Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Menagih Kesesakan Manusia

February 18, 2012



Sebuah kerajaan, terutama yang berdepan dengan hari-hari terakhir dan sakaratul maut, amat menggemari himpunan ramai rakyat. Di mana ada rakyat ramai berkumpul, maka di sanalah para pemimpin kerajaan itu akan menggabungkan diri. Mereka amat suka pula jika diadakan program yang menghimpunkan ramai orang. Apabila ramai orang berhimpun dan mereka ada bersama dalam keramaian tersebut, ia akan dikatakan sebagai batu ukur sokongan rakyat kepada mereka. Jumlah yang ratusan akan ditokok tambah menjadi ribuan. Demikian pula jumlah yang ribuan adan dilebih-lebihkan menjadi puluhan ribu dan juga ratusan ribu. Angka yang besar akan memberi mereka motivasi dan juga menjadi modal berbangga kepada lawan di arena politik dan kekuasaan.



Saya kira, demikianlah asal mulanya mengapa kerajaan Fatimiyyah di Mesir menyukai perayaan massa sehingga mereka menginisiatifkan sambutan maulidun nabi pada zaman mereka. Catatan sejarah menyimpulkan bahawa ia adalah upaya kerajaan Fatimiyyah untuk membangkitkan kecintaan kepada nabi buat meniup roh jihad melawan tentera Salibi yang mengancam bahagian umat Islam rantau mediteranean. Namun, aku mempercayai bahawa bukan cinta nabi yang menjadi alasan mereka merintis sambutan maulid nabi. Apa yang menyebabkan mereka mencipta perayaan adalah kerana kerajaan tersebut pada masa tersebut menghadapi krisis sokongan rakyat. Melalui perhimpunan dan keramaian, ia dapat menjadi manifestasi kerajaan rakyat. Ia juga memberi motivasi kepada pemipin yang ketandusan pengaruh dan menjadi bahan kebanggan mereka buat lawan politik dan kekuasaan bahawa rakyat di belakang mereka.

Sekarang ini, kecenderungan kepada jumlah besar orang berhimpun ini menjadi dambaan ramai pemimpin baik di pihak kerajaan maupun pembangkang. Sejumlah angka besar selalu menjadi kebanggaan dan kayu ukur sokongan kepadanya. Adalah biasa kita mendengar laporan sebelah pihak yang menyebutkan angka sekian banyak tetapi sebelah pihak yang lain menidakkan dan mengecilkannya.  Ini kerena, jumlah besar perhimpunan itu  memainkan peranan dalam gelanggang politik.

Sebab itu, tidak hairan kenapa kita saksikan pemimpin kerajaan sangat mencintai perarakan maulid nabi. Ia bukan bermaksud mereka mencintai nabi kerana untuk mengatakan mereka mencintai nabi ia adalah jauh sakali. Seseorang yang mencintai nabi hendaklah membawa kaedah kenabian, bukan sahaja dalam persoalan akidah,  ibadah maupun akhlak. Ia hendaklah diterjemahkan juga dalam pemerintahan agar berada di atas garisan ittiba' nabi. Jika demikian, barulah benar cintakan nabi.

Dalam masa yang sama, perayaan Thaiphusan  yang sesak dengan penganut Hindu juga mendapat kunjungan pemimpin kerana di sana ramai manusia. Kalau kita masih ingat, beberapa tahun lalu, pemimpin kerajaan sanggup mencemarkan keegoan dengan mengunjungi ijtimak sedunia Tabligh yang diadakan di Malaysia. Bukan kerana mereka suka dakwah Tabligh, tetapi kerana mereka jenis yang terliur dengan angka yang ramai. Buatlah apa sahaja, kalau angka orangnya ramai, mereka akan ghairah mengunjunginya. Kalau potensi untuk ramai orang tidak ada, diusahakan dengan mengerahkan kakitangan awam dan budak-budak sekolah yang masih mentah untuk turut hadir.

Sambutan maulid nabi itu mungkin baik. Namun, kebaikannya itu dijadikan alat untuk menambahkan legasi penguasa. Ia digunakan untuk memaparkan reputasi dan pengaruh. Watak luaran sebagai pencinta nabi boleh ditampilkan untuk khalayak dan penolakan ajaran nabi dapat disembunyikan. 

Rakyat ramai yang tidak mengerti, turut sama berarak bersama para pemipin yang selama berkuasa tidak mengendahkan pun penegakan ajaran nabi. Demi mempamer cinta nabi...kononnya. Tanpa sedar mereka terperangkan dalam gerakerja licik mempertahankan legasi penguasa yang hanya memperkudakan sambutan yang diasosiasikan dengan agama Islam.

Semoga rakyat bertambah cerdik dalam menilai gerak tari yang bersulam jurus muslihat. Semoga rakyat dapat menjauhkan hidangan juadah lazat yang terkandung racun mudarat!


0 comments:

Post a Comment