Rachid Ghannouchi adalah pemimpin Gerakan Islam An-Nahdha yang tinggal dalam buangan di London sejak tahun 1991. Beliau kembali semula ke Tunisia pada hari Ahad yang lalu, dua minggu setelah kerajaan presiden Zein al-Abidine Ben Ali. An-Nahdha merupakan gerakan yang mempunyai hubungan dengan Ikhwanul Muslimin dan pada tahun 1989 telah muncul sebagai pembangkang yang kuat dalam pilihanraya parlimen. Kebangkitan An-Nahdha pada tahun tersebut menimbulkan kebimbangan presiden Zainul Abidin Ben Ali dan beliau telah mengambil tindakan mengharamkan gerakan An-Nahdha. Wakil-wakil An-Nahdha tidak berdiri sebagai ahli parlimen bebas. Ancaman penangkapan melanda pemimpin-pemimpin utama An-Nahdha termasuk Rachid Ghanouchi yang keluar masuk penjara sejak zaman Bourguiba. Kini Rachid Ghannouchi telah kembali. Semoga gerakan Islam dapat mengisi lakuna politik yang sedang melanda Tunisia. |
Menetapkan sikap dalam Perang Iran melawan US dan Israil
-
Antara Rom dan Parsi, orang-orang yang beriman dari kalangan sahabat Nabi
Muhammad lebih merasa cenderung kepada Rom. Alasannya adalah kerana ada
sedikit p...
1 day ago














0 comments:
Post a Comment