Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

KEMBAR TASYRIF ADALAH TAKLIF

June 4, 2024

 Tasyrif adalah kemuliaan, keutamaan dan kehormatan. Orang mahu dirinya dihormati dan penghormatan itu dicapai dengan pelbagai jalan. Ada yang mendapatnya dengan jalan ilmu. Dia belajar sehingga jadi alim ulama. Maka dia dimuliakan kerana ilmunya. Lihatlah,,,berapa ramai ulama yang disanjung dan dimuliakan.

Ada juga yang dimuliakan keturunannya. Keturunan paling mulia tentunya keturunan nabi Muhammad SAW. Ramai orang menjadi keturunan Nabi SAW dan itu tidak dimungkiri. Namun, ramai pula yang menisbahkan dirinya secara dusta sebagai keturunan Nabi SAW. Allah yang maha mengetahui. Orang yang dilihat keturunan Nabi SAW dimuliakan oleh kaum muslimin. Kemuliaan itu kerana besarnya kasih dan cinta mereka kepada Nabi SAW.

Ada orang dimuliakan kerana harta, pangkat, rupa paras, kegagahan dan sebagainya.

Semua itu di bawah makna tasyrif. Sesiapa yang mengejar tasyrif atau tidak dikejarnya tetapi tasyrif datang kepadanya melalui jalan-jalannya, maka hendaklah dia tahu bahawa tasyrif tidak datang sendirian. TASYRIF datang bersama TAKLIF!

Taklif erti bebanan yang lebih. Berbanding orang lain dia menanggung beban-beban tertentu yang orang lain tidak tanggung. Beban itu menjadi tanggungjawab dan kewajipan buatnya. Jika dia mengabaikan beban dan tanggungjawab itu, dia menanggung akibatnya. Dia berdosa, mendapat balasan di akhirat atau dicabut tasyrifnya dan digantikan dengan ihanah.

Ambil contoh orang yang dimuliakan kerana ilmunya. Satu perbuatan maksiat yang dibuat oleh orang yang ada ilmu tidak sama dengan maksiat yang sama dibuat oleh orang yang jahil. Orang berilmu ada taklif dan beban tambahan. Untuk mudah faham, jika seorang berilmu hisap rokok dosanya lebih besar daripada orang jahil hisap rokok. Orang berilmu tidak solat, taklifnya membawa dosanya lebih besar berbanding orang jahil yang buat dosa.

Hal yang sama bagi orang yang ditasyrifkan sebab perkaitannya dengan Nabi melalui kekeluargaan. Allah menegaskan dalam Quran untuk isteri-isteri nabi SAW:


يَٰنِسَآءَ ٱلنَّبِىِّ مَن يَأْتِ مِنكُنَّ بِفَٰحِشَةٍۢ مُّبَيِّنَةٍۢ يُضَٰعَفْ لَهَا ٱلْعَذَابُ ضِعْفَيْنِ ۚ وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ 
يَسِيرًا
Hai isteri-isteri Nabi, siapa-siapa di antaramu yang mengerjakan perbuatan keji yang nyata, niscaya akan di lipat gandakan siksaan kepada mereka dua kali lipat. Dan adalah yang demikian itu mudah bagi Allah.

Surah Al-Ahzab:30


Maka, satu dosa yang dilakukan oleh mereka yang bergelar Ummahatul Mukminin tak sama dengan dosa yang sama dilakukan oleh wanita-wanita yang lain.
Sebagaimana dosa digandakan, maka ganjaran juga digandakan. Orang mulia dan terhormat, buat maksiat, dosanya digandakan. Demikian sebaaliknya buat amal soleh, ganjarannya digandakan.

Dalam ayat seterusnya mengenai isteri-isteri Nabi SAW ditegaskan :

 وَمَن يَقْنُتْ مِنكُنَّ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ وَتَعْمَلْ صَالِحًا نُّؤْتِهَا أَجْرَهَا مَرَّتَيْنِ وَأَعْتَدْنَا لَهَا رِزْقًا كَرِيمًا

 Dan barang siapa diantara kamu sekalian (isteri-isteri nabi) tetap taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan mengerjakan amal yang saleh, niscata Kami memberikan kepadanya pahala dua kali lipat dan Kami sediakan baginya rezeki yang mulia.

Surah Al-Ahzab:31

Bagi Ahlul Bait iaitu mereka yang berada dalam lingkungan nasab keturunan daripada Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, mereka mendapat tasyrif  disebabkan nasab mulia itu. Namun, ia tidak datang kosong. Ada taklif yang datang bersama. Taklif itu dijelmakan dalam bentuk larangan atas mereka daripada makan harta zakat. Sabda Nabi SAW kepada Hsan dan Husain:

إنها لا تنبغي لآل محمد، إنما هي أوساخ الناس
"Seseunggunya ia tidak harus buat keluarga Muhammad SAW. Ia adalahd dari kekotoran harta orang ramai"

Mereka juga berdepan dengan gandaan dosa jika berbuat maksiat. Tentu amal taat digandakan juga. Dalam perbincangan fekah, hanya harta zakat sahaja yang Ahli Bait tidak boleh makan sedangkan  harta sedekah boleh dimakan oleh mereka (menurut pandangan Jumhur)

Ini merupakan tasyrif yang datang berkembar dengan taklif

Maka perhatikanlah wahai smua orang yang memburu kemuliaan.

Anda para pemimpin, ADUN maupun MP, bahkan pemimpin-pemimpin lain di semua peringkat, bersama tasyrif yang kalian gapai, ada taklif di pundak kalian. Jangan cuma seronok dapat elaun besar, kereta dengan minyak percma, pelbagai kelebihan duniawi lain. Ada taklif menanti. Gagal laksana taklif beban dosa menanti. Di akhirat, hitungan kalian tidak sama dengan hitungan tukang kasut di kaki lima. Atau dengan hitungan petani dan nelayan yang berkeringat mencari razeki!


Wahai polan yang berkerudung serban dan berjanggut!

November 19, 2023

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Fath, ayat 29:

مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ

" Muhammad Rasulullah dan orang-orang yangbersama dengannyabersikap keras ke atas orang yang akfir dan berkasih sayang sesama mereka ".


Ketika berlaku perang antara rejim Tel Aviv dengan Gerakan Hamas, ada di kalangan orang Islam yang menunjukkan watak lunak kepada pihak Zionis itu, sebaliknya bersikap keras kepada Hamas. Zionis itu terang lagi bersuluh kekafirannya. Sudahlah kafir, harbi pula. Apakah tidak cukup untuk menjadi harbi apabila mereka membunubh kaum muslimin, merampas tanah-tanah mereka serta menghalau keluarkaum muslimin dari bumi mereka, yakni Palestin.Zionis itu juga menginjak kehormatan Masjid Aqsa yang dimuliakan Islam dan ditetapkan sebagai garis merah yang tidak boleh dilangkaui.


Cukuplah dalil bersar itu untuk dikatakan bahawa Zionis rejim Tel Aviv sebagai kafir harbi. Mereka kafir yang diharuskan untuk diperangi, bahkan dalam kondisi sekarang, wajib diperangi.

Malangnya, ada kalangan orang Islam, terlebih pula kalangan yang menunjukkan personaliti sebagai ulama dan agamawan Islam, sikap mereka lunak kepada Zionis itu. Zionis itu menceroboh Gaza dan membunuh warganya. Zionis itu menjatuhkan bom-bom yang meranapkan bangunan dan rumah-rumah, bahkan hospital dan masjid. Pun begitu, para ulama dan agamawan itu tidak terdetik hatinya untuk menyalahkan sang zionis. Telunjuknya ditudingkan kepada Hamas yang muslim mujahid dan insya Allah mukmin. Hamas dipertanggungjawapkan atas musibah yang sedang dialami warga Gaza. Aksi Tufan Al-Aqsa pada 7 Oktober dicap sebagai angkara murka yang membuatkan rejim Tel Aviv bertindak. Seolah-olah regin tersebut tidak bersalah dan mereka hanya mempertahankan diri. 

Sungguh celaka ada orang Islam yang masih tidak kenal perangai kelompok zionis itu. Masih mensucikan mereka dari dosa-dosa bertimbun mereka ke atas rakyat Palestin selama 75 tahun di bumi Palestin. Sesungguhnya setiap kelompok ada lahannya dalam berkata-kata. Kata-kata yang bernapa mencemuh Hamas dan memberikan kemaafan kepada Zionis atas tindak tanduk mereka adalah lahan para mufiqin. Awaslah setiap diri dari terjerumus dalam penyakit jiwa yang merosakkan iman!

Hamas adalah para pejuang yang bangkit mempertahankan maruah yang diinjak selama 75 tahun. Tatkala saudara muslim di negara-negara Arab sekeliling hanya menjadi penonton dan takut di depan tikus Zionis, salahkah Hamas bangkit menyembuhkan jiwa-jiwa orang beriman yang ada di seluruh dunia? Salahkah Hamas membalas penderitaan dengan penderitaan?

Wahai orang yang berkerudung kepala dengan kain serban dan membela janggut syiar Nabi....tidakkah kalian memiliki basirah buat membezakan antara iman dan kafir? Antara adil dan zalim? Antara kemanusiaan dan kebinatangan?

Hibbatullah As-Syirazi

October 13, 2023

Siapakah orang ini? Inilah seorang pendakyah. Dikatakan dia seorang pendakyah kerana dia tidak layak disebut pendakwah. Dakwah itu kata mulia untuk ajakan ke arah kebaikan. Tetapi, nama orang ini direkodkan dalam sejarah sebagai penyeru ke jalan-jalan kesesatan. Dia mendakyah orang agar menganut fahaman sesatnya iaitu Syiah Ismailiyyah, satu aliran Batiniyyah yang amat merbahaya. Bahayanya lebih daripada bahaya Yahudi dan Nasrani.


Orang ini dengan tindakan beraninya masuk ke jantung ibu kota Sunni iaitu Baghdad dan mengajak orang ramai agar memberikan wala' kepada khalifah Fatimiyyah yang ada di Mesir. Khalifah Fatimiyyah itu adalah musuh dan pesaing kepada Khalifah Abbasiyyah.


Hibbatullah bin Musa bin Daud As-Syirazi, nama penuhnya lahir dalam keluarga yang kuat berpegang dengan Syiah Ismailiyyah. Ayahnya tokoh dalam mazhab Syiah Ismailiyah. Beliau lahir tahun 390H. Dikatakan juga tahun 400 H. lahir di bandar dalam wilayah Parsi iaitu Syiraz.


Ketika beliau bergiat dalam menyebarkan dakyahnya, kerajaan Abbasiyyah berada dalam kondisi lemah. Mulai tahun 334H, Kerajaan Khalifah Abbasiyyah dikuasai oleh Kesultanan Buwaihiyyah yang bermazhab Syiah. maka Hibbatullah As-Syirazi menjadi antek-antek Kerajaan Fatimiyyah yang cuba untuk menukarkan rantau Sunnah itu menjadi wilayah yang bermazhabkan Syiah Ismailiyyah.


Namun. Allah mentakdirkan keselamatan buat bumi Sunni itu daripada dikuasai Syiah Ismailiyyah. Usaha dan penat lelah Hibbatullah menanam benih lalang hitamnya yang beracun tidak berjaya apabila pada tahun 447H, kerajaan Saljuq yang bermazhab Ahli Sunnah mengambil alih kekuasaan Buwaihiyyah dan menjadi Sultan pelindung Khalifah Abbasiyyah.


Dari tahun 334H hingga tahun 447H para penguasa Buwaihiyyah mengendalikan kerajaan Abbasiyyah. Itulah masa yang sangat getir untuk Mazhab Sunni.


Selama 113 tahun Buwaihiyyah berkuasa ke atas daulah Khilafah Bani Abbas!.


Hendak dijadikan cerita, pada tahun 429H, Hari Raya Aidil Fitri tahun itu memperlihatkan penyimpangan Hibbatullah As-Syirazi. Penduduk Syiraz kala itu majoritinya adalah bermazhab Sunni. Syiah Ismailiyyah adalah mazhab yang bergerak secara sir dan sedikit pengikutnya. Situasi itu bukan sahaja di Syiraz, bahkan di mana-mana kota dalam wilayah Parsi. Beliau bersama pengikutnya telah solat Aidil Fitri sehari sebelum masyarakat Sunni. Ini menimbulkan geger dalam masyarakat yang membawa kepada tuntutan masyarakat kepada Sultan Abu Kalijar (anaknya Abu Naser Khasru Fairuz yang digelar Al-Malikurrahim merupakan Sultan Bani Buwaih terakhir) untuk menghalau keluar Hibbatullah As-Syirazi dari Syiraz. Sementelahan, Khalifah Al-Qaim billah sendiri juga mahu Hibbatullah As-Syirazi itu ditangkap dan diserahkan kepadanya.


Dalam keadaan penolakan masyarakat Syiraz itu, beliau lari ke bandar lain dalam wilayah Parsi juga yang dinamakan Basa dan seterusnya pergi ke Ahwaz. Di situ pun dia dikejar dan dihalau. Maka dia melarikan diri hingga ke Mesir dan bergabung dengan induknya dan pelindungnya di sana iatu Khalifah Fatimiyyah iaitu Al-Mustansir. Namun, selama dia di Mesir (Antara tahun 430 hingga 439), dia tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Imam Syiah Ismailiyyah di sana (Khalifah Al-Mustansir). Orang yang berkuasa di sana ketika itu namanya Abu Sa'id Al-Tustari (wazir al-Mustansir). Ketua pendakyah (da'i ad-du'at) dijawat oleh Abdul Aziz bin Muhammad bin An-Nu'man Al-Qadhi.


Di Mesir dia diberikan beberapa jawatan seperti Ketua Jabatan Insya'. Namun, apa yang dia mahu adalah jawatan sebagai Ketua Pendakyah. Maka dia dihantar ke Iraq sebagai Pendakyah dengan sokongan dana yang besar dari Khalifah Fatimiyyah Mesir.. Dia dimanahkan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ismailiyyah dan menjad agen kerajaan Fatimiyyah yang ada laporan langsung kepada khalifahnya. Dalam misi inilah dia berjaya menelurkan pemikiran anti khalifah Abbasiyyah dalam otak seorang pemimpin tentera Abbasiyyah yang dikenali sebagai Al-Basasiri. Ketika itu Al-Basasiri berkonflik dengan khalifah dan dia sangat memerlukan dahan besar buat berpaut.


Al-Basasiri kemudiannya menjadi walaun kepada khalifah Fatimiyyah. Dia berutus surat dengan Khalifah Fatimiyyah dan menyatakan taat kepadanya serta menjalankan arahan dan siasat mereka.

Apabila Tughrul Bek dari Kerajaan Saljuq memasuki Baghdad, kerja-kerja jahat lagi khianat Al-Basasiri dan Hibbatullah As-Syirazi pun terbantut. Hibbatullah As-Syirazi lari ke Ar-Rahbah. Dari sana dia mengatur siasat jahatnya dengan bantuan daripada Khalifah Fatimiyyah di Mesir yang bernama Al-Mustansir Billah. Kerjasama dengan Al-Basasiri diteruskan dan dalam satu episod Al-Basasiri berjaya menghasut adik kepada Tughrul Bek agar berkhianat kepada abangnya. Ini menyebabkan Tughrul Bek terpaksa meninggalkan Baghdad untuk menumpaskan adik itu. Kesempatan itu digunakan oleh Al-Basasiri dan pasukannya yang terdiri daripada sekutunya serta Hibbatullah As-Syrazi untuk menyerang Baghdad dan mengambil alih kekuasaan atasnya


Kejadian itu berlaku pada Zulkaedah tahun 459H. Kota Baghdad dimasuki oleh Al-Basasiri dan Hibbatullah As-Syirazi dengan membawa panji yang tertulis nama Khalifah Al-Mustansir Billah dari Kerajaan Fatimiyyah. Banyak fasad yang terjadi dan ramai ahli sunnah yang dibunuh. Turut dibunuh adalah wazir Ibn Maslamah.


Khutbah Jumaat pun disebutkan doa untuk Al-Mustansir Billah Al-Fatimi. Khalifah Abbasiyyah Al-Qaim dibuang negeri ke Al-Anbar. Matawang dicetak daln diletakkan nama Khalifah Fatimiyyah.


Namun tak lama mereka berseronak dengn pencapaian sementara itu. Setelah Tughrul Bek berjaya memadamkan pemberontakan adiknya (Ibrahim Yanal) dan dihukum bunuh atas pengkhianatannya, maka Tughrul Bek balik ke Baghdad dan menumpaskan Al-Basasiri. Al-Basasiri terbunuh dan Khalifah Al-Qaim dikembalikan kepada posisinya.


Manakala Hibbatullah As-Syirazi lari balik ke Mesir mengheret ekor kehinaannya. Di sana dia dituduh dengan tuduhan penggubahan wang haram (pecah amanah dana para pendakyah di Irak) . Namun, akhirnya dia diberikan jawatan sebagai Ketua Pendakyah yang jadi impiannya itu dan duduklah dia sampai mati di Mesir.

Beliau meninggal pada tahun 470H menurut catatan Ivanow dalam bukunya Guide to Ismaili Literature ms 73. Namun, menurut apa yang dicatatkan oleh Al-Hasan bin Nuh Al-Hindi dalam bukunya Kitab Al-Azhar, As-Syirazi meninggal tahun 490H. Dr Kamil Husain menyatakan bahawa As-Syirazi seharusnya mati lebih awal daripada 490H kerana catatan mengatakan Khalifah Al-Mustansir solatkan jenazahnya dan Al-Mustansir pula meninggal pada tahun 489H.


Beliau meninggalkan beberapa kitab, antaranya:

  1. Al-Majalis Al-Muayyidiyyah
  2. Diwan Al-Muayyid
  3. Sirah Al-Muayyid Fiddin

Ironinya, siapa yang membaca kitab Sirah Al-Muayyid karyanya, akan ditemui kritikan kerasnya hingga ke peringkat mempersendakan terhadap Imam Syiah Ismailiyyah, Al-Mustansir dan ini menyalahi pengajaranya dan dakyahnya yang mengatakan para imam Syiah Ismailiyyah adalah mereka yang maksum dan tidak melakukan dosa sama sekali.


Baca: Alrased


Rujukan Kitab: Ehsan Ilahi Zahir, Al-Isma'iliyyah-Tarikhun Wal Aqaid (Ms 714-718)

Qutailah binti Qais bukan isteri Nabi Muhammad SAW

June 26, 2023

Wanita yang menjadi isteri nabi, bila baginda meninggal dunia, haramlah atas mereka menikahi lelaki lain. Ini kerana isteri nabi itu adalah ibu bagi orang-orang yang beriman(Ummahatul Mukminin). Sebagaimana seorang anak haram menikahi ibunya, maka haramlah lelaki yang beriman menikahi isteri-isteri nabi setelah baginda wafat.


Pengharaman menikahi isteri-isteri nabi selepas kewafatan nabi SAW telah ditegaskan dalam Surah Al-Ahzab, ayat 53:

وَمَا كَانَ لَكُمْ أَن تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا أَن تَنكِحُوا أَزْوَاجَهُ مِن بَعْدِهِ أَبَدًا ۚ إِنَّ ذَٰلِكُمْ كَانَ عِندَ اللَّهِ عَظِيمًا
Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengawini isteri-isterinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah.

 Dalam Surah Al-Ahzab,ayat 6 ditegaskan bahawa isteri-isteri nabi Muhamamd SAW itu adalah seumpama ibu kepada orang beriman:

 النَّبِيُّ أَوْلَىٰ بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْ ۖ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ

Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka.


Ada seorang yang disebut namanya Qutailah binti Al-Asy'ath. Dia dikatakan telah dinikahi oleh nabi pada hujung usia nabi SAW. 

Disebutkan dalam hadis yang dicatatkan oleh laman Dorar.net:


أنَّ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ تزوَّجَ قُتَيلَةَ أختَ الأشعثِ بنِ قيسٍ ، فماتَ قبلَ أن يخيِّرها ، فبرَّأَها اللَّهُ منهُ

الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : ابن دقيق العيد | المصدر : الاقتراح في بيان الاصطلاح | الصفحة أو الرقم : 108 | خلاصة حكم المحدث : صحيح | التخريج : أخرجه ابن الأعرابي في ((المعجم)) (1071)، وأبو نعيم في ((معرفة الصحابة)) (7481)، والضياء في ((الأحاديث المختارة)) (395) واللفظ لهما.


Qutailah binti Qais ini telah murtad bersama saudara lelakinya Al-Asy'ath setelah wafatnya Rasulullah SAW. Namun, kemudiannya dia kembali kepada Islam dan dinikahi oleh Ikrimah bin Abi Jahal. Abu Bakar As-Siddiq merasa terganggu dengan berita Ikrimah menikahi Qutailah binti Qais tersebut dan mempertimbangkan untuk menghukum Ikrimah dan Qutailah dengan dibakar dengan api kerana telah melakukan satu jenayah yang dilarang oleh agama iaitu menikahi ibu orang beriman. Lalu Umar Al-Khattab mententeramkan Abu Bakar As-Siddiq dan mengatakan bahawa Qutailah binti Qais tidak boleh dibilangkan sebagai kalangan Ummahatul Mukminin.

Nabi menikahi Qutailah binti Qais pada tahun yang ke-11H. Pada tahun itu telah datang kepada nabi SAW rombongan daripada Puak Kindah yang disertai oleh Al-Asy'ath. Al-Asy'ath menawarkan kepada nabi SAW untuk berkahwin dengan saudara perempuannya yang bernama Qutailah dan nabi SAW telah menyetujuinya. Namun, ketika Al-Asy'ath dalam rangka membawa Qutailah dari tempatnya kepada nabi dan mereka sampai di Hadhramaut, sampai berita kewafatan nabi SAW. 

Berdasarkan plot riwayat pernikahan ini, para ulama menyifatkan Qutailah belum menjadi isteri nabi SAW. Dia tidak dibilangkan Ummahatul Mukminin. Ada tiga alasan penting kenapa kesimpulan itu dibuat:
1) Qutailah belum bertemu dengan nabi SAW dan tidak berlaku dukhul.
2) Perintah Hijab belum dikenakan kepada Qutailah sebagaimana dikenakan kepada ieteri-isteri nabi yang lain.
3) Qutailah belum diberikan khiyar (pilihan) iaitu samada hendak memilih dunia atau Allah dan rasul serta Hari Akhirat sebagaimana yang telah menjadi khiyar diberikan kepada isteri-isteri nabi yang lain.
Kerana itu perbuatan Ikrimah menikahinya tidak menjadi satu kesalahan. Qutailah bukan isteri nabi. Ada pendapat yang menyebutkan bahawa proses yang berlaku antara nabi dan Al-Asy'ath itu hanya di peringkat Khitbah (pertunangan) dan bukan pernikahan.

Kalangan Syiah menggunakan cerita ini untuk mencemarkan mencemarkan isteri-isteri nabi SAW. Mereka menimbulkan syubhat tentang apa yang terjadi kepada Qutailah itu sebagai pembuka jalan kepada mereka untuk menghalalkan perbuatan mereka menerakakan Aisyah r.a dan Hafsah r.a. Mereka juga mengangkat cerita Qutailah binti Qais ini untuk menolak perkataan Ibn Abbas r.a yang mengatakan:

ما زنت امرأة نبي قط
" Isteri para nabi tidak tidak pernah berzina sama sekali".


Perkatan Ibn Abbas ini dijadikan sandaran oleh kalangan mufassirin untuk menolak pentafsiran khianat yang disandarkan kepada isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut sebagai khaianat ranjang(Al-Firasy).

ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ كَفَرُوا امْرَأَتَ نُوحٍ وَامْرَأَتَ لُوطٍ ۖ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَالِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ اللَّهِ شَيْئًا وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ (10)

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)".
(Surah At-Tahrim: Ayat 10)

Sebenarnya, kelancangan Syiah dalam hal ini adalah kerana mereka ingin membuka jalan kepada celaan buat dua sahabat agung nabi SAW iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab. Bila anak-anak kedua-duanya yang jadi isteri nabi SAW dijatuhkan maruah mereka, dihilangkan kesucian, maka mudahlah mereka memburukkan kedua-dua sahabat besar nabi Muhammad SAW itu. Mereka akan berdendang: Lihatlah dua wanita ahli neraka itu, bapa mereka pula dia berhala Quraisy.

Kerana itu Ahli Sunnah menutup pintu-pintu ke arah mentajrihkan para sahabat. Maka para isteri nabi diletakkan dalam kota yang berpagar. Pagar yang disirami cahaya kemaksuman nabi SAW.