Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Sandakan kaya sumber tangkapan laut

July 30, 2008

Sandakan, sebuah daerah di sebelah pantai timur Sabah terkenal dengan limpahan hasil laut. Hasil tangkapan laut yang diusahakan oleh nelayan pantai sekitar Sandakan mencurah-curah membekalkan sumber makanan laut untuk Sandakan dan daerah-daerah lain seluruh Sabah. Antara hasil tangkapan di Sandakan ada yang diekspot ke ibu negeri, Kota Kinabalu, malahan ada yang dihantar hingga ke Labuan.


Membeli belah sumber laut di Sandakan, anda akan menemui harga yang cukup menarik, namun…apabila sudah dimasak di restaurant , harganya menjadi mahal. Kekadang lebih mahal dari makanan di Kuala Lumpur.


Bagi yang pertama kali tiba di Sandakan, ingin merasakan ikan segar, datanglah ke Pasar Besar Sandakan seawal subuh, dipinggir laut bersebelan pasar ikan-ikan segar dilonggokkan untuk diraih oleh peraih. Selepas ikan dibeli oleh para peraih, anda tidak akan mendapat harga yang istemewa lagi.


Selepas jam 2.00 petang pasar ikan BDC juga menawarkan hasil lauk terbaik dengan harga yang berpatutan. Mungkin anda boleh cuba menjengah ke pasar tamu di Tanah Merah sekitar jam 7.00 pagi setiap hari. Ikan laut yang masih menggelepar di atas meja akan anda saksikan. Barangkali sejauh anda mengembara, belum menemui di mana-mana.


abgkama
30 Jun 2008
5.06pm
Lot 268, Taman fajar.

MAJLIS TAHLIL SELEPAS MAGHRIB


Petang itu, seorang jiran satu lorong taman perumahan di kawasan kejiranan aku menghuni, menjemputku ke majlis tahlil yang akan diadakan di rumahnya. Katanya, majlis tahlil akan diadakan selepas solat maghrib. Aku mengiyakan sebagai tanda komitmen aku untuk hadir ke majlis tahlil tersebut. Namun, dalam hati kecilku, aku telah pun memuktamadkan bahawa aku tidak akan hadir selepas solat magrib, tetapi akan hadir sesudah solat insya.

Inilah dilemma yang sering aku hadapi. Sebahagian besar warga taman perumahan, apabila membuat majlis tahlil, masa yang dipilih adalah selepas solat maghrib. Sungguhpun itu lebih baik berbanding dengan apa yang pernah aku alami di sebuah pulau tempat aku berkhidmat, yang mana mereka mengadakan tahlil pada waktu maghrib,amalan sebegitu masih tidak boleh diterima. Apakah masalahnya jika tahlil dibuat selepas solat insya.

Ironinya, penganjur majlis tahlil selepas solat maghrib ini seringkali pula menjemput ahli masjid dan surau.

Pernah satu masa dahulu, ketika aku mula-mula menggabungkan diri dalam kejiranan yang aku huni sekarang, aku menyertai majlis tahlil yang diadakan selepas solat maghrib. Rupanya, majlis tersebut tidaklah diadakan terus selepas solat maghrib. Apa yang berlaku, jemputan dijemput datang berkumpul selepas maghrib, dihidangkan dengan kuih-kuih tertentu, lalu apabila azan insya di surau dilaungkan atau hampir dilaungkan, barulah majlis dimulakan.

Di kalangan jemaah masjid al-Fajar, sudah difahamkan bahawa sebarang tahlil selepas maghrib tidak akan dilayan. Jika ada yang menyampaikan jemputan kepada ahli jemaah masjid, ia tidak digalakkan hadir sebelum solat insya. Perkara sebegini telah ditanamkan sebelum kehadiranku lagi. Nampaknya, sebilangan orang lama yang istiqamah dengan solat jemaah di masjid al-Fajar berpegang dengan prinsip ini.

Sesungguhnya, majlis tahlil tidak menduduki tangga sunat sekalipun dalam senarai-senarai amalan Islam. Malahan, ia dibid’ahkan oleh sebahagian ulama. Justeru, bagaimana mungkin ia hendak didahulukan atas amalan yang menjadi keutamaan dalam Islam iaitu solat berjemaah. Lebih-lebih lagi, dengan melakukannya terpaksa meninggalkan amalan yang utama dan jelas tuntutannya berdasarkan nas.

Abgkama
30 July 2008
2:07:12 PM
Lot 268, Taman Fajar.

Solat hanya berniat


Ini bukan dongengan! Ini benar-benar ada. Sekitar bulan Nov tahun 2004, dalam bulan Ramadhan, aku keluar ke bandar selepas habis waktu persekolahan. Demikianlah, seperti hari hari sebelumnya, aku pergi membeli makanan buat berbuka puasa. Masyarakat Suluk mengistilahkan aktiviti membeli makanan buat berbuka puasa, khasnya di bazar Ramadhan sebagai “bersungkaian”.

Petang itu, sekitar jam 4.00 petang, aku mendapati kapal yang akan pulang ke Tanjong Batu masih lagi menunggu penumpang. Aku mengambil kesempatan untuk melaksanakan solat Asar di masjid Bandar Sandakan, masjid Syeikh Hasbullah At-Tohiri. Aku maklumkan kepada seorang penumpang penting kapal yang sedang menunggu penumpang memenuhi kapal ke Tanjong Batu agar menungguku.

Selepas solat asar, aku kembali ke tempat kapal penambang berlabuh. Kapal penambang itu masih di sana. Pakcik penumpang penting tersebut menunggu di atas pelantar pinggir kapal berlabuh.

“sudah sembahyang ustaz..?”, dia bertanya

Alhamdulilah…sudah…”, balasku.”pakcik sudah?”, sengaja aku bertanya kepadanya pulak miskipun aku agak pasti dia belum menunaikan solat. Ini kerana sebagaimana aku tinggalkan tadi demikianlah dia bila aku datang kembali.

“Kalau saya sembahyang sambil berjalan pun boleh…”., ujarnya

“Bagaimana tu…?”,aku bertanya.

“Pakai niat sahaja”,jawabnya selamba.

“Wah!mana boleh begitu…”,aku memprotes.

“Itulah…kena belajar…ustaz belum belajar lagi…”katanya.

Aku tak sempat membalas kata-katanya. Kapal sudah mula hendak bergerak. Aku dan pakcik itu pun segera celapak naik ke atas kapal. Bersesak-sesak dengan penumpang lain yang ramai, cerita tadi tamat begitu sahaja.

Namun, ia menjadi ingatan kepadaku bahawa kefahaman solat cuma pakai niat wujud dan bergentayangan dalam pegangan sebahagian orang di perkampungan semberang parairan Sandakan ini. Kefahaman bahawa solat boleh dengan niat sahaja merupakan cebisan-cebisan ajaran sesat yang membarah dalam masyarakat. Kejahilan terhadap sendi-sendi agama menyebabkan sebahagian orang menganut ajaran sebegini. Alangkah bahayanya jika ajaran seperti ini melakukan proses mengawan yang akan membiakkan pewaris.

Justeru, aku menjadikan cerita ini sebagai modal untukku mengingatkan kepada murid-muridku bahawa kewujudan orang yang berpegang dengan amalan solat hanya niat hendaklah diwaspadai. Mereka aku lebelkan sebagai gerigis-gerigis ajaran sesat yang tidak boleh diterima dan dipusakai kefahaman mereka. Semoga tiada lagi generasi baru yang berfahaman sesat ini.

abgkama
Catatan 2004 yang dipublishkan 2008

KANGKANG LAUT


Cerita mayat hilang daripada kuburan kerana digali oleh sejenis makhluk yang dipanggil kankang laut tersebar di kalangan murid-murid sekolah Tanjong Batu, lebih-lebih lagi yang berasal daripada kampung Tanjong Batu Laut di mana kejadian tersebut berlaku. Di sekolah, murid-murid rancak memperkatakannya dengan nada dan memek muka ketakutan. Kelihatannya mereka amat percaya dengan kewujudan makhluk bernama kangkang laut yang dituduh bertanggungjawab atas kejadian satu kubur yang baru ditanam mayat berlubang pada paginya.

Cerita tersebut yang dipetik dari cerita mulut ibu bapa serta saudara mara mereka menjadi cerita panas yang meremangkan bulu roma murid-murid. Sebagaimana biasa, sebuah cerita mulut akan ditokok tambah dengan pelbagai versi agar ia kedengaran lebih thrill .

Kononnya bapa saudara si fulan-fulan nampak kelibat makhluk tersebut semalam semasa berjaga di tanah perkuburan. Sayang tak sempat ditangkap, kata mereka yang bercerita. Keyakinan bahawa wujudnya makhluk kangkang laut itu diperkuatkan lagi apabila saudara mara si mati memagari kubur yang cuba digali malam sebelumnya dengan pagar buluh.kanak-kanak yang melihat wujudnya pagar bulu tersebut tanpa banyak soal menyematkan dalam fikiran mereka bahawa pagar tersebut bertujuan menjaga kubur tersebut agar tidak digali lagi oleh kangkang laut.

Sesungguhnya, kewujudan makhluk bernama kangkang laut tersebut tidak dapat dibuktikan kerana sehingga hari ini belum ada mata yang benar-benar bersaksi melihatnya. Yang ada hanya cerita-cerita yang cukup meragukan. Dalam banyak masyarakat pendalaman di pelbagai tempat, kepercayaan wujudnya makhluk mistik pemakan mayat terus menghantui warganya. Namanya pula pelbagai.

Di Tanjong Batu, keadaannya tidak jauh berbeza.

Diadaptasi daripada
Kegemparan 2006 di Kampong Tanjong Batu