Juhaiman Al-Otaibi |
Juhaiman Al-Otaibi |
Posted by PERENUNG LANGIT at 7:56 AM 0 comments
Labels: Pandangan
Mulanya dalam sejarah Islam, puak Syiah yang menciptakan khayalan ini untuk dianut oleh para pendokongnya. Disebabkan ada tekanan pihak kerajaan yang berkuasa, dan gagal meraih tampuk kuasa, para alawiyyin yang kemudiannya tumbuh sebagai Syiah dengan segala cabangnya, mencampakkan ke dalam minda para pengikutnya kepercayaan bahawa para pemimpin mereka memerintah di alam yang lain. Alam tak kasat mata. Alam ghaib. Alam yang mana para imam mereka hidup dengan kehidupan yang istemewa.
Sebab itu kaum Syiah 12 percaya bahawa Imam Al-Mahdi telah ada dan berada di alam yang lain. Kelak akan keluar ke alam nyata ini dari Sirdab yang dia hilang di dalamnya. Al-Mahdi Al-Muntazor yang dinantikan itu akan menegakkan hal untuk ahli bait dan mengangkat para Syiah ke tampok kuasa.
Fahaman sebeginilah yang mempengaruhi aliran tasawwuf yang membawa kepada wujudnya wali-wali yang berkuasa tasarruf atas alam ini. Diberilah nama wali-wali itu dengan nama tertentu seperti Ghauth, Kutub, Abdal, Nujabaa, Nuqabaa dan sebagainya. Mereka itu hidup dan mentadbir alam. Mereka wali dan bertemu dengan wali-wali yang sedang hidup di alam nyata. Mereka melantik wali-wali baru agar wali di muka bumi terus ada.
Wali yang dipercayai itu menjadi satu kasta tinggi orang-orang suci yang tidak akan dicapai oleh orang awam termasuk para ulama Syariat Nabi Muhammad SAW sepanjang zaman!
Kepercayaan seperti ini pada asalnya lahir dari sifat putus asa orang yang gagal dalam mencapai matlamat dunia. Gagal mencapai sasaran kuasa, kemuliaan ilmu dan rif'ah di mata manusia, maka dibentuklah lingkaran kuasa baru di alam ruhiyyah yang tidak dapat direbutkan kuasa itu dan dibentuklah kemuliaan ilmu baru yang dilebelkan sebagai hakikat dan makrifat yang tidak tergapai oleh para ulama Islam serta diciptalah segala macam dogma meninggi diri yang tidak mampu dicapai oleh sesiapapun.
Itulah mula asalnya sebelum ia berkembang menjadi satu teologi yang mengental dalam otak sehingga membodohkan sekian banyak manusia!
Posted by PERENUNG LANGIT at 7:32 AM 0 comments
Labels: Pandangan