Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Cerita Salasilah

August 27, 2024

 Orang-orang di sekitar kampungku ramai yang masuk dalam kumpulan yang dinamakan keturunan Wan Mustapha. Menurut Cerita, Wan Mustapha itu bersambung leluhurnya hingga ke Raja Visnu.Aku tidak tahu riwayat Raja Visnu itu dan raja negeri mana dia.Diceritakan juga, Wan Mustapha itu menikah ramai dan anak-anaknya pun ramai. Dia asal patani dan berpetualang sampai ke Kedah. Sekali berhimpun kelarga Wan Mustapha, bercampur aduklah antara ornag Malaysia dan dengan Selatan Thailand.

Aku tidak menganbil bahagian. Aku juga tidak tergerak untuk menghubungkan salasilahku dengan Wan Mustapha itu. Bagiku, hal itu tidak jelas. Apa yang jelas, aku adalah salah satu 8 orang anak Wahab dan Saudah. Adik beradik-beradiku seibu sebapa semua dan mereka bernama Zainun, Dahari, Kamariah, Aku, Noraini, Nurulhuda, Mohd Syahril dan Norkamila.

Bapaku adalah anak Che' Mat yang bernikah dengan Zainab. Hasil pernikahan itu lahir bapaku selaku anak sulung. Anak kedua adalah Jusuh. Anak ketiga adalah Abd Rahman. Anak ke-4 adalah dipanggil makteh Mek, isteri paktih Mad. Anak ke-5 makcik Timah. Dia ada masalah mental dan kena makan ubat. Semua anak-anak Che' Mat dengan Zainab sudah meninggal. Terakhir Mneinggal adalah Pak Lang Man (Abdurrahman) yang wafat tahun 2022. 

Ceh Mat tokwanku itu menikah dua. Bini keduanya bernama Ramlah. Aku panggil Tok Melah. Dia orang Asal Guar Payang. Dengannya, dapat anak-anak lagi. Ahmad, Rohani, Bunyamin, Zulkifli dan Arif. Anak-anak Tok Wan Mat dengan Tokj Melah itu masih hidup semuanya. Mereka adalah Bapa saudara tirikuTok Wan Mat itu , Ayahnya bernama Tok tayib dan emaknya bernama Tok Sara. Tok Sara itu juga ada anak lain . Aku tak ingat namanya. Dia adalah emak kepada Paktih Akob pedu. paktih Akob pun sudah meninggal tahun lepas.

Zainab itu bin tok wanku Che Mat. Mak kepada bapaku. Dia mungkin asal Kubang Benban. Di Kubang Benban, ada orang nama Cikgu Mail. Dia masih hidup dan dulu dia baik dengan bapaku. Hubungan mereka adalah sepupu. Cikgu Mail itu aa beberapa beradik. Antaranya arwah imam Taib yang pernah jadi imam Tandob Besar.

Sebelah ibuku.

Ibuku saodah, satu-satunya anak perempuan Ismail. Ismail itu Tok Wan aku.

Haji Saleh  itu dapat 4 anak. 2 lelai dan dua perempuan. Sulung namanya Tok Piah. Kedua Ismail Tok Wan aku, ketiga namanya Ali dan ke-4 namanya Fatimah. 

Ismail dapat 3 anak: Saodah, Mansur dan Mat Zain.

Tok Piah , anak-anaknyaialah: maklong Don, Pakgah Musa, Maklang Munah, Mak Ndak (Selangor), Pakcik Man Tolak, Paktam Ismail ( duduk kg masjid -ayah kepada ??-kawan sekelas aku dulu)

Anak-anak Tokwan Ali ialah: Pakcik Ghani, Idris dan Rokiah. Tok 'Ah bini Takwan Li masih hidup masa ini.

Anak-anak Tok Timah pula ialah: Mahmud, Yaakob, Halim, Rosdi.


KEMBAR TASYRIF ADALAH TAKLIF

June 4, 2024

 Tasyrif adalah kemuliaan, keutamaan dan kehormatan. Orang mahu dirinya dihormati dan penghormatan itu dicapai dengan pelbagai jalan. Ada yang mendapatnya dengan jalan ilmu. Dia belajar sehingga jadi alim ulama. Maka dia dimuliakan kerana ilmunya. Lihatlah,,,berapa ramai ulama yang disanjung dan dimuliakan.

Ada juga yang dimuliakan keturunannya. Keturunan paling mulia tentunya keturunan nabi Muhammad SAW. Ramai orang menjadi keturunan Nabi SAW dan itu tidak dimungkiri. Namun, ramai pula yang menisbahkan dirinya secara dusta sebagai keturunan Nabi SAW. Allah yang maha mengetahui. Orang yang dilihat keturunan Nabi SAW dimuliakan oleh kaum muslimin. Kemuliaan itu kerana besarnya kasih dan cinta mereka kepada Nabi SAW.

Ada orang dimuliakan kerana harta, pangkat, rupa paras, kegagahan dan sebagainya.

Semua itu di bawah makna tasyrif. Sesiapa yang mengejar tasyrif atau tidak dikejarnya tetapi tasyrif datang kepadanya melalui jalan-jalannya, maka hendaklah dia tahu bahawa tasyrif tidak datang sendirian. TASYRIF datang bersama TAKLIF!

Taklif erti bebanan yang lebih. Berbanding orang lain dia menanggung beban-beban tertentu yang orang lain tidak tanggung. Beban itu menjadi tanggungjawab dan kewajipan buatnya. Jika dia mengabaikan beban dan tanggungjawab itu, dia menanggung akibatnya. Dia berdosa, mendapat balasan di akhirat atau dicabut tasyrifnya dan digantikan dengan ihanah.

Ambil contoh orang yang dimuliakan kerana ilmunya. Satu perbuatan maksiat yang dibuat oleh orang yang ada ilmu tidak sama dengan maksiat yang sama dibuat oleh orang yang jahil. Orang berilmu ada taklif dan beban tambahan. Untuk mudah faham, jika seorang berilmu hisap rokok dosanya lebih besar daripada orang jahil hisap rokok. Orang berilmu tidak solat, taklifnya membawa dosanya lebih besar berbanding orang jahil yang buat dosa.

Hal yang sama bagi orang yang ditasyrifkan sebab perkaitannya dengan Nabi melalui kekeluargaan. Allah menegaskan dalam Quran untuk isteri-isteri nabi SAW:


يَٰنِسَآءَ ٱلنَّبِىِّ مَن يَأْتِ مِنكُنَّ بِفَٰحِشَةٍۢ مُّبَيِّنَةٍۢ يُضَٰعَفْ لَهَا ٱلْعَذَابُ ضِعْفَيْنِ ۚ وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ 
يَسِيرًا
Hai isteri-isteri Nabi, siapa-siapa di antaramu yang mengerjakan perbuatan keji yang nyata, niscaya akan di lipat gandakan siksaan kepada mereka dua kali lipat. Dan adalah yang demikian itu mudah bagi Allah.

Surah Al-Ahzab:30


Maka, satu dosa yang dilakukan oleh mereka yang bergelar Ummahatul Mukminin tak sama dengan dosa yang sama dilakukan oleh wanita-wanita yang lain.
Sebagaimana dosa digandakan, maka ganjaran juga digandakan. Orang mulia dan terhormat, buat maksiat, dosanya digandakan. Demikian sebaaliknya buat amal soleh, ganjarannya digandakan.

Dalam ayat seterusnya mengenai isteri-isteri Nabi SAW ditegaskan :

 وَمَن يَقْنُتْ مِنكُنَّ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ وَتَعْمَلْ صَالِحًا نُّؤْتِهَا أَجْرَهَا مَرَّتَيْنِ وَأَعْتَدْنَا لَهَا رِزْقًا كَرِيمًا

 Dan barang siapa diantara kamu sekalian (isteri-isteri nabi) tetap taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan mengerjakan amal yang saleh, niscata Kami memberikan kepadanya pahala dua kali lipat dan Kami sediakan baginya rezeki yang mulia.

Surah Al-Ahzab:31

Bagi Ahlul Bait iaitu mereka yang berada dalam lingkungan nasab keturunan daripada Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, mereka mendapat tasyrif  disebabkan nasab mulia itu. Namun, ia tidak datang kosong. Ada taklif yang datang bersama. Taklif itu dijelmakan dalam bentuk larangan atas mereka daripada makan harta zakat. Sabda Nabi SAW kepada Hsan dan Husain:

إنها لا تنبغي لآل محمد، إنما هي أوساخ الناس
"Seseunggunya ia tidak harus buat keluarga Muhammad SAW. Ia adalahd dari kekotoran harta orang ramai"

Mereka juga berdepan dengan gandaan dosa jika berbuat maksiat. Tentu amal taat digandakan juga. Dalam perbincangan fekah, hanya harta zakat sahaja yang Ahli Bait tidak boleh makan sedangkan  harta sedekah boleh dimakan oleh mereka (menurut pandangan Jumhur)

Ini merupakan tasyrif yang datang berkembar dengan taklif

Maka perhatikanlah wahai smua orang yang memburu kemuliaan.

Anda para pemimpin, ADUN maupun MP, bahkan pemimpin-pemimpin lain di semua peringkat, bersama tasyrif yang kalian gapai, ada taklif di pundak kalian. Jangan cuma seronok dapat elaun besar, kereta dengan minyak percma, pelbagai kelebihan duniawi lain. Ada taklif menanti. Gagal laksana taklif beban dosa menanti. Di akhirat, hitungan kalian tidak sama dengan hitungan tukang kasut di kaki lima. Atau dengan hitungan petani dan nelayan yang berkeringat mencari razeki!