Manusia selalu menafsirkan perkataan orang dengan sangka buruk. Dari dulu sampai sekarang, begitulah perangai manusia. Lain yang dimaksudkan, lain pula yang difahami. Kerana itu, dikeluarkan satu kaedah dalam bermuamalah dengan perkataan orang, iaitu:
لازم القول ليس بالقول
"Yang difahami dari sesuatu perkataan itu bukanlah semestinya maksud perkataan tersebut."
Kali ini mari kita ambil sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim dalam sahehnya.
عن عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: أَمَرَ مُعَاوِيَةُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ سَعْدًا فَقَالَ: مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسُبَّ أَبَا التُّرَابِ؟ فَقَالَ: أَمَّا مَا ذَكَرْتُ ثَلَاثًا قَالَهُنَّ لَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَنْ أَسُبَّهُ، لَأَنْ تَكُونَ لِي وَاحِدَةٌ مِنْهُنَّ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ، سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَهُ، خَلَّفَهُ فِي بَعْضِ مَغَازِيهِ، فَقَالَ لَهُ عَلِيٌّ: يَا رَسُولَ اللهِ خَلَّفْتَنِي مَعَ النِّسَاءِ وَالصِّبْيَانِ؟ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَمَا تَرْضَى أَنْ تَكُونَ مِنِّي بِمَنْزِلَةِ هَارُونَ مِنْ مُوسَى؟ إِلَّا أَنَّهُ لَا نُبُوَّةَ بَعْدِي وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ يَوْمَ خَيْبَرَ لَأُعْطِيَنَّ الرَّايَةَ رَجُلًا يُحِبُّ اللهَ وَرَسُولَهُ، وَيُحِبُّهُ اللهُ وَرَسُولُهُ قَالَ فَتَطَاوَلْنَا لَهَا فَقَالَ: ادْعُوا لِي عَلِيًّا فَأُتِيَ بِهِ أَرْمَدَ، فَبَصَقَ فِي عَيْنِهِ وَدَفَعَ الرَّايَةَ إِلَيْهِ، فَفَتَحَ اللهُ عَلَيْهِ، وَلَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ: {فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ} [آل عمران: 61] دَعَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِيًّا وَفَاطِمَةَ وَحَسَنًا وَحُسَيْنًا فَقَالَ: اللهُمَّ هَؤُلَاءِ أَهْلِي
Daripada "Amir bin Saad bin Abi Waqqas daripad bapanya, katanya : Mu'awiyah telah memanggil Saad datang bertemuinya dan bertanya:
Apa sebab engkau tidak mahu mencela Abu Turab (Ali)
Saad menjawab:
Ada tiga perkara yang telah diucapkan oleh Rasulullah SAW mengenainya yang akan akui sebutkan, itulah sebab kenapa aku tidak sekali-kali akan mencelanya. Kalau hanya satu daripadanya sahaja disebutkan untukku, aku lebih menyukainya daripada unta merah.
1) Aku dengar Rasulullah SAW berkata kepada Ali tatkala baginda menyuruhnya tidak mengikut beberapa peperangan yang rasulullah ikut serta:Ketika itu Alu telah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, apakah tuan suruh saya duduk bersama para wanita dan kanak-kanak? Lantas nabi bersabda kepadanya: Apakah kamu tidak suka kedudukanmu di sisiku seperti Harun di sisi Musa? Hanyalah tiada lagi nabi sesudahku.
2) Pada masa perang Khaibar, aku dengar baginda bersabda: Sesungguhnya aku akan berikan panji pimpinan perang ini kepada seorang yang cintakan Allah dan Rasulnya serta Allah dan rasulNya pun cintakan dia. Kami ternanti-nanti siapakan orang itu. Lalu kemduiannya baginda bersabda: panggilkan untukku Ali. lalu Ali dibawa datang dan ketika itu dia sakit mata. Rasulullah meludahi matanya dan menyerahkan panji itu kepadanya. Lalu, Ali berjaya menawan Khaibar.
3) Ketika turun ayat Mubahalah (Surah Ali Imran :ayat 61) Rasulullah memanggil Ali, Fatimah, Hasan dan Husain lalu baginda berkata: Ya Allah, mereka inilah ahliku.
Bagi sesiapa yang membaca hadis ini, faham yang akan menyapa otak fikirnya ialah Mua'wiyah mencela Ali. Kerana itu Mu'awiyah tanya Saad:
" Kenapa engkau tak mahu cela Ali?"
Namun, apakah faham yang sebegini boleh diterima. Apakah tidak ada kemungkinan lain?
Imam Nawawi dalah Syarah Saheh Muslim telah menafsirkan hadis ini dengan beberapa ihtimalat (jangkaan maksud) yang lain:
1) Mu'awiyah bertanya demikian kerana Saad bukan pencela Ali sepertimana sesetengah yang lain. Boloeh jadi orang sekeliling Saad mencela Ali tapi Saad tidak. Maka Mua'wiyah bertanya apa sebab Saad tidak ikut serta. Apakah kerana wara', takut atau sebab lain? Itu yang Mu'awiyah nak tahu.
2) Boleh diandaikan juga bahawa Saad daripada persekitara orang yang banyak mencela Ali, tapi dia tidak termasuk. Itulah yang mencorong Mu'awiyah melontarkan pertanyaan itu kepadanya.
3) Mungkin juga maksud pertanyaan itu adalah Apa sebab kamu tidak menyokong ijtihad kami dalam hal ini.
Maka pertanyaan Mua'wiyah itu janganlah difahami bahawa dia mencela Ali. Tak kan kalau tanya orang, "kenapa awak tak minum arak?", maka kita kata yang tanya itu peminum arak?
Ini cara faham yang menyimpang.
Ini kerap terjadi dalam kehidupan kita. Kita dengar seornag cakap sesuatu, kita pun mendapat sesuatu kefahaman. Tapi apakah yang kita faham itu betul? hatta, ada yang kita tuduh kafir, fasiq dan seumpamanya lantaran fahaman kita yang belum tentu betul daripada perkataannya.
Sebab itu orang beriman, Ahli Sunnah diajar agar bersangka baik dengan sahabat. Asas tanggapan kepada orang beriman, lebih-lebih lagi sahabat nabi adalah mereka ada kemaafan. Kalau seandainya yang kita faham daripada kata-kata mereka itu tepat sekalipun, mereka ada "excuse". Jika kita mengharapkan Allah ampunkan dosa kita, tentu para sahabat lebih layak diampun kerana jasa mereka kepada Islam banyak .
Jangalah kita jadi seperti Rafidhah yang mencela sahabat-sahabat nabi. Jangan pula jadi seperti Nasibah yang mencela ahli bait nabi SAW.