Seorang lelaki pencinta wanita telah terkorban kerana cintanya. Itulah Qais bin Mulawwah yang hidup antara tahun 24 H hingga 68 H. Tempoh itu adalah zaman pemerintahan khalifah Marwan bin Al-Hakam dan Abdul Malik bin Marwan daripada dinasti Bani Umayyah. Kerana sangat mencintai Laila ِAl-'Amiriah, sepupunya yang membesar bersamanya sejak kecil, dia digelar sebagai Majnun Laila.
Cinta Qais dan Laila terhalang oleh kerana ayah Laila tidak menyetujuinya. Sebab kenapa ayah Laila tidak menyetujui percintaan dua kekasih itu adalah dikatakan berhubung dengan adat jahiliah yang masih diamalkan di kalangan kaum Badwi ketika itu yang memandnag hina kepada perkahwinan yang diasaskan atas cinta. Adalah satu keaiban buat ibu bapa gadis jika anak gadis mereka dicintai oleh seorang lelaki dan berkahwin kerananya. Menjadi satu kehebatan pula jika ibu bapa mengahwinkan anak gadis mereka mengikut pilihan merek.
Ada juga yang mengaitkan kengganan ayah Laila merestui hungan Qais dengan Laila adalah berkaitan permusuhan keluarga antara ayah Qais dan ayah Laila sendiri.Permusuhan tersebut berkaitan dengan harta pusaka yang mana ayah Laila menuduh ayah Qais mengambil haknya.
Maka cinta Qais tidak kesampaian. Laila dikahwinkan oleh ayahnya dengan seorang lelaki lain bernama Warad bin Muhammad Uqaili dari Bani Tsaqif berasal dari Taif Maka setelah berkahwin, Laila dibawa ke Taif dan tinggal di sana. Qais menjadi tidak menentu seperti orang gila dan berkelana antara Najad, Syam dan sekitar Hijaz. Pada akhirnya Qais didapati mati tergeletak di antara batuan di padang pasir.
Syair Qais bun Mulawwah yang menggambarkan cintanya yang amat sangat buat Laila:
أمر على الديــــــار ديار ليـلى ... أقبل ذا الـــــــجدار وذا الجـدارا
وما حب الديار شـــــغفن قلبي ... ولكن حب من ســـــــكن الديارا
وما حب الديار شـــــغفن قلبي ... ولكن حب من ســـــــكن الديارا
Aku lalui negeri-negeri yang merupakan negeri Laila
Aku kucupi dinding-dindingnya
Bukanlah kerana cintakan negeri itu yang memenuhi hatiku
Namun hanya cintakan orang yang menghuni negeri itu.
Disebutkan oleh periwayat cerita Qais, bahawa pada satu musim haji, beliau telah dibawa oleh ayahnya pergi mengerjakan haji di Makkah. Ayahnya memintanya berdoa di sana agar disembuhkan daripada penyakit cintanya. Di sana , ayahnya suruh Qais bergayut di kelambu Kaabah dan memohon kepada Allah agar menyembuhkannya. Akan tetapi, lain pula yang diminta oleh Qais. Qais malah berdoa:
اللهم زدني لليلي حبًا وبها كلفًا ولا تنسني ذكرها أبدًا
" Ya Allah, tambahkan beban cintaku kepada Laila dan janganlah buatkan aku melupainya selamanya".