Menuduh orang sebagai Syiah tanpa bukti yang jelas, sama seperti melemparkan
tuduhan kafir kepada seseorang. Kekafiran Syiah telah dihujjahkan dengan
hujah-hujah yang banyak. Maka menuduh seseorang sebagai Syiah bermakna
mengkafirkannya.
Ada orang menuduh Mat Sabu sebagai Syiah. Ada yang mengatakan Mahfuz Omar sebagai Syiah. Yang menuduh itu pastikah dirinya bukan Syiah? Tanpa sedar, amalan Syiah jadi makanannya. Syiah meratapi kematian Hussin dan menyambut ulang tahun kematiannya di Karbala. Apakah anda tidak meratapi kematian nenek moyang dan saudara mara yang sudah mati serta menyambut ulang tahun kematiannya? Syiah mengungkapkan syair memuji Ali, Fatimah Az-Zahraa, Hussin, Zainab dan Ahlul Bait, anda pun mengarang syair memuji tokoh tertentu tak ubah seperti perangai Syiah. Syiah melampau mecintai Ahlul Bait. Syiah percaya roh orang mati balik rumah. Syiah meninggalkan sahabat utama dan mewalikan orang soleh terkemudian lalu bertawassul dengan nama mereka.
Tanpa sedar, banyak bid'ah sesat anak cucu Abdullah bin Saba' menjadi amalan dan anutan orang yang mengaku Ahli Sunnah dan mencemuh Syiah.
Kalau hanya mengunjungi Iran, Hizbullah dan rapat dengan pemimpin mereka dikatakan Syiah, katakan juga sesiapa yang mengunjungi Amerika Syarikat dan duduk bersama Obama itu sebagai kafir. Pernahkah anda mengkafirkan pemimpin negara yang melawat Amerika Syarikat? Atau...pernahkah anda mengkomuniskan pemimpin negara yang melawat China dan punya hubungan dengan pemimpin negara itu? Lebih dari itu....tegakah anda mengkafirkan umat Islam yang meniru amalan bid'ah serapan Syiah?
Sesiapa yang mensyiahkan orang tanpa bukti, orang menuduh itu jadi syiah...miskipun bermatian dia menafikan dirinya Syiah. Ini kerana pada iktikad si penuduh dan iktikad kebanyakan orang yang sudah mengenali Syiah, bahawa syiah itu bukan Islam.
Nabi Saw bersabda dalam sebuah hadis ang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam sahehnya:
Sementara, apa yang ada dalam hati orang yang dilebelkan Syiah itu,
siapa yang tahu? Seringkali si penuduh bersandarkan akidah taqiah
penganut Syiah untuk mengatakan si fulan itu menyembunyikan
kesyiahannya. Mereka menuduh Mat Sabu bertaqiah. Mahfuz bertaqiah.
Bagaimana kalau orang lain pula kata anda bertaqiah dari kesesatan anda. Orang kata anda sekular tapi bertaqiah sebagai muslim. Orang kata anda pluralis tapi bertaqiah sebagai islamis. Orang kata anda leberalis tapi bertaqiah sebagai mukmin.
Tentu anda tidak boleh menerimanya bukan?
Jangan cuba bongkar apa yang dalam hati orang. Nanti Allah bongkarkan apa yan dalam hati anda. Apa yang tersema dalam hat orang, hanya Allah ang tahu. Apa yang terluah di lidah, itu yang kita pegang. Selagi penganut Syiah tidak mengakui berakidah Syiah, tidak mencela para sahabat, tidak mengungkapkan kalimah-kalimah kufur dan amalan kufur Syiah, maka apa hak kita untuk melebelkannya sebagai Syiah?
Allah berfirman:
Berhentilah menuduh tanpa bukti yang menjadi makanan haram rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini. Menuduh orang zina tanpa bukti. Tuduh orang liwta tanpa bukti. Tuduh orang Wahabi dan dikatakan sesat atas dasar yang lemah dan longgar. Semua ini budaya jelek yang sedang melanda dan perintisnya adalah golongan fajir, ahli bid'ad yang sesat dan manusia hina dalam masyarakat. Mengapa kita harus meniru sunnah buruk mereka, sedangkan Sunnah mulia Rasul terbentang di depan kita?
Ada orang menuduh Mat Sabu sebagai Syiah. Ada yang mengatakan Mahfuz Omar sebagai Syiah. Yang menuduh itu pastikah dirinya bukan Syiah? Tanpa sedar, amalan Syiah jadi makanannya. Syiah meratapi kematian Hussin dan menyambut ulang tahun kematiannya di Karbala. Apakah anda tidak meratapi kematian nenek moyang dan saudara mara yang sudah mati serta menyambut ulang tahun kematiannya? Syiah mengungkapkan syair memuji Ali, Fatimah Az-Zahraa, Hussin, Zainab dan Ahlul Bait, anda pun mengarang syair memuji tokoh tertentu tak ubah seperti perangai Syiah. Syiah melampau mecintai Ahlul Bait. Syiah percaya roh orang mati balik rumah. Syiah meninggalkan sahabat utama dan mewalikan orang soleh terkemudian lalu bertawassul dengan nama mereka.
Tanpa sedar, banyak bid'ah sesat anak cucu Abdullah bin Saba' menjadi amalan dan anutan orang yang mengaku Ahli Sunnah dan mencemuh Syiah.
Kalau hanya mengunjungi Iran, Hizbullah dan rapat dengan pemimpin mereka dikatakan Syiah, katakan juga sesiapa yang mengunjungi Amerika Syarikat dan duduk bersama Obama itu sebagai kafir. Pernahkah anda mengkafirkan pemimpin negara yang melawat Amerika Syarikat? Atau...pernahkah anda mengkomuniskan pemimpin negara yang melawat China dan punya hubungan dengan pemimpin negara itu? Lebih dari itu....tegakah anda mengkafirkan umat Islam yang meniru amalan bid'ah serapan Syiah?
Sesiapa yang mensyiahkan orang tanpa bukti, orang menuduh itu jadi syiah...miskipun bermatian dia menafikan dirinya Syiah. Ini kerana pada iktikad si penuduh dan iktikad kebanyakan orang yang sudah mengenali Syiah, bahawa syiah itu bukan Islam.
Nabi Saw bersabda dalam sebuah hadis ang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam sahehnya:
إذا
كفر الرجل أخاه فقد باء بها أحدهما
"Apabila seseorang lelaki
mengkafirkan saudara Islamnya, maka tuduhan kafir iu akan tepalit kepada salah
satu antara mereka"
Bagaimana kalau orang lain pula kata anda bertaqiah dari kesesatan anda. Orang kata anda sekular tapi bertaqiah sebagai muslim. Orang kata anda pluralis tapi bertaqiah sebagai islamis. Orang kata anda leberalis tapi bertaqiah sebagai mukmin.
Tentu anda tidak boleh menerimanya bukan?
Jangan cuba bongkar apa yang dalam hati orang. Nanti Allah bongkarkan apa yan dalam hati anda. Apa yang tersema dalam hat orang, hanya Allah ang tahu. Apa yang terluah di lidah, itu yang kita pegang. Selagi penganut Syiah tidak mengakui berakidah Syiah, tidak mencela para sahabat, tidak mengungkapkan kalimah-kalimah kufur dan amalan kufur Syiah, maka apa hak kita untuk melebelkannya sebagai Syiah?
Allah berfirman:
وَاعْلَمُواْ
أَنَّ اللّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
"Dan ketahuilah bahawa Allah
sahaja yang menguasai apa yan disimpan seseorang dalam hatinya. KepadaNyalah
kamu akan dikembalikan kelak"
(Surah Al-Anfal:Ayat 24)