Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Kekuasaan menghazaf wajah fuqaha.

December 9, 2017

 
Abdul Malik bin Marwan, sebelum dilantik jadi khalifah dlm kerajaan Bani Umayyah, adalah salah seorang pemuda yang rajin beribadat, zuhud, dan termasuk fuqaha yang sentiasa melazimi masjid di kota Madinah. A'masy meriwayatkan daripada Abu Az-Zanad katanya: Fuqaha Madinah ada 4 iaitu Said Al-Musayyab, Urwah bin Zubair, Qubaidhah bin Zuaib dan Abdul Malik bin Marwan.

Ketika sampai kepadanya berita perlantikannya sebagai pengganti Marwan bin Al-Hakam, beliau sedang memegang Al-Quran dan membacanya. Lalu dia menutupnya sambil berkata:

"Selamat tinggal...nampaknya sampai di sini sahaja hubungan kita".

Riwayat perkataannya ini tidaklah dpt aku pastikan kesahihannya. Tetapi ia dicatatkan dalam Tarikh Baghdadi.Namun, hakikat bahawa dia adalah satu daripada kalangan fuqaha Madinah diakui dalam kitab rijal.

Kerana begitu ganasnya pusaran politik dan kekuasaan, seorang tokoh ulama sehebat Abdul Malik bin Marwan direnggut dari keulamaanya. Dia dibawa terbang menharung perlimbahan penub muslihat dan bergelumang dengan perlumbaan duniawi dan pertumpahan darah.

Hari ini sejarah tidak kenal Abdul Malik sebagai Fuqaha yang setaraf Urwah, Said Musayyib dan lain-lain. Nama sebagai fuqaha telah terlucut daripadanya buat selamanya.

DR. ABD RAHMAN HUMAID AS-SUMAITH

December 3, 2017

Seorang tokoh pendakwah berasal Kuwait yang melebarkan jalur dakwah melalui kerja-kerja kemanusiaan di serata dunia, khususnya di Benua Afrika. Beliau menjadi sebab Islam berjuta orang.

Subhanallah...sedangkan kita menjadi sebab kufurnya orang, dia telah mengislamkan jutaan orang. Demi Allah, dia orang yang beruntung.Lebih beruntung daripada ulama dan ustaz yang mengajar dan berceramah di masjid-masjid dalam negeri.  Lebih beruntung daripada mereka yang kita angkat gelarannya sebagai da'i sejuta ummat.  Lebih beruntung dari juru debat dan ahli gocoh isu-isu agama.

Semoga Allah memberikan keuntungan kepada kita sepertimana dia diberikan untung dalam dakwah. 




Apa yang Allah rahsiakan lebih besar.

Sesuatu yang Allah rahsiakan untuk kita lebih besar daripada apa yang didedahkannya. Kita hendaklah menyakini hal itu. Itulah manifestasi sifat Rahim, Ghani, dan wadud Allah SWT. Apa yang Allah dedahkan untuk kita hanya kecil berbanding yang dia rahsiakan.

Ada satu kisah bagi menjelaskan hal ini. Kisah ini diceritakan sebagai iktibar dan pengajaran bagi orang yang merasa berat menanggung ujian Allah dalam kehidupan. 

Ada seorang bapa dan anak sedang berpergian ke sebuah negeri. Mereka dalam perjalanan niaga sambil membawa barang dagangan. Perjalanan ke negeri yang mereka tuju itu makan masa selama dua hari. Dalam perjalanan, tiba-tiba sang bapa ditimpa musibah yang perjalanan mereka menjadi lambat. Kaki sang bapa tiba-tiba tidak dapat melangkah dengan baik. Dia kena serangan gout. Kerana itu anaknya terpaksa membawa barangan bapanya dan membantu bapanya. Perjalanan jadi lambat. Anaknya mengejar masa agar mereka sampai ke negeri yang dituju dalam tempoh yang dirancangkan.

Sang bapa berkata: "Apa yang Allah simpankan untuk kita lebih besar!".

Sang anak menyimpan dalam hati ketidakpuasan hatinya. Dia menganggap bapanya meremehkan sasaran mereka dalam perjalanan niaga itu.

Malang jatuh bertimpa. Berlaku kejadian yang lebih menyusahkan selepas itu. Pada satu malam, sang anak digigit jala jengking. Kerana itu, sang anak terlantar menderita selama tiga hari. Mereka singgah mencari ubat dalam perjalanan itu. Perjalanan dua hari berubah jadi lebih seminggu.

Sang bapa tetap berkata kepada anaknya: " Anakku...apa yang Allah simpankan untuk kita adalah lebih besar, bersabarlah".

Sang anak yang sememangnya tidka puas hati dengan segala musibah yang menimpa pun menempelak bapanya sambil berkata: "Bapa...apakah ada musibha yang lebih besar daripada apa yang sednag kita hadapi ini?"

Sang bapa tersenyum sambil mengulang katanya dengan penuh yakin. " Apa yang Allah simpan untuk kita lebih besar".

Setelah sang anak sembuh, perjalanan diteruskan.  Mereka sampai pada hari yang ke 10. Ketika mereka sampai ke negeri yang dituju, keadaan negeri itu sangat menyedihkan. Negeri itu baru dilanda gempa bumi. Ramai yang terkorban. Yang selamat cedera parah. Rumah dan bangunan banyak yang runtuh.

Melihat hal keadaan demikian, sang bapa pun mengeluh mengucapkan syukur kepada Allah. 

" Anakku, jika kita sampai dalam tempoh dua hari sebagaimana yang kita rancangkan, tentulah kita termasuk mangsa yang binasa...demikianlah apa yang Allah rahsiakan untuk kita lebih besar daripada apa yang dia berikan untuk kita".

Sang anak baru percaya.