Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Mujarrabat dan Waridat

March 23, 2014

Ada orang menolak secara mutlak yang dibaca sebagai amalan dan bukan dari bimbingan nabi. Seharusnya, jangan terlalu menolak kerana tidaklah keterlaluan menolak melainkan akan berlaku pula keterlaluan dalam menerima. Bandingan negini. Orang yang keterlaluan menolak jalan bermazhab, sebenarnya dia akan membuat "turn back" dengan keterlaluan pula mengikut mazhab seseorang. Demikian jangan terlalu asyik dalam membid'ahkan, kelak dia akan menjadi pembuat bid'ah lain yang dia sendiri tidak sedar.

Berkenaan bacaan yang bukan dari nabi, tidak semestinya kita menolak semuanya. Umpamanya apa yang menjadi lagu qasidah hari ini. Termasuklah lagu-lagu solawat yang diqasidahkan. Sungguh, memang, tidak dinafikan sebahagian besar dan bahkan hampir semua lafaz qasidah solawat itu bukan dari nabi SAW. Ia memang karya tokoh tertentu. Adalah keterlaluan dalam penolakkan, kalau kita melarangnya hanya semata-mata berdasarkan "ia bukan dari nabi".

Sudah macam selogan orang tertentu dewasa ini. "bukan dari nabi", maka mengapa mahu dibacakan. Jangan begitu. Berapa banyak yang bukan dari nabi, menjadi amalan kita hari ini. Buat kubah atas masjid, bukan dari nabi. Bukan zaman nabi pun yang dibacakan dan bukan dari nabi. Ada sahabat yang "addicted" dengan surah al-Ikhlas dan asyik membacanya. Waktu dia mula mengamalkannya, dia bukan pergi tanya nabi. Bila nabi tahu, baru datang "endorsement" dan dinyatakan fadhilatnya.

Jadi, bacaan yang berfadhilat ukhrawi, memang perlu perkataan dari nabi. Manusia selain nabi tiada hak untuk menfadhilatkan satu bacaan. Salahlah kalau seseorang berkata bahawa baca qasidah mendapat pahala macam jihad 1000 maikat atau dianugerahkan mahligai dalam syurga. Itu soal janji akhirat, tidak boleh difadhilatkan melainkan menerusi lisan junjungan Rasul.

Tapi, kalau dikatakan sipa yang selalu baca qasidah, hatinya akan tenang. Itu fadhilat duniawi. Kita manusia biasa boleh menuturkan. Bahkan kita seringkali memberi fadhilat kepada orang lain untuk menggalakkan dia melakukan sesuatu hal. Seorang guru misalnya, akan merangsang murid-muridnya agar siapkan kerja rumah dan siapa yang siapkan kerja rumah, fadhilatnya ialah dia tidak akan didenda.

Itu semua fadhilat dunyawi dan bukan ukhrawi. Siapa yang buat fadhilat ukhrawi, dia telah menabrak batasan ghaib yang diperingatkan kepadanya agar tidak mencerobohi.

Berhubung bacaan, setengahnya mujarrabat dan ada yang waridat. Yang waridat itu dari nabi. Waridat ada fadhilatnya. Fadhilat ukhrawi itu dari nabi dan kita hanya meyakini. Mungkin ada fadhilat duniawi yang nabi khabarkan dan sebahagiannya adalah hasil dari "tajarrub" diri sendiri yang beramal. Maka, dalam waridat telah bergabung mujarrabat.

Kendati begitu, mujarrabat akan kekal mujarrabat. Ia tidak menjadi waridat kerana waridat ada fadhilat ukhrawi yang dijanjikan. Sedangkan mujarrabat hanya setakat fadhilat duniawi. Mujarrabat bukan terbit daripada wahyu nabi tetapi hasil dari "tajarrub" orang-orang tertentu. Bahasa mudahnyanya, pengalaman. Pengalaman itu sama ada pengalaman biasa atau kerohanian.

Banyak sekali orang mengajarkan kita ayat-ayat mujarrabat. Sebahagian besar dari ayat-ayat syifa adalah daripada "tajarrub" ahli ruqyah. Memang ada ayat yang warid dari nabi. Itu kita sifatkan waridat mujarrabat. Tetapi yang tidak warid nabi, namun ada dalam Quran dan kita mengamalkannya sebagai syifa' maka ia menjadi mujarrabat.

Semua waridat adalah sahih. tetapi tidak semua mujarrabat itu saheh. Kalau mahu dikira, berapa banyak mujarrabat yang diamalkan oleh para tok bomoh dan ahli sihir yang bertopengkan agama. Ia menjadi tidak saheh kalau sudah mengandungi campur aduk dan keyakinan yang mensyirikkan Allah SWT. Sebab itu, tahap keberhati-hatian dalam mengamalkan mujarrabat hendaklah tinggi. Antara waridat dan mujarrabat, tentulah waridat menduduki tempat yang tertinggi. Dalam ketinggian kedudukannya itupun, ada juga cubaan mencemarkan dengan yang wirid yang mardud.

Ketika menafsirkan ayat 195 surah Ali-Imran, Imam Al-Qurtubi mendatangkan kata-kata Imam Ja'far As-Sadiq bahawa siapa yang berdoa dan dalam doanya menyebut 5 kali "rabbana" sebagaimana disebutkan dalam ayat 191-194 surah Ali -Imran, maka Allah akan selamatkan pembacanya daripada apa yang dia takuiti dan memberikan apa yang dia kehendaki. Bacaan ini bukan warad dari nabi dan janjinya bukannya ukhrawi. Ia adalah tajarrub dari imam Ja'far As-Sodiq dan bila kita mengamalkannya, kita namakan amalan tersebut sebagai mujarrabat.

Dalam hidup kita, kita akan temui banyak bacaan yang diberikan kepada kita untuk diamalkan. Jangan kita bersikap sempit dan menolaknya atas dasar bukan dari nabi. JIka dari Al-Quran, tidak ada masalah. Jika dari mantera manusia, perhatikan maknanya. Jika menyimpang, tinggalkan dia. Ambillah mutiara yang bersinar dan tinggalkan kerikil bernoda. Jika mahu berpada dengan waridat,memadailah dan anda tidak akan dipersalahkan. Anda telah cukup dan kaya dengan membawa wirid-wirid yang ma'thur dalam hidup anda.

0 comments:

Post a Comment