بَلْ
قَالُوا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَىٰ أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَىٰ آثَارِهِم
مُّهْتَدُونَ
Bahkan mereka berkata:
"Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama, dan
Sesungguhnya kami orang-orang yang mendapat petunjuk dengan (mengikuti) jejak
mereka".(Surah Az-Zukhruf: Ayat 22)
Orang-orang bodoh seperti sekumpulan monyet yang mewarisi tradisi pendahulu tanpa bertanya.
" Apa sebabnya anda berbuat demikian?"
" Kami tidak tahu, kami hanya mendapat tahu orang-orang sebelum kamu berbuat hal itu, dan kami hanya meneruskannya!", demikian jawapan kelompok orang bodoh yang telah memandulkan akalnya.
Satu ekperimen telah dibuat oleh sekumpulan saintis untuk mengkaji tabiat monyet. 5 ekor monyet telah dimasukkan ke dalam sebuah sangkar besar yang di tengah-tengahnya dibuat satu tangga untuk naik ke atas. Di atas itu di simpan setandan pisang yang masak ranum sedap dan menarik pandangan mata para monyet itu. Lalu, monyet berlima itu berlumba-lumba untuk memanjat tanggat bagi mendapatkan pisang itu.
namun, saintis yang membuat pemerhatian itu segera menyimbah monyet dengan air sejuk sehingga mereka berlarian turun tangga dan menyelamatkan diri. Mereka cemas dan ketakutan sehingga tiada yang berani mengulangkannya. Jika ada monyet yang cuba serakah naik tangga, kawan-kawannya sendiri akan memukulnya dan menghalangnya.
Lalu, seekor monyet baru dimasukkan dan seekor monyet lama dikeluarkan. Monyet baru yang tidak tahu apa kisah di sebalik tangga ke atas itu, bila ternampak pisang di atasnya, dia pun segera mahu naik ke atas. Tetapi, monyet-monyet lain menghalangnya dan memukulnya sehingga dia tidak jadi naik. Monyet yang baru di masukkan lagi menggantikan monyet veteran. Demikianlah yang berlaku . Monyet baru akan cuba naik tetapi dihalang dan dipukul oleh monyet yang lebi lama. Hinggalah monyet yang dalam sangkar itu semuanya diganti dengan monyet baru dan tiada lagi monyet kumpulan pertama.
Akan tetapi, semua monyet itu mengulangkan hal sama. Bila ada monyet yang cuba naik tangga, ia dipukul dan dihalang. Semua monyet baru tidka pernah kena simbah air sejuk tetapi mereka hanya mengikut perbuatan pendahulu mereka.
Demikianlah akal monyet. Demikianlah pula akal manusia dunggu yang mempusakai amalan nenek moyang tanpa bertanya sebab musababnya. Sebab itu Islam datang dengan menegakkan prinsip berhujjah. Melalui hujjah, akal digunakan dan tidak dimandulkan. Tanyalah sekian banyak amalan dalam masyarakat yang anda warisi daripada nenek moyang. Kenapa dan atas dasar apa ia diamalkan. Apakah nas dan dalil yang telah dipakai.
Dengan itu berbezalah kita dari tabiat monyet-monyet bodoh itu.