عَنْ أَنَسٍ رضي
الله عنه، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((أَيَعْجِزُ
أَحَدُكُمْ أَنْ يَكُونَ كَأَبِي ضَمْضَمٍ؟))، قَالُوا: مَنْ أَبُو
ضَمْضَمٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: ((كَانَ إِذَا أَصْبَحَ قَالَ:
اللَّهُمَّ إِنِّي قَدْ وَهَبْتُ نَفْسِي وَعِرْضِي لَكَ، فَلَا يَشْتُمُ
مَنْ شَتَمَهُ، وَلَا يَظْلِمُ مَنْ ظَلَمَهُ، وَلَا يَضْرِبُ مَنْ
ضَرَبَهُ)).
Daripada Anas r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Apakah kamu tidak mampu meniru Abu Dham Dham? Mereka( Sahabat) bertanya:Siaakah Abu Dham Dham itu Ya Rasulullah? Baginda menjawab: Sesungguhnya dia, apabila bangun pagi, dia berdoa: Ya Allahsesungguhnya aku telah serahkan diriku dan kehormatanku kepadamu. Maka aku tidak akan mencela orang yang mencelaku, tidak akan menzalimi orang yang menzalimiku dan tidak akan memukul orang yang memukulku".
( Riwayat Ibn Sunni dalam Amal Al-Yaum Walailah dengan sanad yang daif)
Para ulama hadis berkhilaf tentang siapakah Abu Dham Dham. Ada yang mengatakan beliau adalah seorang sahabat Rasulullah dan ada yang mengatakan beliau adalah seseorang yang hidup pada zaman sebelumnya Rasulullah SAW.
Namun, apa yang penting daripada mesej hadis ini ialah, kemiskinan bukan alasan untuk tidak bersedekah. Watak bernama Abu Dham Dham ini tidak punya apa-apa tetapi beliau tetap bersedekah dengan cara dan kemampuan yang dia ada iaitu maruah dan kehormatan dirinya. Dia mengambil jalan mengalah walaupun dengan mengalah itu orang akan memandang rendah dan hina kepadanya. Biarlah dirinya diperlekehkan samada melalui tutur bicara orang atau kezaliman tangan orang, dia bersabar dan menganggap kemaafannya adalah sebagai sedekah.
Kalau demikian cara sedekah, tentulah ramai yang mampu lakukan. Bahkan semua orang holeh lakukannya. Maka nama melontarkan pertanyaan: Apakah begitupun kamu tiudak mampu lakukan? Itulah cara sedekah yang tidak memerlukan matabenda dan wang ringgit. Ia adalah sedekah yang maknawi dan abstrak!