Seorang wanita dari Bani Makhzum telah melakukan jenayah mencuri lalu dia ditangkap dan diputuskan atasnya hukum hudud potong tangan. Memandangkan dia dari kalangan bangsawan kaum, kaum keluarga wanita tersebut telah becadang untuk mencari jalan melepaskannya dari hukuman. Untuk itu mereka meminta bantuan Usamah bin Zaid supaya permohonan dikemukakan kepada Rasulullah SAW agar hukuman hudud potong tangan ke atas wanita tadi digugurkan. Ini memandangkan dekatnya hubungan Usamah bin Zaid dengan Rasulullah SAW. Apa yang berlaku, air muka Rasulullah berubah bila Usamah bin Zaid menyatakan harapan kaum keluarga wanita terbabit.
Rasulullah SAW lantas bersabda:
Rasulullah SAW lantas bersabda:
أتشفع في حد من حدود الله؟
“ Adakah kamu mahu minta tolong (membatalkan) hudud Allah? "
Baginda bangun dan berkhutbah kepada khalayak:
إنما أهلك الذين من قبلكم أنهم كانوا إذا سرق فيهم الشريف تركوه ،وإذا سرق فيهم الضعيف أقاموا عليه الحد ،وأيم الله ،لو أن فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها
"Sesungguhnya yang membinasakan ummat sebelum kamu adalah apabila mencuri di kalangan mereka orang mulia, mereka lepaskan dia. Sebaliknya, apabila yang mencuri itu orang lemah, mereka tegakkan ke atasnya hokum hudud. Aku bersumpah dengan nama Allah, Seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya!”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Dari hadis Rasulullah ini jelas menyatakan pentingnya keadilan dalam menegakkan hukum dan undang-undang tanpa memilih bulu. Siapa pun yang melakukan kesalahan, dia hendaklah dihukum. Di depan undang-undang, tiada ada bangsawan dan marhain. Tidak ada raja ataupun rakyat biasa. Orang kaya dan miskin seripa sahaja. Kesamarataan di depan undang-undang adalah prinsip penting keadilan.
Mengingkari perinsip kesamarataan dalam menegakkan keadilan ini akan menjerumuskan negara ke dalam kebinasaan. Penjenayah di kalangan atasan akan kian bermaharajalela. Ketidakpuasan rakyat akan semakin melebar. Maka, hilanglah kesentosaan bernegara. Sendi-sendi negara akan porak peranda bila rakyat sudah tidak berpuas hati kerana kelancangan penguasa yang berat sebelah dalam menegakkan hukum.
Sebab itu, kita memandang berat perkembangan mutakhir dalam negara Malaysia berhubung pendakwaan terpilih yang sedang diamalkan. Contoh terkini yang sedang disaksikan rakyat adalah bagaimana pihak berkuasa menangani isu para peserta himpunan Janji Bersih yang dilaporkan memijak gambar pemimpin negara pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Mereka yang terlibat telah ditangkap dan disoal siasat serta bakal menghadapi pendakwaan. Apa yang dipersoalkan oleh sebahagian rakyat adalah ketidakpedulian pihak berkuasa dalam isu yang sama apabila gambar pemimpin pembangkang dipijak oleh penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati atas beberapa isu. Mereka itu tidak ditangkap atau disoal siasat. Sikap berat sebelah ini menyebabkan sebahagian rakyat mempersolkan ketelusan pihak berkuasa.
Rakyat yang berhemah tinggi tidak sudi melihat gambar sesiapa dipijak dan dihina. Lebih-lebih lagi bagi orang Islam. Islam melarang kita dari menghina musuh kerana dengan menghina musuh itu akan mengundang musuh menghina kita pula. Jangan memulakan konfrontasi tetapi jika dikonfrontasi oleh musuh, jangan pula berpeluk tubuh merelakan diri dihina dan dipersendakan. Inilah imbangan antara adab dan maruah yang menjadi lambang tingginya akhlak dan keperibadian muslim.
Namun, dalam soal menangangi peghinaan ke atas pemimpin, bukan hanya pemimpin negara dari parti penguasa sahaja yang mahu dipelihara. Pemimpin-pemimpin parti pembangkang juga tidak harus dihina. Jika penghina pemimpin negara ditangkap, penghina pemimpin parti pembangkang juga wajar ditangkap. Gagal menegakkan keadilan ini, menempah kehancuran untuk negara dan rakyat.
Sesungguhnya keadilan memang amat getir untuk ditegakkan. Ia memerlukan para penegak hukum yang berjiwa besar. Sangat banyak sentimen yang menghantui. Memang manusia dilengkari oleh pelbagai sentimen yeng mempengaruhinya. Kekadang kerana sentimen bangsa, keadilan diketepikan. Sentimen darjat, harta kekayaan, jawatan, agama dan bermacam-macam lagi mungkin mempengaruhi para penegak hukum. Sebab itu, penegak hukum perlukan jiwa besar. Jiwa besar perlu disokong dengan ketakwaan yang tinggi, barulah wujudnya kesanggupan mengetepikan sentimen.
Allah menegaskan:
Mengingkari perinsip kesamarataan dalam menegakkan keadilan ini akan menjerumuskan negara ke dalam kebinasaan. Penjenayah di kalangan atasan akan kian bermaharajalela. Ketidakpuasan rakyat akan semakin melebar. Maka, hilanglah kesentosaan bernegara. Sendi-sendi negara akan porak peranda bila rakyat sudah tidak berpuas hati kerana kelancangan penguasa yang berat sebelah dalam menegakkan hukum.
Sebab itu, kita memandang berat perkembangan mutakhir dalam negara Malaysia berhubung pendakwaan terpilih yang sedang diamalkan. Contoh terkini yang sedang disaksikan rakyat adalah bagaimana pihak berkuasa menangani isu para peserta himpunan Janji Bersih yang dilaporkan memijak gambar pemimpin negara pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Mereka yang terlibat telah ditangkap dan disoal siasat serta bakal menghadapi pendakwaan. Apa yang dipersoalkan oleh sebahagian rakyat adalah ketidakpedulian pihak berkuasa dalam isu yang sama apabila gambar pemimpin pembangkang dipijak oleh penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati atas beberapa isu. Mereka itu tidak ditangkap atau disoal siasat. Sikap berat sebelah ini menyebabkan sebahagian rakyat mempersolkan ketelusan pihak berkuasa.
Gambar PM dipijak |
Tunjuk punggung! |
Pijak gambar YB Khalid Samad |
Sesungguhnya keadilan memang amat getir untuk ditegakkan. Ia memerlukan para penegak hukum yang berjiwa besar. Sangat banyak sentimen yang menghantui. Memang manusia dilengkari oleh pelbagai sentimen yeng mempengaruhinya. Kekadang kerana sentimen bangsa, keadilan diketepikan. Sentimen darjat, harta kekayaan, jawatan, agama dan bermacam-macam lagi mungkin mempengaruhi para penegak hukum. Sebab itu, penegak hukum perlukan jiwa besar. Jiwa besar perlu disokong dengan ketakwaan yang tinggi, barulah wujudnya kesanggupan mengetepikan sentimen.
Allah menegaskan:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) Karena Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, Karena adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Surah Al-maidah: Ayat 8)
(Surah Al-maidah: Ayat 8)
Rakyat tidak rela dizalimi. Perasaan mahukan keadilan adalah fitrah semua orang. Pada saat berlaku penipuan jutaan wang rakyat oleh seorang ahli korporat yang berlindung dibalik kedudukannya sebagai orang dekat dengan menteri, dia tidak disiasat, didakwa dan dihukum sebagaimana sepatutnya. Namun, apabila penipuan wang melibatkan jabatan dan syarikat dilakukan oleh seorang pekerja biasa, ia disiasat dan didakwa habis-habisan. SPRM yang bangun seolah-olah "terkejut beruk" dari tidurnya, dengan pantas menyerbu individu "daif" terbabit. Tindakan pilih bulu sebegini hanya memalukan. Tidak ada yang perlu dibanggakan dengan ketangkasan pihak yang diamanahkan menjaga amanah tugas dan kewangan rakyat, syarikat dan negara jika ia dibuat secara senget dan tidak adil.
Keghairahan pihak PDRM menangani segelintir rakyat memijak gambar Perdana Menteri tidak diimbangi pula ketegasan menghalang kebejatan sebahagian rakyat yang mengencingi gambar pemimpin parti lawan. Ini watak berat sebelah, senget, tempang dan pilih bulu dalam menegakkan keadilan. Ini bukan ciri sebuah negara Islam, bukan juga ciri negara berkebajikan dan ia juga bukan ciri negara sivil yang yang menjadi ijtihad pencinta Islam di beberapa negara umat Islam yang sedang mengolah perubahan. Malah, negara demokrasi menurut teori asalnya dari Barat pun tidak merestui watak senget dalam menegakkan keadilan seperti ini.
Masyarakat sedang dipunahkan oleh pihak berkuasa berjiwa domba dan dabik dada golongan penguasa dan kerabat mereka yang menjadi penjenayah bertopeng malaikat.
Kencingi gambar ulama & pemimpin PAS. |
Masyarakat sedang dipunahkan oleh pihak berkuasa berjiwa domba dan dabik dada golongan penguasa dan kerabat mereka yang menjadi penjenayah bertopeng malaikat.