Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Mereka akan ditanya

July 31, 2008


Sekitar dua tahun yang lalu, warga Tanjong Batu berasa gembira kerana sebuah pemancar solar dibangunkan di Tanjong batu bagi membekalkan tenaga untuk menjana kemudahan talian talifon awam. Sesuatu projek yang sampai ke Tanjong Batu amat diraikan oleh warganya kerana sebagai sebuah kawasan yang masih daif dari segi pembangunan, ia amat bererti kepada mereka, miskipun pada zaman di mana kemudahan talian talifon mudah alih lebih menguasai.
Projek kerajaan di kawasan pulau tentunya memakan kos yang lebih tinggi berbanding projek yang sama di kawasan Bandar atau tanah besar. Namun, dalam banyak keadaan, pihak pelaksana tidak melakukan yang terbaik. Projek talifon awam di Tanjong Batu adalah sebagai buktinya. Jarak yang jauh antara pemancar solar dengan pondok telifon hanya disambungkan dengan talian menggunakan dua batang tiang sahaja. Akibatnya, lama-kelamaan talian tersebut menjadi lendut dan buruk mata memandang. Lebih daripada itu, projek yang dilakukan tidak disusuli dengan penyelenggaraan yang baik menyebabkan ia terbengkalai dan akhirnya rosak dan tidak dapat digunakan.
Kemudahan tidak memberi manfaat kepada rakyat. Wang telah dihabiskan beratus-ratus ribu untuk membangunkan projek tersebut.
Ini cumalah satu contoh kecil yang berlaku dalam negara, membanyangkan bahawa di sana terdapat jutaan ringgit lagi wang rakyat dibazirkan.
Pastinya pihak yang bertanggungjawab ini akan dipersoalkan di akhirat kelak sebagaimana firman Allah:
وَقِفُوهُمْ إِنَّهُمْ مَسْئُولُونَ

Dan tahanlah mereka (di tempat perhentian) Karena Sesungguhnya mereka akan ditanya
(Asaffat: 24)
abgkama
Lot 268, Taman Fajar
5.57pm
31 Julai 2008

Oh...hidupku!


Terasa di hati, baru sahaja aku lahir ke dunia tadinya pagi. Kini, menjelang tengahari menginjak petang aku mula terasa diriku kian menua. Usia senja kian menapak mampir. Mega-mega merah senja usiaku kian merona di ufuk barat kehidupan. Saat ceria, suka dan gembira dalam tari gemalai awal pagi telah sirna dan kini berganti dengan resah, bimbang dan takut dalam menempa kekok dan kaku dalam kegelapan malam tamsil saat kematian yang pasti menjelma.
Benarlah firman Allah;


كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا


(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.
(surah An-nazia’at: 46)

Berapa lama pun hidup, ia cuma laksana tempo masa singkat sesingkat dari pagi hingga ke petang. Mungkin lebih singkat dari tempo tersebut iaitu cuma sepagi atau sepetang sahaja. Itulah jangka hayat kita. Aku cukup menginsafi ini. Aku merasakan ini. Aku merasakan betapa pantasnya fasa-fasa hidupku berlalu. Aku masih terasa masa zaman kanak-kanakku yang telah berlalu. Aku masih terimbau zaman remajaku. Kini aku boleh dikatakan dewasa dalam dasawarsa 30-an. Pastinya, kalau ada anugerah umur, aku akan merasa detik-detik usia tua.


Apa yang telah kulakukan dalam hidupku yang singkat ini. Aku cukup hanya sekadar membilang usia yang sesingkat pagi atau petang ini lalu cukuplah dengan bilangan itu. Ada orang merencanakan usianya sehingga tahun-tahun pencennya daripada sebarang pekerjaan atau perkhidmatan. Pada usia 56, aku mengerti bahawa aku telah cukup tua waktu itu. Berada pada usia itu, lalu jika kutoleh ke belakang, tentu aku tak punya banyak masa lagi untuk merebut kembali apa yang telah terlepas. Peluang membangunkan akhirat yang makmur, lebih-lebih lagi meraih dunia yang selesa telah tipis pada usia tersebut andanya pencapaian sebelum usia itu tidak memberangsangkan.


Wahai Tuhan…janganlah hendaknya aku menjadi orang yang mensesali hidupku di dunia sebagaimana telah Kau ingatkan kami dalam firmanMU;


وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ نَصِيرٍ


Dan mereka berteriak di dalam neraka itu : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang Telah kami kerjakan". dan apakah kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.
(Surah Fathiir: Ayat 37)

Oh hidupku…betapapun aku menyayangimu…kau pasti meninggalkan daku. Aku tahu, kau bukanlah teman setia kerana kematianku lebih setia daripadamu.

Abgkama
Lot 268, Taman Fajar, Sdk.
31 July 2008
3:57 PM

Sandakan kaya sumber tangkapan laut

July 30, 2008

Sandakan, sebuah daerah di sebelah pantai timur Sabah terkenal dengan limpahan hasil laut. Hasil tangkapan laut yang diusahakan oleh nelayan pantai sekitar Sandakan mencurah-curah membekalkan sumber makanan laut untuk Sandakan dan daerah-daerah lain seluruh Sabah. Antara hasil tangkapan di Sandakan ada yang diekspot ke ibu negeri, Kota Kinabalu, malahan ada yang dihantar hingga ke Labuan.


Membeli belah sumber laut di Sandakan, anda akan menemui harga yang cukup menarik, namun…apabila sudah dimasak di restaurant , harganya menjadi mahal. Kekadang lebih mahal dari makanan di Kuala Lumpur.


Bagi yang pertama kali tiba di Sandakan, ingin merasakan ikan segar, datanglah ke Pasar Besar Sandakan seawal subuh, dipinggir laut bersebelan pasar ikan-ikan segar dilonggokkan untuk diraih oleh peraih. Selepas ikan dibeli oleh para peraih, anda tidak akan mendapat harga yang istemewa lagi.


Selepas jam 2.00 petang pasar ikan BDC juga menawarkan hasil lauk terbaik dengan harga yang berpatutan. Mungkin anda boleh cuba menjengah ke pasar tamu di Tanah Merah sekitar jam 7.00 pagi setiap hari. Ikan laut yang masih menggelepar di atas meja akan anda saksikan. Barangkali sejauh anda mengembara, belum menemui di mana-mana.


abgkama
30 Jun 2008
5.06pm
Lot 268, Taman fajar.

MAJLIS TAHLIL SELEPAS MAGHRIB


Petang itu, seorang jiran satu lorong taman perumahan di kawasan kejiranan aku menghuni, menjemputku ke majlis tahlil yang akan diadakan di rumahnya. Katanya, majlis tahlil akan diadakan selepas solat maghrib. Aku mengiyakan sebagai tanda komitmen aku untuk hadir ke majlis tahlil tersebut. Namun, dalam hati kecilku, aku telah pun memuktamadkan bahawa aku tidak akan hadir selepas solat magrib, tetapi akan hadir sesudah solat insya.

Inilah dilemma yang sering aku hadapi. Sebahagian besar warga taman perumahan, apabila membuat majlis tahlil, masa yang dipilih adalah selepas solat maghrib. Sungguhpun itu lebih baik berbanding dengan apa yang pernah aku alami di sebuah pulau tempat aku berkhidmat, yang mana mereka mengadakan tahlil pada waktu maghrib,amalan sebegitu masih tidak boleh diterima. Apakah masalahnya jika tahlil dibuat selepas solat insya.

Ironinya, penganjur majlis tahlil selepas solat maghrib ini seringkali pula menjemput ahli masjid dan surau.

Pernah satu masa dahulu, ketika aku mula-mula menggabungkan diri dalam kejiranan yang aku huni sekarang, aku menyertai majlis tahlil yang diadakan selepas solat maghrib. Rupanya, majlis tersebut tidaklah diadakan terus selepas solat maghrib. Apa yang berlaku, jemputan dijemput datang berkumpul selepas maghrib, dihidangkan dengan kuih-kuih tertentu, lalu apabila azan insya di surau dilaungkan atau hampir dilaungkan, barulah majlis dimulakan.

Di kalangan jemaah masjid al-Fajar, sudah difahamkan bahawa sebarang tahlil selepas maghrib tidak akan dilayan. Jika ada yang menyampaikan jemputan kepada ahli jemaah masjid, ia tidak digalakkan hadir sebelum solat insya. Perkara sebegini telah ditanamkan sebelum kehadiranku lagi. Nampaknya, sebilangan orang lama yang istiqamah dengan solat jemaah di masjid al-Fajar berpegang dengan prinsip ini.

Sesungguhnya, majlis tahlil tidak menduduki tangga sunat sekalipun dalam senarai-senarai amalan Islam. Malahan, ia dibid’ahkan oleh sebahagian ulama. Justeru, bagaimana mungkin ia hendak didahulukan atas amalan yang menjadi keutamaan dalam Islam iaitu solat berjemaah. Lebih-lebih lagi, dengan melakukannya terpaksa meninggalkan amalan yang utama dan jelas tuntutannya berdasarkan nas.

Abgkama
30 July 2008
2:07:12 PM
Lot 268, Taman Fajar.