Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Mufti...di mana duduk?

July 19, 2010

Sungguhpun ada perbezaan pendangan mengenai hukum duduk di atas perkuburan, secara peribadi aku bersetuju dengan pandangan yang mengharamkannya.Sayyid Sabiq menyebutkan dalam kitab Fiqh Sunnah bahawa pandangan yang mengharamkannya adalah pandangan Mazhab Ibn Hazm dan sejumlah Salaf, termasuk Abu Hurairah. Pandangan Jumhur menghukumkannya sebagai makruh. Imam Nawawi menyimpulkan daripada apa yang disebutkan oleh Imam Syafie dalam Al-Umm dan pandangan para fuqaha aliran Syafi'iyyah bahawa makruh tersebut adalah makruh tanzih iaitu yang mendekati haram.

Amaran keras buat mereka yang duduk di atas perkuburan disebutkan dalam beberapa hadis antaranya hadis riwayat Jabir Radiallahu anhu:


نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ


" Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang menembok kubur, duduk di atasnya, dan didirikan (dibina) bangunan di atasnya. 
(Hadis Riwayat Muslim, 5/90, no. 1610)

Ketika persoalan ini diutarakan dalam Dauratul Quran,  aku memetik pendapat yang mengharamkannya. Ini kerana kedapatan kebiasaan yang meluas di kalangan masyarakat Islam di Malaysia duduk sambil membaca Al-Quran di atas tanah perkuburan, terutamanya pada hari-hari raya. Amalan ini tidak pernah dibuat Oleh Rasulullah dan Salafus Soleh. Perkuburan bukan tempat beribadat. 

Seorang ahli daurah melontarkan kemusykilan mengenai apa yang dilakukan oleh para mufti  pada saat raja-raja meninggal. Para mufti mengepalai kaum kerabat diraja dan orang ramai untuk duduk beramai-ramai di atas perkuburan sambil melakukan upacara pemakaman terakhir termasuk membacakan ayat-ayat Quran dan talqin.

Masakan kalau tidak boleh, para mufti membuatnya? Bukankah para mufti itu andal kita semua dalam bergama?

Menjawab persoalan ini, aku menyebutkan tentang kebisuan para mufti dalam menghadapi upacara pertabalan raja-raja yang dibayangi dengan pelbagai khurafat. Ketika seorang raja akan ditabalkan, segala macam alat pusaka warisan dan lambang diarak dengan penuh takzim dengan ritual tertentu. Tidak nampak ciri kesultanan Islam di sana. Kononnya itu adalah amalan warisan raja-raja Melayu. Bahkan, ia lebih mirip kepada amalan Hindu yang menjadi akar awal kepada sistem beraja di alam Melayu. Walaupun sudah lama sistem beraja itu disultankan, para mufti yang mendampingi sultan-sultan masih gagal membasminya. Mufti  lebih berperanan sebagai pembaca doa majlis, sekadar untuk mengatakan majlis itu mendapat berkat.  Itulah kemampuan seorang mufti dalam sebuah negeri di Malaysia.

Tiba-tiba, seorang mufti menyeru agar Melayu bersatu. Masyarakat Melayu yang melihat mufti sebagai ikon penting dalam Islam akan keliru. Seruan mufti ini dilihat sebagai seruan yang muluk, ikhlas dan wajib disambut. Siapa yang enggan menyambut, dialah penderhaka kepada Islam.

Namun banyak tandatanya di sana. Kenapa seruan itu baru sekarang dilagukan, di kala kerajaan sekarang mulai goyah? Kenapa pula hanya melibatkan UMNO dan PAS. Bukankah PKR juga parti yang didokongi mojoriti Melayu? Bukan semua dalam PAS itu orang Melayu. Pas sendiri tidak pernah mendakwa ia parti Melayu. Datuk Nik Aziz Nik Mat pernah melahirkan hasratnya melihat seorang Cina lulusan pengajian Islam mentadbir negeri Kelantan.Terdapat beberapa YB Pas dari bangsa Cina.Sejauh ini PAS tidak memperjuangkan kebangsaan Melayu malah ia menolak mentah-mentah fahaman kebangsaan.

Sebuah pohon kekar yang sedang tumbuh subur buat bernaung rakyat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia kini berbatangkan sebuah parti bernama PAS. Tak ada guna mencantas dahan kerana kalau dahan dicantas akan tumbuh dahan baru. Silap-silap dahan baru itu semakin banyak tunasnya dan merimbun lebih banyak. Justeru, untuk menumbangkan pokok itu, cantas sahaja batangnya. Kalau tak boleh potong batangnya, dikilir buang kulit keliling batang itu pun boleh. Lambat laun matilah dahan dan ranting dek kerana tak dapat bekalan dari bumi.

Demikianlah adanya telahan di sebalik seruan perpaduan. Berpadu adalah dengan tali Allah. Itulah seruan. Itulah yang perlu diperjuangkan. Kalau berpadu hanya mempertahankan perjuangan bangsa sedang bangsa tak menikmati keadilan, apalah ertinya. Selama berdekad, bangsa Melayu tetap tertindas dan diperas. Rakyat bumipetera di pendalaman, khususnya di sabah dan Sarawak masih ramai yang tidak mendapat keperluan asas. Jalan raya masih daif. Air dan elektrik belum juga merata buat semua rakyat. 

Namun, minyak dinaikkan harga dan kesannya merata buat semua rakyat. Kononnya pengurangan sabsidi untuk membantu rakyat. Memberikan biasiswa buat pelajar bumiputera. Tetapi, sebenarnya rakyat hanya mendapat sedikit sekali. Yang ditarik daripada poket rakyat tidak kembali ke poket rakyat.

Para mufti punya amanah besar menegakkan keadilan buat rakyat. Jika itu dilakukannya, barulah dia bernama ulil amri yang kepadanya ditaati selepas Allah dan Rasul. Tugas mufti bukan membela pemerintah kerana tidak selama kebenaran bersama pemerintah. Saat pemerintah membuat rakyat resah, mufti perlu memberi amaran keras buat pemerintah.


0 comments:

Post a Comment