Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

MERAMU RACUN MENJADI PENAWAR

July 6, 2013

Allah adalah pemberi hidayah yang satu dan tiada dua. Sekalipun dosa menyapu arasy, jika diberi hidayah oleh Allah SWT, akan terbungkam juga sujud taubat ke dasar tawadhuk. Andainya kekufuran melewati ketakburan Azazil, jika disentuh hidayah Allah, iman akan tumbuh menyelubungi diri.

Ia umpama seorang pembunuh upahan yang durjana. Diutus oleh sang durjana. Membawa segala helah muslihat durjana. Menerjah masuk ke perkampungan damai yang dihuni ummat bernama muslimin. Ia menunjuk baik dan jasa. Ia mempamer prihatin dan sifat membela. Ia menyebar sifat terpuji dan mengangkat harga diri warga. Tapi muslihatnya durja dan membawa utusan para durja. Ia laksana singa yang keluar dari rimba. Ia umpama gangster yang datang dari lorong gelap yang ganas.

Ulama Islam banyak sekali cendikianya. Hemah tinggi dan bijaksana  menjadikan ganster bertukar lunak. Jika datang penuh dendam kesumat, ia bertukar menjadi pengikut yang berkhidmat. Singa dalam rimba memang ganas. Tetapi jika berada dalam sangkar sarkas, jadilah ia jinak dapat dimanfatkan.

Semua kafir boleh diislamkan. Jika ada Firaun di zaman ini, harapan agar ia menjadi Islam tetap perlu ditancap dalam sanubari dan diusahakan dengan penuh kebijaksanaan. Jangan menyombong diri lalu berkata: "Firaun itu kafir dan selamanya kafir dan akan mati sebagai kafir". Selagi Firaun itu belum mati sebagai kafir, hendaklah kita menaruh harapan dna menggencar bijaksana dakwah agar dia menjadi Islam.

Siapa hebat dalam kekafiran, ketika Islam mengambil tempat dalam hatinya, jadilah dia hebat dalam Islam. Hebatnya itu akan melebihi muslim yang telah Islam sebelumnya.

Ya...demokrasi itu memang sistem yang dibuat oleh orang kafir. Ia algojo kuffar yang dilepaskan masuk ke dunia Islam. Ia nampak baik tapi ganas menyimpan durja. Jika orang durjana boleh bertukar menjadi pembela Islam, mengapa tidak dengan demokrasi. Demokrasi itu seganas singa, tetapi bijakasana seorang ahli sarkas dapat menjinakkan singa. Hanya ulama faqih yang mampu memahami rahsia mengapa Allah campakkan sistem durjana bikinan orang kafir ke dunia Islam. Hanya mereka yang mampu menukar yang jahat menjadi baik. Sedangkan yang terjaga dari tidur,  terpinga dan menjerit cemas, penuh amaran dan melarikan diri. Sebenarnya tidak akan dapat lari orang yang bencikan dunia yang penuh tipudaya kerana dirinya sendiri pun adalah dunia yang memperdaya.

Objek tidak akan pernah meninggalkan bebayangnya. Mungkin bebayang hilang tetapi ia tetap menyusul ke mana sahaja bila cahaya menyimbah sinar.

Memang tidak mudah menakluki demokrasi yang dilahirkan dari rahim ibu yang penuh makar. Tetapi, orang berjiwa besar tidak akan mengalah. Orang berjiwa kerdil akan lari sejauh-jauhnya. Mereka akan memanjat gunung, bertapa, sambil sesekali keluar muka gua menghambur nista celaka buat demokrasi durja. Ketika demokrasi bermaharaja lela meratah lembah, mereka akan akan menyeru memanggil warga desa memanjat gunung berdataran sempit untuk menyelamatkan diri.

Pendekar yang berjiwa besar, akan mempertahankan lembah. Kalau lembah jadi neraka, mereka berjuang jadikan syurga. Kalau demokrasi itu durja, mereka berusaha menaklukinya dan jadikan ia kesempatan buat membangunkan ummat. Ummat yang bangun akan dapat melepaskan ikatan yang membelenggu.

Telah lama dan telah banyak sistem algojo durja yang manusia cipta. Sebahagian dapat diadaptasi dengan Islam kerana Islam itu sifat menakluk dan bukan ditakluk. Dulu sistem Autokrasi merata dalam dunia. Dari Timur menganjur ke Barat. Islam menakluk dan menjadikan sistem itu pembela buat Islam. Raja-raja alam Melayu yang hari ini disebut pembela Islam, berdiri atas warisan leluhur mereka yang diberanakkan autokrasi.

Zaman autokrasi kian pudar. Demokrasi pula mengambil tempat. Kehebatan pencak juang beraneka kita di zaman autokrasi mencengkam taringnya, kini kita pamerkan pula di zaman demokrasi. Kita adalah gergasi bijaksana yang membawa sistem cakerawala yang tidak akan mati akal dengan sistem kecil sekangkang kera ciptaan manusia.

Saya letih dan jemu mendengar orang mencemuh hulubalang Islam yang berjuang di medan demokrasi. Terlalu banyak bisa lidah yang dijilatkan ke atas pemimpin Islam yang siang malam berjuang menyelamatkan nasib ummat. Dr. Mursi di Mesir, Rashid Ghanushi di Tunisa, Erdorgan di Turki, TG Nik Aziz Nik Mat dan TG haji Hadi di Malaysia serta ramai lagi tokoh Gerakan Islam seantero dunia, mereka dicemuh kerana bersenda dalam pencak silat demokrasi.

Kita ummat hebat dan khazanah zaman kita sarat untuk dipelajari. Orang yang tergolong dalam umat ini semestinya mengambil berat dengan nasib ummat ini. Menyelamatkan ummat daripada diratah pelakon yang bersenjatakan demokrasi adalah kewajipan dan petanda kebesamaan dengan ummat. Enggan bersenjatakan demokrasi tetapi menawarkan senjata warisan yang tiada di tangan,  akan menyebatkan ramai korban tidak terbela angkara pelakun antagonis demokrasi.

Doakan kejayaan buat Dr. Mursi dan Erdorgan. Juga buat pahlawan seumpama mereka di negara kita. Biarpun banyak halangan dan banyak kegagalan, itu adalah tradisi kepada perjuangan sepanjang zaman. Kita juga menghargai dan menyanjung tekad palawan jihad peperangan di bumi berdarah seperti Syria, Afghanistan, Somalia, Selatan Patani, Selatan Filipina dan serata ceruk rantau dunia yang menuntut peperangan. Di bahagian yang tiada peperangan, kita tidak boleh sesekali mencipta peperangan. Namun, jika meletus peperangan, kita tidak boleh sekali-kali mundur.

Allahumma ameen....Tsabbitna Ya Maulana....

0 comments:

Post a Comment