Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Hibbatullah As-Syirazi

October 13, 2023

Siapakah orang ini? Inilah seorang pendakyah. Dikatakan dia seorang pendakyah kerana dia tidak layak disebut pendakwah. Dakwah itu kata mulia untuk ajakan ke arah kebaikan. Tetapi, nama orang ini direkodkan dalam sejarah sebagai penyeru ke jalan-jalan kesesatan. Dia mendakyah orang agar menganut fahaman sesatnya iaitu Syiah Ismailiyyah, satu aliran Batiniyyah yang amat merbahaya. Bahayanya lebih daripada bahaya Yahudi dan Nasrani.


Orang ini dengan tindakan beraninya masuk ke jantung ibu kota Sunni iaitu Baghdad dan mengajak orang ramai agar memberikan wala' kepada khalifah Fatimiyyah yang ada di Mesir. Khalifah Fatimiyyah itu adalah musuh dan pesaing kepada Khalifah Abbasiyyah.


Hibbatullah bin Musa bin Daud As-Syirazi, nama penuhnya lahir dalam keluarga yang kuat berpegang dengan Syiah Ismailiyyah. Ayahnya tokoh dalam mazhab Syiah Ismailiyah. Beliau lahir tahun 390H. Dikatakan juga tahun 400 H. lahir di bandar dalam wilayah Parsi iaitu Syiraz.


Ketika beliau bergiat dalam menyebarkan dakyahnya, kerajaan Abbasiyyah berada dalam kondisi lemah. Mulai tahun 334H, Kerajaan Khalifah Abbasiyyah dikuasai oleh Kesultanan Buwaihiyyah yang bermazhab Syiah. maka Hibbatullah As-Syirazi menjadi antek-antek Kerajaan Fatimiyyah yang cuba untuk menukarkan rantau Sunnah itu menjadi wilayah yang bermazhabkan Syiah Ismailiyyah.


Namun. Allah mentakdirkan keselamatan buat bumi Sunni itu daripada dikuasai Syiah Ismailiyyah. Usaha dan penat lelah Hibbatullah menanam benih lalang hitamnya yang beracun tidak berjaya apabila pada tahun 447H, kerajaan Saljuq yang bermazhab Ahli Sunnah mengambil alih kekuasaan Buwaihiyyah dan menjadi Sultan pelindung Khalifah Abbasiyyah.


Dari tahun 334H hingga tahun 447H para penguasa Buwaihiyyah mengendalikan kerajaan Abbasiyyah. Itulah masa yang sangat getir untuk Mazhab Sunni.


Selama 113 tahun Buwaihiyyah berkuasa ke atas daulah Khilafah Bani Abbas!.


Hendak dijadikan cerita, pada tahun 429H, Hari Raya Aidil Fitri tahun itu memperlihatkan penyimpangan Hibbatullah As-Syirazi. Penduduk Syiraz kala itu majoritinya adalah bermazhab Sunni. Syiah Ismailiyyah adalah mazhab yang bergerak secara sir dan sedikit pengikutnya. Situasi itu bukan sahaja di Syiraz, bahkan di mana-mana kota dalam wilayah Parsi. Beliau bersama pengikutnya telah solat Aidil Fitri sehari sebelum masyarakat Sunni. Ini menimbulkan geger dalam masyarakat yang membawa kepada tuntutan masyarakat kepada Sultan Abu Kalijar (anaknya Abu Naser Khasru Fairuz yang digelar Al-Malikurrahim merupakan Sultan Bani Buwaih terakhir) untuk menghalau keluar Hibbatullah As-Syirazi dari Syiraz. Sementelahan, Khalifah Al-Qaim billah sendiri juga mahu Hibbatullah As-Syirazi itu ditangkap dan diserahkan kepadanya.


Dalam keadaan penolakan masyarakat Syiraz itu, beliau lari ke bandar lain dalam wilayah Parsi juga yang dinamakan Basa dan seterusnya pergi ke Ahwaz. Di situ pun dia dikejar dan dihalau. Maka dia melarikan diri hingga ke Mesir dan bergabung dengan induknya dan pelindungnya di sana iatu Khalifah Fatimiyyah iaitu Al-Mustansir. Namun, selama dia di Mesir (Antara tahun 430 hingga 439), dia tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Imam Syiah Ismailiyyah di sana (Khalifah Al-Mustansir). Orang yang berkuasa di sana ketika itu namanya Abu Sa'id Al-Tustari (wazir al-Mustansir). Ketua pendakyah (da'i ad-du'at) dijawat oleh Abdul Aziz bin Muhammad bin An-Nu'man Al-Qadhi.


Di Mesir dia diberikan beberapa jawatan seperti Ketua Jabatan Insya'. Namun, apa yang dia mahu adalah jawatan sebagai Ketua Pendakyah. Maka dia dihantar ke Iraq sebagai Pendakyah dengan sokongan dana yang besar dari Khalifah Fatimiyyah Mesir.. Dia dimanahkan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ismailiyyah dan menjad agen kerajaan Fatimiyyah yang ada laporan langsung kepada khalifahnya. Dalam misi inilah dia berjaya menelurkan pemikiran anti khalifah Abbasiyyah dalam otak seorang pemimpin tentera Abbasiyyah yang dikenali sebagai Al-Basasiri. Ketika itu Al-Basasiri berkonflik dengan khalifah dan dia sangat memerlukan dahan besar buat berpaut.


Al-Basasiri kemudiannya menjadi walaun kepada khalifah Fatimiyyah. Dia berutus surat dengan Khalifah Fatimiyyah dan menyatakan taat kepadanya serta menjalankan arahan dan siasat mereka.

Apabila Tughrul Bek dari Kerajaan Saljuq memasuki Baghdad, kerja-kerja jahat lagi khianat Al-Basasiri dan Hibbatullah As-Syirazi pun terbantut. Hibbatullah As-Syirazi lari ke Ar-Rahbah. Dari sana dia mengatur siasat jahatnya dengan bantuan daripada Khalifah Fatimiyyah di Mesir yang bernama Al-Mustansir Billah. Kerjasama dengan Al-Basasiri diteruskan dan dalam satu episod Al-Basasiri berjaya menghasut adik kepada Tughrul Bek agar berkhianat kepada abangnya. Ini menyebabkan Tughrul Bek terpaksa meninggalkan Baghdad untuk menumpaskan adik itu. Kesempatan itu digunakan oleh Al-Basasiri dan pasukannya yang terdiri daripada sekutunya serta Hibbatullah As-Syrazi untuk menyerang Baghdad dan mengambil alih kekuasaan atasnya


Kejadian itu berlaku pada Zulkaedah tahun 459H. Kota Baghdad dimasuki oleh Al-Basasiri dan Hibbatullah As-Syirazi dengan membawa panji yang tertulis nama Khalifah Al-Mustansir Billah dari Kerajaan Fatimiyyah. Banyak fasad yang terjadi dan ramai ahli sunnah yang dibunuh. Turut dibunuh adalah wazir Ibn Maslamah.


Khutbah Jumaat pun disebutkan doa untuk Al-Mustansir Billah Al-Fatimi. Khalifah Abbasiyyah Al-Qaim dibuang negeri ke Al-Anbar. Matawang dicetak daln diletakkan nama Khalifah Fatimiyyah.


Namun tak lama mereka berseronak dengn pencapaian sementara itu. Setelah Tughrul Bek berjaya memadamkan pemberontakan adiknya (Ibrahim Yanal) dan dihukum bunuh atas pengkhianatannya, maka Tughrul Bek balik ke Baghdad dan menumpaskan Al-Basasiri. Al-Basasiri terbunuh dan Khalifah Al-Qaim dikembalikan kepada posisinya.


Manakala Hibbatullah As-Syirazi lari balik ke Mesir mengheret ekor kehinaannya. Di sana dia dituduh dengan tuduhan penggubahan wang haram (pecah amanah dana para pendakyah di Irak) . Namun, akhirnya dia diberikan jawatan sebagai Ketua Pendakyah yang jadi impiannya itu dan duduklah dia sampai mati di Mesir.

Beliau meninggal pada tahun 470H menurut catatan Ivanow dalam bukunya Guide to Ismaili Literature ms 73. Namun, menurut apa yang dicatatkan oleh Al-Hasan bin Nuh Al-Hindi dalam bukunya Kitab Al-Azhar, As-Syirazi meninggal tahun 490H. Dr Kamil Husain menyatakan bahawa As-Syirazi seharusnya mati lebih awal daripada 490H kerana catatan mengatakan Khalifah Al-Mustansir solatkan jenazahnya dan Al-Mustansir pula meninggal pada tahun 489H.


Beliau meninggalkan beberapa kitab, antaranya:

  1. Al-Majalis Al-Muayyidiyyah
  2. Diwan Al-Muayyid
  3. Sirah Al-Muayyid Fiddin

Ironinya, siapa yang membaca kitab Sirah Al-Muayyid karyanya, akan ditemui kritikan kerasnya hingga ke peringkat mempersendakan terhadap Imam Syiah Ismailiyyah, Al-Mustansir dan ini menyalahi pengajaranya dan dakyahnya yang mengatakan para imam Syiah Ismailiyyah adalah mereka yang maksum dan tidak melakukan dosa sama sekali.


Baca: Alrased


Rujukan Kitab: Ehsan Ilahi Zahir, Al-Isma'iliyyah-Tarikhun Wal Aqaid (Ms 714-718)