Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Orang berotak kemetot!

March 26, 2011

Apakah para penguasa yang memerintah negara-negara ummat Islam dewasa ini boleh kita katakan sebagai ulil amri ? Urusan apa yang mereka pegang dan jaga? Apakah urusan yang menjadi urusan Allah dan Rasul? Bagi mereka yang sering berdendang mengingatkan rakyat agar taatkan ulil amri, perhatikanlah baik-baik, siapakah manusia yang mereka lebelkan sebagai ulil amri. 

Perintah Allah agar taatkan ulil amri memang tidak dapat dinafikan. Ia telah tsabit dalam Al-Quran:


ياأيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu.
(Surah An-Nisa’: Ayat 59)

Namun, mentakrifkan Ulil Amri sebagai pemimpin secara pukal adalah tidak tsabit. Para ulama punya pandangan yang berbeza-beza mengenainya.

Secara peribadi, saya memahami bahawa ulil amri tidak boleh dilebelkan buat para penguasa yang terputus hubungan dengan Allah dan Rasul. Memerintah tidak mengikut landasan yang digariskan Allah dan ditunjukkan oleh RasulNya menjadikan seseorang penguasa itu bukan ulil amri. Seorang ulil amri hendaklah memikul urusan yang diamanahkan Allah dalam kepimpinan dan urusan yang dibawa oleh Rasul secara praktisnya dalam pemerintahan.

Gagal membawa hal tersebut dalam pemerintahan menjadikannya seorang daripada umara'. Umara', di antara mereka ada yang adil dan kebanyakannya pula adalah zalim.Siapa berani mengatakan Ben Ali bekas presiden Tunisia dan Hosni Mubarak bekas presiden Mesir itu adalah ulil amri yang wajib ditaati. Kalau begitu berdosalah rakyat Tunisia dan Mesir yang telah bangkit menentang mereka serta menggulingkan mereka.

Sungguh kemetot otak fikir sesetengah  orang yang mengharamkan tindakan rakyat yang bangkit menentang penguasa zalim sebagaimana yang berlaku di dua buah negara tersebut dan kini di beberapa negara lagi. Dengan ketumpulan ijtihad dan kegelisahan ananiyyah dan mudahanah, mereka boleh berfatwa bahawa demontrasi itu haram, malah menentang pemerintah itu haram. Kalau marah dengan pemerintah, beri nasihat dengan lunak dan beradab.

 Mereka ini, seperti yang disabdakan nabi dalam sepotong hadis: 


إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ بَعْدِي أُمَرَاءٌ فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهمْ ، فَلَيْسُ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ ، وَلَيْسَ بِوَارِدٍ عَلَيَّ حَوْضِي ، وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ ، فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَسَيَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ
Sesungguhnya akan datang ke atas kamu sesudahku penguasa-penguasa, sesiapa yang berpihak kepada mereka dan percaya pembohongan mereka dan menolong mereka untuk berbuat zalim, dia bukanlah dari kalanganku dan aku bukanlah dari kalangannya. Dia tidak akan minum air daripada kolamku (dalam syurga). Dan sesiapa yang tidak mempercayai pembohongan mereka dan tidak menolong mereka berbuat zalim, maka dia adalah dari kalanganku dan aku dari kalangannya.Dan dia akan minum air dari kolamku (dalam syurga) .
(Hadis Saheh Riwayat Ahmad)

Penguasa negara-negara ummat Islam pada masa ini rata-rata adalah zalim. Selain mengumpul kekayaan untuk diri dan kelompoknya, mereka sangat pembohong kepada rakyat. Kekayaan Ben Ali di Tunisia itu, masya Allah! Sungguh terkedu memikirkan jalan perolehannya. Kekayaan Hosni Mubarak mencecah hampir 90 bolion USD. Orang terkaya dalam dunia sebagaimana yang sering disenaraikan oleh majalah Forbes setiap tahun pun tidak sekaya itu. Demikian, kekayaan anaknya Gamal, dianggarkan sekitar 40 bilion USD. Sedangkan rakyat mereka hidup miskin merempat. 

Siapa yang masih lagi mencari-cari dalil agama meyalahkan rakyat yang bangkit menggulingkan mereka, dialah yang berotak kemetot yang kelak di akhirat tidak akan berhak meminum air dari kolam nabi.Mereka ini ada dalam masyarakat dan bergentayangan menyebarkan hasil otak tumpul mereka.Mereka bercakap bagai dalam mimpi dan menelurkan idea-idea tidak praktis malah merugikan ummat.

Gambar hiasan


Apakah rakyat negara kita tidak menjadi mangsa penipuan penguasa? Kelmarin kata minyak petrol tak akan naik harga pada tahun ini, tapi kemudian ia dinaikkan sebelum berakhir tahun tersebut. Berapa banyak pula projek kilat yang dijanjikan pada musim pilihanraya, bila pilihanraya berakhir dan kemenangan diperolehi, projek terbengkalai. Yang nampak hanya cerucuk yang bertabrakan. Amat banyak kebohongan yang terjadi. Kebohongan itu ditebarkan pula oleh media yang bertindak sebagai para penyair yang menghimpunkan golongan mudahin yang sesat dalam memburu pamrih dunia.

Renungkanlah hadis nabi itu dan tanyalah diri. Apakah aku akan minum dari kolam nabi kalau begini hidupku di dunia?



Kertas Kerja: Rehlah Ulfah

March 20, 2011

Sempena Rehlah Ulfah yang diadakan pada tanggal 19 Mac 2011 bertempat di RDC dan kemudian dilanjutkan ke Masjid Al-Fajr, 2 kertas kerja telah dibentangkan. Kertas kerja tersebut boleh dicapai pada link berikut: 





Berilah sedekah kepada anakmu!

March 18, 2011

Bila sebut sedekah, jangan hanya terbayang makan, minum, wang ringgit dan harta-harta yang boleh dicapai dengan pancaindera. Ada lagi sedekah yang lebih mahal dari harta benda dunia yang merupakan barang tidak kekal itu. Itulah sedakah ilmu. Antara ilmu dan harta, ilmu mempunyai darjat yang berlipatganda lebihnya. Diriwayatkan bahawa Saidina Ali R.A ketika ditanya tentang apa lebihnya ilmu berbanding harta, belia telah menyebutkannya dan menegaskan bahawa jika datang 10 orang bertanya soalan yang sama, akan dijawabnya jawapan yang berbeza. 

Sedekah, sebagaimana dinyatakan dalam hadis, boleh memadamkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW:

وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ؛ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ
"Dan sedekah itu memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api".
(Riwayat Tarmizi)

Sedekahlah kepada anak-anak kita ilmu yang dijelmakan dalam bentuk tarbiah. Anak-anak yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita merupakan amanah yang menuntut penjagaan yang lestari dengan perintah Allah SWT. Apabila seorang ayah memberikan ilmu kepada anaknya, itulah sedekah yang paling mahal diberikan ayah buat anaknya. Dengan memberi sedekah ilmu kepada anak, ayah itu telah menjemput kasih sayang Allah SWT untuknya. Selain itu, ayah juga bakal mendapat ganjaran penghapusan kesalahan-kesalahan yang dilakukannya.


Apa yang perlu diberi perhatian berat oleh ayah untuk anak-anak adalah ilmu solat serta didikan menegakkannya. Sabda nabi SAW:

مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ لِسَبْعٍ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا لِعَشْرٍ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ
 
" Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika umur mereka mencapai 7 tahun. Pukullah mereka sewaktu berumur 10 tahun (jika tidak mahu mengerjakan solat), dan hendaklah mula dipisah-pisahkan tempat tidur mereka". 

(Riwayat Ahmad dan Abu Daud- Hasan Saheh menurut Albani)

Berapa ramai bapa yang melakukan perintah Rasul ini terhadap anak-anak mereka. Apakah solat menjadi agenda utama dalam pendidikan anak-anak atau ia dibiarkan berlaku secara kebetulan cuma. Ramai bapa menyerahkan tanggungjawab mengajar anak solat kepada guru agama di sekolah. Sementelahan, bapa itu pula bukan dari kalangan penegak solat.

Mengajar anak solat bukan tugas orang lain. Bapalah orang yang pertama akan dipersoalkan atas pengabaian tanggungjawab solat oleh anak-anak. Ibu? bukan tanggungjawabnya menyuruh anak solat malah menjadi tanggungjawab suami memerintahkan isterinya solat. Isteri yang tidak solat, suami yang menggung akibat (jika tidak menyuruhnya). Anak yang tidak solat, bapa yang menanggung akibat (jika tidak memerintahkannya).Suami atau bapa adalah ketua dalam sebuah rumahtangga. Saat seorang isteri sudah kematian suaminya, ketika itulah tanggungjawab mendidik anak-anak berpindah kepadanya.

Pendidikan yang diberikan kepada anak-anak oleh bapa dan kemudiannya ibu akan menjadi sedekah yang berfungsi memadamkan kesalahan yang ibu bapa lakukan. Berbahagialah ibu bapa yang sering memperhatikan perihal solat anak-anak!

Keajaiban semut

March 15, 2011

Munajat: Siapa menjadikan semua ini?

Demonstrasi melanggar syariat?

March 6, 2011

Mansur At-Turki
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Mansur At-Turki, kelmarin mengingatkan bahawa demonstrasi adalah diharamkan dalam kerajaan Arab Saudi dan ia juga diharamkan mengikut Syariat Islam. Untuk itu, pasukan keamanan diberi wewenang untuk melakukan semua langkah untuk menghalang cubaan-cubaan pihak yang melanggar peraturan larangan ini.

Apa yang dikatakan jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi tersebut adalah cubaan untuk menahan kebangkitan rakyat yang sedang melanda rantau Arab dewasa ini. Di saat pemerintahan berada dalam keadaan terancam, mereka akan mencari dahan mana yang kukuh untuk berpaut. Tentunya dahan Islam itu tempat yang paling selamat. Dengan mengatakan demonstrasi itu haram dari segi agama, mereka berharap rakyat akan patuh dan mengurungkan niat mereka untuk bangkit berdemonstrasi melawan pemerintah.

Kerajaan Arab Saudi kaya raya. Tetapi kekayaan itu hanya berlegar di kalangan elit pemerintah. Rakyat terbanyak masih dalam kemiskinan. Anugerah Tuhan dalam bentuk hasil buminya dan kemuliaan dua tanah haram yang dikunjungi jutaan ummat Islam setiap tahun, disia-siakan. Bangsawan pemerintah hidup berfoya-foya dengan harta yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat. Pemerintahan seperti ini jauh lebih menyalahi syariat berbanding dengan demontrasi yang didakwa menyalahi syariat.
Usahlah bercakap tentang hukum syariat untuk memadamkan hasrat fitrah rakyat kalau pemerintahan sendiri melanggar syariat! Seperti ayam betina, kokokan berderai-derai, tapi ekornya berlumuran najis.

Ulama yang mengaku salafi manakah yang memberikan fatwa sebegini sehingga berani jurucakap kementerian tersebut mengaitkannya dengan hukum syariat? Kita maklum, dalam menanggapi demonstrasi dan revolusi kebangkitan rakyat di beberapa negara Arab ini, tokoh-tokoh yang mendakwa mereka salafi tidak menyatakan sokongan bulat kepada pihak rakyat. Mereka lebih suka mengambil sikap diam atau sesetengahnya lebih lancang menuduh gerakan rakyat itu sebagai haram. Dikatakan bahawa rakyat hendaklah bersabar sekalipun ditindas pemerintah yang zalim. Kesalahan dalam menanggapi nas-nas syarak menyebabkan mereka menjadi pasif dan pasrah.

Yang bersama rakyat menghambat pemerintah para "tughyan" di Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Jordan, Palestin dan lain-lain adalah mereka yang menggabungkan diri dengan gerakan Islam. Malah, rakyat yang tidak bersandarkan fikrah Islam dari kelompok sosialis juga bersama. Leceh sekali pandangan para salafiyyon yang menyongsang hasrat nurani rakyat dan semua manusia bermaruah ini. Siapa yang mereka pertahankan? Hukum hakam Islam atau hagemoni penguasa zalim?

Sebenarnya... mereka bukan salafi!

Lagu Revolusi Mesir

March 3, 2011

Demokrasi telah gagal: Moshe Yaloon

March 2, 2011

 Moshe Yaloon


Menteri Urusan Strategi kerajaan haram Israel berkata bahawa demokrasi adalah sistem yang gagal kerana ia telah melahirkan Hamas yang memenangi pilihan raya Palestin dan Hizbullah yang sedang mengembangkan pengaruhnya di Lubnan. Beliau berkata demikian dalam siaran rodio tentera yang dipancarkan pada pagi Selasa kelmarin. Sambil menegaskan kegagalan sistem demokrasi, beliau mengingatkan kerajaan sementara Mesir yang dipertanggungjawabkan untuk menyerahkan kuasa kepada sivil melalui piliharaya (6 bulan daripada tamatnya kerajaan Mubarak) akan berdepan dengan kebangkitan Ikhwanul Muslimin. Sementara, apa yang sedang berlaku di Libya pula merupakan manifestasi pancaran sifat semulajadi manusia yang inginkan hidup merdeka dan mulia. Jika mereka diberikan demokrasi, peluang untuk gerakan Islam bangkit mendominasi masyarakat adalah besar.

Apa yang diutarakan oleh menteri Israel tersebut adalah berdasarkan apa yang dilihatnya berlaku di Palestin. Hamas, sebuah gerakan Islam yang menjadi musuh ketat Israel telah memenangi sokongan massa melalui sistem pilihanaraya yang dilaksanakan secara demokratik.

Dakwann Moshe Yaloon bahawa demokrasi sistem yang gagal kerana ia merugikan Israel hendaklah menyedarkan kita bahawa ia mungkin menjadi senjata yang boleh memenangkan Islam. Negara Barat sendiri yang mencipta nama sistem itu dan merangka peraturannya serta menyebarkannya, kini berdepan dengan dilema. Demokrasi telah menjadi "backfire" terhadap kepentingan mereka dan sekutu-sekutu mereka. Anak manja negara penaja demokrasi dunia, Amerika Syarikat, iaitu Israel sendiri, kini sedang merenggek ketakutan terhadap apa yang akan lahir dari demokrasi.

Sebab itu, penentangan sesetengah pihak terhadap sistem demokrasi dengan beralasankan ia sistem yang diciptakan manusia kafir, maka ia adalah sistem kufur, patutlah dinilai dengan saksama. Mengambil kira bahawa sistem pilihanraya yang diamalkan dalam sistem demokrasi itu merupakan manefestasi kepada semangat syura yang diterapkan Islam, rasa permusuhan totok terhadap demokrasi perlulah dikendurkan. Demokrasi merugikan Israel, ertinya demokrasi menguntungkan Islam. Itu mafhum mukhalafah sepontan yang boleh kita lontarkan.

Dr. Yusuf Al-Qardhawi adalah antara ulama yang menyokong demokrasi dikembangkan dalam negara Islam terutama dimensi pemilihan pemimpin. Demokrasi adalah jauh lebih baik daripada sistem "istibdadiyyah" yang sehingga kini membelenggu kebanyakan negara ummat Islam. Tentunya, menegakkan sistem khalifah mengikut jalan paksaan bukan ruh Islam. Islam memuliakan hak setiap manusia dan hak rakyat sebuah negara adalah memilih siapa yang mahu dijadikan pimpinan mereka.

Kebangkitan rakyat Arab hari ini adalah sebahagian daripada tuntutan demokrasi yang sebenarnya ada dalam naluri manusia yang bermaruah dan merdeka.

Barangkali, setelah selesai kemelut yang sedang dihadapi oleh ummat negara Arab, akan lahirlah negara-negara yang mendaulatkan hak rakyat yang bermaruah dan merdeka. Inilah jalan untuk kebangkitan gerakan Islam. Setelah tumbangnya diktator Ben Ali di Tunisia, kita mendapat khabar gembira hari bahawa gerakan An-Nahdhah yang diasaskan oleh Rashid Ganushi telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang sah. Selama puluhan tahun, parti Islam tidak diberi ruang di Tunisa.Tentunya parti yang ditubuhkan ini akan berentap secara gentleman dalam pilihanraya untuk menawan sokongan rakyat. Hal yang sama sedang berlaku di Mesir. Setelah hancurnya diktator Mubarak, kerja-kerja mendaftarkan Ikhwanul Muslimin sebagai sebuah parti yang sah terbuka. Ia juga akan berentap dalam pilihanraya untuk memenangi sokongan rakyat. Kita percaya, setelah selesai krisis di Libya dan Yaman, gerakan Islam di sana juga akan membentuk parti mereka.

Sekarang bukan masanya kita berpolimik tentang sistem demokrasi, halal atau haram. Apakah kita masih perlu menggeleng kesal kerana banyak negara Islam diserap demokrasi yang dicap sebagai sitem kufur? Sedangkan selama berdekad kita ditunggangi sistem "wirasah istibdadiyyah", kita diam membisu. Ketika rakyat bangkit menuntut hak, muliakah kita untuk mengawaskan mereka dengan bahaya demokrasi? Di manakah kita saat rakyat merintih di bawah penguasa yang menafikan hak mereka?

Ketika runtuhnya kerajaan diktator Mubarak di Mesir dek tuntutan rakyat untuk mengembalikan hak mereka, ada sesetengah pihak memasang angan-angan untuk mendapat kuasa secara magic daripada pihak tentera yang memangku pemerintahan sementara di Mesir. Nusrah daripada pihak tentera diharapkan untuk mendirikan daulah khilafah bermula di Mesir. Sungguh ringkas jalan mendapat kuasa. Kuasa itu kegilaan ramai manusia. Barangkali, kalau tidak kerana desakan rakyat Mesir yang masih berlangsung sehingga kini di Medan Tahrir, pihak tentera Mesir akan membuat onar untuk mengekal kuasa di tangan mereka. Maka, tumbangnya seorang diktator akan berganti pula dengan diktator baru. Dengan senang sahajakah kita mahu meminta nusrah daripada pihak tentera Mesir yang begitu mecurigakan makarnya?

Sekarang demokrasi memberi ruang kebangkitan perjuangan Islam. Di sinilah para duat perlu berperanan untuk memantapkan fikrah rakyat. Dalam beberapa tahun setelah pembukaan zaman gelap, manusia akan berbondong-bondong menyokong perjuangan Islam. Ketika itu datanglah nusrah Allah. Menanglah Islam. Perjuangan getir selama bertahun telah mebawa nusrah daripada yang Tuhan tempat meminta nusrah. Allah maha kaya, dan dia boleh memenangkan agamaNya melalui seribu satu cara. Allah tidak terikat dengan satu cara. Allah hanya mahukan kita berjuang untuk agamaNya dengan ikhlas.


Necmettin Erbakan guru politik Islam

March 1, 2011



Necmettin Erbakan, seorang mahaguru politik Islam dari Turki telah berpulang menemui Rabnya. Di bumi yang sama juga telah lahirnya seorang guru politik sekular bernama Mustafa Kamal At-Tarturk. Presiden Turki sekarang, Abdullah Gul dan perdana menterinya Recep Tayyip Erdogan merupakan murid kepada Necmettin Erbakan. Di seluruh dunia, ramai yang mengkagumi Necmettin Erbakan. Mereka adalah ahli politik berhaluan Islam yang berjuang di negara masing-masing.

Malangnya, ada orang yang menjadikan gurunya adalah Mustafa Kamal At-Tarturk. Manusia yang dicela ummat kerana kerosakan yang dibuatnya terhadap negara Turki secara khusus dan dunia Islam secara umum, disanjung pula oleh murid politiknya. Murid politiknya ada di seluruh dunia sebagai mana ada pula murid politik insan bernama Necmettin Erbakan. 

Tentu kita tidak dapat melupakan kata-kata yang pernah diungkapkan oleh orang ternama yang dipanggil negarawan dalam negara kita bahawa Mustafa Kamal At-Tarturk memberikan sumbangan besar kepada Islam kerana pendekatan progresifnya. Kerana...itulah guru politiknya. Kini, ilmu politik Mustafa Kamal At-Tarturk itu dipanuti pula oleh penerusnya. Penerusnya itulah yang menjadi dedalu yang mendokong sekularisme dalam negara Ummat Islam.

Ketika fajar Islam telah berkuasa, kita akan menimbus semua nama yang berguru kepada Mustafa Kamal At-Tarturk. Kita akan kenang insan seperti Necmettin Erbakan dan murid politiknya yang telah menyumbang  untuk kebangkitan Islam. Dialah guru yang perlu kita pelajari ilmu politiknya.