Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

AMAL SOLEH DIJELMAKAN SEBAGAI PEMBELA

June 27, 2013

Allah berfirman:

وَيُنَجِّي اللَّهُ الَّذِينَ اتَّقَوْا بِمَفَازَتِهِمْ لَا يَمَسُّهُمُ السُّوءُ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

“Dan Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dengan kemenangan mereka. Mereka tidak akan disentuh oleh azab sengsara dan tidak pula berduka”.

(Surah Az-Zumar: Ayat 61)

Mafaza
t ditafsir dalam Tafsir Ibnu kathir sebagai kebahagian dan kemenangan yang telah dicapai di sisi Allah SWT.

Imam Al-Qurtubi membawakan sebuah hadis ketika mentafsirkan ayat ini:

يحشر الله مع كل امرئ عمله فيكون عمل المؤمن معه في أحسن صورة وأطيب ريح فكلما كان رعب أو خوف قال له لا ترع فما أنت بالمراد به ولا أنت بالمعني به فإذا كثر ذلك عليه قال فما أحسنك فمن أنت فيقول أما تعرفني أنا عملك الصالح حملتني على ثقلي فوالله لأحملنك ولأدفعن عنك فهي التي قال الله} وينجى الله الذين اتقوا بمفازتهم ل يمسهم السوء ولا هم يحزنون}

Allah mengumpulkan setiap orang bersama amalnya. Maka amal orang mukmin tetap mendampinginya dalam bentuk yang amat indah dan bau sangat harum. Setiap kali orang mukmin menemui hal yang menakutkan atau mengkhawatirkan, maka amalnya itu berkata kepadanya: "Janganlah sekali-kali engkau merasa takut atau khawatir engkau yang yang dimaksudkan dengan ancaman itu dan bukan engkau yang dikehendakinya!". Apabila orang mukmin itu telah berkali-kali menghadapi bahaya itu, dia bertanya kepada orang yang mendampinginya itu: "Siapakah engkau ini? Alangkah baiknya budimu terhadapku". Amalnya itu menjawab: "Apakah engkau tidak kenal kepadaku. Aku ini adalah amal salehmu (di waktu di dunia). Engkau telah memikulku miskipun engkau merasa berat. Demi Allah aku tetap memikulmu dan membelamu".

Itulah maksud dan firman Allah yang artinya: "Dan Allah menyelamatkan orang-orang yang bertakwa karena kemenangan mereka tiada disentuh oleh azab (neraka) dan tidak pula mereka berduka cita".
 (H.R. Abu Hurairah)

Pada hari akhirat, amal soleh akan dijelmakan menjadi insan yang elok rupa dan harum bau. Ia menyenangkan orang yang memandangnya. Sebaliknya amal jahat pula akan dijelmakan menjadi kejadian yang buruk dan busuk. Ada yang ditukar menjadi ular Syuaja'ul Aqra' yang melengkari leher pelaku dosa sehingga membebankannya di akhirat.

Dalam Hadis banyak digambarkan personifikasi dan fugurasi perkara-perkara yang dalam dunia ini hanyalah sebuah abstrak. Mati diriwayatkan dalam hadis akan dijelmakan sebagai kibasy yang bakal disembelih. Al-Quran juga akan dijelmakan di alam kubur sebagai teman buat si pembacanya. Sesungguhnya alam sesudah hidup dunia ini tidak serupa dengan apa yang ada di dunia. Kita tidak akan mampu mentafsirkannya dengan menggunakan segumpal fikiran yang kita miliki.

Semoga kita akan mendapat teman pembela di akhirat yang kacak bergaya serta harum semerbak. Allahumma Amin.

IBLIS MEMBINA KERAJAAN DI ATAS AIR.


Dalam Saheh Muslim, disebutkan sebuah hadis:

Dari Jabir meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إن إبليس يضع عرشه على الماء ثم يبعث سراياه فأدناهم منه منزلة أعظمهم فتنة يجيء أحدهم فيقول فعلت كذا وكذا فيقول ما صنعت شيئا قال ثم يجيء أحدهم فيقول ما تركته حتى فرقت بينه وبين امرأته قال فيدنيه منه ويقول نعم أنت

"Sesungguhnya Iblis membagunkan singgahsananya di atas air lalu mengirimkan bala tenteranya ( Untuk menipu manusia). Tentera yang paling dekat kedudukannya kepada Iblis, dialah yang paling besar fitnahnya. Di bawa ".

Dari hadis-hadis yang menyebutkan kewujudan kerajaan Iblis di atas air inilah maka ada sebuah buku yang ditulis oleh Muhammad Isa Daud bertajuk :"Dajal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda". Beliau menafsirkan bahawa yang dimaksudkan kerajaan di atas air itu adalah Segitiga Bermuda dan Dajal telah membuat permuafakatan dengan Iblis. Analisis beliau itu kelihatan menarik. Namun, ada beberapa sisi lain yang perlu dipertimbangkan. Umpamanya hadis Rasulullah mengenai Tamim Ad-Dari yang menceritakan terdamparnya dia di sebuah pulau yang dihuni dajal.

Apapun, itu adalah teori-teorinya untuk menjadikan penceritaan mengenai dajal menarik dan disokong oleh nas-nas. Pembaca yang menelaah buku sedemikian hendaklah mengambil pendekatan cermat dan berhati-hati. Banyak juga cerita-cerita ajaib yang luar biasa meresap masuk ke dalam khazanah ilmu Islam gara-gara pengkarya dari kalangan para Qusos.

Dalam hal-hal perkara ghaib, pendekatan tegas yang sering dipegang oleh orang yang menjaga keimanannya adalah berpegang sekadar apa yang diceritakan oleh Allah dan Rasulnya. Pemanjangan cerita mengenainya tidak perlu dan menjahilinya tidak membuat kita rugi apapun. Khabar mengenai kedatangan Dajal Al-Masih adalah perkara ghaib kerana ia khabar masa depan yang belum terjadi.

Jalan hidup mengikut garis takdir

June 22, 2013


Allah menentukan segalanya. Allah mencipta makhluknya dan menggariskan takdir ketentuan buat makhluknya. Tiada satu apa pun melainkan mengikut takdir Allah SWT. Inilah akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Perselisihan dalam soal memahami persoalan ini telah melahirkan mazhab akidah yang dirumuskan kepada tiga iaitu:

1) Jabariah
2) Qodariah
3) Ahli Sunnah Wal Jamaah

Kata jabariah, manusia diciptakan Allah dan semua perbuatan manusia adalah ciptaan Allah belaka. Manusia umpama bulu beterbangan diudara. Qodariah pula berkata bahawa mansuia menentukan dan melakukan perbuatannya sendiri dan Allah tidak telibat sedikit pun.

Sementara Ahlu Sunnah mengambil sikap jalan tengah. Memang Allah menciptakan semuanya termasuk perbuatan manusia. Tetapi Allah memberikan manusia ikhtiar. Ikhtiar itu pula mengikut kehendak Allah juga.

Dalam sebuah hadis dari saheh Bukhari diriwayatkan:

‏‏قال رجل يا رسول الله أيعرف أهل الجنة من أهل النار قال نعم قال فلم يعمل العاملون قال ‏ ‏كل يعمل لما خلق له أو لما يسر له

Seorang lelaki bertanya Rasulullah: Apakah dapat dikenali siapakah ahli syurga dan ahli neraka? Baginda menjawab: Ya. Lantas lelaki itu bertanya: Kalau begitu buat apalah orang beramal? Nabi bersabda: Setiap orang beramal mengikut apa yang dipermudahkan baginya.


Allah mempermudahkan segolongan orang berbuat amal ahli neraka. Lalu, kita dapat lehat bagaimana golongan itu tanpa segan silu berbuat kezaliman, kefasikan, kesyirikan dan kekufuran. Meneguk air kencing Syaitan amat mudah baginya. Melanggan pelacur di lorong-lorong gelap bukan hal besar baginya. Makan rasuah, pecah amanah, menipu khianat diratahnya bagai makan kacang goring sambil menonton filem Hindustan. Gampang dan enteng.

Itu kerana Allah mudahkannyan menjalani takdir yang telah pun tersurat sejak azali. Ahli neraka ada galur hidupnya. Sementara ahli syurga juga punya jalurnya. Syukur amat kalau anda rasa sukar berbuat maksiat.

Mujur sekali aku rasa malu untuk ke kelab malam di malam minggu, berdansa minum muskir bergoyang pinggul fana bersama wanita pelayan.

Mujur sekali sekali aku rasa tak betah berbuat sebagaimana yang dibuat manusia serigala. Merogol anak, bermukah dengan isteri tetangga, khulwat dan zina dan raih razeki dan jalan bersumber nista.

Anggap mujur juga kalau anda tidak mudah menakluk ilmu kebatinan, menguasai jurus dewa naga, mampu mengungkap mantera mujarobat dan seribu satu misteri berkasturi syirik.

Berdoalah terus agar jalan ke neraka menyempit buat kita. Malah, berharaplah kepada Allah supaya lorongnya tertimbus dan sirna selama hayat kita. Biar jalan ke syurga terbuka luas dan dekat. Biar jalannya menyenangkan hati walau suka berduri.

Sangka itu cermin suluh.

Saat angin fitnah membadai kota Madinah...

Ummu Ayub berbicara dengan Abu Ayub pada satu hari.

"Tidakkah kamu dengar apa yang dikatakan orang tentang Aishah?

Abu Ayub berkata: Aku sudah dengar dan cerita itu dusta belaka.Apakah kamu sanggup melakukan seperti apa yang dikatakan orang mengenai Aishah.

"Demi Allah aku tidak terfikir dan tidak akan melakukannya...", Ummu Ayub menegaskan.

"Demi Allah, Aishah lebih baik dari kamu!", Abu Ayub berkata kepada isterinya.

Maka turunlah firman Allah sebagaimana dalam surah An-Nur: Ayat 12.

لَّوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَٰذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ

"Sepatutnya, apabila kamu orang beriman, ketika kamu mendengar cerita itu ( tuduhan keji terhadap Aishah), kamu akan sentiasa besangka baik sebagaimana sangka baik atas dirimu dan berkata itu semua cerita dusta belaka"

Buya Hamka, ketika menafsirkan ayat tersebut punya cerita kiasan yang menarik dan buat kita berfikir panjang. Tulisnya, ada cerita yang dikisahkannya mengenai seorang lelaki bertanya temannya mengenai pengalaman lawatan ke sebuah bandar di negara Amerika Syarikat.

"Apakah kamu temui wanita-wanita di sana yang mudah diperolehi untuk dijadikan teman sosial...?", sebuah pertanyaan berperasangka.

"Aku tidak temui apa yang kamu katakan itu", jawab temannya tulus dan jujur.

"Ah, masakan, aku tak percaya!", lelaki yang bertanya itu membeliakkan bola matanya tak percaya dan penuh prasangka

Kerana orang lain diukur dengan diri yang jelek, maka timbul perasangka buruk. Kalau orang itu baik, orang lain juga disangkanya baik.

Jika seseorang suka meremehkan kebaikan orang lain dan melihatnya dengan penuh prasangka, itulah petanda siapa dirinya. Orang beriman akan sentiasa melihat orang lain sebagai arcanya dalam cermin yang dilihatnya. Jika arca orang beriman yang lain itu buruk, jelek dan penuh masalah, maka itu kerana dirinya yang menjadi objek arca adalah jenis yang buruk, jelek dan berbalut masalah.

Mari membina sangka baik untuk sahabat

Aku sakit

Imam Bukhari meriwayatkan dalam Sahehnya hadis mengenai permohonan manusia kepada nabi Ibrahim untuk diberi syafaat di hari akhirat, lalu nabi Ibrahim berkata:

إني كَذَبت ثلاث كذبات

" Sesungguhnya aku telah berdusta sebanyak tiga kali"

Kerana itu menurut Imam Bukhari, nabi Ibrahim menolak hak memberi syafaat hinggalah syafaat itu dilaksanakan oleh nabi Muhammad SAW.

Pendustaan yang dimaksudkan nabi Ibrahim itu ialah:

1) Perkataannya : "Sesunguhnya aku sakit" (Surah As-Saffat: Ayat 89).

2) Perkataannya: "Bahkan yang besar (dari kalangan berhala) itulah yang meruntuhkan berhala sembahan kamu" Surah Al-Ambia: ayat 63)

3) Perkataan nabi Ibrahim bahawa isterinya Sarah itu adalah saudaranya sewaktu ditanya mengenainya oleh seorang penguasa zalim.

Sesungguhnya benar adalah sifat yang wajib bagi para Rasul Allah. Tentu sekali nabi Ibrahim tidak mendusta. Lalu, kenapa Ibrahim mengatakan dia berdusta 3 kali? Dusta apakah yang dimaksudkan? Apakah semua dusta itu dusta dan kemustahilan dustanya pada Rasul itu menafikan sebarang jenis dusta.

Nabi Ibrahim berkata "aku sakit" apabila ditanya oleh kaumnya mengenai kecicirannya dari menyertai pesta kaumnya. Dia bukan sakit pun tetapi cuma alasan untuk mengelak. Dari sudut itu nampaknya dia berbohong. Tetapi, dari sudut lain, hatinya memang sakit. Nabi Ibrahim dilihat sihat kalangan kaumnya tetapi sebenarnya dia sakit dan menderita melihat keukufuran kaumnya. Maka, betullah Ibrahim itu sakit. Dia bukan berbohong.

Nabi Ibrahim kata yang runtuhkan berhala kaumnya itu adalah berhala paling besar. Sedangkan dialah yang runtuhkan semuanya. Dia tinggalkan berhala besar itu dan tuduh berhala itulah yang bantai berhala kecil yang lain. Nabi Ibrahim bohongkah? Dia buat dituduhnya berhala besar itu. Lebih daripada itu, dia fitnahkah ke atas berhala besar itu? Tidak juga boleh dikatakan dia berbohong kerana ungkapan manusia bijaksana macam Ibrahim tidak wajar lurus macam orang bodoh. Orang bijaksana bila berbicara penuh kiasan dan simbolik. Seolah-olahnya nabi Ibrahim berkata:

"Berhala besar itu yang lebih berkuasa dari aku. Ia kan Tuhan? Ia yang lakukan...", sebuah perli maha tajam dari nabi bijaksana.

" Mana boleh...berhala tu tak boleh kelip matapun, apa lagi nak hayun kapak...", kaum bodoh berkata begitu.

" Nah, kalau begitu ia bukan Tuhanlah!", mantik nabi bijaksana mengena.

Itu soal bahasa sahaja. Bukan nabi Ibrahim cakap berhala itu yang buat kerja vandalis di rumah ibadat penyembahnya sendiri. Memang tak mampu pun dan Ibrahim tahu hal itu. Kaumnya juga tahu.

Sementara dakwaan nabi Ibrahim bahawa Sarah itu saudaranya, memang dia saudara nabi Ibrahim Saudara seagama dan seakidah.

Maka nabi Ibrahim tidak berbohong dan tidak berdusta walau dia kata dia ada tiga kebohongan. Kebohongan itu sifatnya nisbi dan hakiki. Yang hakiki itu mustahil buat para nabi dan isa buat kita juga. Yang nisbi itu tidak mengapa. Ia lihat pada keadaan dan situasi.

Bohong suami untuk mendamaikan empat orang isterinya yang bergaduh, itu nisbi. Bohong seorang nmak mendamaikan dua jirannya atau sahabhatnya yang bermusuhan, itu nisbi. Ringkasnya, kalau bohong itu memang perlu dan niatnya baik, itu bukan bohong yang sebenar. Itu cuma nisbi. Bukan hakiki.

Itulah dunia manusia. Kita bukan malaikat. Kita ada seni dan lenggok. Kita ada basa basi. Kita punya ragam dan rencam. Kita bukan lateral dan tidak boleh jadi lateralis. Firman dan sabda jangan ditafsirkan lurus bendul. Jangan pula sampai bengkang bengkok. Ada akal yang menterjemahkan. Namun, dan disiplin yang mengikat.

وَإِذَا مَرِضْت فَهُوَ يَشْفِينِ

Nabi Ibrahim pun sakit. Anda sihat?

Kalau begitu kita semua sering berbohong. Sakit dikatakan sihat. Sakit hati, sakit jiwa, gundah gulana, malas beramal soleh, kurang baca Quran, riya', ujub, tazkiah diri lebih dari orang lain dan seribu satu sakit membaluti diri, semua itu menjelaskan bahawa kita adalah orang-orang sakit belaka.

Yang sakit, penawarnya hanya Allah SWT.

Fukairah mengenai Al-Ghuluw Fid Din

June 20, 2013


Sabda Rasulullah SAW:

((إياكم والغلو في الدين، فإنما أهلك من كان قبلكم الغلو في الدين))

"Jauhilah oleh kamu kemelampauan dalam agama. Sesungguhnya telah binasa umat sebelum kamu kerana kemelampauan dalam agama".
(Saheh menurut Albani dari Sunan An-Nasai dan Ibn Majah)

Tidak semua ghuluw dalam agama itu sesat. Kemuncaknya memang sesat sebagaimana ghuluw kaum Nasrani yang mempertuhankan nabi Isa. Juga sebagaimana ghuluwnya beberapa mazahib yang menyimpang dari jalan Ahli Sunnah dalam memahami dan mentafsirkan serta bertindak mengenai beberapa isu agama.

Ghuluw melalui peringkatnya. Melewati had wasatiah yang ditunjuki agama berdasarkan nas syarak atau memilih jalan keras sedangkan jalan lembut ada, ia adalah awal kepada ghuluw. Seorang yang solat sunat sepanjang malam sehingga tia masa unuk dunianya dan keluarganya aalah sedang menapak tangga ghuluw.Seorang yang mewajibkan dirinya sejumlah zikir sunat atas dasar menjalani tariqat tertentu, juga bibit ghuluw.

Bukan semua ghuluw dihukumkan sesat. Sudah tentu amalan khatam Quran dalam masa 3 hari itu masih sunnah. Dua hari khatam itu ghuluw. Satu hari juga ghuluw. Namun ada sahabat yang mampu buat. Ghuluw itu pada ghalibnya. Nadir la hukma lah. Jika ada sahabat yang boleh khatam Quran dalam masa sehari atau dua hari, itu nadir. Ia bukan ghuluw bagi yang mampu dan dilakukan secara individu dan tidak melibatkan orang lain yang berada pada standard biasa mengikut adat umum.

Apakah pula tindakan sahabat yang yang terjum ke medan perang membuta itu ghuluw? Perbuatan bomkan diri di kawasan tentera Yahudi itu ghuluw? Ia bukan ghuluw jika dibuat dalam jumlah kecil. tapi kalau semua orang sudah buat begitu, jadilah ghuluw. Maka, amalan berat yang dibuat dalam kapasiti peribadi, dan peribadi itu mampu, maka ia bukan ghuluw. Islam menetapkan pirinsip dan pinsip adalah adopt untuk semua, bukan untuk orang tertentu.

Sesuatu yang berat dibebankan secara pukal kepada semua orang atau melibatkan ramai orang padahal mereka tidak mampu, maka jadilah ia ghuluw.

Wakullu ghuluw maratib....

Falsafah perpaduan yang salah

Bukan Perpecahan yang ditakuti
Bukan perpaduan yang diburu
Tapi kebenaran itulah andilnya



وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ فَإِذَا هُمْ فَرِيقَانِ يَخْتَصِمُونَ

Dan demi sesungguhnya kami telah mengutuskan kepada kaum Tsamud saudara mereka yang bernama Soleh  mengajak mereka kembali menyembah hanya Allah semata-mata, lalu kaum tersebut berpecah dua dan saling mereka saling bersengketa.

Surah An-Namlu: Ayat 45
 

Kata orang, apa yang kamu buat ini akan menimpulkan perpecahan bangsa dan nusa. Mungkin juga dikatakan perpecahan dalam agama. Hatta, kekadang demi sebuah perpaduan utuh, orang selalu berhujah tentang perlunya pendamkan kebenaran.

Apa guna kebenaran kalau akibatnya perpecahan?Demikian diperingatkan.

Biarlah bid'ah itu menjadi amalan kerana ia sudah merata dalam masyarakat. Jika kamu cuba membetulkannya, kamu hanya akan menuai perpecahan. Demi kerukunan masyarakat, pejamkan sahaja matamu dan terimalah ia sebagai perkara biasa.

Wahai...bukankah nabi Soleh datang memecahkan kesatuan kaumnya yang batil?

Setengah orang pula berkata, demi perpaduan Melayu, lebih baik kita memilih pemimpin Melayu yang perasuah sekalipun ada pemimpin Cina yang amanah. Tidak lain ini hanyalah falsafah sesat yang mengajak memperjuangkan kebatilan dengan menggunakan lebel indah bernama perpaduan...
 
Hubaya hubaya...
 

QUNUT NAZILAH KE ATAS TAGHUT BASHAR DAN PENDOKONGNYA

June 19, 2013



اللهم منزل الكتاب , ومجري السحاب , وهازم الأحزاب , اهزم حزب البعث يا قوي يا عزيز يا فعال لما تريد
اللهم احقن دماء إخواننا في سوريا وهيئ لهم سبل النصر
نسألك يا رب بأسمائك الحسنى وصفاتك العلى بأن تنصرهم وتثبت أقدامهم واجمع اللهم كلمتهم ووحد صفوفهم وارفع البلاء عنهم وارحم شهداءهم
وداو جرحاهم يا رب العالمين
اللهم انصر المسلمين في سوريا بنصرك
وأيدهم بتأيديك .. وأمدهم بجند من جندك
واربط على قلوبهم وثبت أقدامهم ويسر أمورهم ووفقهم واحفظهم يارب    العالمين
اللهم عليك ببشار وأعوانه
اللهم عليك ببشار وأعوانه
اللهم عليك ببشار وأعوانه
اللهم أنزل عليهم جنودنآ لآيرونهم
اللهم داخل قصورهم
ومن تحت حريرهم
وداخل سياراتهم
وفي مكاتبهم
اللهم سخر عليهم جند من جنودك
اللهم احصهم عددا
واجمعهم بددا
ولا تغادر منهم احدا

اللهم  زلزل الشوارع تحتهم
اخسف بهم وبديارهم
اللهم ازرع الرعب في صدورهم
اللهم لا تهب لهم الامان واجعلهم شنئان
اللهم لا تبق فيهم احدا
اللهم بقدرتك وبعظيم سلطانك
ارنا فيهم عجائب قدرتك
ياالله يالله ياالله
ارنا فيهم يوما اسودا
كيوم عاد او ثمود
اللهم عجل بالنصر علي من قتلوا  عبادك
اللهم عجل بهم في يوم عيدهم قبل ان تجف ودماء الشهداء
اللهم آمين


HIZBULLAT DAN NASRULLAT

June 17, 2013





Bukan Hizbullah tapi Hizbullat
Bukan Nasrullah tapi Nasrullat
menyebar mimpi buat ummat
lagak tampil sang penyelamat
menentang Zionis yang dilaknat
namun bermain siasat khianat
telunjuk lurus kelingkin berlipat.

Dengan Yahudi bermain acah
kejar sembunyi sang bocah

dengan Sunni menumpah darah
taghut Bashar mereka sembah
nama Husain dilagu burdah
namun Aishah dicemar maruah
sahabat bertiga habis disumpah.

Kilauan sinar bukan rembulan
tersungkur pesona pengkagum Nasrullat
rupanya dia hanya seorang penjilat
sedarlah seluruh ummat
afrit disangka malaikat.

Tiada kebangganan pada tanah Parsi
jika masih mewarisi sesat majusi
Ahlul Iraq kembali beraksi
Hussain dikhianat berpura tangisi
di mana juga Rafidhah berdiri
lebih aman di bawah Romawi
sebelum Islam tegak lestari.

Mereka gemar mengalirkan darah
tidak dapat Sunni untuk dikekah
diri sendiri ditabuh berdarah.
10 Muharam menipu sejarah.

Jika bangsaku menjadi Syiah
jika sahabatku memilih Rafidhah
hiruplah selaut darah
bunuhlah Ahlus Sunnah
seperti yang mereka lakukah di bumi Kinanah.

Jeritkan sahaja cerca makimu
dalam bahasa para pendahulumu
usah menampil wajah berseri
di balik pekat hitam kalbu
taqiah sudah tidak laku.

Kini bukan masa bersilat kata
angkara Hizbullat dan Nasrullat
serta durjana tanah sekangkang dajal terlaknat
sudah membusuk bau khianat
masihkah perlu mencari muafakat
mendendang lagu menyeru akhawat

Setelah terpampang depan mata
tiada persaudaraan dalam agama
antara pemuja lata
tak akan bersaduara pemuja Allah Tuhan semesta.