Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Widak buat teman-teman yang menjengah

November 8, 2008

Esok saya balik kampung. Beberapa perkara perlu dipersiapkan sebelum berangkat ke Tanah Suci pada 19 November 2008. Ini bermakna saya berhenti rehat sementara daripada posting untuk blog ini. Di kampung kemudahan akses internet agak sukar. Lagipun kesempatan untuk itu hampir tiada.
Kepada teman-teman yang lewat lalu menjengah ke sini, saya mengucapkan "widak" buat semua. Mudahan widak ini cuma sementara dan akan bertemu kembali pada tahun hadapan.
Safar haji yang akan aku telusuri ini tentunya satu perjalanan kerohanian dan pengalaman yang penting dan mungkin boleh dikongsikan bersama nanti. Mudahan Allah memberkati perjalanan saya. Ameen.

BAHAN KURSUS HAJI 4

BAHAN KURSUS HAJI 3

BAHAN KURSUS HAJI 2

BAHAN KURSUS HAJI 1

PUISI 100 RANGKAP

November 6, 2008

Minggu-minggu terakhir persekolahan, aku memabacakan puisi nasihat buat murid-muridku di tahun 6. Aku namakan puisi itu sebagi gurindam jiwa biarpun ia bukanlah memenuhi ciri penuh sebuah gurindam dalam tradisi kususasteraan Melayu. Aku Berikan tajuk puisi itu sebagai " Dari Syurga Kembali Ke Syurga". Murid-muridku menghargai puisi ini dan mereka menyalinnya. Sebilangannya amat berminat dan membacakan berulang kali dalam kelas dengan rentak dan irama mereka. Aku sarankan mereka membacakan buat ibu, ayah serta adik abang mereka.
Inilah puisi karyaku...
" Dari Syurga Kembali Ke Syurga".

Adam itu manusia pertama
Dicipta Allah tanah asalnya
Lalu disimpan dalam syurga
40 tahun hampir dilupa
bila sudah sampainya masa
semua malaikat dikumpul semua
bersama Azazil dialah ketua
kepada Adam sujudlah segera.
Semua malaikat sujudkan Adam
Kecuali Azazil yang direjam
Merasa diri tingginya maqam
Melawan Tuhan penuh dendam
Kepada Tuhan ia berkata
Adam itu makhluk yang hina
Dari tanah asal kejadiannya
Asalku api lebih mulia
Murkalah Tuhan pencipta segala
Azazil durjana lalu dicela
Diharamkan dari masuk ke syurga
Lalu digelar Iblis durhaka
Berlalulah Iblis berputus asa
Dendam kesumat penuh di dada
Di depan Tuhan bersumpahlah ia
Akan menipu Adam dan keturunannya
Kepada Tuhan lalu dipinta
Agar diberi hidup yang lama
Tiada mati selama di dunia
Oleh Tuhan lalu diterima
Tinggallah Adam dalam syurga
Seorang diri tiadalah gembira
Lalu dicipta Tuhan yang kuasa
Seorang wanita bernama Hawa
Dalam syurga tinggallah berdua
Bebas pergi ke mana-mana
Bebas makan segala buahnya
Hati riang tidak terkata
Dalam syurga sepohon kayu
Adam dilarang mendekat ke situ
Iblis mendengar larangan itu
Menyimpan azam untuk menipu
Sampailah masa datanglah peluang
Di kala waktu masa terluang
Adam dihasut tak dapat dihalang
Lalu dimakannya buah terlarang
Adam dan Hawa lalu disingkir
Jatuh ke dunia sebagai musafir
Itulah janji Tuhan yang Kabir
Tiada sekali dia mungkir
Hilanglah sudah nikmatnya syurga
Hidup di dunia tidaklah sama
Sehari-hari terpaksa bekerja
Penat dan lelah tidak terkata
Adam memburu mencari rusa
Bercucuk tanam menunggu hasilnya
Ada masa sakit menjelma
Kepada syurga rindu terasa
Setelah berlalu sekian masa
Lahirlah Qabil seorang putera
Kemudian Habil lahirlah pula
Masing-masing kembarnya wanita.
Bila mereka telah dewasa
Masing-masing memilih kerjaya
Habil bekerja sebagai gembala
Qabil pula rajin berhuma
Sampailah masa ditentukan Allah
Qabil Habil perlu bernikah
Agar manusia makin bertambah
Memakmur dunia sebagai khalifah
Qabil di suruh segera   nikahkan
Adik Habil sebagai pasangan
Qabil benci hatinya enggan
Adik sendiri itulah pilihan
Oleh Adam disurah berkorban
Qabil dan Habil buat penentuan
Kurban siapa diterima Tuhan
Ternyata  Habil menjadi pilihan
Dendamlah Qabil kepada adiknya
Datanglah Iblis membuat angkara
Disuruh Qabil membunuh segera
Adiknya Habil di kala leka
Matilah Habil pemuda pilihan
Dibunuh abang kerana perempuan
Itulah pertama darah ditumpahkan
Titik pertama sebuah pembunuhan
Hari bersilih berganti masa
Manusia lahir mengisi dunia
Zuriat Adam bertambah bilangannya
Hidup aman damai sentosa
Mereka manusia di dalam iman
Menyembah Allah sebagai Tuhan
Perbuatan syirik mereka jauhkan
Pesanan Adam jadi pegangan
Iblis sentiasa mencari peluang
Kepada manusia berbuat temberang
Apabila datang peluang terbentang
Lalu disebar ajaran songsang
Patung pujaan disuruh bangunkan
Setiap rumah sebagai kenangan
Bertambah cantik sebagai hiasan
Akhirnya patung jadi pujaan
Manusia tidak lagi beriman
Agama Adam mereka lupakan
Jalan syaitan menjadi ikutan
Sesatlah mereka di pangkal jalan
Datanglah zaman seorang nabi
Itulah Nuh nama diberi
Berhala disembah di sana sini
Manusia sudah lupakan diri
Nuh mengajak siang dan malam
Hatinya sabar kuatkan azam
Ingatkan kaumnya agama Adam
Diajak keluar dari kelam
Kaum nabi Nuh amatlah ingkar
Mereka bangsa sukar diajar
Dunia sementara itulah dikejar
Mereka degil Nuh bersabar
Nuh berdakwah cukuplah lama
Pengikutnya 80 orang cuma
Hampir seribu tahun berganti masa
Hinggalah Nuh berasa kecewa
Nuh berdoa kepada Tuhan
Agar segera diturunkan  hujan
Supaya banjir seluruh alam
Kaum degil dapat balasan
Doa Nuh dikabul ilahi
Balasan Tuhan sudahlah pasti
Akan berlaku sebagai dijanji
Nuh diperintah siapkan diri
Sebuah bahtera binakan segera
Agar selamat di waktu bencana
Kelak manusia kekal di dunia
Janganlah lemas mati semua
Sampailah masa hujan pun turun
Amat lebat hati pun gerun
Air melimpah di segala cerun
Tenggelamlah segala semak dan samun
Hujan tak henti berhari-hari
Air melimpah ke paras tinggi
Manusia ingkar berlari-lari
Mencari tempat menyelamatkan diri
Bahtera Nuh belayar megah
Alun dan ombak semua diredah
Hatinya sentiasa syukurkan Allah
Tidak tergolong orang yang musnah
Nuh melihat anak sendiri
Dalam banjir hampirlah mati
Nuh memanggil mari kemari
Wahai anak ke bahtera ini
Anak Nuh degil dan sombong
Dia menunjuk ke puncak gunung
Katanya di sana dia berlindung
Ajakan bapa tidak dijunjung
Datanglah ombak bergulung-gulung
Anak Nuh tak dapat ditolong
Kumpulan musnah dia tergolong
Itulah balasan anak yang sombong
Setelah banjir menjadi surut
Mula kelihatan tanah dan rumput
Turunlah Nuh bersama pengikut
Kembali hidup sebagaimana patut
Itulah dia kumpulan manusia
Dari mereka lahirlah kita
Pertama beriman kepada yang esa
Kemudian engkar merajalela
Manusia kembali syirikkan Tuhan
Setelah mati kaum beriman
Mereke memilih patung sembahan
Mereka terpedaya pujukan syaitan
Manusia utusan merekalah nabi
Mereka datang bersilih ganti
Membawa peringatan dari ilahi
Kebencian Tuhan jangan didekati
Allah hantarkan nabi Hud
Kepada kaum ‘Ad dan Tsamud
Allah hantarkan nabi Lut
Kaumnya berdosa malu disebut
Kaum Lut amatlah jahat
Mereka bangsa suka melewat
Itulah dia sejenis maksiat
Kepada lelaki lelaki terpikat
Lelaki berkahwin sesama sendiri
Perempuan cantik tidak dipeduli
Itulah nafsu luar Tabi’i
Oleh Tuhan murka sekali
Kaum Lut dihukumTuhan
Negeri mereka diangkat ke awan
Lalu diterbalikkan jatuh menjunam
Ke dalam bumi lalu terbenam
Hari ini lihatlah kesan
Dipinggir Palastin menganjur lautan
Lautan mati itulah panggilan
Didasarnya terdapat kesan tinggalan
Terdapat pula kaum penipu
Jual beli nak untung selalu
Timbang makanan bercampur batu
Itulah peniaga seperti hantu
Kepada mereka Syuaib diutuskan
Buat memberi nasihat pengajaran
Perbuatan menipu dalam timbangan
Itulah dosa dikutuk Tuhan
Ada pula seorang raja
Itulah Namrud diberi nama
Kepadanya diutuskan rasul mulia
Nabi Ibrahim bapa ambiyaa
Namrud degil ingkar durhaka
Seruan Ibrahim tak dipedulikannya
Ibrahim dibakar dalam api menyala
Namun api tidak membakarnya
Ada lagi seorang nabi
Sebelas abang rasa dengki
Itulah Yusuf nama diberi
Oleh abang dibuang ke perigi
Yusuf si kecil sabar sentiasa
Di negeri Mesir menjadi hamba
Lalu diperdaya dihumban ke penjara
Akhirnya dilantik jadi menteri Negara
Di negeri Mesir yang kaya raya
Pernah terjadi satu peristiwa
Rajanya Firaun bermaharajalela
Membunuh rakyat di sini sana
Dari kerana mimpi sang raja
Dibunuh rakyat tidak berdosa
Anak lelaki dibunuh semua
Anak perempuan dibiar sahaja
Kala tetap takdir ilahi
Musa lahir tak disedari
Dihanyutkan ibunya dalam kali
Menuju istana Firaun sendiri
Walau Firaun amat berusaha
Menghalang takdir Tuhan semesta
Tiadalah dia mampu menghalangnya
Musa membesar dalam istananya
Bila Musa telah dewasa
Diutus Allah membawa perintahnya
Firaun disuruh ingat sentiasa
Kuasa Allah tiada tandingannya
Musa berdakwah tidaklah gentar
Kuasa Firaun lalu dicabar
Oleh Firaun ia dikejar
Bersama Israel kaum yang engkar
Firaun karam di laut merah
Musa selamat dibantu Allah
Itulah cerita amat bersejarah
Buat renungan dalam berdakwah
Ada pula seorang nabi
Amatlah kaya tidak terperi
Itulah Sulaiman nama diberi
Memerintah manusia jin dan juga peri
Di zaman Sulaiman tersebar sihir
Kepada manusia Syaitan pun hadir
Manusia belajar begaimana menyingkir
Agama Allah lalu dimungkir
Allah mengutus seorang nabi
Itulah Isa nama diberi
Kepada bangsa namanya Yahudi
Terhadap Isa mereka ingkari
Yahudi itu bangsa yang jahat
Membunuh Isa mereka sepakat
Namun Allah Dialah penyelamat
Nabi Isa ke langit diangkat
Janji Allah kepada manusia
Bila dajal sedang berkuasa
Di dalam dunia berbuat angkara
Turunlah Isa lalu membunuhnya
Setelah banyak nabi diutus
Kepada manusia tidaklah putus
Lalu turunlah Ruhul Qudus
Membawa wahyu nabi pemutus
Nabi Muhammad nabi penamat
Dialah nabi sebelum kiamat
Seluruh manusia dialah penyelamat
Bagi mereka yang taat
Tiada lagi sesudah baginda
Diutus nabi kepada manusia
Siapa mengaku nabi mulia
Dialah pendusta dajal belaka
Pernah ada dalam sejarah
Nabi palsu namanya Musailamah
Seorang pendusta di zaman nubuwwah
Akhirnya mati dibunuh khalifah
Zaman berzaman besilih ganti
Adalah manusia mengaku nabi
Wahai saudara serta saudari
Kepada mereka janganlah percayai
Nabi Muhammad pernah berpesan
Dua perkara aku tinggalkan
Buat umatku sebagai pedoman
Itulah Hadis dan juga Al-Quran
Siapa berpegang dengan keduaya
Akan selamat buat selama
Tiadalah sesat susah diperdaya
Dalam dunia tidak tergoda
Setelah Nabi meninggal dunia
Abu Bakar khalifah gantinya
Kemudian Umar menggantinya pula
Ustman dan Ali sesudah mereka
Islam yang lemah makin berkuasa
Empayar Islam menguasai dunia
Zaman berzaman di atas persada
Musuh melihat tunduk semua
Timur dan Barat dalam genggaman
Genggaman Islam beberapa zaman
Seribu tahun dalam keamanan
Mencipta tamadun buat insan
Datanglah zaman islam pun lemah
Kerana muslimin lupakan Allah
Negara sendiri ditawan penjajah
Hilanglah sudah keagungan sejarah
Umat islam sering ditindas
Harta benda pula dirampas
Apalah guna masa yang lepas
Mengenang zaman sebelum tumpas
Kini palestin bumi berdarah
Oleh Israel buminya dijarah
Rakyatnya hidup bertambah susah
Setiap hari derita bertambah
Bumi Irak dijajah Amerika
Sampai kini masih sengsara
Rakyatnya hiba tiada mulia
Masih mengharap aman kan tiba
Bumi Afghan terus bergelora
Tentera Amerika masih di sana
Mujahidin Taliban berjuang sentiasa
Rakyat hidup terancam nyawa
Selatan Thailand terus bergoncang
Rakyat Islam terus berjuang
Bom meletup malam dan siang
Ramailah yang mati mayat bergelempang
Bumi Mindanau selatan Filipina
Digempur oleh tentera Manila
Rakyat Islam mahu medeka
Kerajaan kafir enggan memberinya
Bumi Indonesia pulaunya beribu
Di sana sini bergoncang selalu
Gempa dan peperangan tak kenal waktu
Ramai yang mati di Ambon dan Maluku
Demikianlah rintihan dunia Islam
Di sana sini sungguhlah kasihan
Nyawa melayang tiada taruhan
Harta direbut dalam tangan
Ini semua balasan Allah
Bagi manusia menjadi ibrah
Untuk renungan sepanjang sejarah
Agar selamat dari musibah
Nyatalah sudah akhirnya zaman
Segala hadis menjadi kenyataan
Zaman kian mendekat kemusnahan
Kiamat  dekat tiada keraguan
Dalam hadis telah disebut
Dajal keluar sebagai taghut
Mendakwa diri sambil menghasut
Menyebar cerita dusta dan karut
Ramailah orang ikutkan dajal
Mereka kelak akan menyesal
Kerana dajal mereka tabal
Tuhan sebenar mereka tak kenal
Dalam hadis disebutkan nabi
Akhir zaman kelak terjadi
Terbitnya matahari di satu hari
Sebelah Barat munculkan diri
Manusia berdosa kekal berdosa
Pintu taubat ditutup selamanya
Sesal  menggunung tidak berguna
Itulah ketetapan Tuhan semesta.
Tiada siapa tahu rahsia
Itula tarikh kiamatnya dunia
Hanya Allah tahu tentangnya
Tiada juga malaikat mulia
Bila sampai ajal dunia
Israfil meniup serunai sangkakala
Hancurlah dunia segala isinya
Tiada yang selamat  di maya pada
Manusia dan jin mati semua
Segala isi dunia semesta
Turut hancur berkecai segala
Sunguhlah hebat kuasa Pencipta
Manusia akan dibangkitkan kembali
Dikumpul mereka di Mahsyar nanti
Dihitung segala amal diri
Di sanalah tahu nasib menanti
Siapa berat amal baiknya
Dialah penghuni syurga nan loka
Hidup bahagia buat selama
Itulah balasan dambaan kita
Siapa berat amal durhaka
Dialah penghuni neraka bernyala
Di sana menderita buat selama
Itulah balasan kita tak suka
Cukuplah sudah sebuah cerita
Telah kulakar cerita manusia
Amatlah panjang buat semua
Marilah kita renungkan bersama
Bacalah gurindam di kala sunyi
Waktu sendirian di malam hari
Agar bertambah keinsafan diri
Subur mekar iman pun bersemi
Sekian
Karya Ustaz Kamaruddin
Telah disempurnakan pada:
5 November 2008, Jam 11.30 Tengahari.
Dididekasikan untuk Murid-murid Tahun 6 A
Sk, Sibugal Besar,Sandakan Sabah.
Sebagai hadiah minda buat mereka semua yang tahu menilai karya cendikia.

KUTINGGALKAN RAMBU WARISAN ITU

November 5, 2008

"Siapa yang nak bawa turun kita?", Ibuku bertanya melalui talifon. Aku menalifon ibu bertanya mengenai persiapannya untuk keberangkatan menunaikan haji yang tinggal beberapa minggu lagi.

"Kita turun sendiri...", aku memberitahu ibuku.

"Tak kan turun sendiri...biasa orang minta ustaz Ismail atau Pak Lang Mail...", ibuku membalas,"mereka akan berdoa untuk keselamatan kita...semua orang buat begitu...", lanjut ibuku.

"Tak apa...kita tak perlu ikut cara itu...saya tak mahu mengamalkan kebiasaan itu...", Aku menegaskan untuk ibu."amalan itu tidak diajar oleh Rasul...tak perlu orang menurunkan kita, tak perlu azan sebelum berangkat...". lanjutku menyatakan alasanku.

"Kalau begitu tak apalah...anak ibu juga seorang ustaz...", ibuku akhirnya akur.

Alhamdulillah...Ibuku memahami kehendakku. Dalam banyak keadaan, ibuku sering menerima nasihatku. Aku masih ingat satu ketika dahulu, keluargaku mengadakan satu kenduri kahwin untuk salah seorang adikku. Seekor kerbau disembelih untuk dijadikan lauk. Ketika orang kampung sedang melapah kerbau tersebut, seorang makcik dari kalangan kerabatku datang membawa besen dan menghulurkan kepadaku.

"Ambil sedikit daging tu nanti...kita buat gulai sulung...", katanya.
"Apa?", aku terkejut dengan istilah gulai sulung.

Tak puas hati, aku bergegas berjumpa ibu dan bertanyakan apakah yang dimaksudkan dengan gulai sulung. Lalu ibu menerangkan kepadaku.

"Itu amalan orang tua-tua kita bila sembelih binatang yang kita bela...buat gulai sulung...minta pak lebai bacakan doa...hadiahkan kepada arwah nenek moyang...", ibuku memberi sebab kewajarannya.

Aku dapat menangkap kekhurafatan dalam amalan gulai sulung ini.

"Tak payahlah buat...ini semua amalan warisan yang karut...", aku memujuk ibuku dengan lembut agar tetamu yang berdatangan tidak mendengar bualan kami.

"Masakan gulai tu pula ada cara tersendiri...kakak pun tau cara masakannya...Imak pun tak tau," kakak sulungku menambah seolah-olah membakar semangatku.

Kata-kata kakakku memang menambahkan semangatku membasmi amalan itu.

"Tak perlulah gulai sulung...ini warisan paganism yang mengadatkan sebahagian sembelihan diperuntukkan kepada roh nenek moyang...lalu bila dah masuk Islam adat ini diislamkan dengan membacakan doa dan tahlil...saya tak setuju diteruskan..", aku menjelaskan. Tak tahulah apakah ibuku memahami atau tidak. Namun, kakakku seperti faham.

Maka pada hari itu tidaklah ada gulai sulung. Ibuku pada mulanya rasa berat juga. tTaku kecil hati orang yang menyarankannya, katanya. Aku dengar ada suara makcik tadi bahawa jika gulai sulung tidak dibuat, ada sesuatu yang buruk akan terjadi kepada majlis. Seperti lauk tak cukup untuk tetamu, tumpah dan sebagainya. Katanya itu memperkuatkan tekadku untuk meniadakan gulai sulung.

Ternyata majlis berjalan lancar dan tiada apa-apa musibah menimpa.

Aku sering menyertakan nasihatku kepada ibuku dalam hal-hal meneruskan beberapa amalan orang tua-tua ini dengan mengatakan

"Ibu telah menyekolahkan saya, menghantar saya belajar hingga ke universiti...sia-sialah jika pendapat anak ibu ini tak mahu diterima tetapi mengambil pendapat makcik-makcik kampung yang tak bersekolah...",

Biasanya ibuku lembut dengan mantiq itu dan kembali mendokongku. Aku bangga dengan sikap terbuka ibuku yang tahu menghargai keilmuan anaknya.

Pernah juga semasa majlis kendiri kahwin adikku, satu amalan lain cuba diamalkan dalam keluargaku.

Adik perempuan bongsuku keluar mencariku dengan cemas dan memberitahuku.

"Cuba abang lihat..Apa Pak Long tengah buat kat dalam...", kata adikku itu.

Aku masuk ke dalam. Kelihatan seorang yang warga kampung yang aku sering bahasakan sebagai Pak Long sedang melakukan sesuatu. Dia duduk bersila di depan sebuah timba besar berisi air.

"Apa tu...", aku bertanya tak mengerti.
"Biarlah...jangan dilarang...", kakak sulungku yang duduk di muka pintu menasihatkan aku.
"Yalah...untuk apa tu?", aku tak puas hati selagi tak tahu duduk perkara.
"Untuk mandi adik...tolak bala..", kakakku menerangkan.
"Hah?, siapa yang memandai-mandai bawa masuk amalan ini ke dalam rumah kita?",aku merasa api kemarahan sedang menggelegak dalam dada.
"Mak Ngah...", adik bungsu mencelah.

Aku ingin pergi memberhentikan bacaan Pak Long itu. Tapi memikirkan bahawa dia akan malu dengan sebab perbuatanku nanti, aku bersabar sehingga dia keluar. Apabila Pak Lung itu sudah menyerahkan timba air tersebut kepada adikku yang diraikan perkahwinannya dan dia keluar, aku masuk ke dalam. Aku terus bertemu adikku itu dan memberi perintah seorang kamander.

"Jangan mandi dengan air tolak bala ini...tuangkan...", kataku di pintu bilik air.

Adikku akur. Dia masuk ke bilik air dan menutup pintu. Aku mendengar bunyi air dalam timba dituangkan.

Dalam sesi keluarga keesokkannya aku timbulkan pasal mandi tolak bala. Seluruh keluargaku sebenarnya bersetuju dengan apa yang aku katakan. Namun, begitulah hidup dalam kampung, ada kaum kerabat yang tidak memahami dan cuba mengamalkan kebiasaan mereka ke dalam keluargaku.

Rambu-rambu amalan warisan yang aku kategorikan sebagai khufarat sama ada dari segi amalan maupun pemikiran aku tak biarkan ada dalam keluargaku. Cerita ini sebagai renungan kepada insan lain yang mungkin menghadapi situasi yang sama atau yang lebih lagi.

Kini dalam aku bersama ibu mahu pergi melaksanakan haji, masih ada sisa rambu warisan yang menyusup. Aku tidak menghargai amalan ini dan aku tidak akan menyetujuinya. Ia tak berasas. Itulah alasanku secara generalnya.

"Tapi amalan ini diamalkan oleh lebai-lebai dan orang beragama...", ada orang berhujah begitu
"Mereka cuma bertaklid kepada rambu warisan...", aku menegaskan itu dalam menegakkan prinsip.
Padahal...aku akan telah tinggalkan rambu warisan itu.

ISTERI KEDUA

November 4, 2008

Kepada Srikandi Muda...izinkan saya memetik cerita dari blog anda...ia sungguh menyentuh rasa. Saya suka membacanya dan ingin sahabat lain turut membacanya. Iktibar buat mereka yang bernama suami dan juga isteri.


Karya:
Oleh `Izzat Anwari bin Hasni


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.


Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suaraFatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.


Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"Perjuangan, " jawab Fikri.

HAJI TAMATTU'


Mengikut jadual penerbangan yang diberikan kepadaku, keberangkatanku ke Makkah bagi KT54 adalah pada 19 November 2008 bersamaan dengan 21 Zulkaedah 1429. Miqat yang ditentukan untuk penerbangan tersebut adalah Qarnul Manazil. Bermakna, penerbangan tersebut akan membawaku mendarat di Lapangan Terbang Jeddah.

Dari tarikh ketibaan di Makkah sehingga ke tarikh 8 Zulhijjah, aku mempunyai sekitar 17 hari. Ia tentunya satu tempoh yang agak lama dan wajarlah haji Tamattu' menjadi pilihan.

Dalam melaksanakan ibadah haji, terdapat 3 kaedah perlaksanaan haji yang dibolehkan iaitu Haji Ifrad, Haji Tamattu' dan Haji Qiran.

Aku kurang mendalami ilmu haji sejak zaman persekolahan dahulu. Pelajaran haji yang dimasukkan dalam silibus semasa tingkatan 5 di sekolah menengah dahulu aku belajar sambil lewa sahaja kerana belajar tanpa praktikal memang susah untuk diingati. Aku sekadar mendengar pembahagian haji berdasarkan nama-nama tersebut namun aku tidak cukup memahaminya. Masih kebingungan dan keliru. Kendati sehingga baru-baru ini pun aku kurang memahami istilah-istilah ini. Semuanya kerana aku tidak bersungguh-sungguh mempelajarinya kerana ketiadaan keperluan. Kursus bersiri haji yang diadakan oleh pihak Tabung Haji aku tidak hadiri kerana hujung minggu yang sering padat dengan program. Aku cuma menampakkan diri dalam Kurusus Intensif dan Kursus Perdana dan dari sana aku bertekad untuk memahaminya.

Tambahan pula lambaian haji sudah mula terasa. Dan kini setelah mendapat kepastian terpilih untuk melaksanakan haji pada tahun ini, aku melipatgandakan pembacaan mengenai haji untuk memahaminya dengan lebih mendalam.

Haji Tamattu' adalah bagi orang yang bukan tinggal di Makkah yang datang awal. Apabila melalui Miqat makani (tempat berniat) yang telah ditentukan, hendaklah berniat melakukan umrah dan memakai pakaian ihram. Apabila sudah berniat umrah dan memakai pakaian ihram, perlulah mematuhi pantang larang yang telah ditetapkan iaitu pantang larang berkaitan pakaian, wangian, kecantikan, alam sekitar dan hubungan suami isteri. Masuk ke Makkah, lakukan Tawaf, sa'i dan kemudian bertahallul dengan menggunting atau mencukur rambut. Dengan tahallul tersebut, bebaslah dari segala pantang larang yang dikenakan. Keadaan bebas daripada segala pantang larang tersebut berlangsung sehinggalah hari ke-8 bulan Zulhijjah. Pada hari tersebut, kita perlu berniat ihram semula untuk melaksanakan haji pula. Oleh kerana kita sudah berada di Makkah dan tak perlulah lagi keluar ke Miqat. Berniat sahaja di penginapan sendiri dan pakailah ihram. Setelah itu laksanakan rukun-rukun dan wajib haji yang telah ditentukan sehingga selesai sambil menjaga segala pantang larangnya. selepas bertahallul buat kali yang kedua, perlulah membayar dam iaitu denda. Denda memang tak dapat dielakkan bagi haji tamattu'. Pertama kerana kita telah bersedap-sedap membebaskann diri daripada pantang larang semasa ihram dengan bertahallul kali pertama dahulu. Keduanya kerana kita berniat tidak di miqatnya. Damnya adalah sekurang-kurang seekor kambing.

Aku faham kini haji yang akan aku lakukan. Haji Tammatu'. Mudahan Allah menerima hajiku.


حجًّا مبرورًا، وذنبًا مغفورًا، وعملاً متقبلاً إن شاء الله تعالى

Rujukan: Islam Online

KONVOKASYEN PASTI KALI KE 19

November 2, 2008

Pada hari ini, Majlis Konvokasyen PASTI bagi Zon Sandakan kali ke 19 telah diadakan di Hotel Sabah, Sandakan. Majlis telah dirasmikan oleh Sdr Anwar Ali. Lepasan 7 PASTI Zon Sandakan termasuk sebuah dari Kinabatangan telah diraikan dan dinugerahkan sijil masing-masing. Ibu bapa murid-murid PASTI telah hadir menunjukkan komitmen masing-masing seawal jam 7 pagi. Hasil kerjasama dan kerja sepakat AJK yang terlibat  serta komitmen para guru PASTI telah menjayakan program pada hari ini.
Sesungguhnya inilah cabang pendidikan Islam bagi anak-anak seawal umur sebelum persekolahan yang tidak kurang pentingnya. Persembahan oleh murid-murid PASTI memperlihatkan corak pendidikan yang digariskan oleh PASTI.
Semoga PASTI terus maju menempa amalulillah...dari kalangan yang mukhlasin....
Bertindak sebagai pengarah program pada hari ini, aku mengucapkan penghargaan setinggi-tingginya kepada seluruh AJK yang berkerja keras, para guru PASTI  dan para petugas program yang juga berkerja kuat menjayakan majlis konvokasyen ini. Sesungguhnya mereka semua telah memperlihatkan komitmen dan tanpa mengharapkan pamrih dalam menjalan kerja agama.  
Allahumma baarik li wa lahum...

* Pamrih: Upah atau ganjaran.

Siapa yang Allah kehendaki kebaikan...diberikan faham dalam agama

November 1, 2008


Faham adalah satu yang sangat mahal nilainya. Burung tiung boleh berbicara, tetapi dia tidak faham apa yang dibicarakannya. Jika manusia yang berbicara dan tidak faham apa yang dibicarakannya, maka ia tidaklah jauh beza daripada sang burung tiung. Faham yang paling utama adalah faham dalam agama. Banyak orang mempunyai ilmu agama, tetapi sedikit yang faham agama yang dianutinya.

Sebab itu, Rasulullah SAW bersabda:

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

Maksudnya: Sesiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Allah jadikan dia faham dalam agama.

Kefahaman dalam agama inilah yang telah Allah kurniakan kepada ramai sahabat. Kefahaman inilah yang Rasulullah saw doakan untuk Ibn Abbas:

اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi membahagikan faham dalam agama ini kepada 5 bahagian:
  • Memahami maqasid syariat
  • Memahami aulawiyyat
  • Memahami sunnah alam (Sunnatullah)
  • Memahami perimbangan antara Masalih (Kebaikan) dan Mafasid (Kerosakan)
  • Memahami perselisihan kalangan muslimin.

Memahami agama yang disebut sebagai "Tafaqquh fi deen" bukan bermaksud menguasai ilmu agama tetapi mampu mengaplikasikan ilmu agama tersebut dengan selari dengan tujuan sesuatu disyariatkan, keutamaan dalam perkura yang menuntut pilihan, meraikan sunnah alam, tahu menimbang mana yang memberi masalahah atau lebih ringat mafasidnya serta mengerti bahawa persilihan muslimin dalam hal ijtihadi adalah sentiasa benar.

Sesungguhnya orang yang faham agama akan berdiri dalam masyarakat sebagai manusia yang unik. Tidak akan ramai manusia yang sebegini kerana tidak akan ramai manusia yang diberikan kebaikan melebihi orang lain. Mereka adalah golongan yang sedikit.


Demikian tidak ramai hamba Allah yang bersyukur kerana hamba yang bersyukur adalah sedikit. Firman Allah swt:

وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِي الشَّكُورُ
(Dan hanya sedikit hambaku yang bersyukur)

Kerana itu Umar Al-Kattab berdoa:

اللهم اجعلني من القليل

Wahai Allah...jadikan kami golongan yang sedikit. Golongan yang bersyukur kepadamu. Golongan yang memahami agamamu!


BERKAWAN DEMI ISLAM

October 29, 2008

Sabda Rasulullah SAW:
المرء على دين خليله، فلينظر أحدكم من يخالل
Maksudnya: "Seseorang itu akan mengikut 'deen" kawannya. Maka hendak melihat seseorang kamu dengan siapa hendak berkawan".(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi dengan sanad yang sahih)

 Sabda Rasulullah SAW lagi:

لا تصاحب إلا مؤمنا، ولا يأكل طعامك إلا تقيّ
Maksudnya:"Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang mu'min, dan jangan makan makanan kamu melainkan orang bertakwa".(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi dengan sanad yang sahih)


Sabda Rasulullah SAW:
المؤمن مرآة المؤمن
Maksudnya: "Orang beriman merupakan cermin kepada orang beriman yang lain." (Riwayat Bukhari)


Seorang lelaki berkata kepada Daud At-To'i : Wasiatkan aku...lalu Daud At-To'i pun berkata:
اصحب أهل التقوى، فإنَّهم أيسر أهل الدنيا عليك مؤونة، وأكثرهم لك معونة
Maksudnya: "Bersahabatlah dengan orang bertakwa, maka sesungguhnya mereka adalah orang yang paling mudah membantumu di dunia, paling banyak memberi bantuan kepadamu".
Terdapat banyak hadis dan kata pujangga yang menggambarkan perlunya memilih sahabat yang baik. Sahabat yang tidak baik tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada kita melainkan menjadikan kita  sepertinya juga. 
Dalam hadis mengenai 7 golongan yang dilindungi Allah, Rasulullah menyebutkan salah satunya ialah 2 sahabat yang berrtemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Dalam kisah mengenai 99 lelaki yang telah membunuh 99 orang lalu mencukupkan seratus dengan membunuh seorang abid. Apabila seorang alim mengatakan Allah akan menerima taubatnya, lalu dinasihatkan lelaki itu meninggalkan tempat yang jahat ke tempat yang baik. Maksudnya meninggalkan teman-teman yang jahat mencari teman yang baik.
Banyak jenis sahabat...sahabat melepak di kedai kopi, sahabat perniagaan, sahabat tempat kerja, sahabat memancing, sahabat internet dan bermacam-macam lagi.
Alangkah cantiknya kalau bersahabat kerana Allah. Demi Islam. Seperti nabi bersahabat dengan Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Bersahabat  membangunkan hidup bekerja untuk Islam.

DAURAH AL-QURAN

October 28, 2008

Daurah Al-Quran adalah medan mempelajari Al-Quran dan membincangkan isu-isu agama...Demikianlah idea asas mengapa sistem pengajian dengan nama daurah yang berasaskan Al-Quran diwujudkan di masjid Al-Fajar. Daurah bukan bersifat kuliah sebaliknya ia adalah sumbangsaran dan penglibatan maksima ahli yang hadir. Daurah menggantikan kuliah maghrib yang hidup segan mati tak mahu.

Para peserta daurah duduk dalam bulatan dalam jarak yang dekat agar komunakasi menjadi mudah. Al-Quran menjadi rujukan prima. Setiap sessi daurah, dimulakan dengan bacaan Al_quran secara beramai-ramai serentak. Cukuplah satu muka surat. setelah itu pengerusi daurah akan mempersilakan seorang ustaz yang ikut serta mengulas sisi hukum tajweed. Cukuplah ulasan pendek mengenai satu hukum tajweed. Tidak menjadi masalah kalau hukum tajweed yang sama diulang-ulangkan.

Pengerusi akan menjemput seorang membacakan terjemahannya. Biasanya tugas ini dilaksanakan oleh seorang yang suaranya jelas dan kuat. Di masjid Al-Fajar, tugas ini secara tidak resmi dimainkan oleh Tn Hj. Yusuf. Bagi pengembang kaedah daurah, disyorkan agar pembaca terjemahan ditaklifkan kepada orang yang kurang bercakap dalam daurah. Ini kerana daurah mengajak orang bersuara seramai mungkin.

Setelah terjemahan dibacakan, pengerusi akan membuka peluang untuk komen dan ulasan. Dalam masa yang sama pentanyaan dan kemusykilan boleh dikemukakan.

Seorang yang menguasai sebahagian besar topik dan isu yang dibincangkan perlu mengambil tanggungjawab mengulas panjang lebar dan menjawab persoalan dan kemusykilan. Jika ia sulit dijawab, atau tidak tahu jawapan, maklumkan bahawa ia akan dibincangkan semula pada sessi berikutnya. Tidak perlu terburu menjawab semuanya kerana tidak tahu bukan satu kecacatan dalam dunia ilmu. Pulang, buatlah research.

Elakkan dari membuat ulasan pedas dan menyentuh sensitiviti khususnya berkaitan fahaman politik. Tidak perlu terburu-buru mengulas isu sensitif kerana fasa awal adalah fasa targhib agar daurah diminati sebagai medan mereka duduk mendengar dan mendalami ilmu.

Memahamkan manusia tentang satu isu memerlukan masa yang lama. Keterburuan dan ikut perasaan akan berakhir dengan kegagalan.

Kawal masa...agar tidak terlalu lama. Berhenti dalam keadaan perbincangan sedang hangat. Gunakan ayat..."kita tangguh perbincangan kepada daurah berikutnya...".

Masjid Al-Fajar, dengan sokongan para ustaz yang ada istiqamah, menjadikan program ini sebagai eksperimen menguji keberkesanannya. Semoga program ini menjadi kaedah yang berjaya mentarbiah dan memakmurkan rumah Allah. Agar makin ramai pengunjung yang terlibat dalam daurah.

Kepada semua...aku mengajak...datanglah duduk dalam daurah dan berikan sumbang ilmu anda. Harmonikan dan meriahkan hidup dengan aktiviti ilmiah yang merangsang semangat research.

Hadirilah daurah di masjid fajar pada setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa, bermula selepas solat maghrib.

Masjid al-Fajar melangkah setapak ke depan dengan mengumpulkan koleksi daurah ke dalam sebuah blog. Sila lawati laman blog Daurah Quran untuk melihat perkembangan topik perbincangan yang telah diadakan.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI PULAU PAMAGUAN

October 27, 2008

"Pada zaman Jepun, terdapat seorang kelantan lari hingga ke Kagayan dan berkahwin dengan perempuan Kagayan dan akhirnya menetap di sini....", ketua Kampung Pulau Pamaguan, bercerita. Namanya Kabol Tandiko. Kami memanggilnya Pandikar.

Aku dan beberapa sahabat yang menyertai program kali ini mendengar ceritanya penuh minat.


"Pada satu hari, ketika si suami sedang mengupas kelapa, dia bertanya isterinya tentang bahasa isterinya bagi perbuatan mengupas kelapa, isterinya memberitahunya bahawa kupas kelapa dalam bahasanya disebut "dibaguan", maka dari situlah datangnya nama pulau Pamaguan...", lanjut ketua kampung itu lagi.


"Kalau Tanjung Pisau pula, dahulunya ada sebuah kapal dari Sugut sarat dengan Tembikai, singgah di situ dan orang-orang atas kapal itu pun keluarkan pisau untuk makan tembikai. Tiba-tiba pisau itu jatuh di situ...maka dinamakan Tanjung Pisau...", ceritanya dilanjutkan mengenai asal usul Tanjung Pisau pula, sebuah tanjung yang tidak jauh daripada Pulau Pamaguan.

"Kalau Nunuyan...asal namanya daripada buah Nunuyan, buah sebesar ini dan sedap rasanya....", Kabol Tandiko menunjukkan isyarat ibu jarinya.

Program Khidmat Masyarakat di Pulau Pamaguan berlangusng selama 3 hari. Program tersebut dikendalikan oleh para pemuda yang bernaung di bawah Yayasan Amal Malaysia dengan tajaan dana daripada pihak Jakim. Bermula pada 25 hb Oktober, sekitar jam 1140 pagi, kira-kita 40 pemuda yang bernaung di bawah Yayasan Amal Malaysia bertolak daripada jeti Batu Putih merentasi sungai-sungai air masin mencelah lorong antara bakau, akhirnya tiba di Pulau Pamaguan sekitar jam 12.30 tengahari. Sebuah kapal nelayan disewa sebagai pengangkutan.

Aku menyertai program ini sepenuhnya. Menaiki kapal nelayan bukanlah hal yang baru. Namun, merentasi laut sebelah jeti Batu putih adalah kali pertama.

Sebahagian para peserta yang baru sampai selesai solat Zohor
Air pasang tidak cukup tinggi untuk mendaratkan kapal nelayan ke kawasan perkampungan. Para peserta program terpaksa menempuh cabaran getir merentas tebing bakau yang telah di ditebas oleh orang kampung sambil mengangkut segala kelengkapan program.

Kami berkampung di Sk Pamaguan sepanjang program. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada cikgu Khairuddin dan cikgu Jamri dari Sk. Pamaguan yang menyediakan tempat yang selesa untuk kami beraktiviti.Berkampung selama 3 hari di Pulau Pamaguan adalah meyeronokkan bagi yang dapat mengikhlaskan hati menyertai program tersebut. Walaupun penat mengangkut barang merentas bakau, ditambah dengan hujan yang berpanjangan, ia tidak melemahkan semangat para peserta.
Antara program sepanjang 3 hari tersebut adalah, gotong royong mengecat Masjid, membersihkan perkuburan, membahagi-bahagikan sumbangan beras dan dan keperluan dapur yang lain kepada warga pulau, ceramah keibubapaan, motivasi pelajar, kuliah agama, pertandingan bola sepak persahabatan, sukaneka kana-kanak, tayangan video tsunami dan Palestin Menangis, jamuan rakyat dan pemeriksaan kesihatan percuma.Warga Pamaguan cukup meraikan. Mereka cukup mesra dan berharap program seumpama ini diulang lagi di kampung mereka.
"Ikut program begini menyeronakkan....", kata Ustaz Farihan ketika dalam perjalanan pulang  ke rumah setelah tiba di Batu Putih.

"Jika kita mengikuti program jamaah dengan kerelaan hati, ikhlas demi menyahut seruan hidup berjemaah, ia akan memberikan kenikmatan dan keseronakan...namun jika sebaliknya...ia akan menjadi tekanan pula", aku menambah ulasan.
Aku mengucapkan tahniah kepada sahabat seperjuangan yang menyertai program ini dan berdoa agar kita ditetapkan hati atas jalan ini.
Aku mengabadikan nama anda semua sebagai saksi di hari muka...
Sahar, Mujahidin, Farihan, Zaidi, Isa Saud, Wahid, Mustaman,  Haris, Salleh...kalangan tunggak utama.
Ramlan dan doktor serta pembantu perubatan bersamanya.
Khairudin dan Jamri, dua guru Sk. Pamaguan. 
Mahdzir yang memberi khidmat memasak makanan peserta dan warga Pamaguan dibantu isterinya. Mubarak anak mereka yang ikut serta.
Para Guru dan pelajar Sekolah Swasta Assalam...
Pak Yazid, veteran kental setia bersama anaknya...
Semoga tegaklah amalulilah....di tangan pendokong yang kental dan tahan diuji.

PROGRAM AMAL DI PAMAGUAN

October 25, 2008

Pada hari ini, 25 Oktober, aku akan pergi ke Pulau Pamaguan. Sebuah program kemasyarakatan dan dakwah akan diadakan di sana. Program tersebut adalah anjuran Jakim dengan kerjasama Yayasan Amal. ia bermula hari ini dan berakhir pada hari Isnin. Setakat ini, penyertaan adalah seramai 50 pemuda .

Saudara-saudara yang berada di Sandakan dan berminat untuk turut serta sila hubungi talian :


0198030104- Sdr Sahar Abd Majid

0198409708-Ust. Kamaruddin Wahab

JADUAL PENERBANGAN HAJI

October 24, 2008





Pada hari ini aku mendapat jadual muktamad bagi penerbangan haji pada tahun ini. Sengaja aku publish di sini agar menjadi rujukanku dan kenangan abadi dalam sejarah hidup. Untuk melihat jadual penerbangan di atas secara jelas, sila klik petak di atas.

Mudahanah atau mudarah

Dalam artikal mengenai haramnya menyertai atau mengucapkan selamat bagi perayaan yang bersifat keagamaan orang-orang kafir, telah disebutkan bahawa ia boleh membawa kepada mudahanah yang dicela Allah dalam Al-Quran dan diharamkan dalam agama.

Seseorang telah menimbulkan persoalan mengenai apakah maksud mudahanah?

Perkataan mudahanah diambil daripada firman Allah:

وَدُّوا لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُونَ

Maksudnya: Mereka ingin kamu bermudahanah lalu mereka juga akan bermudahanah.
Sambungan akan menyusul

HARAM UCAPAN SELAMAT DAN MENYERTAI PERAYAAN KEAGAMAAN ORANG KAFIR

October 23, 2008

Adalah jelas bahawa perayaan depavali merupakan perayaan keagamaan. Oleh itu, memberi ucapan seumpama "Selamat Hari Depavali" adalah haram. Perbuatan mengucap hari Depavali akan menjerumuskan diri kepada ciri-ciri mudahanah yang ditegah oleh Allah swt.

Ibn Qayyim rahimahullah dalam kitabnya "Ahkam Ali Zimmah" menyebutkan;
وأما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق ، مثل أن يهنئهم بأعيادهم وصومهم ، فيقول: عيد مبارك عليك ، أو تهْنأ بهذا العيد ونحوه ، فهذا إن سلم قائله من الكفر فهو من المحرمات وهو بمنزلة أن يهنئه بسجوده للصليب بل ذلك أعظم إثماً عند الله ، وأشد مقتاً من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس ، وارتكاب الفرج الحرام ونحوه ، وكثير ممن لا قدر للدين عنده يقع في ذلك ، ولا يدري قبح ما فعل ، فمن هنّأ عبداً بمعصية أو بدعة ، أو كفر فقد تعرض لمقت الله وسخطه .
(Adapun mengucap tahniah kepada syi'ar orang-orang kafir yang khsus untuk orang kafir adalah haram menurut  kesepakatan para ulama. Umpamanya mengucap tahniah dengan perayaan mereka atau puasa yang mereka lakukan. Maka berkata "Selamat hari raya bagimu atau mengucapkan tahniah dengan perayaan tersebut dengan apa sahaja bentuk lafaz seumpamanya, jika yang berkata itu selamat daripada menjadi  kekufuran sekalipun , ia adalah diharamkan. Kedudukannya sama seperti mengucapkan tahniah dengan perbuatan sujud kepada salib. Bahkan, perbuatan itu lebih besar dosa dan kemarahan Allah daripada mengucap tahniah kepada peminum arak, bunuh orang dan berzina atas jenayah mereka itu. Ramai dari kalangan mereka yang tidak kuat agama terjerumus  ke dalam kebiasaan ini tanpa sedar bahawa perbuatan tersebut adalah dilarang. Sesiapa yang mengucapkan tahniah kepada seseorang dengan perbuatan maksiat, bid'ah atau kekufuran  yang dilakukannya, maka dia mendedahkan dirinya kepada kebencian Allah dan kemarahannya.)
Malahan, menyertai orang-orang kafir dalam perayaan mereka juga diharamkan berdasarkan sebab-sebab berikut:
1. Perbuatan menyertai perayaan mereka membawa kepada menyerupai mereka. Menyerupa orang kafir adalah dicela berdasarkan hadis yang dirawayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
من تشبه بقوم فهو منهم
Ertinya: Sesiapa yang menyerupai satu kaum, maka dia adalah daripada kaum tersebut.
2. Menyertai orang-orang kafir dalam perayaan mereka menunjukkan rasa kasih sayang dan cinta kepada mereka atas kekufuran mereka. Ini dilarang oleh Allah swt sebagaimana firmannya:
يا أيها الذين آمنوا لا تتخذوا عدوي وعدوكم أولياء تلقون إليهم بالمودة وقد كفروا بما جاءكم من الحق
Maksudnya: Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuhku dan musuhmu sebagai pimpinan yang kamu curahkan kepada mereka kasih sayang sedangkan mereka itu kufur dengan kebenaran yang  telah didatangkan kepada mereka.
3. Perayaan kegamaan adalah lambang agama mereka dan ia adalah ciri kekufuran akidah mereka sebagai kita orang Islam juga ada perayaan yang melambangkan ciri akidah kita. Sabda Rasulullah  SAW.
 لكل قوم عيد و هذا عيدنا
(Bagi setiap kaum ada perayaan, dan ini (eidul fitri dan eidul adha) adalah perayaan kita.) 

4. Firman Allah swt:
و الذين لا يشهدون الزور 
 Maksudnya: dan orang-orang yang tidak menyaksikan "Az-Zur"... 
 Mufassirin mentafsirkan  "Az-Zurr" dalam ayat di atas sebagai perayaan orang kafir. 

Bagi perayaan-perayaan yang tidak kaitan dengan agama, seperti perayaan perkahwinan dan sebagainya, kita diharuskan menghadirinya dengan syarat tidak terjebak ke dalam perkara-perkara haram di dalamnya seperti percampuran lelaki dan perempuan, minum arak dan sebagainya. Nabi Muhammad sendiri pernah menghadiri jemputan Yahudi ke majlis-majlis seumpama itu.


Sumber rujukan: Islamqa

Kuliah Tafsir: Jangan bertaqlid buta

October 22, 2008

Kuliah tafsir di masjid Jannatun Naim, Sri Taman pada malam ini mengenai celaan Allah kepada sikap bertaqlid buta kepada nenek moyang. Aku mengulas tafsir surah Al-Baqarah ayat 170 iaitu:


وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللّهُ قَالُواْ بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ شَيْئاً وَلاَ يَهْتَدُونَ

Maksudnya:

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang Telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami Hanya mengikuti apa yang Telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?".


Aku membuat ulasan mengenai taqlid yang harus dan taqlid yang haram. Taqlid dalam perkara usul agama seperti iman adalah tidak boleh sedangkan bertaqlid dalam perkara furu' adalah diharuskan sepetti bertaqlid kepada pendapat mazhab.

Beberapa bentuk taqlid yang diharamkan seperti bertaqlid kepada amalan kufur dan syirik, amalan khurafat, bid'ah, amalan orang kafir dan golongan fasiq dan amalan-amalan orang bodoh. Aku juga memperingatkan mengenai jangan bertaqlid kepada pemimpin yang menyesatkan kerana ia akan mebawa penyesalan di hari akhirat.

Banyak yang perlu disebut mengenai taqlid ini.Taqlid telah membelenggu masyarakat. Kerana mempertikaikan taqlid nenek moyang, artikal tahun 2005 mengenai amalan setempat, ia dilihat membahayakan keselamatan diri yang menyebabkan aku dapat pindah tempat berkhidmat. Namun, perjuangan mencabar taqlid kepada tradisi nenek moyang yang menyimpang daripada agama adalah antara perjuangan utama para nabi-nabi. Pegangan kepada warisan nenek moyang adalah selogan yang dibanggakan oleh ramai orang. Namun, agama tidak pernah memperakuinya.

"Ustaz...bagaimana dengan mengikut pemimpin menyambut tahun baru dengan tembakan bunga api...apakah itu juga bertaqlid dengan pemimpin yang dilarang?"seorang ahli jemaah mencelah sebelum kuliah malam ini kutamatkan.

"Pemimpin yang mengajak pengikutnya melakukan perkara-perakara yang menyalahi agama akan berlepas diri di akhirat kelak dan tidak mengaku bahawa merekalah meyesatkan pengikutnya. Oleh itu...janganlah jadi pengikut yang membuta tuli sehingga kita menjadi orang yang menyesal di hari akhirat kelak...", aku mengulas seadanya.

Semoga kuliah hari ini mencapai matlamatnya. Agar ahli jemaah sampai kepada satu kesimpulan, bertaqlid bukan ciri orang beragama. Dengan itu mereka akan memberhentikan amalan menghiaskan kubur dengan maqam yang membazir. Memberhentikan amalan membakar setanggi dalam majlis tahlil. Yang lebih penting, tidak mengikut secara buta tuli pemimpin yang menyesatkan.


MAKLUMAN

October 21, 2008

Setelah mempertimbangkan beberapa maslahat, artikal berkenaan Murukesu dipendamkan.

Aku seorang wahabi?

October 19, 2008

"Ustaz dikatakan wahabi...", salah seorang pemuda hizib yang datang berziarah ke rumahku dalam kumpulan 5 orang itu memberitahuku.

Agak terkesima aku mendengar maklumat itu. Begitu mudah pelebelan dibuat ke atasku. Padahal aku belum pernah berceramah mendakwa akulah seorang wahabi. Pendokong aliran yang memusuhi wahabi ini hanya bersandarkan beberapa ciri picisan untuk melebelkan seseorang itu wahabi. Umumnya, aliran pondok dan aliran tarikat masing-masing amat bencikan kepada wahabi. Di satu peringkat, kedapatan pendokong aliran ini mengkafirkan wahabi.

"Orang kita memang suka melebelkan orang lain dengan lebel sendiri...", aku melontarkan pandanganku kepada kumpulan pemuda hizib tersebut.

"Melebelkan seseorang sebagai wahabi adalah taktik kotor manusia yang ketandusan hujah dan dalil...", kataku lagi.

Aku tidak mahu tahu siapa orang yang melebelkan aku sebagai wahabi tersebut. Biarkan aku tidak mengenalinya.

Mungkin kerana beberapa point ceramahku yang menyentuh persoalan amal yang dapat membantu si mati di alam kubur, makan aku dicap sebagai wahabi. Atau mungkin aku menyokong pembahagian tauhid kepada 3 bahagian iaitu tauhid uluhiyyah, rububiyyah dan asma' wa sifat, maka aku dicap sebagai wahabi. Mungkin aku sering menyebut imam Ibn Taimiyyah dalam ulasan agama, aku dicap sebagai wahabi. Ulasanku mengenai tahlil juga mungkin buatkan aku dicap sebagai wahabi.

Namun sejauh yang aku amalkan, aku masih mensantuni amalan tahlil masyarakat setempat. Wahabikah aku?Kalau kerana soal-soal sepele itu yang menjadi isu aku dilebel wahabi, amat dangkal pelebelan itu.

Aku bukan wahabi. Aku bukan semua nama-nama yang kalian namakan. Aku cuma bernaung di bawah satu nama yang Allah namakan iaitu muslim. Aku Muslim.Titik.Tiada lagi nama-nama dan puak-puak ciptaan manusia.

Monolog sebuah keakuan

Kalau hidungmu berada di atas bintang...
Maka ketahuilah bahawa bintang itu di bawa tapak kakiku!
Kepadanya aku ungkapkan kata-kata penuh keakuan itu. Aku terpaksa menegakkan keakuan melampau itu demi menundukkannya kepada yang hakikat dirinya...Aku bukan menyombong diri. Penuh sedar, bahawa kesombongan adalah milik sejati Pencipta.