Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Daulat, tulah dan saka

May 28, 2009

Langkawi bebas daripada sumpahan Mahsuri akhirnya. Sebagai tanda bebasnya dari sumpahan tersebut, Langkawi membangun pesat. Demikianlah sesetengah orang Melayu menyimpan kepercayaan.
Kononnya Mahsuri itu keturunan yang berdaulat dan sumpahannya menjadi kenyataan.


Di Kota Tinggi , Johor pula, timbul cerita-cerita mulut mengatakan sumpahan Sultan Mahmud yang mangkat dijulang, ke atas Laksamana Bentan dan keturunannya telah berakhir.

Cerita Laksamana Bentan membunuh Sultan Mahmud ketika dijulang atas tandu disebutkan dalam Hikayat Tuhfat Al-Nafis. Kerana Sultan itu telah membunuh isterinya, kerana seulas nangka, Laksamana tersebut yang bernama Megat Seri Rama, telah membalas dendam dengan menikam raja yang zalim tersebut. Maka, matilah raja itu tetapi sebelum mati, kononnya dia bersumpah, bahawa semua anak Bentam tidak boleh menjejaki kaki ke Kota Tinggi. Laksamana Bentan telah muntah darah selepas raja melafazkan sumpahannya. Seterusnya keturunan Laksamana Bentan yang melanggar sumpahan sang raja dan berani menjejaki kaki ke Kota Tinggi akan muntah darah.

Kata mereka yang mempercayai hal ini...
"Inilah daulat seorang raja...!"

Ada cerita yang aku dengar tentang Sultan Abdul Hamid yang memerintah Kedah dahulu, kononnya pada satu masa dia dipanggil merasmikan sebuah jambatan yang telah siap dibina. Dia letakkan sebelah kakinya dan jambatan itu pun senget. Peristiwa luar biasa itu dikatakan berkaitan dengan daulat sang raja.

Jangan main-main dengan daulat raja berdaulat. Demikianlah satu kefahaman disebarkan dalam pemikiran masyarakat Melayu.

Orang Melayu pun melaungkan...

"Daulat Tuanku!"



Akibat melangkah daulat raja, akan datanglah satu bentuk hukuman dan pembalasan yang disebut tulah. Orang-orang di Sabah selalu menggunakan istilah 'ketulahan' untuk menggambarkan akibat buruk kerana melanggar satu pantang larang.

"Daulat, tulah dan saka adalah nama-nama yang berkisar pada satu persoalan yang sama..." aku membuat kesimpulan itu ketika berbincang dengan GB mengenai pengembaraannya ke Pulau Langkawi baru-baru ini.

Daulat bukan keramat para auliya' Allah swt. Daulat bukan ma'unah daripada Allah swt. Daulat itu tidak lain melainkan tipudaya syaitan yang ditaburkan kepada manusia alam Melayu. Kepercayaan kepada Daulat yang diselitkan iktikad bahawa melanggar daulat seorang raja boleh menyebabkan ketulahan adalah syirik kepada Allah, wal iyazubillah.

Bahawa, tiada sesuatu apapun musibah melainkan kerana kehendak Allah belaka. Inilah iktikad selamat yang perlu kita perjuangkan untuk diri dan masyarakat.

Firman Allah swt:

Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang Telah ditetapkan Allah untuk kami. dialah pelindung kami, dan Hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal."

(Surah At-taubah: Ayat 51)


Dalam masyarakat Melayu ada satu istilah lain yang membawa konotasi negatif iaitu 'saka'. Saka secara jelasnya merupakan warisan nenek moyang yang berkaitan dengan jin dan syaitan. Saka kebiasaannya bersandarkan kepada sesuatu barang pusaka atau amalan nenek moyang yang dipindahkan kepada keturunan demi keturunan. Seorang terdahulu yang pernah membuat perjanjian tertentu dengan jin atau syaitan akan mewarisi legasi perjanjian itu kepada anak cucunya melalui pemusakaan sesuatu barang atau amalan yang menjadi simbul dan lambang kelangsungan hubungan tersebut.

Antara alat kebesaran yang menjadi lambang saka daulat

Inilah saka. Apa bezanya dengan daulat? Saka untuk rakyat biasa. Daulat untuk golongan bangsawan dan raja-raja. Bagi mendapat penjelasan lanjut tentang hubungan jin dengan daulat ini, kita boleh merujuk kepada satu adat pertabalan raja Perak yang dipanggil Tabal Jin. Adat sebegini jelas merupakan satu saka peringkat tinggi yang menjadikan jin-jin yang terikat dengan istiadat itu menompang dan menyokong pemerintahan seorang raja.
( Rujuk: Istiadat Tabal Jin)


Sesungguhnya masyarakat Melayu telah lama Islam. Namun, tidak semua adat, kebudayaan, sistem hidup dan lain-lain lagi di alam Melayu turut menjadi Islam. Sebahagian adat kebiasaan hindu masih diamalkan. Sebahagian adat paganism masih menyerap dalam beberapa sendi adat kebudayaan Melayu. Terdapat pula tipu daya syaitan yang masih membelanggu minda masyarakat Melayu.

Sesungguhnya generasi pembaharu perlu berani menongkah segala kebobrokan ini. Generasi pembaharu yang membawa panji agama Islam perlu segera tampil sebelum generasi pembaharu yang membawa panji selain Islam tampil mendominasi.


Berkat Gerakan Islam

May 27, 2009

"Jika anakku besar nanti, akan aku hantarkan anakku belajar di pondok", seorang rakan setugasku meluahkan harapannya ketika kami sedang becakap mengenai pendidikan anak-anak.

"Mengapa?", aku bertanya kepadanya.

"Yalah...di sana banyak ilmu yang boleh dipelajari dan saya mahu mahu anak saya hafal Al-Quran...", dia menyatakan sebab kenapa dia menyimpan harapan begitu.

"Sekarang banyak sekolah-sekolah Islam yang ditubuhkan, kenapa tak pilih salah satu daripadanya untuk hantar anakmu ke sana?"aku mengusulkan kepadanya.

"Bagus ke sekolah-sekolah macam tu?", teman itu bertanya ragu-ragu.

"Amat bagus...lebih-lebih lagi sekolah Islam yang ditubuh oleh gerakan Islam", balasku.

Teman itu kelihatan berfikir mendengar kata-kataku. Mungkin membuat pertimbangan antara hantar anak belajar di pondok dengan belajar di sekolah-sekolah Islam.

"Kita ketandusan manusia berilmu yang berfikiran harakah yang mampu mencetuskan perubahan dalam masyarakat. Inilah yang dibina di sekolah-sekolah Islam anjuran gerakan Islam", aku melanjutkan peneranganku.
Iman As-Syahid Hasan Al-Banna, seorang ikon gerakan Islam.


Inilah sebahagian dilema ibu bapa yang bersemangat berkobar-kobar hendak mendidik anak-anak dengan ilmu Islam. Pada satu tahap, pada tahun-tahun yang telah lalu, kebanyakan ibu bapa nampak pengajian pondok sebagai pilihan terbaik untuk mendidik anak-anak dengan ilmu Islam. Setelah timbul sistem pengajian agama dalam bentuk yang lebih moden seperti madrasah, sekolah-sekolah Agama Rakyat dan kini sekolah-sekolah Islam yang diwujudkan sebagai rangkaian gerakerja gerakan Islam, ibu bapa mempunyai pilihan yang lebih baik dan lebih luas.

Aku teringat kata-kata Paklong Solah yang aku temui di Makkah dahulu. Katanya, setelah gerakan Islam bergerak gencar dan aktif dalam masyarakat, barulah Islam sebagai cara hidup tersebar dan merata dalam masyarakat. Padahal, selama berkurun, sebelum wujud gerakan Islam di negara kita, Islam diamalkan dan didominasi secara sempit oleh golongan agamawan. Itupun tidak menggambarkan konsep Islam yang kaffah.

Pak Hamka, membawa manhaj baru dan menyongsong aliran ayahnya sendiri.

Pondok pengajian telah ada sejak zaman Melaka. Tidak dinafikan jasanya banyak. Namun sehingga tahun 50-an, kita melihat ustazah-ustazahnya masih tidak bertudung. Kalaupun bertudung, sekadar skaf yang ringkas. Itulah gambaran praktikal agama yang mampu terhasil dalam perkembangan ilmu agama selama berkurun.

Gerakan Islam hanya benar-benar memainkan peranan dalam masyarakat menjelang pertengahan abad ke 19. Belum cukup seratus tahun. Kini, mana ada ustazah yang mengajar tidak bertudung?Masyarakat telah memperkatakan politik Islam, ekonomi Islam, pentadbiran Islam dan sebagainya. Islam diperkatakan dalam bentuk pengamalan dalam semua aspek dan lapangan hidup.


Inilah berkat lahirnya golongan yang bernaung dan berjuang di bawah wadah gerakan Islam.

"Hantarlah anakmu belajar di sekolah Islam yang ditubuhkan oleh gerakan Islam..."aku mengulangi nasihatku kepada teman itu.

Safar haji: Tikus kebulur dalam jelapang padi

May 25, 2009

Aku menyelak lembaran buku catatan perjalanan hajiku. Sebenarnya banyak lagi catatan perjalananku yang belum aku masukkan ke blog. Mungkin rasa tidak releven dan tiada keperluan. Namun, seminggu dua ini, aku hilang minat menulis. Mungkin tiada isu yang menuntut keperihatinan. Seharusnya tidak begitu. Dalam dunia luas ini, banyak sekali isu yang menuntut keperihatinan dan jika kita hendak menulis, banyak sekali yang boleh ditulis. Tulisan sebenarnya laksana sungai yang mengalir dari legeh pergunungan menuju kuala dan bersatu dengan laut khazanah cendikia terdahulu.

Aku ingin sekali menulis terus menerus. Menulis setiap derap langkahku. Menulis juga setiap kelibat yang melata di maya pada. Hidupku tidak sepanjang apa yang ingin aku tulis. Kenapa aku sia-siakan masa sehari dengan lakuna daripada menulis?

Sungguh sukar sekali mengimbangi antara keperluan menulis dan kemampuan menulis!

dalam kesempatan ini, biar aku tulis sedikit catatan safar haji yang tertunda yang sudah berkulat dalam buku catatan safarku.

Ini adalah berkenaan kejahilan seorang lelaki Arab Saudi.

Ketika aku bersama dengan jemaah haji KT54 dalam perjalanan pulang setelah 8 hari di Madinah, kami terpaksa solat subuh di Lapangan Terbang Madinah. Lapangan terbang di Arab Saudi sememangnya tidak menyediakan ruang solat yang selesa. Saya menyedari hal ini ketika sampai di Jeddah dahulu lagi. Dalam soal kemudahan solat ini, Lapangan terbang KLIA jauh lebih baik berbanding lapangan terbang di Arab Saudi.
Sahabat-sahabat yang pernah berkelana ke lapangan terbang negara-negara Arab yang lain juga menceritakan tentang tiada musalla di lapangan terbang negara-negara Arab.

Ironi sekali, sebuah negara yang saban tahun menerima jutaan jemaah haji, tidak menyediakan ruangan solat yang selesa di lapangan terbangnya.

Ketika kami sampai, waktu subuh pun sudah masuk. Kami ada kira-kira setengah jam lagi untuk boarding ke penerbangan balik ke Malaysia. Ketika itu, beberapa petugas di lapangan terbang, berbangsa Arab, mungkin yang menguruskan istiqbal para hujjaj, sedang menyusun naskhah-naskhah Al-Quran terjemahan untuk dibahagi-bahagikan kepada kami. Naskhah-naskhah tersebut dikeluarkan daripada kotak-kotaknya.

Oleh kerana kami tiada sejadah untuk solat subuh, salah seorang daripada kami mahu mengambil kotak-kotak yang telah kosong itu untuk dijadikan alas solat.

Lelaki Arab itu melarangnya. Aku menghampirinya dan bertanya kenapa tak boleh. Katanya, ada tertulis Al-Quran di atasnya. Aku meneliti tulisan di atas kotak tersebut. Tiada tulisan Al-Quran kecuali kalimah Arab iaitu:
مجمع الملك فهد لطباعة المصحف الشريف


Kalimah tersebut dikatakannya tulisan Al-Quran. Aku memberitahunya bahawa itu bukan Al-Quran dan mahu mengambil kotak itu buat alas solat subuh. Tetapi dia tidak percaya dan berhujjah seolah-olah dia pandai.

Aku menggeleng kepala atas kejahilan pak Arab tersebut. Sungguhlah kejahilan Arab menjadi sebab kenapa sampai hari ini mereka berpecah belah dan tidak mampu bersatu. Kadar buta huruf di kalangan rakyat Arab masih lagi tinggi. Yusuf Al-Qaradhawi pernah menulis tentang sebab-sebab 'Takhalluf ' umat ini dengan meletakkan sifat buta huruf Arab sebagai salah satu puncanya.

Tulisan terdahulu aku pernah menulis mengenai seorang lelaki Arab yang tak suka bercakap fusha dan mengatakan adakah wajar kita bercakap dengan bahasa yang tidak dipercakapkan. Kejahilannya menyebabkan dia berkata begitu. Dia tidak tahu atau mungkin buat tidak tahu bahawa Al-Quran bercakap dengannya.

Seharusnya, sebagai bangsa yang mendepani ilmu Islam, baik dari segi sejarah maupun tempat, mereka lebih terkehadapan daripada lain-lain bangsa di dunia.
Tapi mereka umpama tikus kebulur dalam jelapang padi.


Jika mereka hadiahkan kamu ular...

May 19, 2009


Jika seseorang menghadiahkan kamu ular, kamu mungkin menolaknya. Kamu akan mengatakan orang yang memberimu hadiah ular tersebut ingin menimpakan musibah kepadamu. Mungkin dia ingin kamu mati dipatuk ular. Lalu kamu akan memarahinya. Kamu mungkin akan menhabiskan seluruh hidupmu untuk membencinya dan memarahinya akibat perbuatannya menghadiahkan kamu ular.

Jika kamu berjaya selamat daripada bahaya ular tersebut, kamu mungkin membunuh ular tersebut dan habis cerita.
Tapi apakah itu cara yang terbaik?

Inilah pertanyaan yang dilontarkan oleh Dr. Aidh Al-Qarni menerusi bukunya "La Tahzan".

Sesungguhnya, jika kita tahu memanfaatkan ular, ular yang berbisa yang pada mulanya dihadiahkan untuk mencelakakan kita, akhirnya akan bertukar menjadi barang yang mendatangkan manfaat yang besar. Mungkin ular itu boleh diambil kulitnya yang berharga!

Rasulullah SAW dihalau keluar dari Makkah lalu berpindah ke Madinah, dengan sebab penyingkirannya tersebut, baginda dapat membina negara Islam Madinah yang kemudiannya menjadi pusat kerajaan ISlam pertama dalam dunia.

Imam Ahmad bin Hambal dipenjara dan dipukul dengan sebab enggan mengatakan Al-Quran itu makhluk, akhirnya dia mendapat sanjungan dan digelar sebagai imam Ahli Sunnah.

Imam Ibnu Taimiyyah dipenjara, dengan sebab pemenjaraannya itu, terbit daripadanya karya ilmiah yang amat berfaedah.

Pak Hamka dipenjara, dengan sebab pemenjaraannya, dia berjaya menyiapkan "Tafsir Al-Azharnya".

As-Sarkhasi dikurung dalam perigi buta, dengan sebab pengurungan itu, dia dapat melahirkan 20 jilid kitab Feqah.

Ibn Athir dipenjara, lalu dia berjaya mengarang kitab Jami'ul Ushul Wan Nihayah", sebuah kitab hadis yang masyhur dan amat besar manfaatnya.

Ibn Al-Jauzi dibuang negeri dari Baghdad, dengan sebab itu dia dapat menguasai qiraat tujuh dengan baik.

Malik bin Ar-Raib telah ditimpa demam yang meragut nyawanya, lalu Qasidahnya tersebar ke seluruh dunia menyamai seluruh dewan para penyair Abbasiyah.

Justeru, disebalik musibah yang datang, pasti ada hikmah yang akan menjelang. Sabar dan bergembiralah.

Kos haji meningkat

May 18, 2009

Tabung Haji pada tahun ini mengumumkan kenaikan kos mengerjakan haji sebanyak 11 peratus. Ini bermakna kos tahun lalu sebanyak RM8973.00 akan dinaikkan menjadi RM9980.00

Kenaikan ini, menurut banyak pihak adalah terlalu tinggi. Tabung Haji seharusnya memikirkan nasib golongan berpendapatan rendah yang bersusah payah menyimpan bertahun-tahun untuk mengerjakan rukun Islam yang kelima tersebut.

Menurut satu sumber yang aku dengar, Tabung Haji bakal memiliki muassasah sendiri sebagai penginapan para hujjaj yang diuruskan oleh Tabung Haji. Tabung haji tidak lagi akan menyewa hotel bagi para hujjaj semasa di tanah suci. Jika begitu, seharusnya kos dapat dijimatkan.

Dalam keadaan sekarang, sudahlah para hujjaj menjadi mangsa lintah darat yang berkeliaran semasa musim haji. Hotel yang disewa oleh pihak Tabung Haji bukannya disemua sepenuhnya. Pihak Muassasah yang diketuai oleh pak syeikh Arab menentukan banyak perkara yang kekadang membebankan para hujjaj.

Cuba bayangkan, nasi lemak yang harganya RM0.50 di Malaysia dijual oleh pihak hotel dengan harga RM3.00. Sebiji roti canai dijual dengan harga RM2.00. Ditambah pula dengan kos-kos lain yang sebenarnya menambahkan lagi bebanan para hujjaj.

Pihak Tabung Haji berhak menambahkan kos pengurusan haji bagi tahun ini jika pengurusannya bertambah baik. Masalah pengangkutan masih klasik. Bas taraddudiyah yang diuruskan masih berada ditahap yang lemah.

Kita mungkin dinasihatkan agar menerima semua ini sebagai cabaran semasa mengerjakan haji. Kita disuruh redha dan bersabar. Kita dinasihatkan agar jangan mengeluh dan mencemuh. Namun, jika pihak Tabung haji asyik memikirkan untuk menaikkan harga tambang saban tahun, tak sabar menjaga kebajikan dan tidak bersifat ihsan kepada rakyat, bagaimana rakyat boleh redha dan bersabar dengan segala kelemahannya?

Ironinya, dalam keadaan Pihak Tabung Haji mendakwa bahawa tanggungan peningkatan kos mengerjakan haji yang meningkat, ia terlibat dalam pembelian saham rugi seperti yang berlaku pada pertengahan tahun 2008 yang lalu. Tabung haji telah membeli saham Ramunia Berhad lebih daripada 167 juta unit(29% dariapada saham Ramunia Berhad) dengan harga RM 1.44 sesaham. Ini Menelan belanja lebih daripada RM240 juta. Padahal, saham Ramunia Berhad telah merudum sehingga 0.25 sen apabila MISC Berhad, anak syarikat Petronas Carigali Malaysia telah membatalkan pengambilalihan syarikat tersebut. Akibatnya, Tabung Haji mengalami kerugian lebih daripada RM198 juta. (Sumber berita: Suara Keadilan24-31 mac 2009)

Apakah kerugian sebegitu besar hendak dipikulkan kepada rakyat yang yang mampu menabung RM10.00 sebulan dalam Tabung Haji?

Mungkin pembangunan infrasruktur Makkah dan Madinah yang kjini sedang pesat dijalankan akan dikambinghitamkan sebagai keperluan peningkatan kos tersebut!
Gambaran plan pembangunan Masjidil Haram yang dijangka siap tahun 2015
Plan pembangunan Masjid Nabawi


Selamat Pengantin Baru kepada Haris dan Analisa

May 17, 2009

Pada hari ini, walimah Sdr. Haris dan Sdri. Analisa. Aku bingkiskan kad ucapanku sekeluarga kepada mereka berdua yang dikurniakan Allah perjodohan. Semoga perjodohan ini memperkuatkan diri dan perjuangan.

Rabbana...

May 16, 2009


Firman Allah SWT:


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأُولِي الأَلْبَابِ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأَبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka. Ya Tuhan kami, Sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, Maka sungguh Telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun. Ya Tuhan kami, Sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (yaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu", Maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti. Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang Telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji."

(Surah Ali Imran: Ayat 190-194)


Berkata Jaafar Sadik Rahimahullah ketika mentafsirkan ayat 195 surah Ali Imran:

" Barangsiapa yang dihimpit oleh sesuatu urusan, lalu dia berkata "Rabbana..." lima kali, Allah akan selamatkan dia daripada apa yang dia takut dan menunaikan hajat yang dinginkan".


Lalu dikatakan kepadanya oleh murid-muridnya:

"Bagimana tuan boleh berkata begitu?"

Lalu jawabnya: "Tidakkah kamu membaca surah Ali Imran ayat 190-191, dan memahaminya?".

Jika kita mendalami isi surah Ali Imran, di sana kita mendapati bahawa Allah menceritakan tentang perjuangan orang Islam dan tipudaya musuh-musuh Islam. Allah menceritakan juga bahawa Allah membantu tentera islam dalam perang Badar dan Allah menguji orang islam dengan kekalahan dan penderitaan akibat kekalahan itu dalam perang Uhud. Setelah Allah menceritakan segala mehnah dan tribulasi perjuangan Islam, Allah peringatkan di penghujung surah Ali Imran agar kita tidak lupa berdoa kepada Allah SWT dan bersabar serta tetap pendirian.

Perjuangan Islam perlu disertai dengan doa kepada Allah. Inilah ramuan yang tidak kurang penting dan telah ditunjukkan oleh para salafus soleh.

Semoga kita benar-benar menghayati tuntutan berdoa ini sementara kita terus melangkah dalam memperjuangkan agama Allah.


Rujukan: Tafsir Al-Qurtubi