Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Kanak-kanak penjual kertas keputusan sport toto

July 25, 2010

Beberapa orang kanak-kanak di kaki lima jalan melambai-lambaikan selembar kertas sewaktu aku memandu kereta memasuki bandar Sandakan malam ini. Aku sering melihat kanak-kanak yang menawarkan lembaran kertas itu saban kali aku berkunjung untuk sesuatu tujuan  ke bandar Sandakan. Biasanya, kalau ke bandar Sandakan di malam hari, tujuanku adalah pasaraya Genting Mas.

Kanak-kanak itu pada hematku adalah anak-anak pendatang yang menghuni bandar Sandakan. Mereka menjual lembaran kertas keputusan Sport ToTo. Mana-mana kereta yang lalu, mereka akan menawarkan kertas tersebut. Pada malam ini, aku tergerak untuk berhenti dan bertanya kanak-kanak itu.

Ketika aku memberhentikan kereta dan membuka tingkap kereta, kanak-kanak itu, kira-kira lima orang berkerumun menghulurkan kertas keputusan Sport Toto kepadaku. Namun,. setelah mereka perasan aku berkopiah, mereka menjadi serba salah.

" Orang Islam ba ini...", seorang daripada mereka berkata kepada kawannya.

" Apa yang kamu jual tu?", aku sengaja bertanya untuk mendapat jawapan mereka.

" Keputusan Sport Toto", jawab salah seorang.

" Mengapa jual kertas keputusan sport Toto?", tanyaku.

" Cari makan bang", jawab mereka.

" Berapa kamu dapat satu helai ?" tanyaku.

" Satu ni 50 sen, komisen untuk kami 20 sen.

" Kamu orang Islam?",

"Ya, Islam!", jawab kanak-kanak itu serentak.

" Islam benarkan ke jual kepuutusan Sport Toto ni?",  soalku.

" Tak tahu...",

"Ha...ni ustaz nak bagi tau...Sport Toto ni satu perjudian. Judi itu diharamkan Islam. Carilah kerja yang halal...", nasihatku.

" Kerja malam ja...kami disuruh bos...",

"Ya?hemm...judi tu haram, adik-adik cari kerja lain ya....", aku mengucapkan selamat tinggal buat kanak-kanak itu dan berlalu.

Mereka budak-budak suruhan seseorang. Mereka mangsa sebuah keadaan. Aku tidak mampu menyelamatkan mereka. Ampunkan aku ya Allah!

Judi sport toto mendapat sambutan di Sandakan. Khabarnya, di Sabah, terdapat tanggapan sesetengah orang bahawa wang daripada sport toto adalah duit halal. Ironinya, ada pak haji yang menjadi tahi judi sport toto. Jangan terkejut kalau ada 'beliau' yang berkopiah beratur beli nombor ekor.  Ada guru yang ketegar menikam nombor sport toto.  

Mudahan-mudahan lambat laun seluruh masyarakat mengerti bahawa sport toto adalah perjudian yang diharamkan dan seterusnya meninggalkannya. Marilah sama-sama kita memperjelaskan.

Mufti...di mana duduk?

July 19, 2010

Sungguhpun ada perbezaan pendangan mengenai hukum duduk di atas perkuburan, secara peribadi aku bersetuju dengan pandangan yang mengharamkannya.Sayyid Sabiq menyebutkan dalam kitab Fiqh Sunnah bahawa pandangan yang mengharamkannya adalah pandangan Mazhab Ibn Hazm dan sejumlah Salaf, termasuk Abu Hurairah. Pandangan Jumhur menghukumkannya sebagai makruh. Imam Nawawi menyimpulkan daripada apa yang disebutkan oleh Imam Syafie dalam Al-Umm dan pandangan para fuqaha aliran Syafi'iyyah bahawa makruh tersebut adalah makruh tanzih iaitu yang mendekati haram.

Amaran keras buat mereka yang duduk di atas perkuburan disebutkan dalam beberapa hadis antaranya hadis riwayat Jabir Radiallahu anhu:


نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ


" Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang menembok kubur, duduk di atasnya, dan didirikan (dibina) bangunan di atasnya. 
(Hadis Riwayat Muslim, 5/90, no. 1610)

Ketika persoalan ini diutarakan dalam Dauratul Quran,  aku memetik pendapat yang mengharamkannya. Ini kerana kedapatan kebiasaan yang meluas di kalangan masyarakat Islam di Malaysia duduk sambil membaca Al-Quran di atas tanah perkuburan, terutamanya pada hari-hari raya. Amalan ini tidak pernah dibuat Oleh Rasulullah dan Salafus Soleh. Perkuburan bukan tempat beribadat. 

Seorang ahli daurah melontarkan kemusykilan mengenai apa yang dilakukan oleh para mufti  pada saat raja-raja meninggal. Para mufti mengepalai kaum kerabat diraja dan orang ramai untuk duduk beramai-ramai di atas perkuburan sambil melakukan upacara pemakaman terakhir termasuk membacakan ayat-ayat Quran dan talqin.

Masakan kalau tidak boleh, para mufti membuatnya? Bukankah para mufti itu andal kita semua dalam bergama?

Menjawab persoalan ini, aku menyebutkan tentang kebisuan para mufti dalam menghadapi upacara pertabalan raja-raja yang dibayangi dengan pelbagai khurafat. Ketika seorang raja akan ditabalkan, segala macam alat pusaka warisan dan lambang diarak dengan penuh takzim dengan ritual tertentu. Tidak nampak ciri kesultanan Islam di sana. Kononnya itu adalah amalan warisan raja-raja Melayu. Bahkan, ia lebih mirip kepada amalan Hindu yang menjadi akar awal kepada sistem beraja di alam Melayu. Walaupun sudah lama sistem beraja itu disultankan, para mufti yang mendampingi sultan-sultan masih gagal membasminya. Mufti  lebih berperanan sebagai pembaca doa majlis, sekadar untuk mengatakan majlis itu mendapat berkat.  Itulah kemampuan seorang mufti dalam sebuah negeri di Malaysia.

Tiba-tiba, seorang mufti menyeru agar Melayu bersatu. Masyarakat Melayu yang melihat mufti sebagai ikon penting dalam Islam akan keliru. Seruan mufti ini dilihat sebagai seruan yang muluk, ikhlas dan wajib disambut. Siapa yang enggan menyambut, dialah penderhaka kepada Islam.

Namun banyak tandatanya di sana. Kenapa seruan itu baru sekarang dilagukan, di kala kerajaan sekarang mulai goyah? Kenapa pula hanya melibatkan UMNO dan PAS. Bukankah PKR juga parti yang didokongi mojoriti Melayu? Bukan semua dalam PAS itu orang Melayu. Pas sendiri tidak pernah mendakwa ia parti Melayu. Datuk Nik Aziz Nik Mat pernah melahirkan hasratnya melihat seorang Cina lulusan pengajian Islam mentadbir negeri Kelantan.Terdapat beberapa YB Pas dari bangsa Cina.Sejauh ini PAS tidak memperjuangkan kebangsaan Melayu malah ia menolak mentah-mentah fahaman kebangsaan.

Sebuah pohon kekar yang sedang tumbuh subur buat bernaung rakyat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia kini berbatangkan sebuah parti bernama PAS. Tak ada guna mencantas dahan kerana kalau dahan dicantas akan tumbuh dahan baru. Silap-silap dahan baru itu semakin banyak tunasnya dan merimbun lebih banyak. Justeru, untuk menumbangkan pokok itu, cantas sahaja batangnya. Kalau tak boleh potong batangnya, dikilir buang kulit keliling batang itu pun boleh. Lambat laun matilah dahan dan ranting dek kerana tak dapat bekalan dari bumi.

Demikianlah adanya telahan di sebalik seruan perpaduan. Berpadu adalah dengan tali Allah. Itulah seruan. Itulah yang perlu diperjuangkan. Kalau berpadu hanya mempertahankan perjuangan bangsa sedang bangsa tak menikmati keadilan, apalah ertinya. Selama berdekad, bangsa Melayu tetap tertindas dan diperas. Rakyat bumipetera di pendalaman, khususnya di sabah dan Sarawak masih ramai yang tidak mendapat keperluan asas. Jalan raya masih daif. Air dan elektrik belum juga merata buat semua rakyat. 

Namun, minyak dinaikkan harga dan kesannya merata buat semua rakyat. Kononnya pengurangan sabsidi untuk membantu rakyat. Memberikan biasiswa buat pelajar bumiputera. Tetapi, sebenarnya rakyat hanya mendapat sedikit sekali. Yang ditarik daripada poket rakyat tidak kembali ke poket rakyat.

Para mufti punya amanah besar menegakkan keadilan buat rakyat. Jika itu dilakukannya, barulah dia bernama ulil amri yang kepadanya ditaati selepas Allah dan Rasul. Tugas mufti bukan membela pemerintah kerana tidak selama kebenaran bersama pemerintah. Saat pemerintah membuat rakyat resah, mufti perlu memberi amaran keras buat pemerintah.


Minyak naik harga...Usah mengeluh!

July 16, 2010

Minyak naik harga lagi. Cuma 5 sen. Sedikit sahaja, kata sesetengah orang. Tak meyusahkan rakyat pun. Tambah suara yang mendokong kenaikan harga minyak. Tentunya mereka bukan kalangan rakyat bawahan yang paling terkesan dengan kenaikan harga minyak. 

Kenaikan harga minyak, sekecil apapun, pasti mendatangkan kesan. Harga minyak merupakan kunci yang mengawal harga-harga barang keperluan lain. Apabila harga minya naik 5 sen, harga barangan lain takkan naik 5 sen. Kononnya, harga teh tarik dibayangkan pada harga RM1.25 sen. Siapakah yang terlalu dunggu memikirkan peniaga gerai dan restoran akan menjual teh tarik dengan harga RM1.25 sen? Bukan senang bagi para peniaga hendak menyediakan duit siling 5 sen baki buat dipulangkan kepada pelanggan. Kemungkinan harganya akan jadi RM1.30 sen. Mungkin untuk mudah, diletakkan pada harga RM1.50.

Dakwaan kerajaan bahawa rakyat didahulukan cuma sebuah retorik. Kalau pun rakyat didahulukan, rakyat dari kelompok mana? Pencapaian didahulukan. Pencapaian apa dan siapa? 
Jika sebuah kerajaan tidak boleh memberi rasa aman kepada rakyat, maka saat keruntuhan kerajaan itu makin mendekat. Kemamanan bukan sahaja dari serangan musuh. Kemanan rakyat daripada ancaman kenaikan harga minyak juga salah satu yang diperlukan. Rakyat tidak pernah senang duduk dan hanya menunggu-nunggu kemungkinan naiknya harga minyak. 

Bagiku...
Tak guna melepas keluh
Biarkan rakyat menelan geruh
Penguasa tamak lagi angkuh
Saban penggal  berdiri teguh
Oleh rakyat mereka diperteguh
Lima tahun asyik bersimpuh
Diinjak digilis setia utuh
Panutan lama tak roboh
Sokongan berkarat tebal bersepuh

Petani, nelayan, buruh kasar dan peneroka
Pegawai kerajaan maupun swasta
Semua rakyat jelata
Sampai bila akan diperkuda
Menelan bimbang kenaikan harga

Mereka di sana membina istana berjuta
Dapat elaun entah apa-apa
Naik kereta minyak percuma
Membeli belah di luar negara
Rumah besar di tanah rata


Bila negara kurang harta
Poket rakyat diseluk pula
Poket sendiri kembung saja

Usah berbicara bahasa mulia
Pemimpin berjiwa rakyat jelata
Takkan berdiri seorang raja
Jika rakyat tidak rela
Terus berdiri rakyat semua
Miski raja hilang sirna

Biarlah kita berjiwa merdeka
Berani melangkah menempa pancaroba
Membuang karat khurafat lama
Berani mengubah perubahan diterima

Diakah sang Khawarij?

July 10, 2010


عن أبي سعيد الخذري قال: بينما نحن عند رسول الله (ص) وهو يقسم قسما أتاه ذوالقويصرة وهو رجل من بني تميم فقال: يا رسول الله اعدل. قال رسول الله (ص) ويلك ومن يعدل إن لم اعدل؟ قد خبتُ وخسرتُ إن لم اعدل. فقال عمر بن خطاب (ض) يا رسول الله ائذن لي فيه اضرب عنقه. قال رسول الله (ص) دعه فإن له أصحابا يحقر أحدكم صلاته مع صلاتهم وصيامه مع صيامهم يقرئون القران لا يجاوز تراقيهم ويمرقون من الإسلام كما يمرق السهم من الرمية
Dari Abi Said AlKhudry berkata, Tatkala kami bersama Rasulullah saw. dan beliau sedang membahagikan ghanimah, datang Dzul Khuwaishirah salah seorang dari Bani Tamim dan berkata, “Wahai Rasulullah berbuat adillah!” Berkata Rasulullah saw., “Celaka! Siapa yang akan berbuat adil jika saya tidak berbuat adil? Niscaya saya celaka dan binasa jika saya tidak adil.” Berkata Umar bin Khattab, “Wahai Rasulullah! Ijinkan saya memenggal lehernya.” Berkata Rasulullah saw., “Biarkanlah dia. Sesungguhnya dia mempunyai banyak teman, di mana dianggap remeh solat di antara kalian dibanding solat mereka, puasa kalian dibanding puasa mereka, mereka membaca AlQur’an tidak sampai kecuali pada tenggorokan mereka. Mereka keluar dari Islam sebagaimana lepasnya anak panah dari busur.” 
(HR. Bukhari dan Muslim)


Diakah sang khawarij?
Merasa diri hebat dalam beragama
Ibadatnya menghitamkan dahi
Bacaan Qurannya sukar ditandingi
Mengalahkan sahabat nabi

Agama yang dimudah dipersulitkan
Bid’ah diperelokkan dengan logik akal
Keras dalam bicara
Beralasan membela agama
Sedang agama tidak terbela
Malah kiah calar merajalela

Merendahkan pewaris ambiya
Berapa banyak muslimin disesatkan
Hatinya bergelumang prasangka
Menjadi juara bicara agama
Sedang sedikit mendalaminya
Agama ditafsir di luar tafaqquh

Indahnya slogan yang dikumandang
“La hukma illa lillah!”

Janganlah mengkagumi istidraj

July 7, 2010


وَلاَ تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَأَوْلاَدُهُمْ إِنّمَا يُرِيدُ اللّهُ أَن يُعَذّبَهُمْ بِهَا فِي الدّنْيَا وَتَزْهَقَ أَنفُسُهُمْ وَهُمْ كَافِرُونَ
Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki akan mengazab mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan agar melayang nyawa mereka, dalam keadaan kafir.
(Surah At-Taubah: Ayat 85)

Mereka yang tidak beriman dengan Allah, hidup kaya dan mewah di dunia.  Mereka melahirkan anak-anak yang ramai sehingga membentuk bangsa yang bertebaran di serata dunia. Kenapa?
Lihat sahaja Negara-negara maju dalam dunia. Mana negara ummat Islam yang boleh dibilangkan sebagai negara maju? Semuanya negara orang kafir. Negara mereka kaya dan makmur. Mereka menjadi kuasa ekonomi dunia. Amerika Syarikat menjadi negara terkuat dari segi ekonominya. Malah ia juga mengkagumkan dari segi ketenteraan, teknologi, tamaddun ilmu dan sebagainya. Seperti…dunia ini ia yang punya. Lihat pula negera Cina, ia adalah sebuah negara orang kafir kerana pemimpinnya adalah bukan Islam dan majority rakyatnya bukan Islam. Kini Cina sedang bangkit menjadi gergasi ekonomi dunia. Cina melahirkan bangsa yang menebar seluruh alam. Bangsa Han merupakan sekelompok bangsa yang terbesar di dunia!.
Negara Ummat Islam dalam keadaan lemah.  Ummat Islam menjadi ummat yang leceh dan diperlecehkan.  Walaupun dikatakan jumlah penganut Islam hari ini banyak sekali, namun banyaknya  laksana melukut di tepian gantang. Banyak tidak membawa erti. Laksana ghusa’us sail ( Buih di laut).
Banyak bukan pada jumlah tetapi pada kuasa dan pengaruh. Yahudi dalam dunia hari ini bukan bangsa yang ramai tetapi mereka menjadi ramai dari segi kuasa dan pengaruh!
Memang pencapaian orang-orang kafir hebat dalam dunia. Tak perlu merantau jauh bagi membuktikan hal ini. Lihat sahaja bangsa cina bukan Islam dalam negara Malaysia. Mereka memegang kekuasaan ekonomi dalam negara kita.  Kalangan merekalah individu terkaya. Mengapa di saat mereka tidak beriman kepada Allah, mereka mendapat limpah kurnia yang lebih daripada mereka yang beriman?
Di musim orang gila bola sepak ini, pasukan yang dikagumi bukan pasukan dari negara dan ummat Islam. Senaraikan negara-negara sanjungan dalam dunia bola sepak, semuanya negara orang kafir.  Brazil, Argentina, Paraguay, Belanda, Perancis, England dan lain-lainya. Tidak terdengar nama Malaysia, Indonesia, Mesir, Jordan, Syria, Irak, Arab Saudi dan serangkai negara ummat Islam dalam aksi piala dunia itu.
Demikan pula, pemain yang dikagumi bukan individu muslim. Mereka adalah pemain-pemain yang tidak beriman kepada Allah.
Kendatipun begitu, kehebatan mereka dalam dunia bola sepak menjemput ketakjuban ramai pihak!
Ya wailak…jangan dikagumi tentang kehebatan mereka yang kufur keppada Allah dan janganlah dicemburi tentang pencapaian dunia ini!
Kalau dunia ini ada nilai di sisi Allah seberat timbangan sayap nyamuk, sudah tentu mereka yang kufur dengan Allah itu tidak akan menjamah seteguk minuman pun.  Justeru dunia ini adalah ‘nil’ di sisi Allah, Allah berikan kepada mereka sebanyak-banyaknya. Di akhirat, tiada habuan buat mereka. Ganjaran mereka adalah di dunia sedangkan ganjaran orang beriman di akhirat.
Kemegahan pencapaian orang-orang yang tidak beriman dengan Allah itu hanyalah sebuah istidraj!