Seperti emas yang digali dari dalam bumi, ia bercampur dengan selut dan tanah. Ketika ditemui, ia tiada beza dengan ketulan-ketulan tanah yang tidak berharga. Namun, setelah ketulan emas itu melalui proses yang ekstrim, dibakar, ditapis dan disukil, barulah zahir sifat kemasannya. Barulah emas itu mencapai darjat dan nilai tingginya. Melonjaklah emas meninggalkan jauh di bawah nilai yang ada pada tanah!
Demikian, pepatah Arab ada menyebutkan:
الناس سواء فإذا جاءت المحن تباينوا وتمايزوا
"Manusia itu sama sahaja, namun di kala ditimpa ujian, nyatalah perbezaan di antar mereka".
Kerana itu, hanya ketika berdepan dengan kesusahan sahaja kita akan mengenai siapa kawan sejati dan siapa kawan palsu. Kata pepatah Melayu, kawan ketawa senang di cari, kawan menangis sukar ditemui. Masa emas keliling pingang, ramai orang datang bertandang. Bila emas sudah hilang, sanak saudara pun jadi rengang. Semua kata-kata ini membayangkan bagaimana mehnah, ujian, bala dan kesusahan menjadi proses menapis manusia. Kerana manusia itu dari segi sifat perangainya sama macam galian dalam bumi. Untuk menadapat sifat asli yang sejati, galian dalam bumi perlu dipanaskan dan dileburkan, maka demikianlah pula manusia. Peleburan untuk manusia bagi menemui sifat aslinya adalah melaui ujian dan bala bencana.
Pada satu ketika, kita akan lihat ada orang kelihatan penyabar, tenang dan berhemah. Namun, apakah itu sifat aslinya atau sifat yang palsu. Apakah dia hanya berpura-pura memakai sifat itu sedangkan sifat aslinya berlainan? Untuk mengetahuinya, tunggulah pada saat dia timpa kesusahan, tekanan, perlecehan dan penghinaan. Apakah masih mampu dia bersabar dan waqar? Ramai orang berubah wataknya. Itulah ertinya mehnah dna ujian telah membonggar sifat aslinya.
Berapa ramai orang yang disangka alim lagi kuat beramal. Disebabkan satu keadaan yang menekan, sifatnya berubah. Umpamanya ditekan pemerintah atau dilimpahkan tawaran kesenangan oleh pihak pemerintah. Maka akibatnya tindak tanduknya pun tidak lagi bergerak atas landasan ilmu dan tidak lagi mengikut jalan oorang soleh terdahulu.
Kita nampak seseorang ahli politik. Mulanya nampak macam pemimpin pembela rakyat atau pejuang agama. Idealisme memang amat mulut dan suci. Masa berjuang menapak kuasa, dia bak Saidina Umar bin Abdul Aziz. Namun, pada saat sudah memegang tampuk kuasa, limpahan dunia pun datang, keadaannya berubah. Watak asalnya yang selama ini disembunyikan pun dapat dilihat dengan jelas.
Inilah...
Inilah apa yang dikatakn bahawa manusia itu laksana galian.
Aku katakan...asal sabut timbul, asal batu tenggelam. Kalau sabut dibuat bola, sabut aka timbul. Kalau sabut dijadikan bantal, ia akan timbul. Tapi kalau batu, dibuat bola, tetap teggelamlah ia. Kalau dibuat bantal, pun tenggelamlah ia.