatakan bahawa sesiapa yang berpuasa sunat pada hari Arafah atau 'Asyura sedangkan dia masih belum qada Ramadhan, perbuatan itu dibenarkan dan puasa itu adalah Sah. Jika dia berniat qada Ramadhan pada hari-hari tersebut, baginya dua pahala. Pahala puasa sunat dan pahala puasa qada. Ini kerana puasa sunat tersebut tiada kaitan dengan Ramadhan. Tetapi...bagi puasa sunat enam hari di bulan Syawal, ia adalah puasa yang berkait dengan puasa Ramadhan. Jika berpuasa sunat sebelum sempurna qada Ramadhan, tiadalah baginya pahala puasa setahun sebagaimana yang dijanjikan oleh Rasulullah saw. Ini kerana hadis tersebut menyebutkan "sesiapa yang berpuasa Ramadhan", dan orang yang masih belum mengqadakan Ramadhan tidak dianggapkan berpuasa Ramadhan sehinggalah dia menyempurnakan apa yang wajib baginya dalam Ramadhan.
3. Dr. Yusuf Al-Qaradhawisetelah memperakui bahawa persoalan solat qada dan solat sunat Syawal ini adalah perkara yang dikhilafkan oleh para ulama, beliau mentarjihkan bahawa puasa sunat Syawal sebelum qada Ramadhan adalah diharuskan berasaskan satu riwayat bahawa Aishah r.a hanya mengqadakan Ramadhannya hanya pada bulan Sya'ban. Adalah mustahil Aishah tidak berpuasa sebarang sunat selama sepuluh bulan sebelum menjelang Sya'ban. Oleh sebab itu, tidak menjadi kesalahan berpuasa sunat Syawal sebelum qada Ramadhan. Namun, menurut beliau, adalah elok jika perempuan mengkaqakan puasa Ramadhannya sebelum sunat Syawal kerana tiada siapa dapat menjamin umurnya.
Hari ini adalah hari Eidul Fitri...Kepada muslimin muslimat yang mengunjungi blog ini, kuucapkan semoga Allah menerima amal ibadat sepanjang Ramadhan yang telah sama-sama kita dirikan. Sejuta kemaafan dipohonkan atas segala ketelanjuran dan ketersinggungan yang dirasai.
Entah kali ke berapa, seingatku bertahun sudah aku tidak merayakan Eidul Fitri bersama keluargaku di kampung. Aku menelan kesenduan hari raya di perantauan. Namun, kesenduan itu tidak menekan sangat kerana ramai kawan dan kenalan di perantauan.
Abu Bakar bukan ceti dan Umar bukan penzina
-
Sesiapa yang banyak becakap, kalau tersalah cakap, hendaklah istighfar dan
minta ampun kepada Allah SWT. Kekadang kesilapan dalam percakapan itu
merupaka...