Antara Rom dan Parsi, orang-orang yang beriman dari kalangan sahabat Nabi Muhammad lebih merasa cenderung kepada Rom. Alasannya adalah kerana ada sedikit persamaan dalam iman. Orang Rom masih percaya Allah sebagai Tuhan walaupun mereka mensyirikkanNya. Mereka masih mengaku mengikut Nabi Isa walaupun mereka keliru menganggapnya sebagai anak Allah. Mereka juga percaya bahawa injil adalah wahyu suci dan kalan Alalh SWT Sementara orang Parsi, mereka telah jauh tergelincir. Agama mereka adalah Majusi yang menjadikan api sebagai sembahan. Walaupun mereka masih percaya kepada Tuhan yang agung diberi nama Ahura Mazda, tetapi kessatan mereka telah jauh. Kesyirikan mereka telah larut pekat zulmat.
Allah menyatakan sebagaimana dalam Surah Ar-Rom pperihal orang beriman akan bergembira pada hari di mana Rom memenangi peperangan semula dengan Parsi setelah dikalahkan sebelumnya. Dalam kitab-kitab tafsir dijelaskan bahawa kaum kafir Mekah mendokong kerajaan Parsi dan berdalilkan kemenangan Kerajaan Parsi atas Rom itu sebagai bukti kebenaran agama penyembahan berhala. Parsi dengan mereka berada di atas garis agama yang sama. Sedangkan orang Islam mengharapkan Rom menang dan mereka tidak gembira bila Parsi menang pada kali pertama. Apabila Rom menang kemudiannya, mereka merasa gembira.
Inti dari kisah kegembiraan orang beriman dengan kemenangan Rom atas Parsi ialah sesiapa yang lebih dekat keimanan dengan kamu, kamu patut bergembira dengannya. Iran hari ini diperintah oleh kelompok Syiah yang masih mengakui sebagai muslim. Masih berkiblatkan Kaabah. Mereka mengakui kerasulan Nabi Muhammad. Mereka masih menuturkan dua syahadah walaupun ada tambahan. Mereka menjalankan ibadah teras yang diamalkan oleh ummat Islam secara umum seperti solat, puasa, zakat dan haji. Mereka juga beriman dengan hari akhirat dan mereka juga mengambil Al-Quran sebagai kitab suci walaupun ada dakwaan ada Quran lain yang mereka sedang tunggu kemunculannya.
Persamaan antara Syiah dengan kaum Muslimin Ahlu Sunnah banyak sekali. Perbezaan pun ada dan tidak dinafikan. Memang diakui ada perbezaan dalam beberapa persoalan akidah.
Kekafiran syiah jadi perdebatan kalangan sarjana Islam. Ada beberapa sebab yang samar bagi sesetengah pihak untuk dihukumkan kekafiran mereka.
Namun, kekafiran Yahudi Zionis dan Amarika Syarikat itu jelas sebegaimana jelasnya matahari di siang hari. Siapa yang tidak kafirkan Yahudi dan Amerika, maka boleh dikatakan dia turut kafir sebagaimana mafhum hadis yang menyebutkan bahawa Sesiapa yang tidak mengkafirkan orang kafir, maka dia kafir.
Namun, siapa yang tidak kafirkan Syiah, belum boleh dihukumkan keengganan itu sebagai kekafiran! Ini kerana sebab kekafiran syiah itu adalah bersifat ghumudh.Sementelahan asal kelompok syiah adalah Islam. Kemudian masuk akidah dan pegangan yang bercampur aduk menimbulkan kebid'ahan dalam aliran mereka. Pengkafiran Sytiah tidak boleh dijatuhkan secara pukal. Ia boleh jika hendak dibuat secara ta'yin atau khusus berdasarkan individu.
Memahami situasi ini penting untuk kita letakkan diri kita di mana dalam kondisi perang antara dua rival utama di Timur Tengah masa ini. Amerika Syarikat dan Israil dengan Iran. Kita hendak sokong yang mana? Kalau pun dua-dua kita tidak mahu sokong, kita rasa gembira yang mana satu kalau mendapat musibah. Apakah kita patut mengucapkan syukur apabila Iran dibom dan pemimpinnya mati? Apakah kita merasa tidak wajar Iran meluncurkan rudal-rudalnya ke Pangkalan Tentera Amerika yang berserakan di negara teluk seperti Arab Saudi, Qotar dan Bahrin?
Sikap sesetengah orang yang mengangkat isu Syiah dan Ahli Sunnah pada saat perang Iran melawan Amerika dan Israil menimbulkan tandatanya. Ada banyak masa lain untuk debatkan isu itu, kenapa saat darah sedang bertumpahan di Iran, isu itu pula diangkat?
Mari kita renungkan cerita yang disebutkan oleh Al-Imam Ibn Kathir dalam Al-Bidayah Wan Nihayah, telah datang seorang lelaki dari Kufah kepada Ibn Umar bertanyakan tentang darah nyamuk yang kena pakaiannya kerana dibunuhnya pada masa Ihram. apakah perlu bayar dam atau tidak? Ibn Umar berkata dengan menempelak:
انظروا إلى أهل العراق يسألون عن دم البعوض ، وقد قتلوا ابن بنت رسول الله صلى الله عليه وسلم
" Lihatlah perangan orang Irak ini, mereka bertanya tentang darah nyamuk, sedangkan meeka telah membunuh cucu Rasulullah SAW!"
Masalahnya bukan tidak ada jawapan tentang kes darah nyamuk itu. Tetapi ketika tumpuan fikir umat sedang terarah kepada isu pembunuhan kejam terhadap Hussain bin Ali, ada orang dari rantau yang terlibat bertanyakan soalan yang picisan. Masa tidak sesuai! Seolah-olah jangan buang masa perdebatkan isu yang tidak penting pada masa yang menuntut tumpuan diberikan kepada isu yang lebih penting.
Begitulah isu Syiah VS Ahli Sunnah dalam situasi perang melawan hagemoni US dan Israil di Timur Tengah. Jadilah ummat Muhammad SAW yang bijak memilih masa. Tindakan dipandu akal dan strategi , bukan emosi dan dendam. Pragmatik bila perlu dan jangan statik pada isu yang menerima angkubah!












