Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

PANTUN MAULIDUR RASUL

October 26, 2021

Menahan lukah menangkap ikan

Ikan anugerah daripada Allah

Di Kota Makkah Nabi dilahirkan

Ayahnya Abdullah, ibunya Aminah.


Tanam ubi di kampung Sedim

Untuk dijual di kampung Lindungan

Lahirnya Nabi sebagai yatim

Ayahnya meninggal sewaktu dalam kandungan.


Tanam sambil mengail ikan

Sanggup lelah demi pertiwi

Waktu kecil baginda disusukan

oleh Halimatun Sa'diah di kampung Badwi


Pohon rimbun tinggi menjulang

Sudah tentu daunnya beribu

Enam tahun umur menjelang

Baginda  piatu   kematian ibu.

BILA KELDAI MEMAKAI PELANA

October 2, 2021

 


Kerana kuda telah menjadi sedikit maka keldai belaan pun memakai pelana berhias.
Apabila keldai tampil dengan seragam kuda, hanya rengkikannya sahaja yang akan mendedahkan siapa dirinya.

Demikianlah, penampilan luar seseorang akan mempesonakan khalayak. Seorang yang menampakkan dirinya sebagai seorang yang terhormat, bangsawan, cendikiawan, budiman mungkin sahaja hanya sebuah penipuan. Hakikatnya, dia tidak lebih daripada sang bangsat yang durjana.

Betapa banyak hal-hal sedemikain terjadi dalam kehidupan ini. Jangan terpedaya dengan tampilan luar seseorang. Kenali hakikat dirinya. Katanya yang muluk belum tentu menunjukkan suluknya. Wajahya yang rupawan jangan dianggap secocok dengan wataknya yang budiman.

Bagaikan keldai yang cuba menempilkan dirinya sebagai kuda. Kerana kuda tak banyak, keldai pun ambil kesempatan. Bila orang-orang hebat sudah berkurang, maka para Ruwaibidhah pun mencuba peluang. Mereka pun mengambil posisi untuk berada pada pentas orang hebat yang mulai kosong!



Ismi ana- Kamaruddin

September 4, 2021


Bapaku namakan aku Kamaruddin. Tak tahulah apa yang dia tahu tentang Kamaruddin. Mungkin dia ada jumpa sesiapa yang namanya Kamaruddin. Lalu dia dapat ilham berikan nama itu kepada anaknya. Masa itu tahun 1973. Di kampung Datuk yang terpencil dari dunia luar, waktu itu mana ada TV. Jalan raya pun tak ada. Mana bapaku dapat sumber berikan namaku Kamaruddin? 

Aku beritahu orang makna namaku Bulan Agama. Aku bangga dengan makna namaku itu. Masa aku masuk Akedemi Islam U Malaya, seorang pensyarahku, ustazku kata namaku adalah nama sejenis kuih yang terkenal di Mesir. Masa ustaz itu beritahu maksud namaku itu ada kawan-kawan ketawa mengejek. Nama kuih rupanya, kata mereka. 

Aju tak peduli. Orang kat Malaysia ni, rata-rata bukan tahu pun ada kuih namanya Kamaruddin. Apa lagi untuk mencicipinya. Kuih itu ada di Arab sahaja. Itu pun khabarnya dibuat menjelang bulan ramadhan sahaja. Macam kita di Malaysia, kuih buah Melaka. Muncul musim ramadhan sahaja. jarang ornag buat kalau bukan bulan Ramadhan..

Kuih Kamaruddin ini ada dibanyak negeri Arab. Di Syria kuih ini terkenal dengan kandungan aprikot yang banyak kerana di Syria pokok aprikot hidup subur. Sumber-sumber mengatakan bahawa nama Kamaruddin ini asal muasalnya adalah nama pembuat kuih itu. Dikatakan juga ia berasal daripada nama Amruddin sebuah kota di tanah Syam. Lalu nama kuih itu dinamakan Kamaruddin. Ada juga mensebabkan nama itu kerana kuih ini dijual di pasar-pasar Syam sehari sebelum Ramadhan. Sebelum hari tengok anak bulan Ramadhan. Kerana itu kuih dikaitkan dengan bulan yang mulia maka dinamakan Kamaruddin.

Nama kuih Kamaruddin ini telah digunakan sejak zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan, iaitu seorang khalifah Bani Umayyah. Cukup lama kuih ada dalam pembuatan makanan.

Aku tak kisahlah kalau namaku nama kuih sekalipun. Tapi, kalau orang tanya apa maknanya, aku jawab sahaja Bulan Agama. Mudah orang kita faham.

KHURASAN

August 31, 2021

Dalam  dalam sebuah hadis Saheh yang terdapat dalam Sunan Ibn Majah:

عن ثوبان قال
يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة ثم لا يصير إلى واحد منهم، ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم ، ثم ذكر شيئا لا أحفظه، فقال: فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج، فإنه خليفة الله المهدي

Sahabat nabi Tsauban berkata: Akan berlaku pergaduhan merebut kuasa di Kota Mekah melibatkan 3 putera Khalifah. Namun, seorang pun dari kalangan mereka tidak berhasil mendapatkan kuasa itu. Lalu muncullah panji hitam dari sebelah Timur, mereka akan memerangi kamu dengan perang yang tidak pernah kamu saksikan sebelumnya. Kemudian nabi sebut sesuatu yang aku tidak ingat. Seterusnya nabi berkata lagi: Apabila kamu melihatnya, maka datangilah dia walau merangkak atas salji. Kerana itulah benar-benar Imam Mahdi.


Panji hitam yang disebutkan itu akan muncul di walayah yang dulu pernah dinamakan Khurasan.


Di manakah Khurasan itu?



Kini, dalam kegawatan yang berlaku di Afghanistan dengan kebangkitan semula Toliban menerajui kuasa di sana, muncul pula kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai ISIS-Khurasan. Mereka mahu membentuk negara Khalifah yang menarik wilayah Khurasan sebagai bagian daripadanya.










Khalifah terakhir Kerajaan Fatimiyyah

August 17, 2021

Kerajaan Fatimiyyah tegak berdiri di Negeri Mesir. Ia adalah sebuah kerajaan yang berteraskan aliran Syiah Isma'iliyyah, iaitu satu pecahan utama aliran Syiah. Selepas kematian Jaafar Sadiq, pengikut Syiah berpecah berdasarkan panutan masing-masing. Mereka yang memanut Musa Al-Kazim sebagai imam ikutan, dinamakan Imamiyyah. Namun, yang memanut Ismail salah seorang anak Jaafar Sadiq juga dinamakan Isma'iliyyah. Kononnya, dari keturunannyalah munculnya seornag yang bernama Ubaidillah Al-Mahdi yang menjadi Khalifah pertama kerajaan Ubadiyyah di Maghribi. Berdirinya kerajaan Ubaidiyyah ini adalah awal kepada munculnya kerajaan Fatimiyyah. 

Sehingga Khalifah ketiga kerajaan Ubaidiyyah ini, medan kekuasaan mereka adalah negeri-negeri di Utara Afrika. Apabila kekuasaan dipegang oleh khalifah ke-4 yang bernama Al-Muiz Lidinillah (953-975M), Mesir dapat dikuasai dan dengan itu pusat kekuasaan berpindah ke Mesir. Sebuah bandar baru bernama Kaherah telah dibina sebagai pusat kekuasaan mereka. Sejak itu, para khalifah kerajaan ini pun berada di Mesir dan kerajaan ini dinamakan Daulah Fatimiyyah.

Silih berganti khalifahnya sehinggalah sampai kepada khalifah yang ke-14 dengan gelaran Khalifah Al-'Adidh Lidinillah. Beliau memerintah antara tahun 1160 sehingga 1171M. Beliau merupakan khalifah yang terakhir dalam senarai pemerintahan khalifah kerajaan Fatimiyyah di Mesir. Dengan kata lain, ia adalah akhir kepada kekuasaan kerajaan Syiah Isma'iliyyah di Mesir.

Nama sebenar Al-'Adidh lidinillah ialah Abu Muhammad Abdullah bin Yusuf bin Al-Hafiz lidinnah. Menurut Al-Maqrizi, beliau dilahirkan pada hari Selasa, tanggal 10 Muharam tahun 546H danm diangkat menjadi khalifah pada 13 Rejab tahun 555H. Umurnya sewaktu menjadi khalifah adalah 9 tahun.

Al-Muqrizi menceritakan dalam kitabnya 'Itti'azul hunafa' mengenai peristiwa yang berlaku tahun 555H bagaimana naiknya Al-'Adidh ke jawatan khalifah. Katanya, selepas matinya Khalifah ke-13 iaitu Al-Faiz bidinillah, wazir kerajaan fatimiyyah ketika yang bernama Tala'i ibn Ruzzik dengan upayanya telah mengangkat Abdullah bin Yusuf bin Al-Hafiz lidinillah menduduki tahta dan diberi gelaran Al-'Adidh lidinillah.

Kerana usianya yang masih kecil, urusan pemerintahan dikendalikan oleh para wazir. Pada akhir pemerintahannya, saat kerajaan Fatimiyyah akan tumbang, jawatan wazir kerajaan direbuti antara dua orang iaitu Syawir dan Dhir Gham. Masing cari sokongan daripada kuasa luar. Syawir minta tolong daripada Sara Syam, Nuruddin Mahmud, manakala Dhir Gham minta tolong kepada raja Baitul Maqdis yang ketika itu dalam kekuasaan Salibi.

Nuruddin Mahmud menyambut permintaan Syawir itu dan mengirimkan pasukan tentera yang dipimpin oleh Asaduddin Syirkuh dan anak saudara Salehuddin Al-Ayubi. Setelah berjaya menyelesaikan konflik itu, Asaduddin mula berfikir alangkah baiknya kalau Mesir dsatukan dengan Syam dan Halab untuk berdepan dengan tentera Salin di Baitil Maqdis. Ketika itu, tentera Salib juga bercadang untuk menguasai Mesir. Al-'adidh lidinillah minta bantuan kepada Asaduddin Syirkuh untuk berhedapan dengan ancaman Salibi itu. Ini membawa kepada Asadudin menguasai jawatan sebagai wazir kerajaan. Ini adalah hamparan buat Salehuddin Al-Ayubi untuk menguasai Mesir kemudiannya.

KISAH MENGENAI KESUDAHAN KERAJAAN FATIMIYYAH

Ibn Khalikan menceritakan bahawa bahawa orang-orang Mesir menyebutkan bahawa pada masa awal berdirinya kerajaan Fatimiyyah, mereka  minta cadangan daripada tokoh ulama mereka untuk menyenaraikan gelaran-gelaran yang bakal diberikan kepada khalifah-khalifah yang dilantik, Maka disenaraikan beberapa gelaran dan mereka sepakat bahawa gelaran terakhir sekali adalah Al-'Adidh lidinillah. Kesepakatan ini mengherankan kerana ia berbetulan dengan peristiwa yang terjadi kemduiannya.

Ibn Khalikan juga menceritakan bahawa dia dengar ulama Mesir menceritakan mengenai mimpi Al-'Adidh. Dia melihat dalam mimpinya keluar seekor kala dari sebuah masjid yang dia kenal lalu kala itu menggigitnya. Lalu dia minta orang menta'bir mimpinya itu. Ahli ta'bir mimpi mengatakan daripada masjid itu akan keluar seseorang yang akan menyakitinya. Lalu, diperintahkan cari siapa orang yang ada dalam masjid itu. Petugas pun menemukan seornag lelaki Sufi yang tinggal di dalamnya. Dia dibawa kepada Al-'Adidh dan disoal beberapa soalan. Tentang dari mana, bila dan untuk apa dia datang. Soalan-soalan itu dijawab dengan baik. Bila Al-Adidh melihat bahawa tiada bahaya apapun pada lelaki itu, dia pun dilepaskan sembari berkata: Ya Syeikh, doakan untuk saya! Lelaki itu pun kembalilah ke masjid.

Apabila Salehuddin Al-Ayubi berjaya mengusai Mesir dan ingin menangkap Al-Adidh, beliau minta pandangan para ulama. Lalu, lelaki Sufi yang tinggal dalam masjid itu memberi fatwa keharusannya dan banyaklah serangannya ke atas Al-Adidh lidinillah. Kelihatan mimpi Al-Adidh itu benar.

Lelaki Sufi tang dimaksudkan itu ialah Najmuddin Al-Khabusyani. Kata Imam Az-Zahabi dalam Siyar A'lam An-Nubala mengenainya: Dia adalah seorang ulama besar yang zuhud.Kata As- Sakhawi: Beliau adalah ulama yang banyak menjawab para ahli bid'ah dan pejuang kuat akidah Asyariyyah di negeri Mesir".

Sehinggakan dia pernah mengarahkan agar seorang yang bernama Ibn Al-Kizani yang dikebumikan bersebelahan kubur Imam Syafie digali mayatnya dipindahkan ke tempat lain. Ini kerana menurutnya ornag itu adalah seorang musyabbihah dan tidak layak dikuburkan bersama Imam Syafie rahimahullah.

Siapakah Ibn Al-Kizani?

Baca...


Korban Covid19 satu renungan

August 1, 2021

 Kematian kerana Covid19 berjatuhan bagaikan bunga sakura. Kalau dulu saya dengar dari kejauhan. Kini berita kematian itu sudah berlegar disekeliling. Kalau dulu sebelum dikhabarkan siapa yang meninggal, sudah dapat ditelah umurnya. Tentunya orang tua atau yang berpenyakit kronik. Namun kini, keadaan sudah berubah. Kekadang yang diberitakan meninggal kerana Covid19 itu orang yang masih muda dan sihat wal afiat sebelumnya. Masya Allah. Dunia benar-benar diselubungi bau kemiyan!

Jumlah kematian kerana Covid19 dalam negara tercinta ini sudah melewati 9 ribu orang. Angka kes harian sudah tidak lagi berlegar pada puluhan atau ratusan orang. Ia juga bukan lagi dalam lingkaran ribuan. Ia sedah menapak ke belasan ribu. Kemungkinan yang menakutkan, ia mungkin akan melonjak ke angka puluhan ribu kes setiap hari.

Situasi Covid19 ini benar-benar sebuah bencana yang membingungkan. Jika mahu dinilai, bencana alam yang berlaku pun tidak memakan korban sebegini dahsyat. Tanah runtuh, Tsunami, banjir dan kemalangan jalanraya, angka korban masih lagi dalam hitungan yang terkawal. Kematian kerana Covid 19 ini sudah di luar kawalan.

Allah sedang menghukum kita, bukan sekadar menguji. Kerana kebobrokan yang dilakukan sebahagian daripada kita megundang murka Allah. Tepuk dada tanya hati. Apa yang telah kulakukan atau masyarakatku lakukan. Banyak pihak boleh dituding jari. Dari elit atas hingga rakyat terbanyak. Namun, menuding jari kepada diri sendiri lebih akmal. Lebih aslam.

Pun begitu, dalam setiap bencana yang ditimpakan Allah, terdapat akabira mujrimin.Firman Allah buat renungan:


وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا فِى كُلِّ قَرْيَةٍ أَكَٰبِرَ مُجْرِمِيهَا لِيَمْكُرُواْ فِيهَا ۖ وَمَا يَمْكُرُونَ إِلَّا بِأَنفُسِهِمْ وَمَا يَشْعُرُونَ



Kata-kata yang tidak dilupakan

February 23, 2021

Tatkala...para raja-raja muslim kerajaan Tawaif di Andalusia mendepani ancaman Raja Alfonso VI, mereka pun berhimpun dan bermuktamar. Bagaimana hendak menyelamatkan diri daripada ancaman raja Kristian itu. Bumi Andalusia yang pernah dibuka  untuk Islam oleh panglima Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nusair sedang dalam ancaman. Andalusia yang pernah menyaksikan penyatuannya oleh Abdul Rahman Ad-Dakhili dna gemilang dengan Islamnya di zaman Abdul Rahman An-Nasir, sedang meniti jurang kehancuran.Jika Alfonso VI berjaya dalam misinya merebut wilayah-wilayah yang berpecah di bawah raja-raja muslim yang tidak bersatu itu, tentulah Islam akan terkubur di Andalusia. 

 

Lalu timbul cadangan daripada raja Isybilia, Al-Mu'tamid bin Ubbad, agar bantuan ketenteraan dipohon daripada raja kerajaan Al-Murabitun yang berkuasa di utara Afrika. Kerajaan pimpinan Yusuf bin Tasyfin yang berpusat di Murakesh (dalam wilayah Morocca). Maka, raja-raja kerajaan muslim yang berpecah itu ragu-ragu. Mereka bimbang, lari daripada mulut buaya , masuk ke mulut naga. Mereka takut hilang kuasa mereka apabila kerajaan sekuat Al-Murabitun itu kelak menginjak negeri mereka.  Mereka masih berfikir tentang tembolok kuasa mereka walaupun saat itu nyawa kuasa mereka berada ndi hujung tanduk. Mereka dihina dan diperlecehkan serta diugut oleh raja Kristiaan bernama Alfonso VI.


Lantas, bangkitlah raja Al-Muktamid bin Ubbad, raja muslim dari wilayah Isybilia yang pusat pemerintahan adlah Cardova. Baginda berpidato dengan pidato yang tegas dan berkata dengan kata-kata yang tidak dilupakan dalam sejarah. Kata-kata yang indah dan menusuk kalbu. Kata baginda:

لا أحب أن ألعن على منابر المسلمين، لأنني لم أستعن بالمرابطين، ولأن أرعى الإبل في صحراء المغرب خير لي من أن أرعى الخنازير في أوروبا.

 

"Aku tidak mahu kelak aku dilaknat di atas membar-membar kerana tidak mahu meminta tolong kepada kerajaan Murabitun. Demi sesunmgguhnya, aku menjadi gembali unta di sahara Maghribi lebih baik untukku daripada menjadi penternak bani di bumi Eropah!".